Badrul Amin telah mengangkat taraf Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi. Tokoh penyatu dunia Islam ini kononnya berada di Malaysia. Dia adalah tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim. Helen Ang dalam posting terbaru bertajuk Pakatan punyalah ramai pengikut 'personality cult'. telah mengutuk sistem PKR yang tidak mencerminkan demokrasi.
Begitu taksub pengikut PKR, Ketua Umum mereka tidak dipilih ahli. Presiden pula, isteri Ketua Umum juga tidak bertanding. Anak perempuannya, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Mansor Othman mencadangkan adik Nurul Izzah, Nurul Nuha untuk bertanding di satu-satu kawasan parlimen. Dalam parti, dia dipersiapkan untuk memegang sayap Puteri Reformasi.
Ini dia dinasti Imam Mahadi yang sering mengutuk UMNO pengamal nepotisme dan crony. Sesiapa yang tiada darah Anwar, tidak mungkin pergi jauh dalam PKR. Masa depan Malaysia berkisar sekitar masalah anak beranak keluarga Anwar Ibrahim.
Belum lama dahulu, seorang fanatik PAS mengangkat darjat Nik Aziz seumpama Nabi. Apa lagi yang boleh menyebabkan manusia fanatik kepada seseorang pemimpin jika bukan kuasa 'divine'(comedy). Dalam DAP pula, Godfather dan warlord bertempur dan Maharaja Lim mendiamkan diri.
Jadi inilah lelucon demokrasi yang menuntut BERSIH. Menuntut kononnya hapuskan 'gutter politic' dan menuntut ketelusan. Saya masih tidak dapat melupakan Tan Sri Lee Lam Thye, seorang MP yang sangat cemerlang namun terpaksa keluar dari perjuangan DAP kerana dasar kuku besi dinasti Lim.
Namun mereka tidak diam dari masalah dalaman. Chegu Bard dalam twitternya merungut dia telah dipermainkan oleh budak-budak AMK juga yang mendedahkan bahawa beliau adalah pemegang akaun twitter bernama @AMK Rembau. @AMK Rembau telah mengeluarkan kenyataan menghina YDP Agong semasa isu BERSIH 2.0. Sila baca posting PISAU dalam tajuk AMK Dedah Chegu Bard Hina DYMM YDP Agong.
Disebalik tokoh-tokoh 'suci' dan berkuasa seperti Imam Mahadi, Nabi dan Godfather, rupanya PKR dilanda Yahudas yang menjual nabi Isa kepada kerajaan Rom. Ada pembelot dalam PKR yang mencantas sesama sendiri.
Apa tindakan Imam Mahadi? Tidak ada apa-apa selagi bukan dia yang terseret. Chegu Bard telah ditahan polis ekoran laporan polis itu. Dan semua pengikut Imam Mahadi adalah 'expendable'. Dan cult politik ala-ala 'Guyana Tragedy' ini sangat tidak sesuai dengan amalan demokrasi.
Wahai Imam Mahadi, satukan dahulu Chegu Bard dan Shamsul Iskandar sebelum kamu berangan nak menyatukan umat Islam seluruh dunia.
2 comments:
Mohon pautkan blog saya disini.
http://suaraapi.blogspot.com/
Selamat tahun baru 2012, STB. Moga-moga Allah swt terus melindungi dan membimbing ummat ke jalan yang benar.
Post a Comment