AUKU diputuskan oleh mahkamah sebagai 'unconstitutional'. PR yang suka menyalahi apa saja polisi kerajaan sebagai perjuangan mereka mula mengambil kredit atas keputusan ini. Kononnya, mereka adalah pejuang kebebasan akademik. Dan segala kononnya yang lain.
Ada seorang Timbalan Menteri yang bagaikan Zaid Ibrahim wannabe sering sependapat dengan pemimpin PR dalam banyak isu. Maklumlah, 'new politic'. Jika mengikut kefahaman demokrasi yang sebenar, andaikata kita tidak setuju dengan dasar parti kita, kita perlu meletakkan jawatan. Seseorang itu berada dalam parlimen atau dalam kabinet kerana memperjuangkan kepercayaan parti masing-masing.
Tapi ini 'new politic', katanya. Mungkin maksud 'new politic' adalah beliau dibenar menjadi hydra, mempunyai banyak kepala lantas popular. New politic!
Ada pro dan con tentang isu ini. Saya setuju juga student pendidikan tinggi menyertai parti politik kerana jika kita membenarkan mat rempit menyertai politik seawal umur 18 tahun, mengapa kita nafikan hak student yang sepatutnya 'the cream of society?'
Namun mengenali student Malaysia terutama Melayu, saya yakin akan ramai mengabaikan pelajaran dan terlalu commited dengan kononnya 'perjuangan parti'. Jika Mat Rempit masuk politik awal, memang tidak menguntungkan bangsa Melayu kerana mereka tidak ada masa depan, tapi jika mahasiswa yang akan mendapat CGPA corot dan kemungkinan terus keciciran, masa depan bangsa Melayu terancam.
Untuk menjadi cemerlang dalam apa bidang pun, manusia perlukan bantuan ilmu, dan ilmu bantu. Mengapa sekarang ramai suka jadi ahli politik dan bloggers? Apa persamaan kedua 'kerjaya' ini?
Hanya melalui politik orang yang lemah dalam akademik, ambil jurusan pengajian Melayu, hampir menjadi PM Malaysia kerana hanya pandai bercakap. Dalam PAS, Timbalan Presidennya adalah school drop out. Ringkasnya, kedua-dua profession ini tidak memerlukan skill sangat. Pandai bawa isu sensasi, goreng sana dan goreng sini, tak perlu kemahiran bahasa, tidak perlu mantik berfikir, seseorang boleh menjadi popular.
Ada yang berhujah, ramai orang buta huruf seperti Boon Siew dan Lim Goh Tong boleh jadi kaya tanpa menjadi mahasiswa. Benar, tetapi kekayaan per se buka kejayaan. Manusia memerlukan lebih dari duit untuk menjadi bangsa yang kreatif dan maju. Arab Saudi mungkin lebih kaya dari Korea Selatan kerana duit minyak tapi siapa lebih maju?
Lagipun, kebebasan akademik adalah kebebasan untuk membuat penyelidikan, pengajian, membuat tesis dan sebagainya yang tidak ada kena mengena dengan demo dan politik. Melayu perlu menguasai ilmu dulu sebelum menjadi orang politik, blogger, ataupun janitor.
2 comments:
namun amat dikesalkan pelajar yang sepenuhnya mendapat tajaan untuk keperingkat tertinggi juga turut bernafsu berpolitik atas ikutan minda terasut.dan melawan pihak pembiayaan.
srategi pembangkang ialah mencari tanah ladang yang terbaik untuk membenih idelogi mereka.
Pelajar harus memahami senaro politik
negara dan global,yang menjadi masaalah
pelajar mengutamakan politik drp tujuan
utama mereka kemanara gading untuk belajar mempersipkan dengan ilmu untuk
terjun keuniversti sebenar iaitu mesyarakat.Kebanyakan pelajar kita drp
kelurga berpendaptan rendah dan sedarhana. Kerajaan telah membantu dgn
PPTN supaya dapat mengurankan beban
kewangan yang mereka tanggong.Cuba lihat
mereka yang mabuk politik diyniversiti,
hampir keselurah Melayu dan mereka ini
mengikuti kursus2 yang kurang penting
dalam pasaran perkerjaan semasa.Maaf
cakap mereka kebanyakannya datang drp
neger2 mejoriti Melayu......Saya percaya
mereka juga akan berpolitik cacamarba
dinegara kita ,contohnya sangat jelas,
siapa tak kenal Anuar Aljuburi dan Mat
Sabu Alnormahwi,mereka pemimpim pelajar
yang melampau satu ketika dahulu......
dan sehingga kinipun masih berpolitik cara melampaui budaya politik yang waras
mengikut adat timur dan agama.
AUKU perlu ,cuma sebahagian kecil drp
akta tersebut perlu ditambahbaik untuk
disesuaikan dengan keadaan masakini dan
masa hadapan demi kebaikan pelajar dan negara.Kalau AUKU dimansukan seperti yang dikahandaki ahli politik pembangkang
dan juga sebahagian kecil oleh pemimpin
pro kerajaan,saya percaya sejarah akan
berulang semula seperti yang berlaku pada awal tahun 70 yangmana pelajar telah diexplotasi dengan cara yang tidak
bertanggong jawab oleh ahli2 politik dan kunpulan2 sabersiv yang sudah tentu
akan membawa kemusnahan kapada rakyat
Melaysia pada masa hadapan.
New politic yang diwar warkan oleh
Tem;Menteri adalah sebagi satu usha
pihak tertentu yang memaklumkan kapada
persada politik negara,bahawa orang
kami berada didalam bilik oparasi
kamu.Jangan terkejut satu masa nanti
banyak perkara2 sulit jemaah menteri
[KEBINIT]ankan bocor.'Mohon dijaukan
Allah,,,,,,.
PEGAWAI KESALAMATAN KEMENTERIAN
TINGGI P.JAYA. TK.
Post a Comment