Followers

Saturday, November 19, 2011

Mikawa-bushi 6.

Tokugawa Ieyasu sangat berbeza dengan Oda dan Toyotomi. Pertama, beliau berdarah Minamoto, iaitu darah keturunan Shogun. Shogun merupakan institusi yang sangat dihormati, ketua segala samurai dan daimyo. 

Secara harafiah, Shogun bermakna 'the general subdued barbarians', jawatan ini asal jawatan sementara. Maharaja akan melantik seseorang menjadi Shogun apabila menghadapi krisis dengan orang gasar, terutama kaum Ainu. Ainu merupakan penduduk asal Jepun, sebelum kedatangan bangsa Jepun yang lain.

Orang yang pertama memegang title Shogun sebagai ketua Bakufu, atau ketua samurai yang kekal adalah Minamoto Yoritomo. Namun keshogunan itu tidak kekal lama kerana era Kamakura berakhir sebaik saja Yoritomo sendiri mati.

Minamoto Yoritomo - Shogun Pertama memegang title itu yang kekal.

Namun satu sumbangan besar Yoritomo adalah, Maharaja hanya mengiktiraf keturunannya menjadi shogun, termasuk dari cabang Ashikaga. Setelah institusi shogun dihapuskan oleh Oda Nobunaga, hanya Tokugawa antara cabang Minamoto yang masih kekal memegang kuasa. 

Perlu diingat, suku Imagawa juga berdarah shogun tetapi beliau gagal dalam usahanya untuk ke Kyoto dan menjadi shogun apabila tewas kepada samurai muda yang tidak lain tidak bukan Oda Nobunaga sendiri

Setelah matinya beberapa daimyo yang dominan seperti Takeda Shingen, Eusugi Kenshin, Mori Motonari, Oda Nobunaga dan Toyotomi, hanya tinggal Tokugawa sahaja yang masih berkuasa. Tidak seperti yang lain, andainya beliau berjaya menundukkan semua daimyo di bawahnya, beliau boleh menuntut title shogun kerana beliau berdarah Minamoto.

Sekarang, setelah matinya Toyotomi, hanya anak Hideyoshi, Toyotomi Hedeyori saja menjadi penghalang antara beliau dan cita-citanya  untuk menjadi shogun. Dilema yang dihadapi oleh Tokugawa adalah, sebagai Council of Five Elders, beliau sudah bersumpah untuk menjaga kebajikan Hideyori dan memegang kuasa hanya untuk sementara waktu.

Beliau tidak gentar berhadapan dengan musuh-musuhnya yang sedang rally dibelakang Hideyori seperti Ishida Mitsunari. Ieyasu sekarang seorang tua, berusia 60 tahun, beliau merupakan veteran sekian banyak pertempuran, berubah dari sekadar samurai yang fanatik kepada seorang tua yang penyabar dan bersikap negarawan. Beliau hampir hilang nyawa pertempuran di Mikata-ga-hara, dan sudah tentu budak mentah seperti Hideoyori dan birokrat seperti Mitsunari bukan tandingannya.

Beliau cuma berhadapan dengan dilema, untuk menghapuskan Hideyori, ini bererti beliau telah memungkiri sumpah yang telah dibuat terhadap bekas sekutunya, Toyotomi. Untuk membiarkan Hideyori membesar akan membahayakan masa depan anak cucunya sendiri dan juga membahayakan cita-citanya untuk menjadi shogun.

Taira Kiyomori - ketua suku Taira yang memusuhi Minamoto, kesilapannya tidak membunuh anak musuhnya.

Sebagai seorang daimyo berketurunan Minamoto, Ieyasu sudah tentu masih ingat bagaimana moyangnya, Minamoto Yoritomo menjadi Shogun kerana kesilapan musuh keluarga Minamoto, Taira Kiyomori membenarkan Minamoto Yoritomo dan adiknya Minamoto Yotsishune meneruskan kehidupan. 

Setelah kedua beradik itu membesar, mereka mengumpul kekuatan suku Minamoto dan membalas dendam kematian bapa mereka yang dibunuh Taira Kiyomori. Yoritomo dan Yoshisutne telah memusnahkan suku Taira hingga terhapus sama sekali pengaruh keluarga Taira dari arena politik Jepun.

Menyedari hakikat itu, Tokugawa Ieyasu mengambil keputusan untuk mengepung Osaka Castle di mana sebuah kubu yang sangat kukuh disediakan oleh Toyotomi Hidoyoshi kepada anaknya. Beliau terlalu berhati-hati untuk membenarkan Hideyori menjadi dewasa dan membinasakan keluarga Tokugawa sendiri.


Bersambung








No comments: