Followers

Sunday, May 6, 2012

Soliloquy.

Dalam setahun yang lepas, seseorang menasihati saya: "Jika berdoa, mintalah pengakhiran yang baik, jangan minta kaya. Saya jumpa ramai orang minta kaya, makbul tapi bila tua jadi susah semula".

Sepanjang hidup saya, saya berusaha untuk menjadi kaya semasa muda. Saya gagal. Merenung semula masa silam, dan kini mungkin jika saya menjadi kaya masa muda saya akan termasuk golongan yang diberitakan. Saya kenal diri saya dengan segala keborosannya.

Ramai juga yang saya temui dalam hidup, mempunyai masa muda yang gemilang, kemudian menjadi sukar semakin mereka tua. Ini realiti yang perit. Terlalu teliti juga membahaya. Sama juga jika terlalu aggresif.

Bukan kebetulan juga ramai tokoh sejarah termasuk dalam dua kategori di atas. Napoleon yang menjadi 'berjaya' ketika muda, akhirnya mengalami kekalahan dan terbuang ke Pulau Helena. Julius Caesar seorang late developer.  Mula menjadi serius dalam kerjayanya ketika berusia 36 tahun. Sebelum itu, beliau hanya 'pleasure seeker'.

Winston Churchill juga menjadi 'agung' selepas beberapa kali gagal. Masa mudanya bukan gilang gemilang. Robert Kiyosaki pernah menceritakan tentang 'Billionaire Boys Club' yang mana dianggotai oleh orang muda, terkenal dan kaya. Mereka semua akhirnya mati dalam kemiskinan.

Semakin saya merasai ada kebenaran nasihat di atas. Kehancuran sesebuah kejayaan kerana kelekaan sendiri. Ianya bermula dengan ego dan angkuh. Tahun ini adalah 'turning point' dalam hidup saya. Harap saya tidak menjadi seperti itu.

Teringat saya dalam satu seminar seseorang memberi tip tentang 'public speaking'. Katanya, jika pembukaan kamu teruk, atau hujah kamu teruk, berikan closure yang menarik. Orang akan lebih mengingati 'good ending' dari yang lain-lain.

Mungkin itu sebab mengapa cerita Hindustan sentiasa mempunyai 'happy ending'. To ease the pain golongan susah di India agaknya. Tradisi kepenglipur-laraan.

BTW, posting akhir-akhir ini sangat berat tentang politik. 'Winter is coming' adalah bermaksud masa susah sedang menghampiri bagi keluarga Stark dalam siri 'Game of Thrones'. Bagi saya, 'election is coming', dan tak perlu saya huraikan lagi.

You hear me right, 'election', not erection.




1 comment:

Anonymous said...

AKU HENSEM

hear u rite sir
but azmin give a different respond