Followers

Tuesday, March 16, 2010

Little Napoleon

Baru-baru ini saya terbaca semula memoir Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; 'Viewpoints'. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya dalam article berjudul: 'Power-seekers in Goverment'.

Kisahnya, Tun Hussien Onn selaku Perdana Menteri ketika itu mengakui melakukan kesilapan kerana mengkritik pegawai kerajaan. Sebenarnya, beliau tidak mempersalahkan pihak media yang menyiarkan berita itu kerana punca masalah dari jabatan beliau sendiri.

Apa yang telah disiarkan oleh pihak media bukan sebenarnya apa yang PM hendak katakan, tetapi staf PM telah mengedarkan draf yang tidak atau belum diluluskan oleh PM kepada media. Tun Hussein meminta maaf kepada media.

Tunku menyatakan dalam article berkenaan 'kesilapan' seperti ini bukan pertama kali berlaku. Beberapa contoh zaman beliau termasuk zaman Tun Razak telah diutarakan dalam article berkenaan. Ada satu pattern, atau corak menurut Tunku yang sebenarnya sedang berkembang dalam 'inner circle' PM atau mana-mana orang yang berkuasa.

Rupa-rupanya, 'little napoleon' sudah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kita masih ingat 'little napoleons' yang menghuni Tingkat Empat dan akhirnya fed informations pada PM dengan apa yang mereka ingin PM tahu dan apa yang PM ingin dengar. Sepanjang masa, PM berkhayal beliau popular hingga dikejutkan oleh realiti Pilihanraya 2008.

Saya teringat, terbunuhnya Syadina Uthman bin Affan juga kerana adanya 'little napoleon' dalam pentadbiran beliau. Setelah Khalifah yang tua renta menyelesaikan pertikaian dengan pemberontak dari Mesir, dan pemberontak yang sudah yakin khalifah mendengar masalah mereka, dalam perjalanan pulang mereka berjaya merampas surat bercop mohor khalifah yang minta gabenor Mesir membunuh pemberontak.

Sebenarnya, setiausaha sulit Khalifah, Marwan bin Al Hakam yang membuat surat berkenaan dan menggunakan cop khalifah tanpa pengetahuan khalifah. Peristiwa ini mencetuskan fitnah terbesar dalam sejarah Islam. Angkara 'little napoleon' zaman silam.

Kepada mana-mana pemegang kuasa, hati-hati dengan 'little Napoleon' disekeliling anda. Mereka adalah penyokong yang membawa rebah. Mereka juga berada dimana-mana, dan sesiapa sahaja berpotensi menjadi 'little Napoleon'. Terutama yang paling rapat dengan kita.

"Lord, protect me from my friends, I know how to take care of my enemies."
Voltaire.

No comments: