Followers

Thursday, November 3, 2011

Idris Jala Tidak Lulus Lesen 'Pemandu'.

Masih ingat kenyataan Idris Jala, "saya bukan orang politik".? Dengan bangga beliau membuat kenyataan beliau bukan Menteri yang datangnya dari latarbelakang politik. Impliedly beliau mengatakan beliau tidak perlu gentar dengan tekanan politik, dan boleh 'call a spade, a spade.'

Justeru itu beliau boleh berkata benar Malaysia akan bankrupt menjelang 2019 jika subsidi tidak dikurangkan secara beransur-ansur.

Dalam laporan beliau berkenaan rancangan transformasi ekonomi yang baru setahun jagung, Idris Jala memberi nasihat, kerajaan tidak boleh meminjam untuk mengurus perbelanjaan tetapi dibolehkan meminjam untuk tujuan pelaburan. Brilliant bukan?

Masalahnya, Jebat Must Die dan Pure Shiite telah membongkar apa sebenarnya disebalik kebijaksanaan Idris sebagai Menteri yang mengetuai PEMANDU. Rahsianya adalah, memang termaktub dalam Perlembagaan, Akaun Kerajaan dalam Akta Prosedur Kewangan dan Perlembagaan Persekutuan Artikel 96-104.




Kalau macam ini saja nasihatnya, saya pun boleh jadi Ketua PEMANDU. Memang menyalahi prosedur untuk meminjam bagi membiayai perbelanjaan. Kerajaan hanya dibenarkan meminjam bagi tujuan pelaburan. Semua perbelanjaan mengurus tadbir adalah difinance melalui revenue atau keuntungan atau cukai-cukai yang dipungut.

Sebagai 'ahli ekonomi' beliau tidak sebijak mana. Sebagai orang politik lebih merbahaya kerana beliau telah memberi gambaran palsu bahawa selama ini kerajaan menngunakan dana pinjaman untuk membiayai pegurusan dan subsidi, yang mana illegal menurut perlembagaan. Akhirnya, Menteri bukan dari orang politik ini memberi peluru kepada pembangkang kerana telah mencipta persepsi yang salah tentang cara kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Jawatan dan segala credential tidak menjadikan beliau betul dalam soal ini.

Pure Shiite hanya memberi Idris Jala lesen L sahaja dalam artikelnya. 

5 comments:

Anonymous said...

deris ni bijak org nya dan baikk...

his down to earth kinda person... he can plays guitar too...haha

cuma penasihat dia yg half-pass-six....

sri tribuana said...

Salam Anon 9:36,

Idris pun ada penasihat, saya ingat dia adalah penasihat ekonomi PM, so skrg penasihat ada penasihat. Santana pun lagi terer main guitar, mungkin PM boleh lantik dia jadi ketua pemandu? Tak pun Eric Clapton, sayang Jimmy Hendrix dah mati, kalau tidak dia pun boleh.

oRang kAmpong said...

terbaiiiiik bro.najib tu lulusan ekonomi gak.klu utk syarikat pon bank xakan bg pinjam utk belanja mengurus.buang jer jala ikan tu

Jeepers Creepers said...

idris jala...PakLah pun boleh kena tipu dengan nama dia hehehehe. Siapalah yang bagi idea ambil dia dan tubuhkan PEMANDU...

Anonymous said...

Jangan marah sama Idris Jala,dia tak
mintapun jadi menteri,Tun Doll yang
lantik,sebab dia hendak tutup
kelemahan dia dan mengambil hati orang Sabah.Idris mengaku dia bukan
oeang politik dan tak pandai pun
berpolitik.Sebab itulah dia cakap
macam guru sain dan kira2.

Dia adalah CEO Koprat yang berjaya.Berapalah sangat gaji menteri
berbanding dengan kerja dia dahulu.
Orang tentu marah bila dia cakap betul'
kebetulan pulak dia betulbendul.

Bagi saya ada baiknya jika dinilai dengan cara cermat setiap pandangan
dan ulasan yang diberi,sebab itulah
pakar2 ekonomi Malaysia tidak timbak
dia macam hujan.Dia lebeh baik drd
DR SOO KOON ,orang minta ubat batuk dia beri ubat luka,mana ubat luka
boleh minum,,,,,,,,,,yang paling
berjaya dan menujul sekarang Minah
Lembah Pantai,semuanya setady.Lembu
tak mahu beranakpun disenyum saja,itu
suratan takdir katanya......


SAYA ORANG BERIAO

T.KASIH.