Followers

Saturday, November 5, 2011

Mikawa-bushi 4

Kematian Shingen dan Kenshin menghapuskan persaingan Oda Nobunaga. Oda bebas merencana agenda politiknya. Beliau sudah sangat hampir dalam usaha menyatukan Jepun dibawah hanya seorang warlord. Beliau juga telah menghancurkan sama sekali Keshogunan Ashikaga.

Oda bukan berdarah Minamoto, atau bukan berdarah keturunan Shogun. Beliau sendiri tidak boleh menjadi shogun. Jawatan tertinggi yang boleh dipegangnya hanyalah regent, atau pemangku yang menggunakan nama Maharaja. Shogun adalah institusi yang telah dihapuskan Oda.

Ironi bagi seorang hulubalang perang yang tangguh seperti Oda, yang tidak pernah tewas dan tidak pernah gentar dalam mana-mana medan perang, beliau menemui ajalnya di castlenya sendiri, di Gifu. Oda telah mengarahkan seorang generalnya, Akechi Mitsuhide untuk menyerang sebuah puak, namun menjadi misteri hingga kini, Akechi tidak menurut perintah Oda.

Sebaliknya, Akechi telah berpaling dan menyerang tuannya. Oda yang tidak bersedia, bertarung sendiri kerana kebanyakkan askarnya telah dihantar ke perbagai ekspedisi. Terperangkap dalam castlenya, dan tidak mampu melawan generalnya sendiri, Oda akhirnya membunuh diri dengan melakukan acara seppuku.

Oda seorang peminat drama Noh, dan sebelum beliau menyerang Imagawa Yoshomoto dalam Battle of Okezahama, ketika berusia 17 tahun, beliau telah melakunkan satu watak dalam drama Noh. Ungkapan yang diminatinya berbunyi:

"A man's life is fifty years, in the universe what is there but dreams and illusions;
is there any who is born and does not die?"

Takdir menetapkan Oda mati ketika berusia 49 tahun, dan sudah sangat hampir dengan cita-citanya.

Kematian Oda memberi ruang kepada seorang lagi general Oda bernama Hashiba Hideoyoshi membuat jasa dengan memburu dan membunuh Akechi. Selama tiga belas hari, Akechi Mitsuhide berkuasa penuh hingga mendapat julukan 'Thirteen days Shogun'.

Toyotomi Hideoyoshi -diluar perang, tampangnya menyerupai monyet, di medan tempur, dia dewa perang yang tidak terkalah

Hashiba yang kemudian menukar nama kepada Toyotomi Hideoyoshi. Menurut Datuk A. Kadir Jasin, dalam postingnya Hideoyoshi Pemimpin Yang Berterima Kasih gelaran Toyotomi itu bermakna Menteri Makmur.

Latarbelakang Toyotomi sangat berbeza dengan Tokugawa. Toyotomi hanya datang dari keluarga samurai rendahan. Bapanya hanya pembawa sandal, dan Toyotomi sendiri naik hanya melalui merit bukan keturunan. Asalnya Toyotomi hanya ashigaru, atau askar jalan kaki saja. Melalui kegigihan dan usaha keras, beliau melonjak naik hingga pernah digelar 'Commander of thousand armies'.

Dengan segera Toyotomi menjadi pengganti Oda. Ramai general Oda tunduk kepadanya kecuali Tokugawa. Ini kerana, berbeza dengan Toyotomi, Tokugawa bukan retainer Oda, tetapi ally. Tokugawa berdarah Minamoto, darah shogun dan Toyotomi hanya asalnya petani.

Maka kedua pemimpin ini terjebak dalam Perang Dingin. Sebagai sekutu Oda, Tokugawa rasa tidak sesuai beliau menjadi bawahan Toyotomi, namun dari segi hieraki, Toyotomi lebih senior dari Tokugawa. Tidak ada pertempuran sebenar dua warlords ini kecuali dalam Battle of Nagakute. 

Bahkan dalam battle of Nagakute, tidak ada pertempuran sebenar, hanya beberapa siri skirmish dari kedua-dua pihak. Kedua-dua sebenarnya enggan bertempur. Tidak lama kemudian, mereka menemui penyelesaian. Walaupun Tokugawa tidak dianggap sebagai bawahan Toyotomi, namun Tokugawa menjadi sekutu Toyotomi, sebagai junior partner.

Toyotomi telah memberi sebuah kawasan bekas kawasan keluarga Hojo di Timur Jepun. Kawasan itu dinamakan Edo. Edo adalah Tokyo moden. Ketika Tokugawa sampai ke Edo, kawasan itu boleh membuat orang yang kuat pun menangis. Ianya hanya sebuah perkampungan nelayan, mundur dan tidak mempunyai kemudahan asas.

Tokugawa berazam untuk menjadikan Edo sebagai pusat pentadbiran, walaupun jauh dari Kyoto, jauh dari Maharaja yang mana merupakan pusat segala intrigue dan politicking dijalankan.

Bersambung










No comments: