Followers

Friday, September 30, 2011

Belasungkawa

UMNO Bahagian Jerantut telah kehilangan Setiausaha Bahagian, Dato Ghazali Suliman yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Tawakal pada hari Rabu kerana stroke dan pendarahan otak. Setelah menjalani operasi, Allahyarham telah meninggal dunia pada pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dan menempatkan beliau dikalangan orangIorang beriman.

Al Fatihah.

Tuesday, September 27, 2011

Politburo vs Dewan Ulama.

DAP memusatkan kuasa pada Setiausaha Agungnya. Seperti komunis, kuasa politburo atau political biro terletak pada Setiausaha Agung parti, bukan Presiden. Stalin adalah Setiausaha Agung parti dan menjadi orang nombor satu dalam empayar Soviet.

PAS pula cuba meniru cara Iran dengan Dewan Ulama sebagai entiti politik yang berpengaruh. Walaupun mereka mempunyai Presiden namun 'spiritual leader' atau Mursyidul Am adalah individu yang berpengaruh. Iran menamakan 'spiritual leader' mereka sebagai Ayatollah. 

Kedua-dua format jawatan kedua parti berkenaan tidak direka untuk demokrasi. Semua orang tahu politburo adalah segalanya tapi tidak demokratik. Justeru itu Lim Kit Siang boleh menjadi de facto leader dalam DAP selama mungkin, selagi beliau tidak meletakkan jawatannya.

Begitu juga dengan Mursyidul Am. Selagi mursyidul am sendiri tidak berniat untuk mengundurkan diri, selagi itu beliau akan terus menjawat jawatan berkenaan. Pertembungan atau gabungan dua format jawatan dari PR ini melahirkan sesuatu yang tidak demokratik dalam menangani isu-isu yang sepatutnya rakyat.patut tahu permuafakatan mereka. Atau perbezaan pendapat mereka.

Ini hasilnya:

GAG ORDER!

Monday, September 26, 2011

Hudud Datang Lagi!

Ini wajah PAS ketika memegang kuasa.

Dengarkan pengakuan Nizar Jamaludin. Ketika ini Nizar sebagai MB menjaga kepentingan politik PAS. DAP tak suka hudud, maka tiada hudud dalam perlembagaan Islam kerana kerajaan Perak dizaman PR memerintah tertegak kerana majoriti DAP. 

Jawapan politik, bukan?




Dalam Muktamar PAS yang terbaru PAS setuju untuk mengugurkan 'Negara Islam' dan hudud, digantikan dengan negara kebajikan. Maka nas dan dalil dicari untuk mewajarkan tindakan mereka. Mereka sendiri mengatakan 'negara Islam' dan 'hudud' tidak ada dalam Islam. 

Kerosakan yang dibuat oleh Mat Syabu menyebabkan undi Melayu kembali menolak PAS. Sesuatu perlu dilakukan. Sesuatu itu sudah tentu bukan pembaharuan ekonomi kerana mereka tidak cukup pemikir untuk itu. Terlalu banyak ustaz-ustaz dalam PAS dari ahli ekonomi, jadi mereka kembali ke first love mereka iaitu hudud. Dalam bab ini, mereka merasakan mereka lebih layak bercakap dan berdebat.

Ramai yang percaya kononnya isu hudud akan memecahkan pakatan antara DAP dengan PAS. Saya tidak berasa demikian. DAP, PKR dan PAS membenci UMNO lebih dari segala. Mereka akan korbankan kepentingan masing-masing demi menjatuhkan UMNO. Jadi strategist UMNO jangan berasa seronok sangat. Ini hanya lakunan.

Adalah selamat jika kedua-dua pakar strategi - UMNO dan PR - memberi undi kaum Cina sebanyak 80% kepada PR. Hanya tinggal 20% masih bersama MCA dan Barisan. Tindakan terbaru PAS ini bagi memancing semula undi Melayu menyokong PAS yang kononnya fundamentalist Islam. DAP sudah faham kerana di Perak terang-terangan PAS mengaku "negara Islam dan hudud tidak ada dalam perlembagaan PAS". 

Polemik terbaru PAS ini hanya ingin membuktikan kepada undi Melayu bahawa DAP bukan tuan mereka, kononnya PAS itu parti mempunyai pendirian. Saya masih percaya jika PAS bertanding, undi Cina tetap pergi ke PAS walaupun mereka cuba menjuarai isu hudud ini.

PAS hanya ingin melihat UMNO nampak tidak Islamik jika tidak menyokong hudud mereka. Saya setuju pandangan Datuk Zaid Ibrahim, hudud adalah undang-undang jenayah. Hudud bukan undang-undang sivil yang melibatkan soal nikah kahwin, cerai dan faraid. Undang-undang jenayah adalah seragam mengikut Persekutuan. Undang-undang jenayah juga tidak boleh berbeza-beza dari satu negeri dengan satu negeri yang lain, apa lagi berbeza mengikut pegangan agama.

Undang-undang jenayah hudud jika ingin dilaksanakan mesti melibatkan kaum lain. Sebagai undang-undang jenayah, hukuman mesti sama antara orang beragama Islam dengan Hindu, Buddha dan Kristian. Orang Islam tidak boleh mempunyai undang-undang jenayah mereka sendiri.

Orang PAS tahu itu. Jika mereka mengatakan undang-undang hudud hanya untuk orang Islam, ini kerana mereka tidak mahu hilang undi orang Cina. Rasulullah tidak menegakkan Islam dengan demokrasi.

PAS hanya menyediakan candu untuk mengkhayalkan orang-orang Melayu yang merasakan sangat penting melaksanakan hudud untuk diterima sebagai fundamentalist. Lepas PRU jika PR berkuasa, wajah sebenar PAS sebagai haiwan politik akan berubah seperti yang ditunjukkan oleh Nizar Jamaludin dalam you tube di atas.

Itu saja.


Sunday, September 25, 2011

Wisdom and wise.

"Even a wise leader must acts in an appropriate time, and to act in an appropriate time is by studying circumstances, not by knowledge."


Words of wisdom from old Chinese book of strategy.

Saturday, September 24, 2011

Orang Luar

Jika Superman tidak datang ke bumi, dan masih menetap di Planet Krypton, adakah dia dianggap sebagai manusia super di planetnya? 

Di Krypton, semua penghuninya mempunyai kuasa yang sama, semua penghuninya boleh terbang. Kar El, nama Clark Kent di Krypton hanya manusia biasa di sana. Dia diagung-agungkan dibumi kerana dibumi hanya dia yang boleh terbang dan mempunyai kekuatan luar biasa. Justeru itu dia dipanggil Superman.

Bukan satu kebetulan, pemimpin yang agung dalam sejarah bukan datang dari tempat berkenaan. Hitler merupakan orang Austria dan bukan orang German. Joseph Stalin merupakan orang Georgia dan bukan asal orang Rusia. Napoleon Bonaparte orang Corsica dan bukan orang Perancis. Malah, diwaktu mudanya, Napoleon lebih menganggap dirinya sebagai patriot Corsica dari seorang warganegara Perancis. Rasulullah S.A.W sendiri lebih diterima oleh orang Madinah dari orang Quraish Mekah pada peringkat awal kerasulan baginda.

Orang luar akan nampak lebih jelas permasalahan kaum yang bukan kaumnya. Mereka lebih cepat menghidu dan merasai denyutnya kerana mereka secara emosi dan sentimentnya detach. Detachment ini menjadikan mereka clinical dan boleh membuat pertimbangan lebih rasional dan objektif. Mungkin ini rahsia kejayaan orang luar.

Ramai yang memperolok-olokkan Tun Mahathur kerana kononnya beliau bukan Melayu tulen kerana bapanya Pakistan dan hanya ibunya Melayu. Namun Tun lebih memahami psikologi orang Melayu lebih dari orang yang mengaku Melayu tulen.

Mungkin satu masa nanti pemimpin agung Malaysia bukan datangnya dari orang Melayu langsung, maksud saya tidak beragama Islam, tidak bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mengamalkan adat resam Melayu. 

Sekadar sergahan minda supaya Melayu jangan tidur terlalu lena.








Friday, September 23, 2011

Ban Video Klip Undilah - Tindakkan Silap dari SKMM.

PM telah ke udara menjelang 16 September untuk mengumumkan ISA akan dihapuskan. Dalam ucapan PM, beliau menyatakan bahawa "era government knows best is over". Telah berkali-kali beliau menyatakan message yang sama. Berkali-kali hingga kita merasakan cliche nya.

Pengumuman penghapusan ISA telah telah digembar-gemburkan sebagai peristiwa besar oleh Kementerian Penerangan. Sebagai lidah kerajaan, kementerian itu berhak melancarkan propaganda mereka. Saya ingat kejayaan terbesar Tun Dr. Mahathir ketika mengembeling tenaga untuk mendapat sokongan rakyat dalam 'SEMARAK'nya. SEtia bersaMA RAKyat. Itu era RTM adalah raja segala raja dalam dunia komunikasi.

Pengumuman PM ISA akan dihapuskan telah disambut dengan berbagai reaksi. Golongan menentang ISA memuji langkah PM sebagai 'bold'(bukan Blackberry),  dan memberi nafas baru kepada kebebasan di Malaysia -seolah-olah Malaysia ini negara polis(police state) selama ini.

Kita tidak perlu buang ISA kerana ISA dicipta untuk memerangi pengganas. Kepada sesiapa yang bukan pengganas, ISA tidak perlu digusarkan. Apa yang Malaysia perlu adalah sedikit kebebasan dalam berkata-kata. Kita perlukan kerajaan yang membenarkan kita berkata-kata dan meluahkan kemarahan atau perasaan juga kreativiti tanpa halangan.

Video klip 'Undilah' telah diarah Peter Teo, saya minta maaf kerana tersalah fakta dalam posting sebelum ini dengan memberi kredit kepada Namewee. Namewee hanya pelakun, salah seorang dari beberapa orang celebrity.

Tidak ada salahnya video klip berkenaan hingga SKMM telah minta beberapa media utama dibawah pengaruh Kementerian Penerangan seperti TV1, TV2, TV3 dan sebagainya untuk berhenti menyiarkan video klip berkenaan. Untuk keadilan, video itu bukan hanya dilakunkan oleh pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Khalid Samad dan Nurul Izzah, turun menurunkan beberapa tokoh BN seperti Tengku Razaleigh, Wee Ka Siong dan YB Rosnah.

Adil bukan?

Alasan SKMM mungkin kenyataan permulaan Ku Li "Malaysia banyak masalah". Saya masih ingat dalam era kegemilangan Pak Lah, apabila Mukhriz memberi pandangan beliau tentang ucapan Pak Lah sebagai "tidak ada yang baru", kepimpinan Pemuda dibawah Datuk Hishamudin telah menghentam.Mukhriz dengan hebat. Budaya feudalisme masih menebal dalam UMNO, kerana antara ramuan demokrasi adalah boleh dikritik.

Biarlah mereka segala rakyat jelata memberi pandangan masing-masing terhadap negara mereka. Tidak perlu disekat. Apa lagi dalam era internet yang boleh ditonton melalui youtube, tindakan sedemikian tidak membantu BN. Malah BN akan dilihat sebagai obsolete dan tidak dinamik.

Mungkin hanya PM yang ingin kelihatan liberal. Namun kita liberal ditempat yang sepatutnya kita tegas. Kita menjadi tidak liberal kepada bidang seni dan pop culture yang sepatutnya kita lenient.

Jangan serius sangat Datuk.

Tuesday, September 20, 2011

Dua Zaman.

Ini video klip zaman RTM sebagai mesin propaganda paling ampuh. Generasi kami boleh menghafal lagu ini kerana di mainkan hari-hari di RTM. Sekarang, sejak muncul ASTRO, RTM pun budak-budak jarang tengok.



Dibawah pula adalah video klip 'Undi' oleh Namewee. Ramai celebrity yang turut berlaku termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Lee Chong Wei, Datuk Wee Ka Siong dan ramai lagi. Ini senjata ampuh propaganda zaman internet, tidak perlu masuk TV, tidak perlu masuk media perdana. Dunia cyber dunia anak-anak muda, gagal memahami mereka bererti gagal memahami masa depan.


Mana versi cybertrooper pro BN selain video XXXX?

Saturday, September 17, 2011

Peace for our Time.



Footage di atas merupakan bahan sejarah. Pada tahun 1938, Perdana Menteri Great Britain, Neville Chamberlain telah menandatangani Munich Agreement dengan German. German menuntut campurtangan ke atas Chekoslavakia kerana menurut Hitler bagi menjaga kepentingan etnik German yang tinggal di Sudetenland. 

Selepas Perang Dunia Pertama, Eropah agak ragu-ragu untuk memulakan perang. Semasa Hitler mula muncul dalam pentas politik Eropah, beliau telah mencabuli 'Perjanjian Versaille' yang menghadkan kuasa ketenteraan German tidak boleh melebihi 100 ribu tentera, dan boleh mempunyai tank dan aircraft. Sebaliknya, Hitler memulakan program persenjataan German dengan membina kilang-kilang mengeluarkan lebih banyak panzer dan luffwaffe. 

Winston Churchill merupakan ahli politik yang gagal sebelum Perang Dunia Kedua. Selepas peristiwa Galipoli dimana Churchill sebagai First Lord of Admiralty iaitu Menteri Pertahanan telah membuat silap dan mengorbankan ramai tentera laut British. Sejak itu, masa depan politik Churchill suram, malah musuhnya menganggap kerjaya politiknya 'finish.'

Churchill mengkritik hebat dasar terbuka dam tolak ansur Chamberlain terhadap persiapan Hitler. Namun suara Churchill tidak didengari, lantaran beliau seorang ahli politik yang terbuang. Ramai ahli kabinet Chamberlain mempersenda-sendakan Churchill.

Beberapa tindakan agresif Hitler gagal dibaca dengan tepat oleh pentadbiran Chamberlain. Setahun sebelum meletus Perang Dunia Kedua, Hitler menuntut Great Britain dan Perancis membiarkan beliau menangani isu Chezkoslavakia bersendirian. Ini kerana sebelum ini menjadi dasar para diplomat Inggeris menghalang sebarang campurtangan mana-mana negara continental terhadap negera-negara kecil yang dianggap 'Low Countries.'

Sebelum itu, Hitler telah berjaya membawa masuk Austria ke dalam Third Reichnya tanpa menumpahkan darah.Mengejutkan general-general Hitler sendiri, beliau berjaya melakukan tanpa halangan dari Great Britain dan Perancis yang mana pada peringkat awal peperangan, German belum mampu mengalahkan Great Britain dan Perancis.

Dalam isu Sudetenland, Hitler berjaya meyakinkan Chamberlain, bahawa itu adalah permintaan terakhir German dan jika tidak dituruti German tidak akan ragu-ragu mengunakan tentera. Neville Chamberlain seorang yang lembut dan sukakan keamanan. Dengan niat yang ikhlas mengelakkan negaranya terjebak dalam perang lagi beliau setuju memenuhi tuntutan Hitler.

Maka beliau setuju dalam Munich Agreement untuk membenarkan Hitler menduduki Sudetenland dan menangani isu Chezkoslavakia. Langkah ini dikritik hebat oleh Churchill, but Churchill still in political wilderness.

Sekembali ke negaranya, Chamberlain membuat uacapannya yang terkenal iaitu "Peace for our time" tetapi sering disalah-ungkapkan "peace in our time". Meyakini keikhlasan Hitler yang tidak akan bertindak agresif dan menawan negara lain, sebaliknya Chamberlain diingati sebagai negarawan yang gagal menghalang Perang Dunia Kedua dari terjadi.

"My good friends, this is the second time in our history that there has come back from Germany to Downing Street peace with honour. I believe it is peace for our time. We thank you from the bottom of our hearts. And now I recommend you to go home and sleep quietly in your beds."
- Neville Chamberlain, 30 September 1938.

Perang tetap meletus setahun kemudian setelah Hitler menyerang Poland, Chamberlain meletak jawatan. Raja England melantik Winston Spencer Churchill sebagai Perdana Menteri. Churchill dianggap sebagai British Last Lion, dan membawa kemenangan kepada Great Britain kemudiannya.

Di bawah adalah ucapan terkenal Churchill ketika England berperang dengan German berseorangan setelah Perancis jatuh ke tangan German.














Friday, September 16, 2011

Tiada Lagi ISA - Siapa Untung?

Menjelang sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan, Malaysia ternanti-nanti pengumuman yang 'gempak' dari PM. Tepat 8.45 malam,.PM memulakan ucapannya. 

Tak perlu saya ulangi ucapan beliau. Segala preamble, segala bunga bahasa dan segala retorik berkisar hanya pada satu perkara: tidak ada lagi ISA. TIDAK ADA. Bukan digubal, bukan diubah atau bukan dipinda. Di HAPUSkan. HALAS. FINISH.

Selama ini keamanan Malaysia dijaga oleh ISA. Memang ia mencemar beberapa hak individu seperti penahanan tanpa bicara, namun 'desperate time, desperate measure'. Sebenarnya, tidak ada apa yang salah pada ISA kerana tujuan asal mengekang unsur-unsur subversif dan komunisme. Kesalahan, seperti halnya yang lain adalah pelaksanaan - apabila Menteri Dalam Negeri menggunakan kuasa ini untuk tujuan politik yang tidak ada kena mengena dengan tujuan asal akta berkenaan.

Aneh apabila jaguh demokrasi dan hak asasi manusia seperti Amerika memperkenalkan Patriot Act setelah 9/11, Malaysia pula memansuhkan ISAnya. Patriot Act juga mencemar hak asasi manusia, dan saya yakin ada antara tahanan di Guatanamo yang tidak bersalah, dan disiksa.

Aneh apabila jaguh menentang ISA seperti DAP adalah penyanjung Singapura, manakala Singapura pula penyanjung Amerika. Singapura juga memperkenalkan Patriot Act mereka, dan selama ini lebih tidak liberal dan lebih tidak demokratik berbanding Malaysia.

PKR, DAP dan PAS adalah pembangkang. Mereka akan hanya bangkang. Mereka tidak benar-benar minat melihat hasil bangkangan mereka kerana bagi mereka, apa sahaja yang berbentuk kerajaan adalah salah. Namun mereka sudah mula mengaku penghapusan ISA ini adalah hasil jerih dan penat lelah mereka berdemo. Mereka mendapat kredit, PM dikecilkan peranan sebagai pembuat 'perutusan sahaja.'

Dan saya percaya jika PR memerintah, mereka akan cari jalan untuk menghidupkan semula akta sedemikian walaupun atas nama dan bentuk yang berlainan. Liberalisasi hanya 'political ploy' sahaja. Lagipun, DAP adalah pemuja PAP, dan PAP mentadbir Singapura dengan cara kuku besi.


"When you in power, make yourself powerful, otherwise, you are bloody FOOL."

Menurut PM, ada akta baru akan diperkenalkan. Akan bererti 'bakal'. 'Bakal' bererti 'cadangan'. 'Cadangan' bererti akan dibahaskan. Dan PR yang memiliki suara yang ramai tidak akan mendiamkan diri untuk menyuntik pengaruh mereka dalam akta yang bakal digubal bagi menguntungkan mereka. Ya, menguntungkan MEREKA kerana parti hanya memikirkan keuntungan politik, untuk menarik sokongan rakyat.

Kita harap PM dan MP BN tidak flip flop dalam perbahasan nanti.

PR juga sudah menyediakan list permintaan yang panjang untuk dihapuskan dan sudah tentu atas nama 'rakyat'.(Komunis cukup suka 'in the name of the peoples of so and so').

Mari kita lihat PM mampu melayani mereka satu per satu atau tidak. PM terakhir sebelum Datuk Seri Najib cuba bersungguh-sungguh untuk kelihatan toleran dan liberal, hanya mendapati beliau masih tidak dapat memuaskan hati rakyat dan diminta turun. Partinya gagal membentuk 2/3, dan beliau hilang kuasa.

SPRM yang dibentuk oleh beliau, yang menyerahkan kuasa PM semasa BPR dan diletak dibawah Parlimen masih boleh dikecam oleh PR seperti halnya kes Teoh Beng Hock. Dan PR terus mendapat sokongan sesetengah pihak yang naive, disebalik niat murni Tun Abdullah, ianya masih tidak menguntungkan BN.

Mari kita lihat adakah ISA akan mengalami nasib yang sama.

Rakyat ingin lihat reformasi ekonomi yang mana kesan segala pengumuman masih tidak dirasai oleh peniaga tepi jalan, kontraktor kelas F, petani, orang kampung dan pegawai kerajaan. Jika ini berjaya, ISA kekal atau tidak, BN akan menang majoriti yang besar.

Nothing else matter.




Wednesday, September 14, 2011

Siapa Punahsihat PM?

"GST akan dilaksanakan selepas Pilihanraya ke 13," kata PM.

Siapa punahsihat PM? Masih mampu BN menjadi kerajaan selepas PRU ke 13? Melepaskan anak panah bukan pada masanya.

Wrong timing again Mr. Prime Minister.

Tuesday, September 13, 2011

Tukar Bas Saja, Pemandu Tetap Sama.

Kadang-kadang saya merindui zaman bas mini. Ianya sangat cute, dengan tambang 50 sen akan membawa anda ke mana-mana sahaja di Lembah Kelang ini. Di sisimya terpampang-pampang no seperti identiti ianya akan membawa anda ke mana. No 34 dan 23 pernah menjadi sangat penting kepada saya.


Bas mini asalnya warna hijau sebelum menjadi 'puteri umno'.

Tiap-tiap petang lepas sekolah, jika kami terlepas 'bas panjang', atau 'bas panjang' terlalu lambat, kami akan menaiki bas mini, bersesak-sesak hingga ke tangga. Ketika waktu peaknya, jangan harap dapat duduk dengan selesa. Kebanyakkan penumpang hanya merasa berdiri, macam ikan sadin, dan macam-macam bau hamis, masam dan masin berbaur. Bau mu sudah menjadi bauku juga.

Mujur bas mini tidak mempunyai penghawa dingin, semuanya 'open air' belaka. Tapi cuaca ketika itu tidak sepanas sekarang, kami langsung tak perasan ketidakselesaannya. Paling panas jika duduk dekat enjin, sebelah pemandu.

Memang bas mini ini tidak selesa, tetapi ia dimansuhkan kerana banyak sebab. Antaranya untuk menaiktaraf pengangkutan di Kuala Lumpur. Masalah paling besar bas mini ini ketika itu adalah masalah pemandunya. Pemandunya kebanyakkannya tidak berdisiplin dan sering mengejar masa dan berebut penumpang kerana mereka juga mempunyai komisen.

Saya masih ingat menjelang kepupusannya, media massa yang ketika itu hanya akhbar harian dan TV kerajaan hari-hari memainkan isu bas mini. Bas mini langgar rumah orang. Bas mini merempuh divider. Bas mini itu, bas mini ini.

Akhirnya tiba zaman bas intra kota.

Dari segi baru dan selesa, memang intrakota sangat berbeza dengan bas mini. Namun pada awal ianya beroperasi, masalah disiplin bas intrakota tetap sama. Ada joke yang mengatakan, selepas bas mini dihapuskan, pemandu bas-bas mini ini tidak mempunyai pekerjaan. Ramai juga dikalangan bekas pemandu bas mini ini menjadi pemandu bas intrakota kemudiannya. Ia atau tidak wallahualam tetapi itu antara joke yang diperkatakan.

Perubahan ala-Malaysia.

Saya simpati dengan PM Najib yang berusaha untuk mengubah persepsi terhadap BN selepas PRU ke 12. Dan dia nampak seperti kerja bersendirian. Namun samada orang politik, pemimpin GLC dan agensi kerajaan masih banyak melakukan blunder.

Kita tukar bas saja, PEMANDU masih sama.

Masih kedengaran dari 'perbendaharaan yang tidak berapa lama' nama-nama seperti Omar Ong, Kallimullah, Zarinah Anwar dan bekas-bekas pengguni 'Tingkat Empat' yang menyeramkan. Hantu masih berkeliaran di sana sini mencorak Malaysia mengikut kehendak mereka.

Sri Tri Buana Bebas Malware

Alhamdulillah blog Sri Tri Buana bebas malware. Pembaca boleh mengunjungi semula blog ini seperti biasa. Terima kasih atas sokongan.

Monday, September 12, 2011

Sri Tri Buana Di serang Malware?

Seorang sahabat dan juga pembaca memaklumkan pada saya bahawa blog ini telah diserang malware. Saya tidak pasti kerana saya hanya akan membuka blog melalui Black Berry Playbook, tidak melalui google chrome. Selalunya google chrome yang akan memberi amaran.

Saya mohon maaf pada pembaca. Saya sedang berusaha membetulkan keadaan. Kejadian ini berlaku mungkin kerana ada link yang diserang malware turut saya pautkan disini. Kepada rakan-rakan blogger yang terkena serangan malware, saya terpaksa buang sementara link saudara. Bila selesai nanti saya akan linkkan semula.

Harap maklum.

Friday, September 9, 2011

Akibat Gagal Mendengar.

Baru dua hari lepas posting saya tentang 'audi'. Ianya bukan hanya berkenaan kereta Audi, tetapi berkenaan bahana gagal mendengar suara rakyat. Hari ini, dalam facebook saya terbaca suara-suara anak muda yang mengamuk sakan mengutuk kerajaan kerana mengenakan cukai 6% kepada top up pre-paid.

Mungkin mereka pengundi, dan dengan aliran sebegini, kita boleh tebak ke mana undi mereka akan laburkan. Tidak sesuai masa ini untuk naikkan apa-apa yang membebankan rakyat.

Pembangkang bagi bola tanggung, kerajaan bagi bola tanggung balik. 

Seperti kata Tun Dr. Mahathir, ahli politik yang baik adalah yang mempunyai 'good sense of timing.' Malang buat saya, terbaca nasihatnya setelah saya bertanding di bahagian saya ketika masa yang tak sesuai. Dari pengalaman peribadi, saya tahu nasihat Tun itu benar.

Bagaimana dengan ahli-ahli kabinet yang kebanyakkan mereka sudah menteri di zaman Tun. Tidak ada langsung kebijaksanaan dari beliau ketika beliau PM untuk dipelajari? A wise man learn a lot from his enemy, let alone his mentor.

Oh saya lupa, Melayu mudah lupa.

Wednesday, September 7, 2011

Audi.

Audi merupakan bahasa latin. Makna 'audi' adalah mendengar. Audio dalam bahasa Inggeris datangnya dari akar kata audi juga. Seperti maxim perundangan, "Audi alterem partem" atau "tiada siapa boleh dihukum tanpa didengari". 

Seorang jurutera Mercedez bernama Horch membuat keputusan untuk membuka kilang keretanya sendiri. Kemudian beliau bergaduh dengan pekerjanya, lalu beliau ingin membuka syarikat lain dengan menggunakan nama yang sama. Mahkamah German memutuskan, nama Horch itu milik syarikat dan syarikat sebagai 'artificial person' dianggap individu. Horch  tidak boleh mengguna nama itu.

Horch dalam German juga bermakna 'listen'. Anak Horsch yang belajar bahasa latin mencadangkan nama Audi kepada bapanya. Ingin mengekalkan namanya, bukan dalam German tetapi dalam latin, Horch mengambil nama Audi sebagai nama baru syarikatnya. 

Maka lahirlah Audi, yang kemudian bergabung dengan 3 lagi pembuat kereta terkenal termasuk bekas syarikatnya: Horch, Wanderer dan DKW lalu membentuk Auto Union bagi menyaingi Mercedez yang mendapat patronage Hitler. Ini sebab lambang Audi adalah empat relung.

Dalam perkara yang lain, Tun Dr Mahathir pernah berkata, antara rahsia kejayaan politik beliau adalah mendengar. Tun berkata selalunya dalam perbualan dan perbincangan beliau lebih banyak mendengar dari bercakap. Dengan adanya habit ini, beliau boleh mendapat banyak maklumat dan gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara.

Apabila Datuk Seri Najib mula-mula menjadi PM, dalan ucapan pertama beliau adalah: "the era of government knows best is over". Secara tidak langsung, PM membayangkan kabinetnya sepatutnya lebih banyak mendengar dari bercakap. Dengan lebih banyak - dan bersedia - mendengar dari bercakap pentadbiran PM akan lebih sensitif terhadap aspirasi rakyat.

Malangnya, mengenali orang politik, mereka lebih suka bercakap dari mendengar. Saya menemui ahli politik bertaraf ADUN yang tidak boleh berhenti bercakap. Malah beliau bagaikan tidak mempunyai keupayaan untuk mendengar. Mungkin ini antara sebab kita makin tidak memahami pengundi kita.

BlackBerry telah mengeluarkan Bold 9930 atau Bold 4. Saya mempunyai seorang sepupu peminat tegar Bold dan masih menggunakan Bold 1 walaupun sebelum Bold 4 terkini adalah Bold 3. Beliau menyatakan beliau akan membeli Bold 4 kerana kesamaan dari segi size dan keypad dengan Bold 1. Saya complaint Bold 4 lebih besar dari Bold 2 dan 3, juga model itu kembali ke belakang iaitu improvised Bold 1 sahaja.

Menurutnya, Blackberry improvise Bold 1 kerana permintaan peminat. Masih ramai peminat Bold 1 mahu Blackberry mencipta model retro dengan software yang lebih canggih. Maka terciptalah Bold 4 yang size dan bentuk menyamai Bold 1. Blackberry mendengar kehendak pelanggan dan mencipta mengikut permintaan mereka.

'Audi' atau mendengar mungkin senjata baru dalam perkembangan perang korporat. Juga rahsia kejayaan mereka untuk terus relevan dalam pasaran. Jika korporat boleh, mengapa ahli politik Malaysia tidak boleh?

Rahsianya hanya 'audi' atau listen. Senang bukan?

Monday, September 5, 2011

Triumvirate

Selepas janissary berpaling tadah, kedengaran beberapa triumvirate sedang dibentuk. Jika kita menyebut triumvirate, kita perlu rujuk kepada zaman empayar Rom.

Sejarahwan menggelar ikatan antara Julius Caesar, Pompey dan Crasscus sebagai first triumvirate. Ketiga-tiga mereka dianggap sebagai 'outsider' dalam politik Rom. Mereka dianggap sebagai 'the outsiders' bukan kerana mereka datang dari luar empayar Rom. Bukan juga kerana mereka keturunan plebian, malah Caesar datang dari keluarga patrician yang penting.

Mereka dipanggil 'the outsider' kerana mereka bukan optimate, atau ruling elite yakni para senator yang dikenali sebagai 'patres' atau 'father'. Ketika era Caesar, Dewan Senat sangat berkuasa, walaupun mereka hanya consultative body. Secara teori, tidak ada undang-undang boleh dilaksanakan walaupun sudah diluluskan oleh Dewan Senat tanpa persetujuan 'tribune of the peoples'. 'Tribune of the peoples' merupakan alat check and balance dalam politik Rom, diwakili oleh golongan plebian.

Selalunya, tribune of the people ini dijaga oleh para senator atau setidak-tidaknya oleh patrician. Ini menyebabkan mereka menjadi pak turut, dan menambah kuasa senator. Julius Caesar dengan triumviratenya ingin mengekang kuasa senator, dan membuat pakatan yang dinamakan triumvirate.

Melalui triumvirate ini, Julius Caesar, Pompey dan Crassuss mencapai cita-cita mereka terutama dalam menduduki jawatan penting seperti Supreme Pontiff, atau Ketua Agama, consul dan pro consul. Triumvirate ini terbatal apabila Crasscus terbunuh semasa menyerang Parthia, dan Caesar mula bermusuh dengan Pompey hingga tercetus Perang Saudara.

Sejarahwan pula menamakan ikatan antara Augustus Caesar, Mark Anthony dan Lepidus sebagai second triumvirate. Julius Caesar setelah terbunuh dalam Ides of March telah mengejutkan semua orang apabila menamakan cucu saudaranya, Octavias yang berusia 18 tahun sebagai pewaris hartanya.

Mark Anthony sebagai orang penting dalam legion Caesar kecewa kerana beliau tidak dinamakan pewaris politik Julius. Sebelum mereka membuat ikatan, Octavias, Mark Anthony dan Lepidus bersetuju untuk 'jualbeli darah' atau blood transaction.

Ovtavias akan membunuh mentor politiknya iaitu musuh Mark Anthony, Cicero. Mark Anthony akan membunuh abangnya yang tidak disenangi oleh Octavias dan Lepidus, dan Lepidus juga akan membunuh abangnya yang tidak disenangi oleh Mark Anthony dan Octavias.

Second triumvirate ini juga menemui kehancuran apabila Mark Anthony mendapat wilayah Timur termasuk Mesir yang kaya dengan bijirin mula bersikap dingin terhadap Octavias. Kemudian Mark Anthony mengambil Celopatra sebagai kekasih dan ini tidak disenangi oleh orang Rom. Permusuhan ini tamat apabila Octavias mengalahkan Mark Anthony dalan Perang Laut yang dikenali dengan nama Battle of Actium.

Di Malaysia, saya membaca syarat aneh apabila Barking Magpies menulis tentang troika. Beliau menulis dibawah tajuk :


'A dangerous Troika, to get rid of Najib, is in the making??!,


Troika dalam bahasa Rusia adalah triumvirate. Rocky's juga menulis hampir senada bawah posting 'Abang Din gunning for no 1 seat?'

Troika atau triumvirate antara siapa? Muhyidin-Ku Li-Anwar? Atau Muhyidin-Mahathir-Mukhriz? Atau Muhyidin-Hishamudin-Mukhriz?


Jika benar, ia berita yang kurang enak kita dengar.





Saturday, September 3, 2011

Belasungkawa

Blog Sri Tri Buana mengucapkan takziah kepada keluarga Norafaizul bin Mohd Nor
 wartawan Bernama yang terkorban ditembak didada dalam misi kemanusiaan ke Somalia. Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas roh Allahyarham, dan ditempatkan dikalangan orang beriman dan syuhada.

Al  Fatihah.


Friday, September 2, 2011

Party Apes SeMalaya Sudah Menemui Caesarnya

Saya suka filem Planet of the Apes. Dalam Planet of the Apes yang asal, monkey yang membuat revolusi menumbangan kerajaan manusia bernama Caesar. Baru-baru ini ada filem terbaru franchise Planet of the Apes bertajuk The Rise of Planet of the Apes.

Caesar merupakan monyet pertama yang bercakap. Setelah didera oleh pelatihnya, Caesar  enggan patuh lalu menjerit: "NO!". 

Malangnya saya tidak dapat upload The Rise of Planet of the Apes melalui youtube kerana masih baru. Tidak ada youtube yang berkualiti boleh diuploadkan adengan Caesar bercakap. Sebagai ganti, saya turunkan youtube dibawah, versi local apabila Caesar menunjuk perasaan.

Tidak ada rotan, akar pun berguna. Enjoy!




Thursday, September 1, 2011

Komunisme.

Ideologi ini sepatutnya sudah berkubur. Entah macam mana di Malaysia, ada dungus yang menghidupkan semula ideologi yang sudah berkubur ini. Saya tidak tahu apa faedahnya terhadap pejuangan mereka. Pertama kita kena akui, masyarakat kita kebanyakkannya bukan masyarakat pembaca. Makin ramai golongan ini, makin mudah mereka terpedaya dengan sebarang dakyah, spin dan pembohongan.

Karl Marx merupakan nabi komunis. Pada asalnya tidak ada istilah komunis, cuma marxist - pengikut fahaman Marx. Marx menulis 'Das Kapital' namun ideanya kekal kaku tanpa Lenin. Lenin mengkaji buku-buku Karl Marx, lalu mencipta taktik bagaimana mencapai negara komunis yang pertama.

Lenin berjaya menumbangkan Tsar di Rusia. Beliau membangkitkan 'group feeling' atau assabiyah golongan proletariat untuk menentang kezaliman tsar. Mereka menanam kebencian terhadap pemerintahan tsar dan mengecam kemewahan golongan pemodal dan bangsawan. 

Sementara itu, di China, Mao telah memulakan gerakan komunis. Selepas Revolusi 1911, Dr. Sun Yun Set telah menggulingkan kerajaan Manchu dan menubuhkan Kuomintang. Kuomintang merupakan parti kebangsaan China. 

Ketika Mao cuba mengkomuniskan China, Kuomintang dipimpin oleh Chiang Kai Shek. CKS merupakan musuh abadi Mao. Seperti biasa taktik komunis, mereka akan propaganda kerajaan rasuah, mewujudkan rasa tidak percaya pada semua institusi kerajaan, menghasut rakyat untuk memulakan revolusi mengguling kerajaan yang ada. Semua kononnya atas nama rakyat marhein.

Setelah Rusia menjadi komunis, dan juga  China, mereka menubuhkan Commitern atau  Communist International. Ini bertujuan untuk membantu mana-mana parti komunis negara lain bagi menjatuhkan
kerajaan kapitalist. 

Selepas Perang Dunia Kedua, Rusia dan China tidak sehaluan dalam mentafsirkan ideologi komunis. China tidak setuju cara Stalin, pengganti Lenin lalu membuat mazhabnya sendiri. Secara semulajadi, China akan membantu gerakan komunis di Asia termasuk Vietnam dan Malaya. Sementara Rusia mendapat wilayah seperti Jerman Timur, Poland, Romania, Hungry, Chekoslavakia, kebanyakkan negara Balkan, Armenia, Georgia, Kazastan, Uzbekistan dan Azabaijan yang dinamakan Soviet Union, China mempunyai pengaruh politiknya di Korea, Vietnam, Thailand, Malaya dan Indonesia.

PKM di Malaya, seperti ditempat lain menggunakan kekerasan dan kekejaman dalam mencapai tujuan mereka. Kedengaran kononnya PKM pejuang kemerdekaan yang sebenar kerana mereka menentang British dan Jepun. 

PKM tetap bergerak dibawah agenda besar  Commitern, bukan bersendirian dalam menentu hala tuju komunis di Malaya. China membekal senjata dan wang kepada PKM. Namun blogger Outsyed the Box mempunyak teori yang nenarik. Menurutnya, Ketua PKM yang asal merupakan ejen British. Ketika itu, Chin Peng merupakan budak suruhannya.

Teorinya mudah. Selepas Perang Dunia Kedua, British hampir bangkrap. Beberapa negara bawah jajahan British seperti Mesir, Arab, India dan juga Malaya menuntut kemerdekaan. British masih memerlukan mereka, terutama Malaya kerana sumber getah, timah dan emasnya. British tidak rela melepaskan Malaya lalu mereka planted agent British dalam Parti Komunis.

PKM telah wujud pada tahun 1930. Tujuannya untuk menjadikan Malaya republik bebas dari negara kolonial seperti British. Pembangkang mendakwa PKM merupakan pejuang kemerdekaan yang tulin kerana menentang Jepun. PKM menubuhkan MPAJA atau Malayan People's Anti-Japaness Army. Mereka lupa ketika ini, MPAJA bekerjasama dengan British yang telah lari meninggalkan Malaya semasa serangan Jepun. Dalam menentang Jepun, MPAJA juga bertuankan British, dan China dan Rusia.

Ketika itu komunis bersekutu dengan British dan Amerika menentang fasis iaitu Jepun, Itali dan German. Ini bermakna, PKM bukan kuasa bebas yang kononnya datang dari penduduk Malaya atas kesedaran menentang penjajah.

Sejak awal parti itu berniat untuk mengkomuniskan Tanah Melayu. Mereka di bantu oleh China dan Rusia dalam usaha komunis menubuhkan Commitern. PKM berkuasa selama 14 hari dan banyak melakukan kekejaman. Mereka membunuh sesiapa saja yang tidak setuju dengan ideologi mereka. Amalan ini bukan hanya di Malaya, di Rusia mereka membunuh kulaks, atau tuan tanah dan merampas harta mereka untuk dimiliknegarakan. Begitu juga di China.

Kekejaman komunis ini selama 14 hari menyebabkan penduduk Malaya yang tidak setuju dengan komunis gembira apabila British datang kali kedua. Birtish mengembalikan 'law and order'. Benar British masih mempunyai kepentingan di Tanah Melayu seperti yang saya katakan tetapi dengan polis dan askar mereka berjaya menghalang kekejaman komunis yang membunuh orang yang tidak berdosa.

Jika dungus dalam.pembangkang berhujah cetek tentang sejarah telah diputarbelitkan, sejak dari awal PKM tidak ingin memerdekakan Malaya  dari sesiapa. PKM hanya ingin mengkomuniskan Tanah Melayu seperti halnya China dan Rusia. Jika PKM yang berkuasa, ini bererti kaum Cina yang menguasai Tanah Melayu, disokong oleh China. Melayu dalam PKM hanya picisan. Ini adalah penjajahan bentuk baru - berselindung disebalik kesamarataan komunisme yang ternyata gagal. Komunisme hanya mampu bertahan hingga tahun 1989 sahaja.

Menjelang BERSIH 2.0, apabila polis menemui beberapa elemen komunisme, ramai yang meragui masih wujud ancaman komunisme. China secara politiknya masih komunisme, masih diperintah oleh politburo. Dari segi ekonomi saja China mengamalkan ekonomi ditentukan pasaran. Ini juga sebenarnya punca perpisahan antara Rusia yang jumud, ingin ekonomi  dan politik berdasarkan komunisme. China memilih jalan pragmatik - secara politik mereka komunis, secara ekonomi, mereka mengamalkan pasaran bebas.

Reformasi. Lepas itu politik jalanan. Kemudian revolusi. Anwar sudah mula bercakap tentang revolusi. Sudah ada usaha-usaha memburuk-burukkan Bapa-bapa Kemerdekaan. 

Saya tidak tahu apa yang berjaya mereka capai dengan menilai semula sejarah dari kacamata mereka. Mereka katakan DEB sudah ketinggalan namun mereka masih bertengkar soal mengapa British memberi kemerdekaan kepada UMNO? Kononnya Tunku talibarut UMNO. Kemerdekaan perlu diperjuangkan dengan angkatan senjata bukan rundingan dan sebagainya.

Selama 54 tahun peristiwa itu berlalu, bagaimana kita ingin mengubahnya kembali? Setelah 54 tahun Malaysia menjadi sebuah negara dan bermacam-macam pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara ingin dipadamkan kerana ada seorang berdua tidak puas hati nama moyang mereka tidak ada dalam sejarah. 

Kita bagaikan mengadili Syadina Umar yang pernah membunuh anak perempuannya ketika zaman jahiliyah. Setelah Umar menjadi Khalifah yang teragung dalam sejarah Islam, masih ada yang ingin membangkit kesalahan Umar sebelum beliau Islam.

Saya tidak kata UMNO bersalah. Tidak salah mencapai kemerdekaan tanpa mengorbankan darah anak bangsa. Cuma pembangkang yang tak habis-habis berhujah perkara silam menampakkan kedangkalan mentaliti mereka.

Dalam filem 'Random Heart' lakonan Harisson Ford, beliau sangat sedih apabila mengetahui isterinya mengadakan hubungan sulit dengan suami seorang calon senator. Beliau mengetahuinya setelah isteri dan suami calon senator berkenaan mati dalam nahas kapalterbang. Calon senator itu lebih pragmatik, tidak terbawa-bawa dengan emosinya menasihati Harisson Ford supaya jangan terlalu memikirkan lagi soal itu.

"They both dead, we can't get a divorce." Katanya.

Onn Jaafar, Tunku, Tun Razak dan beberapa Bapa-bapa kemerdekaan sudah meninggal dunia. Mereka bukan lawan kamu lagi. Move on.