Saya berharap ini posting yang terakhir dalam siri Mikawa-bushi. Secara jujur, saya tidak merencana terlebih dahulu ketika menulis posting ini. Saya sendiri tidak tahu bila ianya akan berakhir. Saya hanya 'follow the flow'. Saya juga tidak merujuk kepada buku-buku yang pernah saya baca. Hampir keseluruhan fakta saya quote dari memori saya saja.
Seorang kawan terkejut apabila saya nyatakan siri ini ditulis tanpa membuat rujukan hanya quote melalui memori. Setelah Napoleon dibuang ke Pulau St Helena, beliau sering menceritakan tentang tenteranya. Begitu detail dengan nama regiment, dimana mereka direkruit, nama pegawai-pegawai, gaji mereka dan sebagainya tanpa rujukan. Apabila ditanya, jawapnya: "Madame, this is a lover's collections".
Selepas kematian Taiko, atau Toyotomi Hedeyoshi, berlaku sedikit perpecahan dalam antara penyokongnya. Beberapa birokrat seperti Ishida Mitsunari dan Konishi Yukinaga sedang berusaha mencaturkan anak Hedeyoshi, Hideyori. Ini tidak disenangi oleh general Hedeyoshi seperti Kato Kiyomasa dan Fukushima Masanori.
Sebaik saja matinya Maeda Toshiie, Tokugawa Ieyasu menjadi sekutu Toyotomi yang paling senior. Ramai daimyo yang tidak minat menyokong Hedeyori atau keturunan Toyotomi kerana mereka berasal dari samurai bawahan.
Menjelang Sekigahara, Ieyasu sudah membuat beberapa pakatan dengan daimyo yang menyokong Hideyori. Mereka setuju untuk berpaling tadah kerana mereka lebih bencikan Ishida Mitsunari yang kononnya bertindak bagi pihak anak Toyotomi Hideyoshi, Hideyori. Selain itu, mereka lebih senang menyokong daimyo yang mempunyai peluang menjadi Shogun kerana berdarah Minamoto dari hanya sekadar anak Taiko dari bekas keturunan petani.
Namun mereka masih berada dalam pakatan Ishida Mitsunari, atau Pakatan Barat, setidak-tidaknya hingga masa berlaku pertempuran di Sekigahara.
Antara yang berjaya direkruit oleh Ieyasu adalah Mori Terumoto, iaitu antara Council of the Five Elders. Walaupun tidak menyertai Sekigahara bagi mana-mana puak, namun beliau telah mula menyokong Ieyasu sebelum Sekigahara, satu piawaian yang penting bagi Ieyasu apabila beliau membahagikan daimyo dalam category penyokongnya sebelum Sekigahara atau menyokongnya selepas Sekigahara.
Minamoto Terutomo memperjudikan nasibnya dengan Ieyasu dan beroleh dividen kerana keberanian itu.
Bermulanya pertempuran terbesar dalam sejarah perang antara samurai di Jepun ini apabila adanya cubaan membunuh Ieyasu. Ieyasu segera menuduh penyokong Hideyori yang merencanakan cubaan itu. Beliau mengambil kesempatan itu dengan meminta beberapa daimyo yang dituduhnya itu akur kepada kuasanya. Namun seorang daimyo, Eusugi Kagetkasu menolak untuk tunduk kepada Tokugawa.
Ieyasu meminta daimyo-daimyo yang menyokongnya untuk menyerang Kagetkasu, dan peluang ini digunakan oleh Ishida Mitsunari untuk mengumpul daimyo-daimyo dari Barat yang setia kepada Hideyori. Mitsunari mula membentuk pakatan yang ramai namun tidak kukuh. Ada antara yang menyokongnya sudah mempunyai deal dengan Ieyasu, ada yang dipaksa oleh Mitsunari dengan mengambil tebusan dari keluarga mereka dan diletakkan sebagai tawanan di Osaka Castle.
Mitsunari secara rasmi mengumumkan perang terhadap Ieyasu dengan menyerang kubu milik Ieyasu di Fushimi. Ieyasu membatalkan hasrat menyerang Kagetkasu, namun mengarahkan Date Masamune untuk menjaga belakangnya ketika beliau menghadapi Mitsunari.
Fushimi Castle telah dijaga oleh seorang general bernamaTorii Mototada.
Mendengar beberapa kubu-kubunya telah jatuh ke tangan Mitsunari,Ieyasu memecahkan aangkatannya kepada dua, beliau sendiri terus menuju ke Osaka Castle dimana kubu kepada Hideyori. Menyedari Ieyasu sedang berusaha menyerang tuannya, Hideyori di Osaka Castle, Mitsunari meninggalkan kedudukannya dan menuju ke Sekigahara dalam usaha menghalang Ieyasu sampai ke Osaka Castle.
Bersambung.
2 comments:
Some really interesting points you have written. Aided me a lot, just what I was looking for : D.
I really liked your blog! It helped me alot… Awesome. Exactly what I was looking for. Thanks!
Post a Comment