Followers

Thursday, July 2, 2009

Kemaafan

Seringkali kita meminta maaf bila kita membuat salah. Seringkali kita dimaafkan. Kadang-kadang kita membuat kesalahan yang sama dan menyinggung orang yang sama dalam hal yang sama.

Sejauh mana permainan maaf ini hendak diteruskan. Mengapa kita meminta maaf sedangkan kadang-kadang kita tahu kita akan menyakitkan hati seseorang. Maaf sepatutnya pada kesilapan yang tidak disengajakan.

Untuk memaafkan juga dilema. Terlalu kerap memaafkan dianggap lemah. Terlalu tidak memaafkan dianggap ego dan keras hati. Ada perkara boleh dimaafkan. Ada perkara terlalu besar untuk dimaafkan.

Maaf juga penting kerana manusia sering berbuat silap kerana sifat semulajadi mereka lalai dan lemah. Seperti hal-hal lain, maaf juga menjadi murah jika kita 'take for granted'. Maaf adalah jambatan untuk 'membuang yang keruh dan mengambil yang jernih'.

Namun dapatkah maaf menghilang 'parut pada luka' atau 'luka lama yang berdarah kembali'?

Rasulullah insan pemaaf. Baginda berjiwa besar. Dilontar batu oleh orang Taif ketika berdakwah, baginda tidak minta mereka dihukum oleh Jibrail A.S sebalik berdoa agar diturunkan hidayah ke atas mereka. Baginda memaafkan Wasi dan Hindun yang membunuh paman kesayangan baginda, Hamzah R.a.

Adakah baginda lemah? Tidak. Baginda terkenal tegas di tempat yang perlu tegas. Lembut bukan bererti lemah, keras bukan bererti kejam.

Sifat pemaaf adalah sifat yang mulia. Maruah dan harga diri juga perlu dipertahankan dan bukan bererti pemaaf adalah lemah.

'To err is human, to forgive is divine.'
-Alexander Pope

4 comments:

YANG GAMBI said...

Bukankah Islam mengajar kita sentiasa memberi maaf ?

Kita juga diwajibkan sentiasa memohon keampunan dari Allah SWT......

Kawan minta maaf dengan deme......

sri tribuana said...

Aok x der salah ngan koi weh, tapi kalau ada koi maafkan. Koi minta maaf jugak ngan aok.(Weh mcm bulan pose lak kita ni)

poyosede said...

Elok la tu, bermaaf-maafan jangan tunggu nak raya baru nak maaf.Even kalau kita tak salah pun tak rugi minta maaf, orang minta maaf lagi tinggi martabatnye...manusia tidak lepas dari salah dan lupa...

sri tribuana said...

Thanx brother poyosede. Even I don't really know you but I like to apologize if I offend u in my writing.