Followers

Tuesday, March 23, 2010

A.B.U

Dalam pilihanraya 2008, abbreviation A.B.U cukup popular. ABU merupakan ringkasan kepada Asal Bukan UMNO. Pada pilihanraya 2008, formula ini nampak ampuh kerana pembangkang menang besar, berjaya menafikan 2/3 majoriti dan menguasai 5 buah negeri.

Sekarang, pembangkang yang berjaya mengurangkan majoriti BN juga sedang huru hara. Persoalannya, adakah era kegemilangan BN seperti dahulu akan kembali dengan porak porandanya pakatan pembangkang?

Adakah sebenarnya, disebalik huru haranya pembangkang tidak memberi kesan kerana sentimen A.B.U ini tetap berakar umbi kepada beberapa golongan pengundi yang fed up kerana tiada perubahan dan rasa insaf segelintir elit UMNO/BN yang masih bercakaran dan mengumpul harta?

Umum mengetahui, terutama kebanyakkan pengundi muda yang majoriti dalam pilihanraya akan datang kurang meminati parti elit yang mungkin kelihatan terpisah dari kelompok 'marhein'.

Jika melihat isu-isu yang ditimbulkan, kelihatan BN sentiasa dalam defensif. BN terpaksa mengalah dalam banyak hal walaupun kadang-kadang mereka dipihak yang betul. Ini kerana sentimen kebanyakkan pengundi masih menyukai pembangkang, dan bukan kerana mereka lebih baik tetapi kerana sudah jemu.

Kesimpulannya, era BN menguasai 2/3 merupakan era yang sudah berakhir. Ini kerana pengundi sudah bijak dan tidak akan memberi absolute power kepada mana-mana pihak. Dengan ini, pemerintah(dengan tanggapan BN masih pemerintah dalam pilihanraya akan datang) perlu lebih bekerja kuat dalam memenangi hati pengundi.

Selama 53 jasa BN sebagai parti yang memerdekakan Malaysia sudah dibalas dengan mandat 2/3 sering diberi oleh pengundi. Dan bagi sesetengah pengundi, terutama pengundi muda, jasa ini sendiri merupakan 'things in the past.' BN memang memerlukan senjata baru, kaedah baru dan 'trademark' baru untuk terus 'survive'.

Masalah ekonomi, pengangguran, rules of law, kesucian kehakiman, keberkesanan pegawai kerajaan, ketelusan, pengurusan berkesan taxpayer money, pengurangan rasuah, sistem pendidikan yang moden dan pragmatik dan berbagai lagi menjadi kayu ukur kejayaan BN selepas ini.

Jika mereka gagal meletakkan Malaysia dilandasan yang betul, atau gagal memacu ekonomi Malaysia atau melakarkan sistem pendidikan yang moden maka tidak mustahil pengundi tetap mengundi pembangkang walaupun pembangkang lebih teruk dari BN.

Banyak parti-parti seangkatan dengan UMNO sudah berkubur. Liberal Demokratik Parti di Jepun, Golkar di Indonesia dan Congress di India sudah bukan dominan lagi dinegara masing-masing, tetapi UMNO masih memerintah. Soalnya, berapa lama lagi?

Jadi, saya harap BN tidak terlalu 'carried away' dengan kehuru-haraan pakatan pembangkang kerana stigma ABU juga masih kuat. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan dalam memenangi hati pengundi.

No comments: