Friday, March 26, 2010
Manglish
Satu ketika dulu, lagu sebegini akan diban oleh Kementerian Penerangan. Digam adalah istilah yang sangat digeruni oleh penyanyi, kumpulan muzik dan composer(saya tidak mahu menggunakan istilah artis di sini).
Ini kerana lagu ini menggunakan bahasa rojak(Malay + English = Manglish). Kumpulan rock seperti Wings dan Seacrh digam dan rugi beratus ribu kerana itu. Hanya kerana berambur panjang. Akhirnya, mereka tunduk dengan tekanan dan dengan air mata memotong rambut mereka.
Satu ketika dahulu ketika kerajaan boleh 'Bersultan di mata dan beraja di hati'. Satu ketika dulu bila dunia masih bersempadan. Ketka ASTRO monopoli orang kaya. Ketika internet dan youtube tidak tidak pernah didengari.
Demi seni, biarkan seniman bebas dengan ekspresi seni mereka. Biar bahasa bercampur aduk, rojak dan berjungkir-balik asalkan khalayak meminatinya. Sekarang sudah banyak lagu-lagu Manglish. Pencinta bahasa sudah tidak berdaya menyongsong arus kecuali mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI. Dan mereka berjaya.
Sebelum kerajaan kita menjadi terlalu concern tentang citarasa rakyatnya, P.Ramlee telah memulakan Manglish dengan lagu 'Dengar Ini Cerita'. Mungkin masa itu Bapak Menteri masih liberal dan membiarkan 'Art for art's sake'. Jadi P.Ramlee terlepas dari gam mengegam.
Asalkan sedap didengar, biarkan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment