Followers

Monday, November 7, 2011

PPSMI: Pengajaran Dari Ireland.

Sean Lemass - ada iras-iras TS Muhyidin tak?

Pada tahun 1950an. Perdana Menteri Ireland bernama Sean Lemass telah membuat keputusan yang sangat penting buat Republic Ireland. Beliau menjadi PM Ireland dari tahun 1959-1966.

Pertama beliau membebaskan pendidikan orang Ireland dari pengaruh gereja dan catholic. Selama ini, Ireland sangat dicengkam oleh kuasa gereja dan semua pendidikan tidak terlepas dari pengaruh gereja. Sean Lemass mengambil langkah berani apabila pentadbirannya memisahkan pendidikan dari pengaruh agama. Dan tindakannya ini telah mengubah Ireland dari negara yang mundur kepada negara maju terutama dalam pendidikan perubatannya.

Kedua, Lemass telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Pendidikan di Ireland dibawah Lemass telah diajar dalam bahasa Inggeris. Orang Irish sangat membenci segala-gala tentang British kerana, seperti Malaysia, mereka telah dijajah. Bahasa Irish adalah bahasa Gaelic.

Gaelic adalah bahasa yang tidak mampu untuk menjadi bahasa ilmu. Untuk meng'gaelic'kan ilmu akan mengambil masa yang lama. Namun Ireland mengalami perubahan yang pantas dibawah pentadbiran Lemass. Antara kejayaan Lemass dengan pantas menukar Ireland dari negara mundur kepada negara maju adalah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran semua subjek.

Sekarang bahasa Gaelic sudah hampir mati di Ireland. Di Dublin sudah tidak ada orang yang boleh bertutur dalam Gaelic lagi. Semua orang Irish di Dublin bertutur dalam bahasa Inggeris - bahasa penjajah mereka. Di beberapa kawasan agak pendalaman seperti Galway masih ada yang memahami bahasa Gaelic. 

Hasil perjudian Lemass selepas 50 tahun pentadbirannya, Ireland muncul sebagai negara yang mempunyai pendapatan per capita yang tinggi. Mereka maju dalam bidang perubatan dan teknologi maklumat. Walaupun sekarang selepas kemelesetan ekonomi global, Ireland, Itali dan Sepanyol dikatakan terumbang-ambing, namun Ireland sangat berlainan sebelum Lemass menjadi PM.

Seperti Tan Sri Muhyidin, saya juga tidak mahu bahasa Melayu terus berkubur seperti bahasa Gaelic. Namun dengan kelemahan penterjemahan dalam dunia ilmu ke dalam bahasa Melayu, saya juga tidak mahu Malaysia ketinggalan dari segi sains dan teknologi kerana tidak mahu menggunakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik.

Isu PPSMI bukan isu bahasa. Terbaca tweet Syed Husin Ali yang mengkritik jika ingin perkasakan bahasa Inggeris, kerajaan perlu ajar sastera Inggeris bukan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Saya rasa beliau keliru di sini. PPSMI bukan tentang keindahan bahasa Inggeris, sastera dan puisinya, tetapi kerana ilmu dalam pengajian tinggi lebih mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris dari terjemahan. 

Saya masih ingat semasa saya sekolah rendah, kerana hanya mengelak dari menggunakan bahasa Inggeris, kami belajar istilah dalam keadaan janggal. Biology diterjemah menjadi kajian hayat sedangkan biologi bukan hanya mengkaji hayat, namun juga mengkaji benda mati.

Kemudian dalam sains sekolah rendah kami diajar carnivor sebagai maging(makan daging), hernivor sebagai maun atau makan daun dan omnivor  sebagai maserba atau makan serba serbi. Anehnya, manusia masuk golongan maserba.

Matematik menjadi ilmu hisab atau kira-kira sedangkan hisab dan kira-kira adalah arimatik. 

Sementara penterjemah akan berbalah soal istilah yang perlu untuk diterjemahkan, dunia ilmu didunia sana berkembang dengan pesat - lebih pesat dari yang mampu diterjemahkan. Dan saya boleh tebak bagaimana Ireland sekarang jika Lemass bertegas ingin menggunakan bahasa Gaelic sebagai bahasa ilmu di Ireland 50 tahun lalu.

Pendidikan bukan masalah politik. Pendidikan adalah masa depan anak cucu kita.











6 comments:

Anonymous said...

Betul YB. Ramai orang yg sudah keliru termasuk DPM sendiri.

Kita mahu generasi Melayu yg paling korok pun faham Bahasa Inggeris.. tak kisahlah jika mereka tak fasih berbahasa Inggeris.. atau cakap "broken-broken" atau malu nak cakap London. Pokoknya semua dari yg kerja kuli sampai ke kerja politik FAHAM bila baca article atau buku dalam English.

Itu 1st stage.

2nd stage barulah nak memperkasakan B.Inggeris. Yang ini tak payah semua rakyat Malaysia pun ok. Tapi para graduan wajib fasih berbahasa Inggeris. Why? Becoz they are the cream of Malaysian society. The educated group. If educated group pun hampas. Cakap macam Cina pasar.. something is terribly wrong.

How to make them fasih? You need to encourage them to SPEAK the language. A lot of people when they first learn any language are embarassed to speak the new language.

Why? First they sound weird to their own ears. 2nd they don't know enough vocab to string even a sentence. Third, society love to laugh at people when they speak weird.. don't believe me? How many people laugh at Siti Nurhaliza when she tried to speak English? I've heard plenty of jokes re her pronounciations. Sick people, if you ask me.

My point is.. you must teach the graduates to muka tebal.. Just speak the language. In time, it will be like 2nd nature.. How you know that? When you start thinking in both your mother tongue and the new language.

To me Tun M's initiative is for Stage 1. This brilliant man is trying to make Malaysians from all walk of life embrace knowledge and technology.

DPM new initiative is for Stage 2. Due to lack of resources (English teachers), IMO the focus shd be only to the graduates coz normal people don't need to speak good perfect English. It is enough for them to understand.

Nobody in the right mind, most esp foreigners / tourists expect each & every Malaysians to be able to speak good English. I think it is more rational for them to expect that each and every Malaysians can speak good Bahasa Malaysia. Which is ironically not the case ;p

RCZ

Jeepers Creepers said...

pada saya, generasi muda terutama dibandar besar sudah boleh berbahasa inggeris dengan baik.cuma dikawasan luar bandar masih ada masalah untuk menguasai bahasa inggeris.

bagi saya untuk belajar matematik dan sains didalam bahasa inggeris tidak mendatangkan masalah.

memang kita perlu mempertahankan bahasa melayu tetapi dengan suasana dunia sekarang, adakah kita mampu terus maju dan berdaya saing terutama anak cucu kita?

yang paling baik adalah kita mampu menguasai bahasa inggeris dengan baik dan dalam masa yang sama, kita terus menjunjung bahasa melayu.

Anonymous said...

PERNAH KITA TANYA KENAPA ANAK MENTERI DI HANTAR BELAJAR SEK BERBAHAGA INGGERIS..@ ENLISH...SURATKABAR YG VENDOR HANTAR SEMUA BERBAHASA ENLISH KENAPA, WHY..PAK MENTERI TOLONG JAWAP...NAK CARI DALAM GOGGLE TERM DALAM BAHASA NALAYSIA MEMANG TAK ADA...TUN MU BIJAK MENTERI YG ADA SEKARANG KIRA SAMA TARAF DGN PAK LAH...SEMUA DIA TAU PADA HAL DIA TAK TAU APA-APA...

sri tribuana said...

Salam semua,

saudara RCZ, saya nak betulkan di sini, saya bukan YB, hanya orang biasa. Terima kasih.

Anonymous said...

AKU HENSEM

RCZ maksudkan yg berharap
bukan yg berhormat bang hehehe

sri tribuana said...

Kalau YB tu maknanya Yang Berharap ok lagi dari Yang Bingai. He he he