Followers

Monday, March 29, 2010

Sex, Lies and Videotapes.

Banyak karier politik tumbang kerana skandal. Julius Caesar menceraikan isterinya kerana skandal. Isteri Caesar tidak bersalah, tetapi terbabit dengan skandal. Caesar menceraikan isteri dia kerana menurutnya, isterinya perlu bebas dari tanggapan.

Satu ketika dahulu, dua orang Menteri Besar meletakkan jawatan kerana terlibat dengan skandal seks. Bill Clinton hampir sahaja dilucutkan jawatan oleh Grand Jury kerana skandal 'Monica Lewinsky'. Kita dapati, skandal memang mengaibkan. Dan kita pernah meletakkan standard yang tinggi kepada pemimpin untuk menjadi pemimpin.

Ironinya, dalam era digital pula, apa lagi perlakuan yang boleh dirakamkan, beberapa poli-tikus boleh immune dari standard tersebut. Mereka boleh terus menerajui dan menjadi pemimpin. Elizabeth Wong yang mempunyai skandal dengan seorang Melayu yang sudah berkahwin boleh terus menjadi exco dan ADUN.

Petang tadi kita dikejutkan apabila Dr. Chua Soi Lek terpilih menjadi Presiden MCA, parti kedua terbesar dalam BN.

Mungkin globalisasi mengneutralkan masalah 'sex, lies and videotape' ini dengan lambakkan video lucah dalam youtube. Mungkin lebih ramai star dalam youtube lebih sensasi dari sekadar poli-tikus.

'A familiar sight provokes no attention'.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.Abg ni Keturunan Perba Jelai ker?Maaf tanya yang x berkaitan.Tq

sri tribuana said...

Tak mengapa saudara anon. Saya bukan keturunan Perba Jelai. Saya Wan Tembeling yang ada kaitan dengan Wan Chenor dan Pekan. Terima kasih.