Mengapa sekarang ini ramai orang UMNO sendiri yang kecewa?
Semasa Konvensyen Media Sosial di PWTC Ahad lepas, saya berbual dengan seorang wartawan. Di mengajukan satu soalan kepada saya.
"Apa jadi jika selepas PRU ke 13, akan lebih ramai muncul blogger seperti Sakmongkol?"
Lantas saya bertanyakan apa maksudnya. Beliau menjawab, orang UMNO yang tidak berpuashati dan kecewa.
Soalannya membuatkan saya tergamam. Kemudian saya teringat blogger seperti Aspan Alias yang dengarnya akan bertanding atas tiket DAP. Kedua blogger berkenaan merupakan asalnya orang UMNO. Sakmongkol masih dalam UMNO walaupun tulisannya banyak 'menegur' UMNO.
Dua blogger berkenaan antara beribu ahli UMNO yang kecewa kerana mereka tidak dipedulikan. Dan yang kecewa bukannya semua menjadi blogger. Ramai yang tidak menulis dan memendamkan perasaan mereka. Mereka mungkin secara senyap dan tidak nampak menjadi antara silent majoriti yang tidak akan mengundi UMNO atau BN.
Memang tidak ada sesiapa boleh memuaskan hati semua orang tetapi jika ramai yang tidak puas hati dari yang berpuashati, ini satu pertanda yang tidak sihat. Kemudian saya teringat kata-kata Tun Mahathir: "Winners are not win all, losers are not lose all".
Lalu saya menjawab soalan wartawan berkenaan: "Zaman Tun Mahathir dulu, beliau membuat polisi tidak ada orang yang tertinggal. Ku Li lawan Musa Hitam, Tun kekalkan Ku Li dalam kabinet walaupun Musa minta Ku Li digugurkan."
Kemudian saya meneruskan dengan contoh-contoh lain. Ibrahim Ali pernah menyertai Semangat 46, Tun ambil beliau sebagai Timbalan Menteri. Jika tidak ada jawatan dalam kabinet, Tun akan letak mereka sebagai pengerusi GLC seperti Syed Hamid Albar selepas beliau menentang Anwar semasa Anwar Ketua Pemuda.
Tun mengambil semula Pak Lah, Zaid Hamidi dan sebagainya. Banyak lagi contoh jika ingin saya tunjukkan. Namun kebiasaan ini terhenti. Ahli politik, terutama di bahagian akan menghapus terus musuh-musuh mereka yang kalah, atau yang menentang mereka.
Maka bermula budaya cantas mencantas, dan ada bakat-bakat yang terkorban itu sangat berguna kerana terlalu kuat budaya 'takutkan Hang Nadim' dalam UMNO. Gengkhiz Khan yang buta huruf dan suka membunuh orang dari negeri yang menentangnya pun berhati-hati dalam membunuh orang berbakat dan berpelajaran. Jika mereka berguna, Gengkhiz Khan akan simpan dan gunakan mereka.
Dan antara orang berbakat dan diabaikan dalam UMNO sekarang ini adalah Ku Li, tokoh yang dikatakan sedang membina kekuatan diluar UMNO kerana partinya sendiri mengabaikannya.
Mereka takut? Atau mereka mengamalkan 'winner takes all"?
1 comment:
sayalah salah seorang yang kecewa dengan UMNO/BN sekarang ini! BUDAYA yang MELOYAKAN perlu segera dikikis terutama bila berhadapan dengan orang ramai.
ade pemuda BN, yang menayang kereta mewah. tiba2 panggil saya dari jarak 50 meter, hanya utk minta saya komen kereta mewahnya. ada juga yang terang-terang bertanyakan perkembangan projek di hadapan org ramai. tak salah nak berprojek, tapi kenapa perlu kecoh2??
ini baru pemuda. belum mereka jadi dewasa dlm UMNO/BN nnt lagi berkepaklah. haihhh. saya malau sebab pernah menyokong, membela depan kawan2 di kedai2 mamak.
http://cucunenekkebayan.blogspot.com/2011/11/politik-jijik-barisan-nasional.html
Post a Comment