Followers

Thursday, November 10, 2011

Siapa Sebenarnya Ku Li?

Seperti yang saya ramal, Ku Li tidak akan menyertai pembangkang. Beliau hanya melancarkan Amanah, atau NGOnya. Namun yang pasti, Ku Li lagi sekali menjadi pemecah berita, membuat lawan atau kawan berteka-teki dengan langkah seterusnya. Beliau kembali mewarnai politik Malaysia dalam usianya lewat 70an.

Sebelum Rocky's, APANAMA dan Unspinner cuba-cuba menebak samada benar atau tidak Ku Li akan menyertai pembangkang, penulis kolum Cuit Sikit, Zaini Hasan telah cuba membaca pencak silat tokoh veteran ini. Cuba baca dalam kolum Cuit bertajuk Siapa Di sekeliling Ku Li...? 

Artikel in ditulis pada 3/8/2011.

Ku Li adalah tokoh yang sezaman dengan Tun Dr Mahathir. Tidak seperti TDM, beliau ditakdirkan kalah. Sebagai orang kalah, banyak jasa tokoh ini telah digelapkan. Kadang-kadang cybertrooper BN dan juga wartawan media perdana agak kurang sopan dalam mengkritik langkah-langkah Ku Li.

Ku Li menyatakan antara sebab mengapa Amanah ditubuhkan adalah beliau kurang diberi ruang untuk menyuarakan pendapatnya. Walaupun TPM, TS Muhyidin menyangkalnya dengan menyatakan tidak ada 'gag order' dalam UMNO, namun saya rasa pemimpin UMNO kurang tepat dalam menyelami hati nurani Ku Li.

Penulis kolum Cuit dalam artikel di atas membuat ulasan menarik. Katanya:

"Ternyata Ku Li adalah political animal yang tidak boleh ditolak tepi  begitu saja. Semangat juangnya masih kuat sehingga kini."

Saya merasakan Zaini Hasan tidak begitu jauh dari kebenaran.

Generasi muda hanya akan mengenangi Ku Li sebagai tokoh yang pernah menentang TDM. Mereka juga akan mengenangi beliau sebagai penubuh Semangat 46, pencetus APU. Mungkin ramai generasi muda UMNO yang memandang remeh sumbangan Ku Li kepada UMNO sendiri di era pra TDM. 

Lagi sekali saya suka memetik ulasan Zaini Hasan:

"Apa sekali pun, kita harus mengiktiraf juga sumbangan Ku Li dalam pembangunan negara. Pernah menjadi Menteri Kewangan negara yang hebat. Menubuhkan Amanah Saham Nasional, bangunan UMNO dibina di atas tanah miliknya, Naib Presiden UMNO yang paling kuat serta anak emas kepada Tun Razak."

Amat jarang saya dapati adanya wartawan dari arus perdana akan memuji Ku Li sebegini. Ramai yang tidak tahu PWTC yang tersergam indah itu berdiri diatas tanah milik Ku Li. Setiap hari Pejabat UMNO akan memancarkan imej Presiden UMNO seorang demi seorang, namun penyumbangnya makin dilupakan, malah kadang-kadang dikeji.

Dan sebagai penutup ulasan beliau:

"Dan pada pendapat kita, beliau tidak akan menjadi begitu sekiranya beliau diberi sedikit peranan penting dalam negara."

Itu pandangan Datuk Zaini ala-ala 'keep your friends closed, but keep your enemies closer'.

Ku Li, sebagai Menteri Kewangan Melayu Pertama, menubuhkan Bank Bumiputera untuk membantu bumiputera berniaga, Chairman Petronas, mendermakan tanah miliknya untuk mendirikan bangunan UMNO, penubuh Amanah Saham Nasional dan banyak lagi jasa layak mendapat pengiktirafan, bukan cemuhan. Sementara beberapa orang menikmati faedah dari pejuangan beliau, beliau sendiri disisih dan dilupakan.

Teringat saya ungkapan dalam Gaelic yang saya ambil dari muzium di Galway:




2 comments:

Jeepers Creepers said...

Ku Li adalah salah seorang wira tak didendang..jangan pelik sekiranya Ku Li meninggalkan kita semua suatu hari nanti, baru ada suara suara yang nak mengangkat Ku Li sebagai wira negara.

Budaya menghargai orang yang sudah tiada memang sinonim dengan masyarakat kita.

sesejuk mata memandang said...

Ada benar nya kebanyak pemimpin muda hanya mengenali Ku Li selepas era Semangat 46 tetapi sejarah Ku Li sendiri tidak penah didendangakn walau pun cerita menarik mengenai Ku Li akan menghuris perasaan orang lain.

Pun begitu tidak semua benar apa yang dierkatakan orang mengenai Ku Li sebab sebagai manusia tidak ada siap[a pun boleh lari dari kesilapan. Saya rasa bageti juga hal nya dengan Ku Li

Apa pun saya menyokong penubuhan AMANAH oleh Ku Li dan anggap sahaja AMANAH itu di tubuhkan oleh Kumpulan yang telah disisihkan peranan dan perjuangan mereka oleh sekumpulan pemimpin ytang berasakan kita harus LUPA kepada pemikir lama dan yang penting Pemikir generasi muda harus tampil membangunkan negara juga kadangkal peimim sekarang LUPA mereka tidak akan UJUD tanapa pimpinan pemimin dari orang lama.