Followers

Friday, March 5, 2010

Berapa Kecil Itu Kecil?

YB Zulkifli Nordin yang sedang di'bicara'kan oleh Lembaga Disiplin parti melabelkan beberapa orang dalam PKR sebagai 'Firaun Kecil'. Firaun-firaun kecil inilah yang dituduhnya menganggu-gugat kestabilan PKR.

Memang banyak tokoh-tokoh kecil-kecilan ini. Tun Dr. Mahathir pernah diberi julukan oleh media Indonesia sebagai 'a little Sukarno'. Apa motif mereka kita tidak tahu kerana Tun jauh lebih berjaya dari 'Sukarno Besar.'

Lenin pernah diberi julukan 'a little Robispierre'. Robispierre merupakan tokoh yang sangat terkenal semasa Revolusi Perancis zaman 'Reign of Terror'. Beliau yang dikenali dengan nama 'Incorruptable' banyak menghantar kepala-kepala ke gulletin - samada mereka bersalah atau tidak. Akhirnya, beliau sendiri menemui ajalnya di gulletin.

Lenin jauh lebih berjaya dari Robispierre Besar.

Dalam istilah kerajaan sekarang ini, terkenal dengan perkataan 'little Napoleon'. Napoleon Besar pun memang kecil(tinggi 5kaki 3 inci sahaja) wujud pula 'little Napoleon.' Mereka ini para birokrat yang suka membuat keputusan sendiri dan banyak menganggu kerja-kerja orang politik.

Sekarang muncul pula 'firaun-firaun kecil' dalam PKR. Mungkin maksudnya firaun-firaun ini musuh Allah, menghalang manusia yang menuju ke jalan Allah.

Mungkin. YB Zulkifli sahaja yang benar-benar faham. Menurut STAR hari ini, YB Zulkifli enggan di 'bicara'kan oleh beberapa panel yang tidak beragama Islam. Beliau sudah menyediakan tiga lampiran hujah beliau, antaranya tentang isu kalimah 'Allah' yang mencetuskan ketegangan antara beliau dengan YB Khalid Samad.

Beliau minta dibicarakan oleh sesama Muslim untuk memberi hujah beliau. Saya hairan bagaimana orang semacam beliau tidak berada dalam PAS tetapi PKR - sebuah parti yang liberal dan memperjuangkan hak asasi tanpa mengira kaum dan agama.

Apa kata kita panggil YB Zulkifli 'a little Gajah Mada?'

No comments: