Dipecat pada Sdptember 1998, Anwar Ibrahim telah mendapat simpati ramai orang-orang Melayu. Seperti biasa bagi orang Melayu, sentimen dan simpati memainkan peranan lebih penting dari rationality.
Ketika itu saya berusia 26 tahun. Ramai rakan-rakan saya bersimpati dengan Anwar. Tiba-tiba segala menjadi sensasi. Golongan yang tak minat politik mula mengambil tahu soal politik. Malah ada antara rakan-rakan saya turut serta dalam gerakkan 'Reformasi'. Ada yang turut turun ke jalanan dan bertempur dengan polis.
Di mana-mana apabila saya berhujah dengan rakan sebaya, ketika itu ramai yang menyokong Anwar. Saya hanya beberapa kerat yang tidak menyokongnya - walaupun ketika beliau didalam UMNO.
Kononnya gerakan massa Anwar akan melihat Malaysia bakal menjadi seperti Indonesia. Pembenci Tun Mahathir berharap TDM akan dijatuhkan oleh rakyat seperti Suharto di Indonesia.
Pada PRU 1999, BN dibawah pimpinan Tun Mahathir menang dengan dua pertiga tapi dibantu oleh undi kaum Cina. Melayu memprotes kerana Anwar.
Selepas 13 tahun insiden Anwar dipecat, saya imbas semula rakan-rakan saya yang dulunya fanatik Anwar. Mereka sekarang semuanya sudah hampir mencecah 40an, bukan lagi pemuda berusia 26 tahun yang rindukan 'spirit of adventure'.
Mengejutkan, 8 dari 10 sudah tidak meminati Anwar. Anwar bagi mereka hanya pencetus ketegangan dan pengacau keamanan. Ini membuktikan, sokongan anak muda terhadap apa saja yang berbentuk 'memberontak' hanya didorongi oleh semangat pertualang darah muda mereka. Nampak lebih mencabar dan cool menentang authority.
Kawan-kawan saya yang dulunya fanatik Anwar sekarang sudah bekerja, berkeluarga, ada antara mereka menjadi businessman yang berjaya dan bergaji besar. Mereka inginkan keamanan, bukan kehuru-haraan dengan politik yang tidak stabil.
Anwar makin terdesak. Beberapa orang kuat partinya juga telah meninggalkannya. Keadaan Anwar sekarang ini seperti Hitler yang diserang oleh Tentera Bersekutu dari Barat, dan Tentera Merah dari Rusia.
Apa yang Hitler buat sebagai 'last gamble'nya? Hitler yang sudah kehilangan tentera professionalnya menggunakan tentera kanak-kanak. Sesiapa saja boleh mengangkat senjata, malah semuda 16 tahun diletakkan untuk bertempur dengan Tentera Merah yang semakin menghampiri Berlin.
Menjelang 9 Januari, nasib Anwar akan ditentukan. Anwar tidak mempunyai 'legal defense' yang baik. Anwar cuba menggerakan bidak-bidaknya diluar mahkamah. Azmin Ali akan memecahkan tembok penjara dan mengeluarkan Anwar.
Shamsul Iskandar, Chegu Bard dan Tian Chua menggunakan gerakan pelajar untuk melawan kerajaan. Dihantar SMM ke pejabat UMNO bagi menurunkan gambar PM Najib, diperkarangan Pejabat UMNO sendiri.
PKR mendakwa dengan mendapat sokongan mahasiswa maka mereka adalah gerakan masa depan. Masalahnya, apabila mereka dewasa seperti rakan-rakan saya yang dulunya fanatik Anwar, mereka bukan lagi anak muda yang sanggup diperkudakan dengan politik jalanan. Mereka adalah bread winners kepada keluarga mereka. Pertimbangan mereka juga akan jadi lain.
Dan Anwaj akan makin dilupai.
6 comments:
bro,
agreed 100%. sejak dari tahun 80an kita dengar org muda tak suka dengan BN and Umno. Simple calculation kiranya kita kumpul semua org muda sejak dari tahun 80an yg membenci BN ,rasanya sebelum tahun 2000 BN dah tumbang.
My suggestion to budak budak yg suka demo tu to get more respect tiap tiap org photostat result exam besar besar ,gantung kat leher masa demo ,so we know that you are good in your studies.
AKU HENSEM
HAIL HITLER
HELL ANWAR
sejarah sentiasa berulang...
Zaman 70an, 80an... kalau jadi mahasiswa hebatlah sebab masa tu bapa2 mahasiswa org kampung.....
Sekarang bapa2 mahasiswa yg bijak pandai pun ramai... bapa2 dah boleh tegur ketuk kepala mahasiswa.... Jangan nak berlagak.. kat luar tu lagi ramai lepasan U dah jadi bapak2 dan emak2 org. Dah tahu erti hidup sebenar... Korang mahasiswa sila duduk U belajar ilmu, skor CGPA....
Betul! Sokong 100%. Budak budak ni lupa yang bagi mereka tempat belajar tu atas dasar usaha siapa?
Pandangan/ulasan yang bernas... Kebanyakan ibu-bapa kepada mahasiswa sekarang adalah bekas2 mahasiswa jua; yang tahu betapa besarnya risiko andai anak2 muda yg sdg belajar itu terjebak dalam kancah politik murahan, yang, dalam konteks negara ini.., politik puak2 pembangkang.
Semangat anak2 muda telah dihasut dan disalah asuh oleh pemimpin2 bernafsu jahat. Pemimpin pembangkang nak rampas kuasa; masa anak muda yang jadi modal & pelurunya.
Amat kejam..!
Post a Comment