A. Samad Said.
Saya masih mengaku bahawa saya tetap peminat A. Samad Said. Karya-karyanya seperti Salina, Langit Petang, Adik Datang, Sungai Mengalir Lesu, Daerah Zeni dan Hujan Pagi masih meninggalkan pengaruh kepada saya. Saya tidak faham mengapa beliau membiarkan dirinya menjadi 'haiwan politik'.
Saya ingin memanggil beliau Pak Samad, seperti sering saya panggil beliau jika bertemunya. Namun Datuk A. Kadir Jasin menyindir generasi baru yang tidak tahu apa-apa - Pak Samad dalam dunia kewartawanan adalah dirujuk kepada A. Samad Ismail.
Allahyarham A. Samad Ismail
Kedua-duanya adalah nama besar dalam dunia penulisan - A.Samad Said lebih berseni sementara A. Samad Ismail lebih tajam naluri kewartawannya. Kedua-duanya sangat berbeza dalam menangani manusia. A. Samad Ismail adalah 'leader of men', sementara A.Samad Said merupakan seniman yang berjiwa halus dan tidak mempunyai 'political material'.
A. Samad Said sering tenggelam dalam khayalannya. Dalam satu siri makalah Dewan Sastera, beliau sendiri mengakui jika menonton cerita di rumahnya, fikirannya akhirnya akan melayang dan berkelibat kesekian banyak cakerawala. Tidak banyak yang boleh diharap oleh mana-mana parti untuk menjadikan beliau sebagai tokoh mana-mana gerakan.
Meminjam ungkapan Datuk A. Kadir Jasin:
"Kini ramai yang mengaitkan keterampilan beliau dengan pejuang komunis Vietnam, “Uncle” Ho Chi Minh. Kelainan A Samad Said mudah dipisahkan daripada khalayak"
Ho Chin Minh
Saya setuju kerana beliau merupakan sasterawan, bukan pemimpin. Tugas beliau adalah menghasilkan karya-karya agung, buah tangan seniman untuk generasi akan datang. Sudah terlambat bagi beliau untuk menceburi politik atau menjadi ketua mana-mana gerakan.
Kegagalan beliau dan Ambiga dalam mengawal BERSIH baru-baru ini adalah satu contoh. Beliau telah diangkat ke taraf yang tinggi oleh negara untuk menjadi Sasterawan Negara. Tidak perlu terikut-ikut politik Pakatan yang kononnya beliau sasterawan rakyat.
Berapa ramai mereka yang benar-benar menghargai karya beliau? Membaca dan mengunyahnya. A. Samad Said perlu berkarya bebas dari politik dari menghasilkan karya seperti Unggun Bersih dan Peludah Warna.
Seingat saya, seburuk-buruk seni adalah seni yang menjadi mesin propaganda mana-mana parti.
"The artist is the creator of beautiful things. To reveal art and conceal the artist is art's aim."
"Those who find ugly meanings in beautiful things are corrupt without being charming"
"Those who find beautiful meanings in beautiful things are the cultivated.For these, there is hope".
-Oscar Wilde, Picture of Dorian Gray.
2 comments:
Tak pernah dengar pun karya2nya diagungkan, kecuali Salina. Itupun agak membosankan. Terutama sekali sekarang sudah jadi alat politik. Bodoh dan comot pulak tu.
Tentunya beliau tidak jadi bahan cemuhan sekiranya beliau aktif dalam umno.
Post a Comment