Tajuk ini sekadar mengulas titah ucapan baginda Raja Muda Perak ketika melancarkan buku The Malays karya Proffessor Milner.
Ramai yang tidak tahu, bukan semua bangsa berjaya mengekalkan kewujudannya. Ada - malah banyak juga - bangsa yang pupus sama sekali dimuka bumi ini kerana gagal bersaing dengan bangsa yang lebih maju. Jika masih wujud pun, umpama kata perpatah Melayu: "Hidup segan mati tak mau."
Lebih kurang 100 ribu tahun dahulu, bumi ini didiami oleh species Homo Sapiens yang dinamakan oleh antropologi sebagai Neanderthal. Mereka menghuni Eropah sebelum manusia moden berhijrah ke sana. Mereka adalah homo sapiens yang sangat asas: boleh bertutur tetapi komunikasi mereka seperti kanak-kanak berusia 5 tahun, kemahiran mereka memburu dengan senjata asas, tidak mempunyai imaginasi yang tinggi tetapi pemburu yang praktikal.
Tidak berapa lama kemudian, muncul cabang dari homo sapiens juga yang dinamakan Cro-Magnon - iaitu nenek moyang manusia moden. Cro-magnon mempunyai daya saing yang lebih tinggi, boleh berkomunikasi lebih baik dari neanderthal, mempunyai imaginasi yang tinggi, boleh mencipta teknologi lebih tinggi. Akhirnya, neanderthal telah pupus sama sekali dari mukabumi ini kerana gagal bersaing.
Bangsa Melayu bukan tidak pernah mempunyai sejarah hampir kepada kepupusan mereka sebagai entiti politik. Sriwijaya merupakan sebuah kuasa Melayu yang mengawal lalulintas selat Melaka. Empayar ini menemui keruntuhannya apabila Raja Chola dari India menyerang Sriwijaya. Ketika itu, Empayar Majapahit mula bangkit sebagai kuasa kelautan yang baru. Mereka menguasai selat Melaka dan menguasai bekas-bekas empayar Sriwijaya.
Parameswara merupakan keturunan Sriwijaya yang mana nenekmoyangnya merupakan penguasa 'de jure' selat Melaka. Baginda mengikari penguasa de facto iaitu iparnya sendiri Ratu Majapahit. Majapahit yang juga sudah diambang kepupusannya, mengumpul sisa-sisa kekuatannya, menghantar angkatan laut bagi meghukum keingkaran Parameswara.
Baginda melarikan diri ke Temasik, yang mana sebuah peninggalan jajahan Sriwijaya. Pada masa yang sama, Rama Kamheng dari Siam juga ingin meluaskan empayarnya di Semenanjung Tanah Melayu. Parameswara terhimpit. Begitu juga dengan survival bangsa Melayu sebagai political entity.
Majapahit menyerang Parameswara di Temasik, sebuah pulau pada pandangan baginda boleh dijadikan natural entreport, jauh sebelum Stamford Riffles mengenalpastinya. Kerana kekurangan kekuatan tentera memaksa baginda ke sebuah negeri yang baginda namai MELAKA. Maka bermula sebuah empayar kerajaan Melayu Melaka yang amat gilang gemilang.
Pada zaman globalisasi ini, Melayu lagi sekali menghadapi cabaran untuk bukan hanya mengekalkan kewujudannya, malah untuk menjadi kuat, bertamadun dan dominan. Bagaimana? Marilah kita sama-sama fikirkan.
2 comments:
tp, kalau tgk, org melayu sendiri y tolak kekuasaan tuh... kebanyakkan nye byk y nk jd nyamuk, byk nk jd hulubalang je dri jd sultan. so cmne?
Seperti kata Darwin, dalam "struggle for existence, only the strong survive." Melayu tiada choice kecuali menjadi kuat.
Post a Comment