Followers

Wednesday, May 6, 2009

Golden Horde dan Electronic Herd

Dalam tahun 1206, di pertemuan Ketua-ketua Puak, Temujin sudah berjaya menyatukan bangsa Monggol, memakai gelaran Gengkhiz Khan. Khan merupakan gelaran ketua bangsa Monggol yang memang dipilih oleh Council of Monggol Chiefs atau dikenali juga dengan nama Kurultai.

Legenda mengatakan, ketika memilih namanya, lalu sekawanan burung yang berbunyi:"Chinghis, Chingkhis." Temujin memakai nama Gengkhiz kerana peristiwa itu dianggap bertuah.

Kemudiannya dibawah kepimpinan Gengkhiz Khan, dengan bersenjatakan kemahiran berkuda yang tiada tolok bandingnya, Monggol telah menjadi kuasa ketenteraan dan menakluk satu demi satu negara jiran. Akhirnya keturunan Gengkhiz, Batu telah meneruskan penaklukan hingga ke Russia. Dari keturunan Batu ini muncul empayar yang dikenali sebagai Golden Horde atau Gerombolan Emas.

Seperti nenek moyangnya, Golden Horde ini menyerang dan menakluk musuh-musuhnya seperti wabak. Mereka menjarah(sack), merampas, membunuh dan meninggalkan jajahan mereka seperti padang jarak padang terkukur. Tidak ada apa yang boleh menghalang mereka dengan berteknologikan kuda, busur dan panah.

Pada tahun 1997, muncul satu gerombolan lagi yang lebih merbahaya dari Gerombolan Emas keturunan Gengkhiz Khan. Mereka bergerak lebih laju dari kuda. Mereka tidak bersenjatakan busur dan panah. Mereka tidak bermatlamat menjarah secara fizikal sesebuah negara.

Thomas Friedman menamakan ini sebagai 'Electronic Herd.' Walaupun herd dan horde mempunyai makna berlainan tetapi ianya hampir sama dan saya menterjemahkannya dalam bahasa melayu sebagai Gerombolan Elektrik.

Gerombolan Elektrik ini sudah menyerang ekonomi rantau Asia pada tahun 1997 dan membawa kejatuhan rejim Suharto pada tahun 1998. Apa sebenarnya Gerombolan Electrik ini?

Mereka merupakan fund manager yang menguruskan berbagai dana dan boleh melabur dimana-mana mereka suka dinegara mana yang mereka suka. Antara playernya yang terkenal adalah George Soros. Dengan ringkas mereka merupakan global player dan berlegar di sekitar pusat kewangan seperti Wall Street, Hong Kong, London dan Frankfurt. Pusat kewangan ini pula dipanggil 'Supermarket.'

Gerombolan Elektrik ini tidak dapat dikawal oleh sesiapa, seperti beberapa orang mencipta hedge fund dari Greenwich, Connecticut, menamakannya 'Long Term Capital Management' tanpa pengetahuan kerajaan Amerika Syarikat sendiri membuat pelaburan spekulasi dan pertaruhan dimerata dunia.

Semua ini menjadi mungkin kerana dunia sekarang dihubungkaitkan oleh rangkaian komputer seperti internet. Boleh dikatakan kebanyakkan dunia dihubung dan plug in. Gerombolan Elektrik ini adalah fenomena yang mana mereka boleh melabur dan menarik pelaburan mereka dengan hanya menekan butang mouse sahaja. Mereka tidak perlu secara fizikal berada dimana-mana.

Pada tahun 1997, mereka memutuskan untuk menarik pelaburan mereka di rantau Asia dan dalam sekelip mata, 'Asian Miracle' telah menjadi 'Asian Disaster'. Korea, Thailand, Malaysia dan beberapa Harimau Asia menjadi kucing dalam sekelip mata sahaja apabila mereka menarik pelaburan dari spekulasi matawang dan pasaran saham negara berkenaan.

Alasan mengapa mereka tidak boleh melabur lagi di negara berkenaan antaranya tidak telus, korupsi, tidak liberal, kawalan terhadap pasaran dan bukan berdasarkan pasaran bebas, politik tidak stabil, kronisme sehingga boleh menjatuhkan pemimpin seperti Suharto dan berbagai lagi. Jika mereka tidak senang dengan mana-mana negara, mereka akan memindahkan pelaburan mereka.

Ini antaranya fenomena baru globalisasi. Di Malaysia sendiri kita menghadapi masalah hendak bersaing kerana beberapa larangan seperti duti import dan lain-lain bagi melindungi industri tempatan tidak digemari oleh Gerombolan Elektrik. Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru, pegangan bumiputera, dan berbagai lagi yang bertujuan untuk menegakkan jati diri sesuatu bangsa.

Baru-baru ini, Amerika sebagai negara yang menjadi jaguh globalisasi juga sudah terkena bahananya kerana mereka mengalami kemerosotan ekonomi. Gejala ini terjadi kerana perniagaan bukan lagi berdasarkan jual beli tetapi spekulasi. Institusi kewangan seperti bank membuat untung berdasarkan spekulasi dan terbukti sistem ini mempunyai kecacatan atau anamoli.

Tidak seperi Golden Horde keturunan Gengkiz Khan yang bergerak dengan kepantasan kuda, Gerombolan Elekrik bergerak sepantas elektrik. Bersenjatakan duit dan information, mereka menghukum sesetengah negara yang tidak mahu mengikut standard mereka dengan mengurangkan kuasa ekonominya.

Inilah realiti baharu.

Seperti dalam Gerombolan Emas, dalam Gerombolan Eletrik juga ramai orang-orang gasar yang melabur sesuka hati mereka. Mereka juga kadang-kadang dipanggil Super-Empowered Angry Men.

Betul kata-kata Y.B Mangunwijaya dalam bukunya: 'Di bawah Bayang-bayang Adikuasa', bahawa Tuhan menjadikan manusia sama, kemudian dijadikan pula ada yang menang dan ada yang kalah.

2 comments:

alfian_firhan said...

Satu artikel yang menarik. Lagi best dan syok kalau diperincikan lagi artikel ni. Em maksudnya mungkin admin boleh buat artikel ni dalam bentuk bahagian2 - bahagian pertama, kedua.. Apa2 pun thanks. Apabila admin cerita pasal USA ingat buku hasil penulisan Matthias Chang: The Shadow Money Lenders and The Global Financial Tsunami. Tidak kurang juga ada pihak yang mengatakan mata wang Amerika Toilet Paper sebab mereka just print duit dia orang, tapi ada nilai gak.. Betulkan jika salah.. Huhu..

sri tribuana said...

Dalam tahun 1970an, Presiden Amerika Richard Nixon memutuskan dollar Amerika tidak lagi dinilai dgn nilai emas tetapi nilainya berdasarkan penggunaan matawang dollar oleh dunia. Jadi dollar hanya jadi paper money, diperdagangkan dan dipanggil currency kerana setiap hari nilainya berubah dan tidak seperti ketika disokong oleh rizab emas.
Ekonomi dunia menjadi sebegini kerana duit buka real lagi cuma idea.