Followers

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

Hari ini saya rasa pelik apabila melihat kalendar sudah 1.11 tahun 2011. Sebenarnya saya bukan orang yang percaya pada tahyul atau nombor atau apa-apa. Hidup berjalan seperti biasa: kelaparan masih berada di mana-mana dalam planet ini, kemiskinan, pembunuhan, ketamakan, cerita suka dan cerita duka, kesedihan, kegembiraan, masalah ekonomi, global warming dan fitnah.

In fact, just another ordinary day. Dan kata E.M Foster: "The most of life is so dull."

Sejak akhir-akhir ini saya makin menyedari perubahan sudah banyak berlaku dalam diri saya. Bukan menjadi tua dan semakin matang, tapi lebih kepada tabiat dan habit. Tidak dapat tidak, saya sebagai haiwan sosial juga terperangkap dengan perubahan yang berlaku sekeliling kita.

Suatu hari saya di rumah, bersendirian dan cuba menghabiskan novel Pramoedya: 'Bukan Pasar Malam', saya dapati novel setipis itu sudah tidak mampu saya tamatkan. Sebentar saya terganggu di bunyi Time Line Twitter, sebentar tenganggu di bunyi Blackberry Messenger, sebentar terganggu di bunyi notification email, sebentar terganggu dibunyi notification Facebook.

Anehnya, saya tidak terganggu sangat oleh bunyi sms atau telepon. Dalam sedekad lepas, saya terbaca di akhbar ramai remaja tidak tidur lena kerana gangguan sms. Sekarang saya yakin mereka lebih tidak tidur lama, bukan hanya diganggu sms tetapi twitter, BBM dan sebagainya. Saya sangat yakin gangguan itu bukan hanya saya yang melaluinya. Seperti 'global warming' ianya adalah masalah sejagat.

Zaman saya hanya diganggu oleh talipon rumah saja sudah berakhir, dengan kata lain saya sudah tidak menikmati membaca buku-buku lagi kerana mengejar apa saja berita yang ditweet, di BBM atau dalam facebook. Ianya juga menganggu kenikmatan atau tumpuan semasa menonton filem - walaupun dalam cinema.

Dunia itu - twitter, facebook, BBM - memberi saya dunia kecil seperti dalam drama 'No Exit'nya Sartre. 






2 comments:

kedai buku perintis said...

Salam tsb.
Dalam kecanggihan dan kelajuan teknologi terkini.sesuatu yang amat membimbangkan ialah fokos kepada realiti maklumat (budaya membaca)tidak lagi menjadi satu prioriti.Tidak kira apapun peringkat usia,membaca buku makin dikesampingkan seiring dengan berkembangnya sayap media sosial terkini dan tercanggih.
bagaimana kita mahu menggerakkan generasi terkemudian dan yang ada sekarang mencintai buku buku?

Jerayawara said...

betul lah tuh...
semenjak mengenali semua2 berkait it nie... dah lama saya tak membaca buku asyik bermuka buku pun iya, baca blog, tweet sana, tweet sini sampaikan nak memancing pun asyik diganggu bunyi deringan alert. dah macam kudis pun ada, entah bagaimana nak elakkan, pernah jugak saya silent kan semua, tp hasilnya... sunyinya dunia, tepunya minda. bukan budak2 jer melayari 19jam sehari, orang dewasa entah 24/7 hari hahahha