Saya tertarik dengan posting terbaru blogger Just Read: Our innovation is only to win international award, Mr. PM!
Apa yang diperkatakan oleh blogger berkenaan sangat benar. Saya sendiri pernah terfikirkan perkara yang sama. Blogger berkenaan juga membuat perbandingan peruntukkan untuk Reseacrh and Development(R&D) di Malaysia berbanding dengan negara lain. Di Malaysia hanya 5% sahaja diperuntukkan untuk R&D dari GDP berbanding 15% di Singapura, 18% di Jepun, dan 10% di China, Korea Selatan dan negara-negara Barat.
Berita baik buat rakyat Malaysia adalah, penyelidikan kita banyak memenangi pertandingan antarabangsa. Kita menggondol banyak piala tapi hanya itu. Tidak lebih dan tidak kurang.
Banyak trofi telah dimenangi hasil penyelidikan oleh Mardi, LKIM, RRI, UPM, Felda, Felcra, USM, MTIB dan lain-lain tetapi penyelidikan tinggal penyelidikan. Kita gagal mengkomersialkan produk berkenaan. Di mana salahnya?
Sekadar masih mengulangi hujah Just Read, sudah 50 tahun lebih merdeka Malaysia masih mengimport beras, gagal menghasilkan beras sebaik beras siam dan basmati dari India. Malaysia masih gagal memajukan penternakan, lembu dan susu masih diimport dari Australia dan New Zealand. Walaupun sudah 200 juta lebih pernah diperuntukkan kepada keluarga VVIP untuk menghasilkan 60ribu ekor lembu setahun, namun hasilnya memualkan. Lembu punya susu, sapi dapat buruk nama.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kita menangani atau meguruskan industri. Antara yang kelihatan adalah kurang pemasaran. Mungkin kita banyak pencipta, innovator seperti Zulkilfi tetapi tiada syarikat yang berani mengambil produk mereka untuk dipasarkan secara komersial.
Mungkin fenomena ini datangnya dari mentaliti disuap. Mentaliti ingin berniaga cara selamat, iaitu ambil geran kerajaan, dan buat kerja lebih kurang kerana bukan duit peribadi yang dilaburkan. Ternyata rent seeker dan patronage perlu segera ditamatkan.
Kebanyakan 'usahawan' kita bukan benar-benar usahawan. Kebanyakkannya adalah tyconn yang mempunyai modal, mempunyai hubungan baik dengan kerajaan dan menender projek kerajaan. Dan ini bukan hanya bumiputera, termasuk YTL dan Vincent Tan.
Ringkasnya, walaupun kita mempunyai innovator tetapi 'usahawan' kita lebih senang membiayai projek yang pasti untung dengan risiko yang rendah dari membiayai rekaan yang belum tentu boleh memberi keuntungan.
Sejarah membuktikan, kebanyakan usahawan mati miskin, hingga datang golongan pemodal yang memasarkan produk mereka dengan berkesan seperti perihalnya Coke dan Dunlop. Masalahnya berkisar sekitar kemahiran pemasaran dan keberanian serta sikit kegilaan pemodal.
No comments:
Post a Comment