Followers

Friday, March 12, 2010

Model Ekonomi Baru

Kita sedang ternanti-nantikan pengumuman PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak tentang Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan pada 30hb Mac 2010. Pengumuman ini sangat penting kerana kejayaan atau kegagalan seseorang pemimpin selalunya diukur dari sudut ekonomi.

Buat setakat ini, kebanyakkan langkah-langkah ekonomi yang diambil oleh beliau sangat kelihatan liberalnya. Mula-mula kita dikejutkan dengan pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang selama ini kementerian khas menjaga kepentingan usahawan Melayu seperti MARA, PKK dan sebagainya.

Kemudian kita dikejutkan lagi dengan liberalisasi ekonomi kepada 27 sektor perkhdmatan tanpa 30% pegangan bumiputera. Kebanyakkan dasar ini kelihatan memberi kelebihan kepada kaum bukan Melayu. Majoriti senyap Melayu ada juga yang merasakan tindakan 'memancing' sokongan bukan Melayu ini mengurangkan peranan UMNO memperjuangkan hak istimewa orang Melayu.

Dasar ini juga lebih untuk menjadikan Malaysia liberal dan diterima dunia yang makin tanpa sempadan dan sekatan. Dunia laisse-faire tanpa campurtangan ketat dari kerajaan yang membenarkan pihak yang lebih kuat, mempunyai daya saing yang tinggi dan cekap menang. In the struggle for existence, only the strong survive. Soal bangsa mana yang menjadi juara bukan persoalan.

Sebenarnya, ini asas perbezaan antara Ku Li dan Tun Mahathir. Sementara Ku Li terlalu extreme 'menjaga kepentingan Melayu' dan tidak meminati projek mega yang memberi keuntungan kepada pihak bandar(yang majoriti kaum bukan Melayu); Tun pula mengamalkan pendekatan 'tidak boleh tunggu semua orang boleh pakai kereta baru buat jalanraya.'

Cuma jika Ku Li masih extreme memilih pendekatan Tun Razak(pada ketika itu); Tun sudah mula berkomporomi dalam banyak hal berkaitan dengan kepentingan Melayu. Tun menganut fahaman 'untuk kuat sesuatu bangsa tidak memerlukan tongkat' dan sepanjang kareer beliau, Tun berjaya mengimbangi 'kepentingan Melayu' dengan berharap Melayu kerja kuat dan menambah kecekapan dengan membenarkan kaum lain terus berkembang sendiri.

Tanpa ragu-ragu, Tun berjaya mengimbangi keduanya. Walaupun ramai usahawan Melayu yang dinaikkan, akhirnya kita dapati ia tidak dapat bertahan dalam krisis kewangan 1997. Tokoh seperti Tajudin Ramli, Halim Saad, Amin Shah, Allahyarham Tan Sri Yahya dan ramai lagi tidak berjaya menyaingi Ananda Krishanan, Robert Quok dan Vincent Tan.

Umum juga mengakui bukan salah Tun kerana seperti kita tahu, serangan terhadap matawang oleh 'rogue trader' merupakan diluar kawalan Tun; dan sesiapapun dalam dunia ini. Ini fenomena 'electronic herd'.

Mungkin PM cuba meniru rentak Tun Mahathir, cuma pendekatan beliau lebih extreme. Mungkin juga sudah sampai masa seorang PM perlu berani bertindak radikal dan dengan perlahan-lahan cuba 'membuang tongkat' agar Melayu tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

Apapun, kejayaan politik beliau selepas ini sangat bergantung sejauh mana majoriti senyap Melayu faham.Keresahan sebahagian cerdik pandai Melayu kelihatan apabila 76 NGO Melayu bergabung dan menubuhkan MPM bagi memperjuangkan kepentingan Melayu dibawah artikel 153.

Jika NGO Cina seperti Suqiu dan Dong Zong lantang mempertahankan kepentingan adat resam kaum Cina hingga terhapusnya PPSMI oleh dek desakan mereka, sampai masa Melayu juga perlu NGO yang boleh memberi tekanan kepada parti politik.

Jika Tun Mahathir merupakan Bismark yang berjaya menimang lapan biji bola dalam usahanya menyatukan Jerman, kita bimbang penggantinya tidak mampu hingga tercetus Perang Dunia Pertama kerana tiada tokoh seperti Bismark.

Mari kita tunggu Model Ekonomi Baru. Saya rasa 1Malaysia merupakan 'hint' kepada model ini.

No comments: