Followers

Wednesday, December 21, 2011

Mahathir dan Mourinho.

Saya percaya Tun Dr. Mahathir mempunyai persamaan dengan Jose Mourinho, manager Real Madrid. Kedua-duanya orang yang calculative. Every each of their act is deliberate. 

Jose Mourinho akan bertindak berdasarkan objektif - apa matlamat yang ingin dicapainya. Begitu juga Tun Dr. Mahathir. Segala perlakuan - drama, act, kenyataan - berpaksikan matlamat mereka.

Bahkan ketika memimpin Chelsea, Jose Mourinho pernah berperang mulut dengan refree, melakukan 'mind game' dengan pengurus pasukan lain, malah kadang-kadang sengaja provoke lawan dengan melancarkan serangan psikologi. Sementara lawannya akan off-balance, dia secara berstrategik menghampiri matlamatnya.

Antara stroke of genius Mourinho ketika menjadi pengurus Chelsea adalah mengurangkan tekanan kepada pemainnya dengan memprovoke media massa untuk menyerangnya. Apabila media memberi perhatian kepadanya - malah dia dilabel sebagai 'Man of War' - ini mengurangkan tekanan kepada pemainnya. Pemain Chelsea boleh bermain tanpa tekanan kerana segala pressure - dari media massa, dari manager lawan, dari refree - tertumpu padanya. 

Memang beliau menjadi tidak popular tetapi hasilnya Chelsea berjaya menjulang Piala Liga Inggeris dua tahun berturut-turut.

Saya tak tahu mengapa akhir ini cyber trooper PR menghentam Tun Mahathir. Namun sebagai leader yang sudah bersara, ia tidak akan merugikan beliau. Tuduhan Anwar bahawa Tun Mahathir membuat pinjaman dengan Bank Dunia baru-baru ini tidak menguntungkan PR pun.

Malah dengan cekatan, Tun Mahathir berjaya membuktikan Anwar pembohong, dan sekaligus Anwar makin nampak dungu. Jika ibarat perlawanan bola, sejak Tun Mahathir menjadi PM hingga beliau bersara, pertembungan Anwar-Mahathir ini dimenangi oleh Tun dengan 0-13. 

Sementara Anwar membanting tulang membuang masa menyerang Tun Mahathir, ianya mengurangkan tekanan kepada Najib dan BN keseluruhannya menjelang PRU ke 13. Mengulangi tahun 1998, Anwar akan cuba mewujudkan suasana huru hara dengan menghasut anak muda turun berdemo menjelang 9 Januari 2012. Ada yang menyifatkan Gerakan 901, macam bunyi fancis Hot Dog pula

Terkapai-kapai kelemasan, Anwar tersalah pilih sasaran. 

6 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

Now dat is ART OF WAR

Jeepers Creepers said...

fancis hot dog hahaha

Anonymous said...

Hot Dog? heheheh sedili mau ingat ma

Anonymous said...

Pemimpin sebenar mengatur stratigi dengan teliti serta rapi ,dan dilaksanakan dengan cermat.Malah ada pengikutnya tidak faham apa matalamatnya.Juahari juga yang mengenali manikam.

Anonymous said...

Ada juga manusia yang masih belum faham bahawa satu kebenaran itu tidak gentar dan tidak akan kalah kepada banyak kebohongan.

Kata orang tua-tua dahulu kalau tidak kenal tuhan sekurang-kurangnya tahulah bahawa kebenaran itu mewakiliNya didunia ini.

Yang bathil itu akhirnya akan lenyap juga dengan sendirinya. Hanya orang gila sahaja yang tidak mengakuinya.

Kalau sudah sampai tua pun masih tidak mengenali yang mana benar dan yang mana salah, maka sia-sialah hidup ini dan tidak bermaknalah segala amalan yang dilakukan.

Merubah diri sendiri itu lebih baik daripada bercita-cita untuk merubah kebenaran atau pun untuk merubah masyarakat sekeliling.

Ketakutan itu kadang kala menyebabkan seseorang itu hilang kewarasan berfikir dan hilang segala pertimbangan sehingga merasakan begitu hampir dirinya dengan kematian.

Bertaubat dan islah atau melakukan pembaikan itu adalah sebaik-baik amalan selepas menyesali segala perbuatan yang telah terlanjur.

Memohon maaf dan ampunan adalah dituntut dan digalakkan oleh agama dan hendaklah disegerakan sebelum terlambat.

Ketahuilah hidup didunia ini adalah hanya mainan dan senda gurau sahaja. Akhirat juga adalah tujuan dan tempat yang kekal selama-lamanya.

sri tribuana said...

Anon 2:54,

Khutbah ini dituju untuk Anwar ke?