Followers

Thursday, May 24, 2012

Cara Menghapus Dosa.

Kebetulan saya sedang membaca buku 'Corruption; Its Nature, Causes and Function', karangan Syed Hussein Alatas. Menarik buku itu, apa lagi apabila beliau menggali corruption sejak dari zaman Empayar Rom dan China.

Seperti yang pernah saya tulis dahulu, dalam perbualan saya dengan seorang bekas Pengarah BPR, di Malaysia corruption belum bersifat institutional, sekadar perlakuan beberapa individu. Namun begitu, saya menyokong usaha kerajaan melalui SPRM agar mengurangkan, jika tidak mampu menghapuskan corruption.

Pembangkang, dalam usaha untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional telah memberi gambaran bahawa corruption di Malaysia ini sangat parah, sudah menjadi institutional. Mereka melabel SPR, PDRM, Jabatan Peguam Negara, badan kehakiman malah SPRM sendiri mengikut telunjuk BN.

Masalahnya, individu yang berada dalam jabatan-jabatan berkenaan akan menjadi suci jika menyertai parti mereka. Bekas-bekas hakim, pendakwaraya, polis malah ahli UMNO sendiri terus dikompang sebagai 'manusia suci' apabila menyertai pejuangan mereka.

Mereka menjunjung tinggi Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Fauzi Rahman, Chua Jung Meng jika datang dari BN dan menyertai mereka. Mereka akan ambil kenyataan bekas hakim, bekas Pengarah JPJ, dan sebagainya jika memihak kepada mereka.

Sekarang, PR sedang asyik mengkompangkan Fauzi Shaari, bekas pengarah CID dari PDRM yang menyertai PAS. Kebetulan, Fauzi Shaari mengakui beliau meminati PAS sejak dari kecil dan akan membantu PAS menerangkan hudud dalam negara berbilang kaum ini.

Desas desus mengatakan adanya hajat beliau setelah bersara yang tidak di tunaikan. Dan dari PDRM, PAS sudah menerima beliau sesuci bayi yang baru dilahirkan tanpa terpalit sebarang noda. Sebulan dua lagi, beliau akan dinobat sebagai ustaz(seperti Ustaz Bob Lokman) dan akan menjelajah seluruh Malaysia menerangkan 'kezaliman BN' - majikannya selama ini.

Predictable!

Jika sesiapa merasakan dirinya 'sinner' semasa muda, boleh sertai PAS kerana ia adalah parti mencuci dosa. Dalam Perang Salib, Pope berjanji boleh menghapuskan dosa penzina, pembunuh, perogol dan perompak jika mereka menyertai tentera Salib memerangi orang Islam di Jurusalem. Hampir sama bukan? Dijanjikan syurga.

Begitu juga cara Rasyid Sinan atau lebih dikenali dengan nama 'Old Man of the Mountain' meyakinkan pengikutnya untuk menyertai sect Hashashin - satu sect mengambil upah membunuh mana-mana ahli politik jika di bayar. 

Old Man of the mountain' menjanjikan syurga, dan pengikutnya sanggup mati dalam melaksanakan misi mereka.

Dari sect itu datangnya perkataan 'assassin' dalam bahasa Inggeris.


No comments: