Followers

Saturday, November 12, 2011

Mikawa-bushi 5.

Ada perumpamaan yang menarik tentang sikap dan character ketiga-tiga tokoh penyatu Jepun ini. Jika diberi seekor burung, Oda akan berkata: "Menyanyi, jika tidak aku bunuh." Toyotomi pula akan berkata: "Aku akan buat hingga kau menyanyi." Dan Tokugawa akan berkata: "Aku akan tunggu hingga kau menyanyi."

Kebolehan Tokugawa menunggu, kesabarannya dan ketelitiannya menjadikan beliau berbeza dengan Oda dan Toyotomi.Tokugawa menasihati putera-puteranya tentang kesabaran, malah berkata beliau sendiri tidak sekuat mana, tapi beliau seorang yang penyabar.

"Pemimpin agung," kata Tokugawa  "adalah orang yang boleh menahan emosinya". Beliau malah berkata ada 7 emosi yang perlu dikawal: "marah, gembira, takut, sedih, bimbang, benci dan suka" dan pemimpin agung tidak akan memberi ruang kepada emosi ini mengawal mereka.

Toyotomi Hediyoshi akhirnya telah memerangi Shibata Katsuei, salah seorang dari general Oda yang sama-sama menyokong anak sulung Oda sebagai waris Oda. Kekalahan Shibata mengukuhkan kedudukan Toyotomi, dan seterusnya Toyotomi meneruskan polisi 'Sword Hunt'nya.

'Sword Hunt' adalah larangan Toyotomi kepada sesiapa yang bukan dari kelas samurai untuk memiliki pedang. Alasannya, kerajaan memerlukan sebanyak mungkin besi untuk membina patung Buddha sebagai projek negara, tetapi ini adalah bagi mengelakkan pemberontakan kaum petani, dan mengekang kebebasan beberapa daimyo kecil untuk memberontak.

Toyotomi juga telah mengakhiri saki baki daimyo zaman Sengoku Jidai, iaitu suku Hojo dalam Kepungan di Kubu Odawara pada tahun 1590. Odawara akhirnya jatuh dan kemenangannya secara rasmi menamatkan era Sengoku Jidai.

Seterusnya, Toyotomi menghantar ekspedisi tentera menakluk China, dan terpaksa berperang dengan Korea yang mana satu negara bawah jajahan China. Polisi ini merugikan Toyotomi, mengurangkan perbendaharaannya dan menyebabkan general-general setianya berperang di negara asing

Ini juga memberi masa kepada Tokugawa mengukuhkan kedudukannya, dan walaupun semasa hayat Toyotomi masih ada, Tokugawa kekal sebagai sekutu yang setia, tetapi Tokugawa mula mencengkam selepas kematian Toyotomi.

Selepas kematian anak sulung Toyotomi, beliau dihantui masalah waris kepada empayarnya. Beliau melantik anak saudaranya dan mengambil sebagai anak angkat iaitu Hidetsugu. Harapan dinastinya kembali menerang selepas lahir anak keduanya, Hideyori dihujung usianya yang lanjut. Kelahiran anaknya dan memberi harapan terhadap dinastinya, membuat Toyotomi memaksa anak angkat yang juga anak saudaranya membunuh diri.

Taiko, atau regent yang bersara ini telah mati pada September 1598, meletakkan masa depan dinasti dan warisnya terumbang-ambing. Semasa ekspedisi Korea, beberapa general tangguhnya tidak berada di Jepun, dan ini memberi ruang kepada beberapa birokrat seperti Ishida Mitsunari untuk mencaturkan Hideyori.

Akibatnya, dua general Hideyoshi yang handal seperti Kato Kiyomasa dan Fukushima Masanori akhirnya menyokong Tokugawa. Tokugawa sendiri sebenarnya dinamakan regent, atau Council of Five Elder oleh Toyotomi untuk menjaga warisan Toyotomi dan menjaga kepentingan anaknya yang masih kecil. Antara daimyo lain yang turut dinamakan adalah: Ukita Hideie, Maeda Toshiie, Mori Terumoto dan Uesegi Kagekatsu.

Maeda Toshiie


Antara kelima orang regent itu, Maeda Toshiie merupakan penyokong fanatik Hideyoshi. Tokugawa sendiri tidak akan bertindak sebelum matinya Maeda Toshiie. Pada tahun 1599, Maeda Toshiie telah mati. Tokugawa tidak menunggu lama lagi. Beliau telah mengepung anak Hideyoshi, Hideyori di Kubu Osaka.

Tindakan ini mencetuskan kemarahan tiga lagi regent yang masih hidup. Angin peperangan mula bertiup. Beberapa siri alliances, pencaturan, plotting sedang mengambil tempat, sebagai prelude kepada Pertempuran di Sekigahara, pertempuran antara Barat dan Timur, pertempuran antara dua coalition, dengan hadiah besarnya adalah menjadi Shogun jika Tokugawa menang.

Bersambung.






3 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

Kebanyakan bangsa maju di dunia bermula dengan peperangan sesama mereka.

Apa pandangan tuan?

sri tribuana said...

Salam,

sebenarnya, bukan hanya berperang sesama sendiri tetapi peperangan itu sendiri memang menyumbang pada tamadun. Sebelum Perang Dunia Ke Dua, Eropah tidak pernah tidak berperang lebih dari 50 tahun. Cuma selepas era bom atom, manusia mengelak dari berperang kerana akibatnya bukan hanya melibatkan tentera, malah org awam.

Jepun, China, Eropah, Roman empire adalah warlike race, dan oleh itu mereka maju kerana antaranya, perang memaksa manusia berlumba-lumba untuk menang dan akan terus menjadi innovator dan develop strategic thinking.

Anonymous said...

AKU HENSEM

Hopefully

Selepas Melayu puas berbunuhan sesama sendiri dalam politik, mereka akan menjadi salah satu negara bangsa yg maju, at least macam Singapore.