Dua tahun yang lalu, pada 26hb Mei aku mendapat panggilan dari isteriku di Ireland. Aku masih di Malaysia, kerana menjangka kedatangannya seminggu lewat. Aku dengar tangisan bayi, darah dagingku yang baru dilahirkan.
Kami namakannya Maryam Aliyya, kerana aku meminati Surah Maryam ketika isteriku mengandungkannya. Kehadirannya mengubah kehidupan kami.
Lahir di Galway, Ireland, Maryam hanya sempat sebulan di negara kelahirannya. Segalanya bergerak pantas apabila seminggu kemudian aku menyusul mereka di sana. Lima hari kemudian, Maryam sudah hadir ke majlis perkahwinan coursemate mummynya.
Dalam perjalanan ke majlis perkahwinan
Ke Kedutaan Malaysia di Dublin
Sepuluh hari kemudian kami ke Dublin untuk mendaftarkan Maryam di Kedutaan Malaysia. Maryam juga turut bersama 'menyaksikan' hari mummynya menerima ijazah walaupun berumur belum sebulan. Kami juga melawat Connemara sebelum pulang ke Malaysia untuk selamanya.
Hari graduation mummy.
Pada Sabtu, 26 Mei 2012, Maryam sudah berumur dua tahun. Keajaipan bagi seorang bapa adalah melihat anaknya membesar di hadapan matanya. Dan harapan kedua kami, Maryam akan dewasa menjadi orang yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan agama dan negaranya.
Birthday girl.
HAPPY BIRTHDAY, MARYAM
ENGKU AND MUMMY LOVE YOU VERY MUCH!
No comments:
Post a Comment