Followers

Tuesday, May 15, 2012

Dictatorial Autocratic Party.

Keputusan Tunku Aziz untuk keluar dari DAP setelah digugurkan sebagai Naib Presiden dan tidak disambung sebagai senator mewakili DAP hanya membuktikan satu perkara: tiada tempat untuk orang Melayu dalam parti itu KECUALI mereka sanggup menjadi boneka.

Dalam satu perbahasan saya dengan generasi Y, mereka melabel saya sebagai spesies yang phobia akan DAP(untuk berlaku adil, saya dahulu melabelkan beliau sebagai 'spesies suka melabel orang tidak Islamik dan sebagainya').

Mungkin saya silap tetapi generasi kami meragui DAP seperti kami takutkan komunis. Selepas roboh tembok Berlin tahun 1989, sekaligus menepati ramalan Fukuyama sebagai 'the end of History', manusia kembali menganuti fahaman liberal demokrasi dan kapitalisme.

Tiada lagi komunisme.

Namun generasi saya masih ingat betapa kejamnya komunis di Rusia, di China dan juga masih mendengar kekejaman komunis di Malaysia dari orang-orang tua kampung. Kami mendengar bukan hanya sekadar membaca dari buku sejarah.

Kami masih ingat ketika Tun Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri, Setiausaha Politiknya ditangkap oleh Menteri Dalam Negeri kerana menjadi spy komunis. Kami masih ingat teori domino selepas Vietnam jatuh kepada komunis dan Amerika cabut lari dari Vietnam, ada teori mengatakan satu per satu negara seperti Laos, Kemboja, Thailand dan seterusnya Malaysia akan menghadapi bahaya komunisme.

Namun ada anak muda yang boleh menerima komunisme. Malah ada juga yang memujanya. Kononnya ideologi itu bagus kerana menolong golongan tertindas dari kekejaman orang kaya. Kesamarataan. 

DAP seperti komunisme merupakan sebuah parti yang dikenali sebagai parti kaum Cina. Walaupun parti itu menerima semua kaum, namun memori DAP lahir selepas Lee Kuan Yew gagal menawan Malaysia melalui PAPnya  setelah dikeluarkan dari Malaysia masih kuat dalam ingatan generasi kami.

Kami masih ingat orang-orang tua bercerita tentang 13 Mei selepas DAP dan Gerakan berlaku biadap terhadap orang Melayu selepas mereka menang banyak kerusi. Secara mutawatir, orang-orang Melayu tidak dapat melupakan peranan DAP dalam menghasut api perkauman hingga mencetus peristiwa berdarah itu. 

Di mana-mana orang-orang tua yang pernah terlibat bercerita, bukan kerana propaganda kerajaan tetapi sebagai orang yang mengalami sendiri. Kami masih dengar ucapan-ucapan Lim Kit Siang yang menidakkan Melayu sebagai penduduk asal. Kami masih dengar bagaimana Karpal menghina para sultan hingga Kiyai Arsyad menampar Karpal kerana menghina Sultan Selangor.

Jika sekarang, mungkin Kiyai itu akan dituduh sebagai "perkakas BN."

Namun segala itu hanya tinggal kenangan. Selepas Malaysia menjadi makmur selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, orang Melayu semakin melupai belang DAP. Seperti komunisme, DAP diberi penjenamaan semula sebagai parti yang menentang korupsi dan penyelewangan.

Seperti kata Datuk Rahman Dahalan aka @MPkotabelud, memerangi rasuah bukan hak ekslusif DAP, PAS atau PKR. Ramai dalam UMNO juga tidak senang dengan apa yang berlaku. Rasuah adalah musuh negara dan ianya wajib diperangi oleh seluruh rakyat.

Dalam era liberal demokrasi semakin menjadi pilihan, terutama ramai golongam muda yang naive, DAP tidak berani lagi mempejuangkan slogan asalnya: "Malaysian Malaysia". Dengan membentuk Pakatan bersama dua lagi parti iaitu PAS dan PKR, DAP cuba memperdayakan Melayu bahawa mereka parti liberal, demokratik dan berbilang bangsa.

Justeru itu maka DAP melaksanakan polisi 'Pa-Malayu'(Holy Alliance) dan rekruit seramai mungkin Melayu ke dalam DAP dan bakal dikompangkan sebagai calon. Aspan Alias, Sakmongkol, Hata Wahari merupakan beberapa contoh yang melihat 'rumput hijau diseberang sana.'

Jika membaca blog Aspan Alias, bagi beliau UMNO sangat feudal dan langung tidak demokratik. Anehnya, UMNO sudah bertukar Presiden sebanyak 7 kali, dan ahli biasa seperti Sulaiman Palestine boleh menentang seorang Presiden(Husein Onn). Lebih menakjubkan, Sulaiman Palestine tidak dipecat, sebaliknya Tun Husein meletak jawatan.

Bandingkan dengan DAP. Lim Kit Siang begitu lama memegang jawatan Setiausaha Agung. Apabila beliau melepaskan jawatan yang berkuasa itu, diganti dengan anaknya. Hingga sekarang Lim Kit Siang masih menjadi ahli parlimen, dan bersama waris dinasti politiknya, mereka mencorakkan DAP.

DAP yang minta kerajaan telus namun melaksanakan gag order dalam partinya sendiri. Ahli tidak boleh mengkritik pimpinan mereka. Apabila Tunku Aziz menyatakan pendapatnya tidak setuju dengan polisi DAP dalam isu BERSIH dan membela PDRM, beliau menerima padahnya.

Pertama tempoh senator beliau tidak disambung. Kemudian beliau diminta berundur sebagai Naib Presiden. Akhirnya Tunku membuat keputusan keluar dari DAP. Bagaimana Melayu dalam DAP dapat mempertahankan Islam dan kepentingan Melayu jika hanya kerana memberi pandangan tentang BERSIH sahaja, nyawa politik Tunku sudah melayang.

DAP parti kaum Cina. Jelas. Kaum lain hanya hiasan dan trofi. Dan bertentangan dengan namanya, Democratic Action Party, DAP adalah parti yang paling tidak demokratik. Ianya tidak diterajui oleh Presiden tetapi Setiausaha Agung dan politburo. Macam komunis.

Tan Sri Lee Lam Thye seorang yang berprinsip dan kuat kerja untuk rakyat juga akhirnya meninggalkan parti yang mengamalkan double standard dan dictatorship itu. Saya masih ingat beliau menangis semasa meninggalkan parti itu.

Sesuai ditukar saja DAP dari Democratic Action Party kepada Dictatorial Autocratic Party.

'No to Middle Malaysia', says my middle finger! 


3 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

Aspan,Hata Wahari n Sakmongkol from ur generation rite?

They look too old tobe fooled

zakzak said...

saya pernah terbaca yang komunis zaman dahulu amat mempercayai konsep egalitarian, konsep kesamarataan, ya samarat, samarata miskin hehehe.

sekarang ini sebagaimana tuan blog utarakan, yang komunis zaman sekarang sudah buat penjenamaan semula. pejuang samarata hak rakyat dan menentang rasuah, itu yang DAP sekarang saya berpendapat menjunjung konsep ekonomi kapitalis. ya apa2 yang boleh memajukan konsep penghapusan social fabric di malaysia ini dan juga jalan mengambil singgahsana Putrajaya.

apa pula kata those trio wrt this fiasco?

sri tribuana said...

salam, mereka jauh lebih tua dari generasi saya tapi demi kepentingan, mereka lupa siapa DAP yg sebenarnya.