Followers

Thursday, May 17, 2012

Kebebasan Bersuara: Antara Najib dan Anwar.




Anwar kononnya ingin menjadi jaguh dalam dunia kebebasan bersuara. Bandingkan dua video ini. Video pertama adalah dalam lawatan Datuk Seri Najib ke Britain baru-baru ini, ada tiga orang pro BERSIH bertempik melolong "BERSIH! BERSIH! BERSIH"

Hanya tiga orang, bertujuan untuk menarik khalayak yang lain untuk turut sama melalak, lantas memalukan PM. Namun tiada siapa yang mengikut. Menarik di sini apabila PM yang agak tertanggu dengan perbuatan biadap mereka tidak minta mana-mana pegawai menghalau mereka dari majlis, cuma beliau minta mereka beri peluang beliau meneruskan ucapan.

"Can  you please stop"

"You can meet me later,"

"You wait for me,"

"You can talk to me later".

PM sanggup meluangkan masa bertemu mereka untuk membincangkan rasa tidak puas hati mereka. Tidak dihalau. Tidak dihalang.

Bandingkan:




Lihat bagaimana Anwar menangani soalan dari Benji Lim. Ketika membuat Sidang Akhbar berkenaan BERSIH 3.0. Benji, bertanya ditempat yang sesuai kerana ianya adalah Sidang Akhbar. Bandingkan dengan tiga orang melaungkan "BERSIH" yang terpekik terlolong dalam majlis rasmi.

PM tidak emosi, tenang dan minta mereka bersabar jika ingin bertemunya. Anwar, tidak tahan dengan soalan demi soalan, juga kenyataan dari Benji Lim yang tidak memihak kepada PKR akhirnya menghalau Benji dari sidang akhbar berkenaan.

Sebelum Benji keluar beliau sempat berkata: "I am a citizen too".


Anwar jaguh kebebasan bersuara?

Kah! Kah! Kah! Kah!

2 comments:

Anonymous said...

Bro, lagi menarik serita kat london, ada bodyguard pm minta salah seorang daripada tiga lelaki tu tunggu pm, minta cakap dengan pm apa yang mereka tak puas hati, tapi diaorg x mau jumpa pm pun, siap kata 'tak ada apa, tak ada apa'

Anonymous said...

As OutSyed the Box rightly said... democracy will end if PR take over the country.. the PR leaders are 1st class hypocrites!

RCZ