Pertama saya mengakui, saya bukan peminat Itali dalam World Cup dan Euro. Permainan mereka selalunya defensive dan mengharap counter attack. Ia tidak menyemarakkan imaginasi saya. Tidak seperti Brazil, Argentina, Portugal dan Sepanyol.
Pada pagi tadi, buat julung kali Chelsea merangkul Piala Juara-juara. Kebetulan Chelsea dipimpin oleh Roberto di Matteo, bekas pemain Chelsea sendiri. Beliau orang Itali yang menjadi 'interim manager' menggantikan Andre Villa-boas yang telah dipecat selepas Chelsea menunjukkan permainan yang buruk dalam Liga Inggeris.
Usaha pemilik Chelsea, Roman Abromovich untuk menjadi Juara dalam Liga Juara-juara tercapai. Sebelum ini, beberapa pengurus tersohor seperti Ranieri, Jose Mourinho, Guus Hiddink dan Ancelotti telah gagal. Kejayaan akhirnya di tempa oleh di Matteo, bukan pilihan utama Abramovich.
Beberapa hari sebelum itu, Roberto Mancini berjaya membawa Manchester City menjadi Juara Inggeris selepas 44 tahun kali terakhir kelab itu menjulang Piala Liga. Memang tahun 2012 merupakan tahun bertuah bagi orang Itali di kelab Inggeris.
Jika ada orang Itali yang tidak bernasib baik di kelab Inggeris; ianya adalah Mario Balotelli. Kerana attitude problem dan masalah disiplin, nasib beliau masih samar di City.
Mungkin kerana beliau Itali celup, walaupun nama dan asal dari Itali.
1 comment:
AKU HENSEM
THE ITALIAN JOB
Post a Comment