Followers

Thursday, March 25, 2010

Bermulanya Penipuan.

Baru-baru ini saya menonton DVD berjudul 'The Invention of Lying'. Bayangkan jika dalam dunia ini, tanpa mengira apa sebab, orang tidak akan menipu dan bercakap benar, berterus-terang tanpa mengira perasaan orang lain.

Dalam filem berkenaan kita akan berasa janggal bila melihat betapa direct, straightforwad dan bluntnya seseorang. Namun, secara universalnya, semua orang menganggap bercakap benar dan terus terang merupakan sifat yang baik dan mulia. Di mula cerita, seorang lelaki yang sudah berusia dating dengan seorang perempuan muda dan menarik. Lelaki berkenaan seorang yang gagal, tidak kacak dan gemuk.

Di mula perbualan lagi kita akan berasa geli hati melihat dialog-dialog yang yang tidak akan berlaku dalam dunia sebenar. Terlalu jujur dan terus terang. Hingga muncul ketika, watak berkenaan terpaksa menipu demi meraih keuntungan peribadi. Apabila beliau tidak cukup duit untuk membayar sewanya, dalam akaun beliau cuma ada USD 300 dan sewanya 800, beliau menipu teller bank yang kebetulan sistem on-line rosak.


Beliau mendapati penipuan ini boleh memberi faedah kepadanya dan beliau memulakan penipuan demi penipuan. Pada mulanya tentang duit, kemudian beliau mencipta penipuan seperti 'cult' dan agama dengan mereka 'Man from the sky' yang mengarahkan itu dan ini. Apa sahaja yang beliau inginkan, beliau akan gunakan kononnya kata-kata 'Man from the sky'. Anehnya, semua orang akan tunduk dan ini menyebabkan beliau menjadi berkuasa.

Namun demikian, dalam soal cinta beliau gagal kerana beliau tidak boleh menipu orang yang disayanginya.

Kita tinggalkan sementara cerita ini. Manusia memang dilahirkan jujur dan suka berterus terang. Kanak-kanak akan bercakap benar dan jujur kerana mereka tidak tahu kepentingan penipuan ini Lama kelamaan, oleh kerana masyarakat yang suka menghukum, menilai dan meletak value seperti 'apa orang lain kata', kanak-kanak akan belajar bercakap benar akan merugikan - malah kadang-kadang merbahayakan.

Ini menjadikan mereka dewasa nanti akan mencipta penipuan, atau setidak-tidaknya ketidakjujuran untuk menyenangkan hati orang yang berkenaan atau menyelamatkan diri mereka. Mereka belajar dengan bercakap benar dan jujur akan merugikan.

Jadi benar kata Rousseau, a man was born good, but corrupted by sosciety. Di sesetengah masyarakat yang menjaga hati, orang yang blunt di anggap kurang ajar, tidak berhemah dan sebagainya. Adalah mustahak bagi kanak-kanak untuk mereka belajar 'mince words' supaya mereka diterima oleh masyarakat. Masyarakat yang suka dininabobotkan.

Kita lihat youtube dibawah ini. Budak umur 3 tahun ini berterus-terang sahaja dengan ibunya. Bila besar nanti, dia kena belajar to mince words just to fit in. Kesian dia.

No comments: