Hari ini genap setahun blog ini. Saya memberi tajuk Batu Pancang dalam bahasa Inggeris 'milestones'.
Selama setahun sayatelah menulis berbagai-bagai tajuk. Ada komen yang setuju dengan pendapat saya. Ada yang tidak setuju. Ada menulis pendapat mereka melalui ruangan komen, ada yang memberi komen mereka secara bersemuka.
Apa-apa pun, saya menulis bukan untuk menunjuk pandai. Masih banyak yang saya tidak tahu. Saya menulis untuk belajar; dan saya suka orang memberi pandangan mereka dan jika saya setuju, saya boleh belajar. Apapun, semua itu hanya pendapat, dan tidak ada pendapat yang tuntas.
Saya teringat sebuah filem hindustan lakunan Amitach Batchan yang melakukan dua watak, sebagai ayah yang hendak membalas dendam kematian isterinya dan sebagai anak yang menjadi polis. Apabila bertemu dua watak yang dipegang oleh Bactchan ini, anak tidak setuju ayahnya menjadi penjahat dan ayah tidak setuju anaknya mempertahankan sistem undang-undang yang baginya gagal.
Untuk menjustifikasikan fahamannya, si bapa menulis nombor 9 ditangannya, meminta anaknya membaca nombor berapa yang dia nampak. Kerana kedudukan mereka bertentangan, anaknya mengatakan dia nampak no 6, dan bapanya nampak no 9. Kedua-dua mereka betul, mengikut perspektif masing-masing.
Saya masih mempertahankan pendapat, kita tidak memerlukan orang tengah antara kita dan Allah. Saya masih berpendapat Islam progessif dan tidak tertakluk kepada tafsiran mana-mana ulama. Saya masih berpendapat, setiap hujah ulama hanya pendapat dan tidak konklusif dan seperti kata Imam Malik: "Dalam Islam tidak ada pendapat yang tidak boleh disanggah kecuali orang suci dalam makam itu." Beliau merujuk kepada baginda S.A.W.
Seperti status dalam Facebook saya sekarang ini, saya suka mengungkap kata-kata Marcus Aerelius, Maharaja Rom yang juga ahli falsafah:
"Opinion is everything."
No comments:
Post a Comment