Followers

Friday, December 2, 2011

Politik Kebencian Bermula Dengan Anwar

Semalam saya ke PWTC, berjumpa beberapa rakan blogger dan wartawan. Malah saya terjumpa juga dengan seorang rakan blogger yang baru balik mengerjakan ibadah Haji. Alhamdulillah, beliau selamat kembali, nampak sihat walaupun agak susut tubuhnya. Masih bersinar-sinar nur orang yang baru kembali dari Tanah Suci sebagai Tetamu Allah.

Kami berbual-bual tentang ucapan Presiden UMNO. Lima minit selepas Presiden berucap, seorang rakan wartawan yang lain telah email kepada saya ucapan dasar Presiden. Kemudian saya dapati sudah ramai yang post ucapan Presiden dalam blog mereka, saya urungkan niat untuk berbuat perkara yang sama walaupun saya perolehi ucapan itu lebih awal.

Sedang kami berbual-bual, kami didatangi oleh seorang lagi rakan blogger yang juga seorang wartawan politik. Dalam perbualan, beliau menyatakan sesuatu yang bagi saya sangat tepat. Beliau sudah lama menjadi wartawan politik, sejak zaman mula-mula Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.

Menurutnya, politik hari ini berlainan dengan sebelum Anwar dipecat pada tahun 1998. Maksud lain itu adalah dari segi menanam kebencian terhadap pemerintah, pegawai kerajaan, institusi kerajaan seperti SPRM dan PDRM serta parti yang sedang memerintah. Bahkan dalam politik hari ini, Raja-raja Melayu juga turut terseret dalam politik, dan dimaki hamun dalam twitter, blog dan facebook.

Saya pernah tulis tentang dua kategori pemimpin. Satu pemimpin yang memimpin berlandaskan logik dan rasional. Kedua pemimpin yang memimpin dengan menanamkan ketaksuban terhadapnya, dan kebencian yang melampau terhadap musuhnya. Jika berminat baca semula di sini.

Anwar termasuk dalam kategori yang kedua. Beliau bukan pemimpin yang mempunyai idea tetapi pemimpin yang mempunyai karisma, pandai berpidato, nampak mesra dan mudah didekati, cepat popular dan membuat orang tertarik hati kepadanya. Beliau bukan eagle tetapi peacock.

Justeru keupayaannya menanamkan ketaksuban dan mewujudkan pengkagum ini menyebabkan ramai yang hilang rasional apabila beliau dipecat. Apalagi beliau juga seorang ahli politik yang cekap eksploit isu dan menagih simpati. Masalah peribadinya akhirnya menjadi agenda nasional.

Jika diimbas semula, sebelum tahun 1998, politik Malaysia berkisar soal parti, dan agenda setiap parti. UMNO dengan nasionalismenya, PAS negara Islam versi mereka, dan DAP dengan Malaysian Malaysianya. Bahkan apabila Tengku Razaleigh membentuk Semangat 46, politik Malaysia masih berkisar soal ideologi parti-parti dan kritikan dari pembangkang adalah kelemahan dasar kerajaan.

Walaupun Ku Li kalah dalam pemilihan Presiden UMNO, diluar parti mereka bertempur soal dasar. It is strictly business, not personal. Cuba bandingkan setelah Anwar dipecat. Balik ke tahun 1998, sebelum terbentuk PKR, saya sering berhujah dengan peserta reformasi.

Mereka akan berhujah perkara yang remeh dan peribadi, seperti Tun Siti Hasmah tidak bertudung, dalam Sri Perdana ada bilik sulit yang mana kononnya Tun Mahathir menyimpan patung buddha, soal anak-anak Tun Mahathir, Tun Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya.

Saya pernah berbual dengan orang Semangat 46 sebelum itu, bahkan orang PAS semasa era APU, namun kritikan lebih kepada dasar Industri Berat yang cuba dibawa oleh Tun Dr. Mahathir. Saya tidak dengar cerita-cerita nonsense sebegini.

Selepas Tun Dr Mahathir, kebencian Anwar dipindahkan kepada UMNO. Jika benar dakwaan mereka ketidakadilan dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir, mengapa kebencian itu diteruskan kepada pemimpin UMNO selepas era Tun Dr. Mahathir?

Sepatutnya Anwar meneruskan perang peribadinya dengan Tun Mahathir tanpa melibatkan 'Selamatkan Malaysia' atau 'pemimpin UMNO yang korupsi' kononnya. Dan dalam ucapan beliau sering bangga mengatakan "Saya jadi Menteri Kewangan lapan tahun."

Siapa yang melantiknya menjadi Menteri Kewangan? Selama lapan tahun beliau menjadi Menteri Kewangan dari UMNO, adakah UMNO bersih sebersih bersihnya dari korupsi yang kononnya ingin diperanginya sekarang? Setelah beliau dipecat, ajaibnya sekelip mata UMNO menjadi korupsi?

Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak mahu memilih pemimpin dari parti yang tidak ada agenda lain selain kebencian. Ahli politik sepatutnya berbahas tentang dasar, bukan merengek seperti Anwar atau Nizar Jamaludin setelah terlucut memjadi MB.

Bermula tahun 1982, Anwar sudah banyak termakan budi UMNO. Walaupun beliau membenci Tun Dr. Mahathir, beliau tidak perlu membawa UMNO dalam politik kebenciannya. "Tidak ada orang boleh menjadi wira dihadapan orang yang berbudi ke atasnya." Kata entah pepatah mana.

Dibawah adalah video 'dari perbendaharaan lama' yang saya cilok dari blog Outsyed the Box. Yang menarik perhatian saya, ucapan Anwar ini adalah beberapa bulan sebelum beliau dipecat pada September 1998. Sejak dulu, saya bukan peminat Anwar. Dan saya hairan perwakilan boleh terhibur dengar celoteh yang tidak ada isi ini.




Saya ada seorang sahabat warga Kanada bernama Peter Borisov. Beliau bekerja di Malaysia ketika Malaysia menjadi antara 7 Harimau Asia. Dia antara beberapa orang yang tidak impress dengan Anwar, walaupun ketika Anwar dipuncak kuasanya.

Katanya, leader seperti Anwar hanya pom-pom atau 'cheerleader'. Mengimbas semula video di atas, saya sangat bersetuju dengannya.


4 comments:

Anonymous said...

ALANGKAH CANTIKNYA KALU RENCANA INI DHANTAR KEPADA MEDIA BH ATAU UTUSAN

Jeepers Creepers said...

"Saya jadi Menteri Kewangan lapan tahun."

Hahaha baru lapan tahun dah macam ni perangai..belum lagi pegang jawatan 10 20 tahun..lagi teruk jadinya.

Anonymous said...

Terima kasih Tuan;
Artikal ini memberi sisi yang berbeza. Saya pun salah seorang yang bukan pengagum Anwar Ibrahim. Pada tahun pertama di universiti saya amat pelik ada pelajar cina begitu teruja dengan Anwar.

Saya pula hanya menganggap Anwar; `sampah dan tin kosong' hanya tahu bercakap tapi habuk pun tarak. Saya mendapat tahu tentang dia daripada guru BM saya semasa di Tingkatan 4.

Sebab itu juga apabila Anwar ditendang keluar dari kerajaan saya bersikap sinis kepada penyokong taksub Anwar. Saya hanya ketawa gelihati apabila ada yang sanggup bermandi air siraman FRU kerana berhimpun untuk mempertahankan Anwar. Jika dihitung ketika itu 1:9 sahaja yang tidak sukakan Anwar.

Setelah berbelas tahun akhirnya terbuka hijab dan saya percaya apa yang saya pegang bahawa Anwar Ibrahim hanyalah seorang pembohong tegar. Dan simpati saya terhadap rakyat Malaysia dan orang Melayu yang percaya terhadap pembohongannya.

Anonymous said...

Dulu saya memang penyokong Anwar...tapi tak taksub...bila drm pecat dgn. kes belakang...sya rasa tak percaya dan pertikaikan...tapi sekarang...banyak-banyak tokoh politik malaysia, saya paling benci anwar...tengok muka pon rasa geli geleman...