Followers

Friday, May 29, 2009

Nyanyi Sunyi Seorang Negarawan


Tun Dr. Mahathir menulis dua artikel dalam blognya yang menggambarkan beliau sudah letih dilabelkan berbagai oleh media massa - asing dan tempatan -, rakyat dan ramai golongan. Dua artikelnya: 'Mahathirism' dan 'Extremist' secara tidak langsung membayangkan beliau sudah lemas dengan berbagai label, terutama diusia tuanya.

Beliau dilabel 'ultra malay' oleh Lee Kuan Yew dulu. PAS memanggil beliau 'Maha Firaun', media Barat pernah melabelkan beliau diktator, kekadang exteremist. Begitu banyak labelnya jika saya hendak membariskannya di sini, tetapi cukup sekadar yang mampu saya ingat di atas.

Beliau juga dianggap tidak demokratik, tyrant dan despotic. Ironinya, beliau antara dua presiden UMNO yang pernah dicabar. Satu lagi adalah Tun Hussin Onn, dicabar oleh Sulaiman Palestin. Tun sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah hingga membawa terpecahnya UMNO dan wujudnya Parti Melayu Semangat 46.

Bekas Perdana Menteri Liberal 'Flip Flop' Tun Abdullah yang kononnya bapa demokrasi bersifat kuku besi pula. Beliau tidak dicabar walaupun menyerahkan kerusi sesudah banyak kerosakkan dilakukan oleh beliau dan menantunya, Khairy Lord of the Flies.

Saya melihat banyak penentangan dizaman Tun Mahathir tentang idea-ideanya seperti pengswastaan, jambatan Pulau Pinang, Proton dan banyak lagi. Di zaman Tun Abdullah, semua menteri kabinet, pemimpin sayap seperti Pemuda, Wanita dan Puteri terkena apa yang Tun Musa Hitam sifatkan 'sindrom setuju dan sokong."

Apabila Datuk Mukhriz menyifatkan ucaptama Tun Abdullah dalam perhimpunan Agung UMNO tahun 2007 sebagai "tiada yang baru", beliau dikecam oleh kebanyakkan pemimpin UMNO terutama dari Ketua Pemuda ketika itu. Malah ada ura-ura hendak mengambil tindakan terhadap beliau sebagai exco Pemuda hingga memaksa beliau meminta maaf.

Mengucapkan sesuatu yang benar sahaja sudah akan diambil tindakan? Siapa lagi tidak demokratik?

Tun Dr. Mahathir adalah tokoh yang selalu kontrovesial. Beliau tidak memilih jalan popular dalam menentukan dasarnya. Beliau banyak memperjudikan nasib politiknya dengan bersikap 'betul' dan tidak difahami dari menjadi popular. Beliau sendiri yang pernah berkata: "Saya disini bukan untuk popular." dan 'Saya tidak kisah orang akan ingat saya atau tidak."

Beliau seorang yang 'blunt', direct dan 'honest'. Sifat ini sahaja sudah menyalahi tabii Melayunya. Kebanyakkan orang Melayu sukakan pemimpin yang lembut dan cakap berlapik walaupun pepat diluar rencong di dalam.

Akibat sifatnya yang sering offensive, blunt dan kadang-kadang sarcastic, beliau kurang popular dan hampir tewas kepada Ku Li dan hanya menang dengan majoriti tipis sebanyak 46 undi. Aneh dalam kareer politiknya, setelah beliau melalui arus yang payah, beliau akan terus menerus menjadi dominan dan lebih popular - walaupun populariti itu datang dari polisinya yang 'betul' dan 'tepat' dan bukan propaganda atau 'image projection'.

Beliau tetap beliau.

Media Barat, bahkan Amerika sendiri kurang meminati beliau kerana beliau merupakan 'bad boy' bagi mereka. Semua orang - walaupun jaguh liberal dan demokrasi - sukakan comformist. Tun seorang yang rebellious dan tidak percaya kepada sistem yang ada kecacatan.

Contohnya, Tun tidak setuju dengan sistem globalisasi dan bahkan 'kapitalis' kerana memberi kelebihan kepada golongan yang sudah sedia kuat dan bermodal. Bagi Barat, segalanya perlu ditentukan oleh pasaran.

Seperti yang dapat kita baca dalam blognya, Tun memang tidak setuju dengan banyak perkara tentang sistem kewangan antarabangsa seperti currency, spekulasi yang sangat jauh dari perdagangan yang sebenar, eksploitasi kaum pemodal seperti banker-banker, tiada kawalan terhadap penjarah kewangan(currency raider) dan berbagai lagi.

Pada tahun 1997 ketika ekonomi Asia diserang penyangak matawang, ramai yang tidak senang dengan sifat 'rebellious' beliau dan menyalahkan polisinya yang 'combactive' dan kurang 'diplomatic' terhadap media dan dunia Barat. Beliau juga mencari formulanya sendiri untuk menyelesaikan kemelut itu

Datuk Nor Mohamed Yaacop dalam artikelnya menceritakan bagaimana beliau dipanggil Tun, dan minta pandangannya tentang apa yang berlaku terhadap krisis itu. Diringkaskan cerita, mereka menemui formula tanpa perlu menjadi hamba kepada IMF. Antara polisinya adalah menambat matawang ringgit kepada 1 USD = RM 3.8. Menurut Datuk Nor, polisi ini bukan menjamin 100% berjaya. Ianya berjaya kerana 'hands on' approach Tun.

Dalam masa yang sama, Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menjadi 'budak baik' Amerika, disambut dengan karpet merah, 21 das tembakan meriam. Beliau sudi bekerjasama dengan IMF dan tidak senang juga dengan sikap 'rebelious' Tun terhadap sistem kapitalis.

Tun ada menulis artikel dalam TIMES pada September 1999, bertajuk 'Call Me a Heretic'. Dalam artikel itu Tun menyatakan Barat sudah banyak tersilap dalam melaksanakan polisinya. Contohnya mereka membakar orang hidup-hidup zaman Inquistor Sepanyol kerana menuduh orang Christian sihir dan selama beratus tahun kepercayaan itu diteruskan baru Barat sedar ianya silap.

Kata beliau lagi, Malaysia tidak sanggup menunggu ratusan tahun menjadi Pak Turut kepada cacacela dalam sistem kapitalis Barat. Akhirnya sebelum beliau bersara pada tahun 2003, ekonomi Malaysia pulih tanpa menjadi hamba IMF. Walaupun Malaysia bukan lagi 'harimau Asia', tetapi Tun mengembalikan maruah dan harga diri Malaysia.

Tun mempunyai tabiat tidak boleh mendiamkan diri jika beliau sedar ada salah dalam sesuatu perkara. Ini berlaku apabila beliau mengkritik pentadbiran Tun Abdullah. Apabila pertemuan diadakan, selepas meminta maaf dan menunjukkan kesediaan mendengar, bertangis ratap seperti Datuk Seri Rafidah, mereka sangka Tun akan berpuashati.
Tun seorang yang berorientasikan 'result'. Beliau sendiri berkata 'tidak ada masalah personal antara saya dan Datuk Seri Abdullah dan juga Rafidah, ini bukan masalah antara Mahathir dan mereka, ini masalah dasar dan cara mentadbirkan negara."

Sifat zaman mudanya yang berani bersuara mengkritik Tunku Abdul Rahman hingga beliau dipecat dibawa hingga kini. Beliau bukan orang yang mengikut arus, jika arus itu tidak benar.

Dalam artikel Mahathirsm, beliau membangkitkan perkara Datuk Seri Muhyidin Yassin membuat sidang media untuk memberi jaminan kenaikkan Datuk Seri Najib tidak akan mengembalikan 'Mahathirsm'.

Dalam artikel 'Extremist', beliau berkata: "I am ready to surrender to the extremists, to pay the ransom demanded." Dan memilukan saya bila beliau berkata: "Anything for a quiet life. I want to be a member of the silent majority and just acquiesce. However the habit of a lifetime just refuse to go."

Untuk Tun, 'Nyanyi Sunyi Tun' sudah didengari. Tun sudah termaktub dalam sejarah sebagai Negarawan Ulung. Sejarah tidak boleh mengubahnya, walaupun oleh musuh-musuh Tun sendiri.



Nota kaki: Tajuk posting ini saya ubah suai dari memoir Pramoedya: 'Nyanyi Sunyi Seorang Bisu(Mute Soliloquy)' yang menceritakan pengalaman beliau dibuang ke Pulau Buru.


Wednesday, May 27, 2009

Cina Malaysia v Cina China

Dalam pertandingan Piala Thomas Tahun 1992, di mana Malaysia telah mejuarainya, jika tidak silap dalam perlawanan separuh akhir, perlawanan berlangsung acara beregu antara Chia Soon Kit dan Soon Bin Kiang iaitu pemain Malaysia menentang beregu China yang saya tidak ingat namanya.

Saya menonton dirumah seorang kawan. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita menyokong pemain Malaysia walaupun mereka berketurunan Cina. Kami generasi baru faham semangat Kemalaysiaan merentasi batas-batas perkauman.

Apa yang melucukan saya pada ketika itu, ibu kepada rakan saya yang sangat naif bertanya: "Ini perlawanan antara Cina Malaysia lawan Cina China yer?". Kedua-dua kami - saya dan anaknya - ketawa mendengar soalannya. Anaknya menerangkan bahawa kedua 'Cina' Malaysia itu bernama Chia Soon Kit dan Soon Bing Kiang.

Dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS akan datang, perkara yang hampir serupa, tetapi berlainan ceritanya berlaku. Ahli Parlimen dan penulis blog Screenshots, Jeff Ooi melabelkan pertarungan antara Husam Musa dan Nashrudin Mat Isa sebagai 'PAS-PR v PAS UMNO'.

Walaupun Mat Sabu adalah pesaing yang ketiga, tetapi perlawanan antara Husam dan Nashrudin merupakan yang dianggap sengit. Mat Sabu hanyalah 'wild card'.

Husam Musa merupakan pemimpin PAS pro Anwar, sementara Nasharudin Mat Isa pro-UMNO. Siapa akan menang melambangkan PAS fundamental v PAS liberal, PAS tradisional v PAS moden dan PAS ulama v PAS erdogan.

Akhirnya Piala Thomas kembali ke Malaysia pada 1992 setelah mengalahkan China di peringkat separuh akhir dan mengalahkan Indonesia di akhir.

Semuanya hasil 1Malaysia

Tuesday, May 26, 2009

PAS dan Islam

Dalam buku 'Muhammad' karya Hussien Heykal, iaitu biografi baginda S.A.W ada menceritakan apabila umat Islam sudah ramai memeluk Islam, Rasulullah S.A.W memanggil sahabat rapatnya dan berkata: "Peliharalah saudara kamu orang Ansar, kerana selepas ini akan ramai orang memeluk Islam dan mereka akan jadi kecil."

Saya minta maaf kerana saya cuma mengukap peristiwa diatas melalui memori saya sahaja kerana buku berkenaan dipinjamkan kepada seseorang dan masih belum dipulangkan untuk saya jadikan rujukan.

Intipatinya sangat mudah. Rasullulah S.A.W berdakwah selama 23 tahun di Mekah dan Madinah. Baginda mendapat sokongan yang sedikit dari bangsanya sendiri kaum Quraish dan disambut dengan baik oleh orang Madinah. Baginda saudarakan kaum Muhajirin yang terdiri dari kaum Quraish dengan orang Ansar iaitu penduduk asal Madinah.

Di Madinah kerajaan Islam yang pertama muncul. Di Madinahlah baginda dapat menerapkan dan mengamalkan ajaran Islam. Selama 10 tahun di Madinah, baginda berjuang bersama-sama umatnya yang ketika itu kebanyakkan terdiri dari orang Muhajirin dan Ansar. Ada lebih kurang 1400 orang Islam di Madinah ketika itu dan ini adalah pejuang Islam yang benar-benar memahami Islam dan ditarbiahkan oleh baginda S.A.W sendiri.

Mereka merasai kesengsaraan Rasullulah. Mereka merasai perjuangan Rasullullah. Mereka adalah denyut dan nadi Islam sebelum orang lain menerima Islam. Mereka bersama baginda S.A.W dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Baitul Ridwan, Perjanjian Hudaibiyah dan segalanya.

Apbila umat Islam sudah kuat, selepas penaklukan kota Mekah, ramai yang memeluk Islam dan mereka tidak akan dapat menghayati perjuangan Islam seperti yang dirasai oleh sahabat banginda S.A.W orang Muhajirin dan Ansar.

Bekas-bekas musuh Islam seperti Abu Suffian, Muawiyah dan ramai lagi memeluk Islam ketika penaklukan kota Mekah. Dalam Islam, mereka suci seperti bayi selepas mengucap dua kalimah syahadat. Segala dosa lampau mereka terhapus tetapi mampukah mereka menghayati perjuangan Islam seperti sahabat Rasulullah seramai 1400 orang itu?

Kebimbangan Rasulullah terhadap sahabatnya orang Ansar bukan tanpa asas. Apabila Semenanjung Arab menerima Islam, apatah lagi sahabat dan menantu Rasulullah Syadina Ali bin Abi Talib R.a merupakan benteng terakhir(old guard) yang memahami intipati Islam seperti tarbiah baginda telah tewas kepada Muawiyah, Islam sudah berpecah kepada banyak puak.

Dengan ringkas, keutuhan kerajaan Islam pimpinan baginda S.A.W telah 'tidak asli' lagi bermula dengan terbunuhnya Usman bin Affan R.a Oleh itu, seorang penulis sejarah menyifatkan peristiwa itu sebagai 'fitnah terbesar dalam sejarah Islam(al fitnahtul kubra).

Muncullah golongan munafik, pembuat hadis palsu, nabi palsu dan bermacam-macam lagi mazhab seperti Syiah, Khawarij, Ummayah, Abbasiyah dan berbagai-bagai lagi selepas terbunuhnya Usman. Dengan ringkas, peristiwa terbunuhnya Usman bin Affan R.a merupakan peledak yang memecah belahkan orang Islam hingga ke hari ini.

Selepas itu umat Islam sudah tidak bersatu seperti zaman baginda S.A.W dan pengganti baginda(khalifah-khalifah). Semua mazhab berasa mereka betul, malah sanggup memerangi saudara mereka orang Islam seperti dalam Perang Saffin dimana puak Syadina Ali berperang dengan puak Muawiyah dan mengorbankan darah sesama Islam yang menyembah Allah yang sama dan percaya Muhammad nabi akhir zaman dan Rasulullah.

Perkara ini membimbangkan dan sudah berlaku ratusan tahun. Saya tertarik dengan komen pembaca saya Sisingamangaraja Gorgor . Beliau menyifatkan UMNO sebagai tidak Islamik kerana pro-Inggeris dan itu asas kewujudan PAS. Seperti halnya parti komunis, salah asuhan tentang sejarah memang akan besar akibatnya.

Sebenarnya, sejarah kedatangan Islam di alam Melayu ini dibawa oleh ramai ulama yang berfahaman sempit. Begitu ramai ilmuwan Islam(saya kurang gemar melabelkan mereka ulama) yang cemerlang tidak berhijrah ke sini. Bagi saya, ulama fekah yang ramai ke sini, menanam kebencian kepada orang kafir dan segala yang kafir sebagai tidak Islamik adalah silap.

Bagi mereka yang bercakap bahasa Inggeris dan menguasai bahasa lain selain Arab adalah tidak Islamik. Menguasai matematik dan ilmu bantu yang lain adalah tidak Islamik. Dalam blog Dr. Musa Bakri, beliau menyalahkan pembelajaran Islam yang memundurkan orang Melayu. Beliau menyamakan seperti di Ireland, orang Irish menjadi maju kerana membebaskan pendidikan mereka dari pengaruh gereja.

Saya tidak bersetuju dengan beliau. Islam agama lengkap. Penting sekali dalam Islam adalah soal akidah dan juga syariat seperti ajaran baginda S.A.W. Soal remeh temeh seperti hal-hal mazhab tidak ada kena mengena dengan ajaran baginda S.A.W. Ini merupakan ciptaan ulama kemudian yang berasa hanya mereka layak untuk menafsirkan hukum hakam.

Di sini PAS tidak dinamik dan progressif. Mereka mertarbiahkan pemuda sekarang dengan ajaran yang silap. Mereka tidak cuba menggalakkan anak-anak muda mencari ilmu tapi hanya jumud dengan pegangan yang remeh temeh.

Islam bukan hanya sekadar hukum hakam. Pembelajaran sekolah pondok umpamanya banyak menekankah apa yang mereka sifatkan sebagai 'ilmu agama.' Bukankah Islam itu syumul. Bukankah tiada hal agama dan hal dunia. Semuanya adalah termaktub dalam Islamisasi.

Bila kita melahirkan generasi yang 'berat sebelah', bagaimana orang Islam akan bersaing dalam banyak hal yang memerlukan ketangkasan selain ilmu fekah? Mana dia saintis Islam setanding Ibnu Sina, mana dia pemikir Islam setanding Ibnu Khaldun.

Bila kita tidak menguasai ilmu-ilmu sedemikian tidak hairan jika orang Islam ditindas pada akhir zaman. Jika kita tak habis-habis menegakkan kita lagi islam dari orang ini dan orang itu, sampai bila kita hanya jadi 'permerhati' sahaja dalam dunia yang makin global dan kompleks.

Saya rasa generasi sekarang perlu banyak berubah. Jangan mudah terpedaya dengan parti yang jumud seperti PAS.

Monday, May 25, 2009

Pelajaran Dari Shih Huang Ti.


Shih Huang Ti merupakan Maharaja China yang pertama. Namanya sendiri bermaksud First Emperor. Beliau pengasas Qin(Chin) dinasti. Sebelum baginda menyatukan China seperti yang kita kenali sekarang, China mempunyai lima kekuasaan selain Qin sendiri.

Wilayah berkenaan merupakan Han, Zhao, Wei, Chu dan Yan. Kesemua wilayah berkenaan bercakap dalam dialek yang berbeza-beza. Baginda berazam untuk menyatukan semua wilayah berkenaan dibawah pemerintahannya.

Seperti biasa jika ada idea atau gagasan baru, ianya akan mendapat cemuhan dan ejekan serta tentangan dari golongan tertentu. Sesetengah wilayah berkenaan lebih suka diperintah oleh raja masing-masing dan mempunyai kemerdekaan sendiri.

Shih Huang Ti tidak pedulikan itu semua. Satu demi satu wilayah jatuh ke tangan baginda dan akhirnya semua sekali sudah berada di dalam kekuasaannya. Akhirnya, baginda memberi satu negara, satu bahasa dan satu bangsa kepada wilayah-wilayah yang ditakluknya. China di panggil China kerana wangsa baginda merupakan wangsa Chin.

Baginda mewajibkan bahasa rasmi China adalah mandarin. Mereka boleh bertutur dalam dialek masing-masing tetapi mandarin menyatukan mereka dan memberi mereka bangsa China yang asalnya dari berbagai-bagai wilayah.

Di Malaysia, jika bahasa Melayu bukan penyatu dan satu sekolah untuk bangsa Malaysia tidak ada, sampai bila-bilalah sentiasa ada kerajaan dalam kerajaan.

Sunday, May 24, 2009

Antara Mutu Bolasepak dan Mutu Ahli Politik Malaysia


Semalam saya bernostalgia. Sepupu saya dibawah nama WAFS dalam komen di posting 'Tempo Doeloe' ingin membina time machine untuk membolehkannya kembali ke zaman itu. Adakah kami menghadapi krisis pertengahan umur, hendak kembali menjadi remaja dengan merindui zaman dahulu?

Adakah zaman dahulu, walaupun dari segi materialnya kurang tetapi kualiti mentalnya lebih baik? Entahlah.

Kembali ke zaman 1990an, ketika bola sepak Malaysia sedang rancak melaksanakan Liga Semi-pronya, kerancakan dan keghairahan juga kualiti yang dibawa hampir sama dengan Liga Inggeris. Kami fanatik dan ghairah menyokong negeri asal masing-masing.

Kami mengunjungi stadium bila ada kelapangan dan menyokong liga semi-pro dengan sepenuh hati. Ketika itu, nama Zainal Abidin Hasan, Dollah Salleh, Fandi Ahmad, Malek Awab, Ahmad Paijan, Piyapong Pu Yoen dan berbagai lagi sangat galak mewarnai liga semi-pro.

Walaupun bolasepak Inggeris diikuti, semangat setempat dan keghairahan, rasa keterlibatan dengan kelab masing-masing di Malaysia sangat memberansangkan.

Ketika zaman Mokhtar Dahari, Sau Chin Aun dan Santokh Singh, sebelum semi pro, Malaysia hampir setanding dengan Korea Selatan dan jauh lebih hebat dari Jepun.

Anehnya di Malaysia, semakin maju negara kita ini semakin malap bolasepaknya. Setelah mendapat status Liga Super dan pemainnya sudah menjadi pro, bolasepak hilang kerancakkannya. Stadium kurang dikunjungi, hidup segan mati tak mahu. Liga dan mutunya lesu. Bolasepak kebangsaan menjadi lelucon antarabangsa.

Kita kalah dengan Laos, Kemboja, Indonesia, Thailand dan sesiapa sahaja lah. Kemajuan material dan ekonomi tidak menjanjikan kemajuan serentak sukan ini. Kerajaan telah mengambil langkah menyediakan kemudahan tetapi mutunya bukan hanya tepu, malah keterbelakang. Bolasepak kita, seperti Benjamin Button, bukan semakin matang mengikut usia tetapi semakin kanak-kanak bila sudah 'tua.'

Paling mengejutkan saya, mutu ahli politik kita. Sesetengah mereka bukan makin terbuka dan liberal dan matang, makin keterbelakang. Rocky's Bru melaporkan dalam blognya, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, juga Timbalan Menteri Pendidikan membuat laporan polis kepada blogger penganjur kempen 1Sekolah.

Malaysia sebuah negara ke arah kemajuan dan banyak juga kemudahan kelas pertama tetapi mentaliti politik kelas kelas ke tiga. Anehnya, beberapa hari lepas, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dalam Astro Awani mengatakan kerajaan BN sekarang perlu mendengar suara rakyat atau 'public oipinion.'

Menurut Datuk Wee Ka Siong, beliau juga akan merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. MCA merupakan parti yang memprotes Datuk Hishamudin Tun Husein mencium keris kerana menurut mereka 'boleh menyebabkan ketegangan kaum.'

Jika jurang kaum di Malaysia ini bukan kerana sekolah jenis kebangsaan, dapatkah beliau menerangkan apa sebenarnya punca penyakit ini? Mengapa mereka lantang memprotes hak-hak orang Melayu, juga menafikan Melayu sebagai bumi dan mendakwa mereka juga rakyat Malaysia dan Malaysia untuk orang Malaysia jika mereka tidak sedia menjunjung langit dibumi yang mereka pijak?

Beliau berhujah lagi, ini merupakan hak kaum Cina dan India menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Memang benar ini hak mereka, kita menjaminkannya tetapi zaman sudah berubah. Sudah terbukti selama 50 tahun lebih jurang perkauman ini masih ada sudah tentu ada sebabnya. Saya yakin sebabnya adalah pendidikan. Jika sekolah jenis kebangsaan merupakan puncanya, maka ia perlu diubah.

Lagipun, blogger-blogger yang menandatangani memorandum itu tidak melakukan sebarang jenayah. Mereka hanya membawa suara sebahagian rakyat Malaysia. Jika cium keris rasis, mengapa ingin mengamalkan bahasa, budaya dan adat resam mereka tidak rasis? Ada 60% orang Melayu dan bumiputera yang tidak senang dengan kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini tidakkah menegakkannya adalah rasis.

MCA sudah kalah teruk dalam pilihanraya 2008. Dari 40 kerusi yang diperuntukkan, MCA menang 15 kerusi sahaja. Jika hanya kerana blogger minta diadakan 1Sekolah sudah dibawa hingga ke polis, macam mana hendak ada Timbalan Perdana Menteri kaum Cina?

Sedarlah sikap aristokrat sudah makin tidak boleh diterima rakyat. UMNO sudah mula ke arah merendahkan diri. MCA bila pula?

Ini zaman 'the world is flat' dan era 'goverment know best' sudah berakhir.

Tidak salah jika kami merindui zaman remaja yang mana ketika itu segalanya lebih berkualiti kecuali teknlogi maklumat dan pembangunan material.

Updated: Gambar di atas merupakan gambar Encik Kasim bin Omar, pekerja UMNO Pulau Pinang yang dipukul hingga mati dan disembah cat merah ke mukanya oleh chauvanist kaum Cina yang pro komunis sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969. Jika rakyat Malaysia tidak disatukan oleh 1bahasa dan 1sekolah, rusuhan kaum boleh berlaku semula.

Saturday, May 23, 2009

Tempo Doeloe

Saya selalunya mengelak dari menceritakan kisah diri sendiri. Ini kerana saya tidak mahu jadi seperi Narcissuss, mitos Greek seorang yang mengkagumi dirinya sendiri, berasa dirinya tampan tetapi disebalik pakaian cantiknya, dia penuh dengan penyakit kudis buta.

Entah mengapa hari ini saya hendak tinggalkan sementara hal-hal berat, lebih hendak bersantai 'menafsirkan' perkembangan Malaysia mengikut kacamata entah generasi apa.(Penulis blog Nobisha menamakan golongan berumur antara 15-29 sebagai generasi Y).

Mungkin saya generasi 'Forest Gump' seorang lurus dan naive yang mengintepretasikan perkembangan Amerika melalui kacamata naivenya. Beliau dalam filem berkenaan yang menelefon pihak keselamatan mengadu tidak boleh tidur kerana gangguan lampu suluh, sedangkan peristiwa itu merupakan Skandal Watergate yang menjatuhkan pentadbiran Nixon.

Beliau yang melabur dalam industri komputer yang sedang pesat membangun menyatakan beliau melabur dalam syarikat buah-buahan kerana keliru dengan lambang syarikat komputer 'Apple'. Begitu banyak anekdote dalam 'Forest Gump' sebenarnya peristiwa besar yang ditilik dari kacamata persona nan grata. Begitu banyak juga 'forest gump' dalam diri kita sendiri.

'Tempo Doeloe' adalah sebuah buku Pramoedya Ananta Toer yang tidak mampu saya beli di Pustaka Antara Chow Kit ketika saya tingkatan 3. Ianya sebuah himpunan cerpen Pramoedya yang masih dieja dengan ejaan lama Indonesia; 'oe' dalam bahasa Indonesia ketika itu merupakan 'u' bagi kita. Jadi sepatutnya buku itu dieja 'Tempo Dulu' iaitu cerpen Pramoedya tentang zaman Belanda.

Begitu juga 'dj' merupakan 'j' dalam ejaan Indonesia. Nama sebenar saya adalah Shahrir seperna nama nasioanalist Indonesia: Sultan Shahrir. Ketika saya membeli memoir Sultan Shahrir, di eja dalam ejaan Indonesia: 'Mengenang Sjahrir', ramai rakan saya keliru pronoucementnya kerana 'j' bagi Indonesia adalah 'y' bagi Malaysia. Persepsi kepada perkara yang sama tetapi kerana sudut pandangan yang berbeza, kadang-kadang boleh membawa hingga tercetusnya perang. Anehkan manusia ini.

Pustaka Antara dan Minerva adalah dua pusat buku yang sering saya lawati di Chow Kit dalam tahun 1987. Ini kerana pada ketika itu tidak ada lagi KLCC, The Curve dan Midvalley. Tambahan pula saya sendiri tidak mahir berbahasa Inggeris pada ketika itu. Saya tidak melawati Times atau MPH kerana buku bahasa Melayunya kurang.

DBP adalah penyelamat saya kerana DBP banyak mencetak buku karya Pak Samad Said, Arena Wati, Shahnon Ahmad, Pak Sako, Keris Mas dan Usman Awang. Mereka merupakan penulis 'ampuh' Malaysia. Oleh kerana tidak ramai, saya akan menghilangkan dahaga saya dengan beralih ke sastera Indonesia.

Hanya Pustaka Antara sahaja yang banyak menyediakan buku-buku penulis Indonesia. Pustaka Antara ini terletak dekat dengan bangunan UMNO lama, sekarang ini dipanggil 'Budu' oleh orang politik UMNO dari Jerantut kerana adanya beberapa warong terkenal yang simple menyediakan makanan pantai timur terutamanya singgam ikan kembung dan budu dicampur tempoyak.

Ketika itu, saya tusyen di Ming, sebuah pusat tusyen terkenal. Malaysia masih belum seperti sekarang. Maklumlah, Tembok Berlin masih belum runtuh ketika itu. Sebagai peminat wayang, saya sering mengunjungi panggung Odeon dekat Medan Mara depan Pertama Kompleks.

Panggung ketika itu jauh sekali dari TGV dan GSC. Kami masih diberi kelas. Mungkin kami hidup zaman komunis Soviet dan China masih wujud. Kelas 3 depan sekali, kelas 2 belakang sikit dan kelas 1 belakang sekali. Paling istimewa kelas reserve iaitu di atas semua orang.

Bayangkan filem zaman sebelum CGI(Computer Generate Image). Antara filem menjadi cult adalah filem James Bond. Saya masih ingat bagaimana uncle saya bercerita filem James Bond yang akan keluar: 'Living Daylights' dan sudah buat persiapan membawa kami menontonnya. Tidak seperti sekarang segalanya impromptu. Menonton wayang bersama keluarga juga seperti ritual bagi sesetengah keluarga zaman itu.

Tidak ada LRT dan bas feeder. Saya membesar ketika bas mini masih bermaharajalela. Cuba bayangkan pemandangan indah sebuah kota, begitu banyak bas-bas mini berlumba-lumba berebut penumpang. Mereka sangat aggressif ketika lampu merah, mencilok di sana sini untuk cepat sampai dan mengambil penumpang baru. Bas mini tidak ada aircond dan sering penuh hingga ke tangga bas.

Oleh kerana blog masih belum wujud, saya masih ingat ketika Tun Mahathir di cabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah, begitu banyak buku-buku politik dicetak. Ada yang pro Ku Li dan ada yang pro Mahathir. Walaupun masih ditingkatan 3 dan akan menduduki SRP, saya sudah biasa membaca 'blog-blog' politik masa itu termasuklah surat layang. Tabii ini masih sama cuma penulis sekarang menggunakan medium tanpa kertas - internet.

Saya masih ingat kerajaan sedang mencari seorang penulis politik bernama Harun Perancis. Diumumkan oleh wartaberita dan hingga kini saya tidak tahu siapa sebenarnya beliau dan kenapa beliau di cari. Kami hanya mempunyai 3 rangkaian TV sahaja.

Ketika TV3 muncul kawan saya pernah berkata bayangkan sebelum datang TV3, dunia kami macam zaman medievel. Saluran TV cuma ada TV1 dan TV2. Masa saya darjah 1, TV 1 akan bermula pukul 5 dari hari Isnin hingga Khamis. Pada hari Khamis hingga Ahad siaran Tv bermula pukul 2. Antara Isnin ke Khamis adalah penyeksaan kerana menunggu siaran Tv diawalkan.

Namun begitu, cerita drama Melayu tidak banyak. Drama Melayu hanya ada seminggu sekali ditayangkan oleh Tv1. Slot itu dinamakan 'Drama Minggu Ini'. Kami banyak terdedah kepada drama series 'omputih' seperti 'Six Million Dollar Man', 'A Man From Atlantis', 'Mission Impossible', 'Hawai Five O', drama-drama keluarga seperti 'Eight is Enough', 'Little House on the Prairie' dan 'Walton'.

Series animasi Jepun yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu paling saya suka. Saya tak ingat tajuknya ketika darjah 1 cerita pasal Tempe sangat popular, diikuti dengan animasi 'Marcos' dan 'Sinband the Sailor.' Ketika darjah 6, hari Jumaat hari kegemaran saya kerana Sabtu tidak sekolah, lepas itu ada 3 rancangan saya suka: 'Contact', 'Woody Woodpicker' dan animasi Jepun berbahasa Melayu: 'Captain Future. Semasa di tingkatan 1, animasi 'Moby Dick' sangat saya minati.

Drama-drama Melayu membanjiri Tv1 dan Tv3 bila kerajaan menggalakkan pengusaha filem membuat drama dibawah slot 'Drama Swasta'. Ketika itu, Datuk Muhamad Rahmat menjadi Menteri Penerangan

Sekarang ini bila berjumpa kawan saya itu, saya akan katakan zaman ada tiga siaran pun sebenarnya sudah zaman gelap jika dibandingkan dengan sekarang.

Saya mula berkenalan dengan komputer semasa saya di tingkatan 1(1985). Komputer merupakan satu kelab sahaja dan tidak diwajibkan disekolah. Sejak kecil saya kurang minat berpersatuan. Bila cikgu saya hendak mencari pelajar untuk menubuhkan kelab komputer, saya cepat mendaftarkan diri.

Entah mengapa saya sudah berasa akrab dengan komputer. Saya tidak menyertai persatuan lain sebelum ko-kurikulum diwajibkan. Pembelajarannya hanya BASIC(Beginner All-purpose Symbolic Instruction Code), LOGO, Wordstar atau Wordpreccessor. Jenama komputer yang sedang top ketika itu Apple, IBM dan Amstrad.

Tidak ada window, kami pakai Ms-Dos. Tidak ada wall paper yang cantik-cantik cuma tulisan hijau atau kelabu.Computer sangat asas dan sebab saya menyertainya pun kerana teruja dan curious apa sebenarnya komputer ini.

Dalam tahun 1997, ketika komputer sudah maju, sebelum adanya Friendster, Myspace dan Facebook ataupun Yahoo Mesenger, ramai yang menggilai IRC. Kerajaan sudah mula menggalakkan sebuah rumah memiliki sebuah komputer. Saya masih ingat slogan kerajaan masa itu:" Kanak-kanak tanpa komputer kanak-kanak tanpa masa depan."

Seperti biasa saya cepat mengingat dan merakamkan dalam memori peristiwa seperti ini dan menyatakan kepada seorang rakan chat dalam IRC. Response beliau: "I don't like it. Mcm ada kelas-kelas pulak orang ni." Maksud beliau apa berlaku kepada ibubapa yang tidak mampu?

Kerajaan menggalakkan rakyatnya membeli komputer dan menyediakan kemudahan mengeluarkan EPF untuk membeli kepada siapa yang tidak mampu. Kemudiannya skim ini disalahguna, ramai yang 'membeli' tetapi hanya menyediakan bil, mengambil cashnya dan tidak membeli komputer.

Sekarang saya rasa kerajaan sepatutnya mempunyai slogan baru. "Kanak-kanak mempunyai komputer tetapi tidak berinternet merupakan kanak-kanak tanpa masa depan." Masih ramai kawan-kawan dan saudara mara saya tidak berkomputer, apa lagi berinternet. Macam mana masa depan mereka ya.

Walaupun zaman ini sangat canggih dengan kemudahan satelit dan perhubungan, kadang-kadang saya rasa saya merindui zaman yang hanya mempunyai telefon rumah sahaja. Ketika Tuanku Sultan Pahang berangkat ke Kg Bantal, Ulu Tembeling saya turut hadir dan penduduk kampung mohon baginda mengusahakan pencawang maxis.

Saya separuh lucu mendengar jawapan baginda: "Kawan suka ke sini sebab tak ada bunyi talipon lah. Tempat lain kalau kawan melawat banyak sangat bunyi talipon. Kawan nak bercakap pun susah." (Kadang-kadang baginda bertitah membahasakan diri dalam bahasa Pekan: "kawan")

Titah baginda hampir sama dengan komen rakan saya, Peter Borisov. Beliau bekerja dengan syarikat Jepun, dan bosnya sentiasa menelefonya dari Jepun untuk mengetahui perkembangan kerjanya di Malaysia. Bosnya menelefon tanpa mengira masa. Lemas dengan keadaan itu beliau memanggil telefon bimbitnya sebagai '21st Century Slavehood'.

Ada ketika kita tidak mahu telefon menganggu kita. Dek zaman teknologi maklumat ini, tiada tempat yang hampir tidak tersentuh dek komunikasi. Ulu Tembeling sendiri sudah mempunyai rangkaian maxis dan diginya, terima kasih kepada Baginda Sultan Pahang.

Satu lagu oldies yang saya suka adalah 'World is getting smaller'. Dalam lagu itu, penyanyi merungut tidak ada ruang untuk privacy lagi. Memang benar kadang-kadang saya sendiri sangat merindui 'tempo doeloe'.

Dunia sekarang sudah semakin mengecil.

Lagi Tentang Chin Peng

Pertubuhan bekas perajurit selar pihak simpati dengan Chin Peng

KUALA LUMPUR 21 Mei - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menentang keras hasrat pihak tertentu di negara ini yang mahu kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng kembali ke tanah air.

Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Mohd. Jamil Mohd. Hassan berkata, kekejaman komunis sehingga kini masih segar dalam ingatan bekas perajurit yang mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan negara ini."Kami masih tidak lupa bagaimana kekejaman komunis terhadap anggota keselamatan yang terbunuh akibat diserang hendap. Saya percaya generasi sekarang tidak sanggup andai berpeluang melihat apa yang diperlakukan komunis terhadap mayat anggota keselamatan yang dibunuh.

"Tidak cukup dengan itu, ahli keluarga anggota keselamatan terutamanya unit risik juga turut dibunuh kejam termasuk kanak-kanak. Jadi di mana nilai kemanusiaan terhadap mereka ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan terhadap kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi merupakan ancaman keselamatan kepada negara.

Kenyataan pemimpin Gerakan itu mendapat bantahan beberapa NGO yang berasakan permintaan tersebut sebagai tidak tepat.Menurut Mohd. Jamil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja kehilangan lebih 3,000 anggota akibat dibunuh komunis terutamanya pada gelombang kedua darurat.Jelasnya, ketika itu komunis memang menyasarkan pegawai kanan polis dan tentera sebagai mangsa yang patut dibunuh dengan tujuan untuk melemahkan semangat anggota keselamatan selain menakutkan rakyat.

"Jadi pihak yang prihatin terhadap Chin Peng kononnya atas dasar kemanusiaan itu sepatutnya lebih prihatin terhadap bekas anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka yang terbunuh mahu pun cacat seumur hidup,'' ujarnya.Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani pula meminta Gerakan lebih sensitif dengan kenyataannya supaya tidak menyinggung perasaan pihak lain terutama golongan bekas anggota tentera dan polis.

Menurut beliau, pihaknya akan menghantar memorandum kepada kerajaan agar tidak melayan gesaan Hock Nan yang cuba mengambil kesempatan untuk menjuarai isu itu dengan mengeksploitasi konsep Satu Malaysia.

Dalam pada itu, Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan dalam perjuangan Chin Peng sehingga perlu ada pihak yang terpanggil untuk berasa simpati ke atas dirinya."Kita bukannya sebuah negara yang tidak ada pertimbangan, namun ada perkara-perkara yang boleh diterima dan ada perkara yang perlu kita tolak ke tepi dan jauhkan. Chin Peng salah satu perkara yang perlu kita jauhkan," katanya.

Tambah Abdul Fattah, alasan kemanusiaan tidak boleh hanya dilihat daripada perspektif Chin Peng semata-mata tetapi juga ribuan waris perwira negara yang terkorban dalam menentang perjuangan komunis di negara ini satu masa dahulu."Apakah nilai kemanusiaan keluarga-keluarga mangsa adalah kurang jika dibandingkan dengan soal kemanusiaan Chin Peng," katanya.Jelas beliau, tidak ada mana-mana pihak selain polis atau Kementerian Dalam Negeri yang layak memberikan tafsiran sama ada

Chin Peng menimbulkan ancaman kepada negara atau tidak.Katanya, pihak yang bersimpati dengan perjuangan bekas pemimpin komunis itu boleh menyimpan simpati mereka dalam hati masing-masing tanpa perlu diluahkan."Rasanya majoriti rakyat mungkin tidak bersimpati dengan Chin Peng," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, Mei 22hb, 2009

Friday, May 22, 2009

Buta Sejarah

Saya terkejut apabila membaca blog Belia Anti-BN. Penulis blog berkenaan mendewa-dewakan seorang tokoh komunis iaitu Chin Peng. Beliau memperjuangkan agar Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia kerana Chin Peng menurutnya, perjuang kemerdekaan. Baca rationale beliau di: http://keraspedal.blogspot.com/

Saya faham beliau anti BN dan dalam demokrasi tidak salah itu. Cuma adakah ini cara pembangkang mentarbiah pemuda/belia mereka dengan memberi input yang salah? Parti Komunis Malaya adalah parti yang paling ganas dalam sejarah Malaysia. Mereka membunuh, merompak, menyamun dan memerasugut rakyat yang tidak berdosa tanpa belas kasihan atas nama perjuangan mereka.

Dalam blog Thinking A Loud, Datuk Li Tian Ker juga ada mengkritik seorang belia Cina yang pro PKM. Beliau mengklasifikasikan penulis blog itu sebagai buta sejarah.

Bagi saya, memang betul pun mereka ini buta sejarah. Tun Dr. Mahathir juga memanggil ini sebagai jurang generasi kerana mereka lahir selepas tahun 1957, tidak dapat merasai dan menjiwai bagaimana perjuangan kemerdekaan diperjuangkan. Apatah lagi(saya tahu mereka akan berhujah sejarah diputarbelitkan) sukatan pelajaran sejarah di Malaysia sekadar setengah masak sahaja.

Pertama sekali ideologi komunis sangat bertentangan dengan mana-mana masyarakat beragama tidak kira agama apa. Komunis menganggap agama merupakan candu bagi orang yang susah untuk melupakan kesusahan mereka. Mereka akan membunuh orang jika hanya seseorang itu mempercayai adanya tuhan.

Macam ini kah perjuang kemerdekaan? Komunis tidak pernah kisah pasal kemerdekaan pun. Mereka licik dan gunakan apa saja trend yang menguntungkan mereka. Jika kemerdekaan boleh membantu perjuangan komunis, mereka gunakan propaganda kemerdekaan. Mari saya ceritakan asalnya komunis ini supaya saudara belia yang anti-BN dan buta sejarah tahu asal-berasal sesuatu perkara.

Pada asalnya tidak pernah adanya komunis. Selama ini pun sayap kiri dipanggil sosialis. Tidak semua sosialis ini komunis tetapi komunis adalah cabang sosialis. Sosialis adalah fahaman umum bagaimana masyarakat perlu disusun. Mereka tidak membenarkan sesuatu golongan terlalu berkuasa dan mengeksploit golongan lemah. Ini ideanya sosialis.

Apabila Karl Marx terlalu jengkel dengan golongan pemodal yang mengumpulkan kekayaan, dan mengekploitasi golongan pekerja, beliau menulis Das Kapital. Beliau sendiri tidak menamakan komunis tetapi bukunya menjadi kitab suci sosialis.

Di Rusia, Lenin merupaka seorang pelajar pintar, tidak sukakan feudalisme Tsar telah mendapat inspirasi dengan membaca karya Karl Marx. Beliau orang bertanggungjawab mewujudkan manual praktikal bagaimana mewujudkan negara sosialis yang pertama.

Pada mulanya, golongan sosialis ini bersatu. Kemudian terpecah dua. Ada yang ingin menggunakan keganasan dan ada dengan cara aman. Kemudian mereka berpecah menjadi golongan Bolshevik maknanya 'majoriti' dan golongan Menshevik iaitu minoriti. Bolshevik ini berpendapat, untuk berjaya dalam revolusi, mereka akan menggunakan keganasan termasuklah membunuh sesiapa sahaja yang tidak setuju dengan ideologi mereka.

Bolshevik adalah diketuai oleh Lenin dan Menshivik seperti namanya lenyap dalam sejarah. Lenin berpendapat, untuk menwujudkan negara sosialis, mereka mesti menguasai golongan proletariat atau kelas pekerja dan petani yang kelihatan ditindas.

Maka dakyah-dakyah kebobrokan sistem Tsar dan kelas atasan dilancarkan. Mereka meresap ke dalam persatuan sekerja dan mewujudkan huru hara dan rasa tidak puas hati kepada golongan yang kaya dan bangsawan.

Strategi ini amat berkesan. Penipuan demi penipuan akhirnya diyakini oleh orang susah yang bodoh ini. Mereka menentang Tsar dan berjaya menggulingkan Tsar ketika Revolusi 1917. Maka wujudlah negara sosialis mengikut corak Lenin yang dinamakan komunis. Komunis adalah dari perkataan commune atau masyarakat.

Kononnya kerajaan rakyat untuk rakyat. Sepanjang pemerintahan komunis di Rusia, mereka membunuh rakyatnya lebih dari Hitler membunuh askar Rusia. Di China, Mao Tse Tung pula terpengaruh juga dengan Karl Marx dan memulakan gerakan komunis yang mengambil masa 27 tahun untuk berjaya. Beliau terkenal dengan 'Long March'nya yang mana 84,000 komunis diburu oleh Kaomintang yang selamat cuma 4000 orang sahaja.

Bila Rusia, China dan Cuba pada tahun 1957 berjaya dikomuniskan, mereka mewujudkan Comitern atau Komunis Antarabangsa untuk mengkomuniskan seluruh umat manusia atau mana-mana negara yang ingin bersatu bawah agama baru ini.

Bila Chin Peng mewujudkan PKM, memerdekakan Malaya adalah perkara terakhir dalam benaknya. Sebagai komunis yang dibantu oleh China, pertama sekali beliau mahu menguasai Tanah Melayu dan mengkomuniskan Malaya. Sudah tentu mengikut acuan komunis, orang yang taat beragama seperti orang Islam akan dibunuh dahulu.

Inikah perjuang kemerdekaan? Mereka bersetuju memerangi Jepun kerana pertama Jepun adalah musuh tradisi orang China dan majoriti komunis dikuasai oleh kaum Cina(ini bukan bererti semua kaum Cina pro-komunis). Mereka mempamerkan diri mereka sebagai perjuang kemerdekaan kerana hendak memenangi hati rakyat sahaja.

Selepas Jepun kalah dan selama 13 hari pemerintahan Bintang 3 iaitu period sebelum Britihs kembali menegakkan law and order, komunis membunuh sesuka hati orang-orang yang tidak berdosa. Di mana keadilan bagi keluarga orang yang tidak berdosa dibunuh sesuka hati oleh komunis ini. Wajarlah jika kerajaan yang pernah merasai bahana angkara keganasan komunis ini tidak membenarkan Chin Peng pulang kerana peristiwa itu masih menjadi igauan buruk sesetengah mereka. Belum mengambil kira lagi perasaan keturunan polis dan tentera terkorban semasa memerangi keganasan komunis ini.

Ketika Jepun menyerang China, Mao minta bekerjasama dengan Kaomintang. Chiang Kai Shek tidak setuju kerana beliau faham tujuan Mao. Demi bangsa China, ramai mendesak Chiang Kai Shek bekerjasama dengan komunis untuk menentang Jepun. Mao memanipulasikan peluang ini dengan membiarkan kekuatan tentera Kaomintang terhakis sedikit demi sedikit kerana mereka berperang dibarisan depan dengan Jepun. Komunis tidak memerangi Jepun sangat dan mengekalkan keutuhan tenteranya.

Lepas perang, Mao menghancurkan Kaomintang dengan taktik ini. Apa jadi pada China bila komunis mengambil alih? Berapa ramai yang terkorban semasa Mao melancarkan 'Cultural Revolution.' Anak-anak muda ditanam kebencian kepada kebudayaan China dan mecerca, memukul dan membunuh ibubapa mereka sendiri kerana taat dengan adat resam China.

Inikah gambaran saudara Anti-BN inginkan di Malaysia ini jika PKM mendapat kuasa? Saudara mengatakan orang BN buta sejarah, sejauh mana celiknya sejarah saudara? Saya ada nampak gambar Nik Aziz sedang berdoa dalam blog saudara. Adakah Nik Aziz berdoa Chin Peng boleh pulang dan disambut sebagai hero yang akan menghapuskan kebebasan beragama?

Inikah cara Pakatan 'Rakyat' mendidik generasi akan datang?

Ntahlah.

Wednesday, May 20, 2009

Penanti: Bertanding atau Tidak?

Datuk Seri Najib telah mengumumkan BN tidak akan bertanding di Penanti. Keputusan setelah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi BN ini adalah tindakan yang 'unconventional' dan 'unorthodox'. Satu perjudian yang tinggi juga kerana tidak pernah berlaku sebelum ini keputusan yang semacam ini.

BN membuat keputusan untuk tidak bertanding kerana pilihanraya kecil yang akan diadakan itu bukan kerana kematian, bankrupsi Ahli Dewan Undangan Negerinya atau apa-apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan yang mewajibkan kerusi itu dipertandingkan.

BN memandang, kekosongan kerusi DUN Penanti kerana permainan politik PKR yang akan mencipta segala macam masalah supaya kerajaan kurang menumpukan tenaga kepada hal yang lebih mendesak: memulihkan ekonomi.

Saya membaca berbagai blog dan penerimaan yang berbagai juga dengan keputusan yang luarbiasa ini. Anehnya, blog-blog pembangkang sendiri menuduh BN sebagai pengecut dan sengaja mengelak pilihanraya ini. Mereka sepatutnya gembira kerana tidak ditandingi tetapi mereka marah dan seolah-olah minta pertandingan diadakan.

Proses memilih Ahli Dewan Undangan Negeri merupakan proses demokrasi yang menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih wakil mereka. Bagi PR, mandat rakyat ini hanya mainan sahaja dan medan bagi mereka untuk mengadu kekuatan dan kejantanan.

Dalam negara demokrasi, banyak lagi perkara lebih penting dari mengadakan pilihanraya. Al Gore banyak tidak bersetuju dengan cara George Bush mentadbirkan Amerika,menghentam beliau dalam 'Assault On Reason' tetapi kerana mereka cultured dan civilised tidak membuat hal-hal yang boleh menggugat kestabilan negara.

Ini politik dan demokrasi yang matang tidak seperti di Malaysia pembangkang hanya tahu bermain politik dan mengheret rakyat dalam urusan dan kepentingan politik mereka. Jika mereka benar dan betul, tunggu pilihanraya ke 13. Jika mereka benar dan jujur, rakyat akan faham juga.

Seperti di Perak, kedegilan Nizar meletak jawatan apabila partinya tidak majoriti lagi merupakan satu contoh. Beliau mendesak mengadakan pilihanraya sedangkan jelas beliau sudah minoriti. Atas nama 'rakyat', beliau minta diadakan pilihanraya sedang pilihanraya baru berlangsung setahun.

Sedarkah mereka begitu banyak perkara yang lebih mendesak kerajaan perlu selesaikan. Masalah kemelesatan ekonomi global, wabak, pengangguran, isu pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik dan berbagai lagi yang lebih penting dari mengadakan satu pilihanraya ke satu pilihanraya.

Seperti kata John Freeman Clarke, "A politicians think of the next election. A stateman, of the next generation", PR sepatutnya memberi ruang kepada BN untuk melaksana program-program membantu rakyat dari hanya ajak beradu siapa lagi popular.

Tindakan BN untuk tidak bertanding ini bukan tanpa risiko. Risiko yang paling besar adalah desakan dari penyokong BN sendiri yang hampa kerusi itu tidak dipertandingkan. Datuk A.Kadir Jasin dalam blognya juga seperti kurang bersetuju dengan tindakan BN.

Begitu juga dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Mereka bimbang 5,127 pengundi UMNO dahulu kecewa dengan keputusan ini. Bagi saya, oleh ini satu tindakan yang unprecedented, saya reserve dahulu komen saya.

Mana tahu PR akan terpukul dengan permainannya sendiri. Mana tahu mereka kelihatan bodoh kerana bersilat seorang diri di dalam gelanggang; marah, kecewa dan hampa kerana gendangnya tidak bersambut.

"If your enemy in a choleric temper, seek to irritate him."(Jika musuh anda marah, cari jalan buat mereka lagi marah).

-Sun Tzu
Art of War.

Monday, May 18, 2009

1Sekolah 1Malaysia


Malam semalam saya antara blogger yang menandatangani(secara digital) petition 1Sekolah. Selama ini, kaum bukan Melayu selalu membuat dakwaan mereka didiskriminasikan dan menentang penguasaan Melayu, kononnya.

Malah mereka lebih berani dari itu bila menafikan Malaysia yang asalnya bernama Tanah Melayu ini didiami oleh orang Melayu sebelum datangnya lain-lain kaum. Bukan saya berniat membangkitkan perbalahan kaum tetapi apa yang akan saya tulis merupakan sejarah.

Memang orang Melayu yang mula-mula mendirikan kerajaan di Tanah Melayu ini sebelum datangnya Portugis, Belanda dan Inggeris. Datuk Ti Lian Ker pernah mendakwa, kaum Cina juga berhijrah ke sini sejak zaman Melaka seperti Baba dan Nyonya.

Memang ada kebenarannya. Kaum Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu seperti Baba dan Nyonya tidak berkiblatkan China lagi sebagai adat dan budaya mereka. Mereka bertutur, berpakaian dan mengamalkan adat resam orang Melayu cuma mereka tidak memeluk agama Islam sahaja.

Apa salahnya jika kaum Cina yang datang kemudian mengikuti contoh Baba dan Nyonya. Mereka tidak canggung bergaul dengan orang Melayu kerana proses 'ice-breaking' telah terjadi ratusan tahun bila mereka menjiwai budaya penduduk tempatan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Saya tidak menyentuh soal pegangan. Kaum Cina tidak perlu memeluk agama Islam. Lagipun Islam bukan agama paksaan. Cuma seperti immigren lain, apa salahnya mengikut budaya setempat terutama dari segi bahasa.

Di Indonesia contohnya, kaum Cina mereka langsung tidak boleh bertutur bahasa mandarin dan memakai nama Cina lagi. Lihatlah pemain badminton keturunan Cina mereka seperti Ardy Wiranata, Allan Budi Kesuma dan Fung Fermadi. Semuanya memakai nama Indonesia.

Di Malaysia orang Melayu lebih bertoleransi dan membenarkan perkara remeh temeh seperti memakai nama Cina dan sebagainya. Oleh dek kerana toleransi itu maka kaum lain mudah pula menuduh Melayu sebagai rasis. Betul kata Caligula, Maharaja Rom yang gila itu: "Let them hate us as long as they fear us."

Sikap berlembut ini diintepretkan oleh kaum lain sebagai lemah. Mereka menuntut benda yang bukan-bukan. Mula-mula kononnya mereka menuntut hak mereka. Kemudian mereka mempersoalkan hak kita seperti azan, soal fatwa kita seperti yoga, dan sebagainya.

Saya membaca 3 siri 13 Mei yang ditulis oleh Jebat Must Die, termasuklah terbunuhnya seorang pekerja UMNO iaitu Encik Kassim bin Omar. Beliau dipukul sampai mati dan disimbah cat merah ke mukanya menjelang pilihanraya 1969. Pemimpin UMNO yang takut kemarahan kaum tercetus mengkebumikan beliau secara senyap-senyap walaupun dengan penuh hormat.

Apabila parti yang dikuasai oleh kaum Cina menang besar iaitu parti DAP dan Gerakan, mereka mengadakan perarakkan besar-besaran di kawasan orang Melayu yang membawa sepanduk menghina orang Melayu seperti: "Melayu babi pergi mati" dan 'Sakai balik kampung." Mereka bukan menghina UMNO, kata Jebat Must Die tetapi menghina orang Melayu keseluruhannya.

Seperti biasa apabila Melayu terancam, mereka akan mengamuk dan berlaku pertumpahan darah yang dikenali dalam sejarah 13 mei 1969. Mengamuk bagi orang Melayu seperti berserk bagi orang Viking. Sebab itu perkataan 'amok' dan 'berserk' dalam bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Melayu dan Scandinavian

40 tahun berlalu selepas 13 Mei 1969, dan lebih dari 50 tahun merdeka, jurang kaum masih menebal di Malaysia ini. Saya tidak dapat tidak menyalahkan sistem sekolah yang membenarkan adanya sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Jika di sekolah lagi mereka, warganegara Malaysia dipisah-pisahkan mengikut etnik, sampai bila masalah perpecahan kaum tidak akan selesai.

Tidak ada negara seliberal mana pun mereka membenarkan sistem pendidikan semacam ini. Amerika yang menjadi jaguh liberalisasi juga meletakkan standard tertentu untuk menjadi warganegara mereka. Begitu juga England, Perancis, Norway dan lain-lain.

Jika kaum Cina Malaysia masih tidak mahu menguasai bahasa Melayu, memahami adat resam Melayu dan masih berkiblatkan tanah besar mereka, ini menunjukkan ketidaksediaan mereka menjadi sebahagian dari 1Malaysia. Sememang layak mereka dilayan seperti warganegara kelas dua seperti yang mereka fikirkan.

Saya tidak dapat bayangkan jika orang Melayu,atau mana-mana bangsa lain berhijrah ke China atau India, boleh ke kita mempunyai budaya kita, adat resam kita atau sekolah kita dan menafikan penduduk China dan India sebagai peribumi?

Sekolah satu sistem pendidikan memang penting. Amat penting anak-anak muda yang suci, putih dan bersih ini diberi input dan acuan yang kerajaan setujui untuk mewujudkan 1Malaysia.

1Sekolah. 1Bahasa.1Malaysia

Sunday, May 17, 2009

Masyarakat Kertas V Masyarakat Tanpa Kertas

Kertas ditemui dinegeri China pada 105 A.D. Penciptanya bernama Tsai Lun, jika saya tidak silap dalam '100 the Most Influential Persons in History' beliau menduduki tempat ke tujuh.

Beliau di anggap begitu berpengaruh kerana impak yang dibawa oleh kertas itu kepada tamadun umat manusia. Sebelum itu, di negeri China ilmu pengetahuan disimpan didalam bilah-bilah buluh yang mana tidak praktikal, berat dan tidak boleh dihasilkan besar-besara.

Selama 5 abad, China merahsiakan teknik membuat kertas ini. Rahsianya terbongkar apabila apabila pada tahun 751, orang Arab menangkap pembuat kertas bangsa Cina dan berjaya mencungkil rahsia membuat kertas. Teknik membuat kertas ini pula dipelajari oleh orang Eropah dan tersebar secara meluasknya di Eropah pada abad ke 12.

Secara globalnya, dunia menjadi masyarakat 'berkertas'.

Bila teknik menghasilkan kertas ini menjadi milik dunia, ilmu pengetahuan menjadi pesat berkembang dengan kertas sebagai mediumnya. Buku-buku pengetahuan dapat ditulis dan boleh dicetak secara besar-besaran. Ini membuatkan karya-karya agung boleh dimiliki oleh sesiapa yang berminat dan pendemokrasian ilmu telah bermula.

Kertas bukan sahaja digunakan dalam bidang ilmu, juga sehari-harian kita. Perniaga akan membuat ledgernya di atas kertas, sang pencinta mengutus surat buat kekasihnya melalui kertas, treaty-treaty antara negara, perjanjian sosial antara masyarakat dan pemerintah seperti Magna Carta di England menggunakan kertas, catatan peribadi, jurnal, suratkhabar, warta, dan kertas paling berkuasa iaitu duit. Dengan ringkas, hampir tiada kehidupan kita tidak tersentuh oleh kertas. Bahkan 'toilet paper' bagi sesetengah masyarakat tidak menggunakan air.

Kertas telah mendominasikan kehidupan sehari-hari umat manusia hampir 2000 tahun lamanya.

Sekarang ini segalanya hampir akan di 'elektrik' kan. Muncul istilah 'paperless society' serentak dengan kemajuan digital dan komputer. Peranan kertas secara beransur-ansur telah diambil alih oleh komputer dan segala macam gadget digital seperti PDA(Personal Digital Assistance), Palm, IPhone, calculator, laptop, digital wallet, credit card, charge card dan debit card sebagai contoh.

Dengan revolusi digital ini, bererti manusia terpaksa mengubah satu culture atau kebiasaan yang telah membentuk asas tamadun dan kehidupan mereka selama hampir 2000 tahun.

Sang pencinta tidak mengutus surat lagi, tetapi melalui email, SMS atau MMS. Kad raya juga berkurangan dan pendapatan Pos juga merosot. Sesetengah kita tidak menyimpan diari lagi tetapi membuat temujanji dan menyimpannya melalui PDA atau Palm sebagai organiser.

Tidak lama lagi, duit juga akan didigitalkan dan wang kertas mungkin tidak dibawa oleh manusia. Secara beransur-ansur, kertas sebagai ikon zaman silam yang banyak membantu tamadun manusia telah diambil alih oleh teknologi yang lebih canggih.

Perubahan ini akan mengubah banyak sifat dan tabii manusia.

Antaranya jika datuk kita dahulu bergantung kepada suratkhabar sebagai sumber maklumat kini anak-anak muda lebih sukakan blog dan internet. Mereka sangat yakin(bukan tanpa kebenaran), akhbar selalunya memihak dan berat sebelah. Keghairahan untuk mempercayai blog dan internet juga akhirnya akan menjadi seperti akhbar juga kerana tidak ada siapa yang boleh mengawal ethik blogger-blogger.

Nasib karya-karya agung juga demikian. Saya dapat merasakan ramai anak muda tidak cuba membaca karya-karya seni seperti hasil Leo Tolstoy, Hemingway, Kafka atau Schopenhauer dan sebagainya. Mereka lebih minat mencari info melalui internet dengan melayari website dan mendapatkan maklumat. Mungkin tidak sekarang tapi awas Kunikoniya dan Times dan MPH.

Seperti Tsai Lun yang menemui kertas dan menjadi kaya raya dengan penemuaannya, begitu juga tokoh-tokoh digital dan komputer. Cuma bila dua ribu tahun dari sekarang, jika buku(jika masih wujud buku zaman itu) menamakan '100 the Most Influential Persons in History' membuat penilaian, adakah Tsai Lun jatuh ke tangga lebih bawah dan diganti oleh penemu-penemu digital? Tanpa kertas, tak mungkin ilmu berkembang kerana penemu digital sendiri lahir zaman kertas.

Lagipun, peranan kertas hampir menyeluruh kerana hingga dibilik air ia digunakan. Saya masih tidak dapt membayang ada gadget digital dan eletronik yang boleh ganti 'toilet paper.'

Friday, May 15, 2009

Bertepuk Sebelah Tangan

Semalam, pada 14 Mei 2009, Malaysia Kini melaporkan, Hu Pang Chow sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS(KPP) mohon disegerakan penyertaan mereka sebagai ahli bersekutu PAS. Beliau bimbang ahli KPP akan lari jika ianya tidak dinaiktaraf sebagai 'Dewan' seperti Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS.

Kelambatan ini, katanya lagi kerana masalah dalaman PAS yang mana Marsyidul Am PAS sendiri keberatan kerana takut "diserang UMNO." Ahli akar umbi juga bimbang dengan kehadiran penyokong mereka yang 'bukan Islam' ini mengunggat jawatan tertinggi parti dan menggugat dua dewan mereka - kecuali Dewan Ulama yang 'untouchable'.

Saya bersimpati dengan Hu Pang Chow dan KPP. Selamat datang ke dunia realiti!

PAS bukan parti rakyat. PAS bukan parti liberal. PAS merupakan parti yang rigid. Saya tidak terkejut dengan tindakan PAS. Saya cuma terkejut dengan tindakan bukan Islam yang 'sangap' hendak sangat menyokong PAS.

Jika dikalangan orang Islam sendiri PAS terkenal rigid dan patronizing, macam mana orang bukan Islam hendak 'berlindung' dibawah panji-panji PAS. Sedarlah bahawa PAS parti yang 'obsolete' atau usang atau milik abad yang ke 15 atau paling moden pun abad ke 19.

Lihatlah apa yang berlaku sekarang antara golongan 'Erdogan' atau 'Young Turk' dalam PAS? Islam sendiri bukan agama rigid tetapi PAS kekal rigid. Dalam PAS sekarang, golongan akar umbi tidak merestui 'golongan professional'. Mereka tetap mahu jawatan presiden dan timbalan presiden dipimpin oleh 'ulama'.

Ulama sudah jadi kasta baru dalam Islam sedangkan ulama hanya salah satu section dalam Islam. Banyak element lain dalam Islam yang sama jika tidak lebih penting dari ulama. Untuk lebih faham istilah 'ulama' ini sila baca posting 'Ulama' saya.

Sekarang timbul pula istilah ulama professional. Siapa pula ulama professional ini? Jika dari segi akademik, kita rujuk 'professional soldiers' atau 'professional philosophers', maksudnya orang yang tidak membuat kerja lain kecuali dalam profession itu, maknanya sama. Ulama professional adalah orang yang 100% mencurahkan tenaganya menjadi ulama seperti priest, cardinal, bishop dan pope.

Mungkin maksud ulama prefessional ini orang yang mahir agama dan bidang-bidang teknikal sekaligus. Sebenarnya perlembagaan minta hanya ulama jadi presiden dan timbalan presiden itu yang menyebabkan PAS parti usang atau 'obsolete'.

Jika sesama umat Islam sendiri sudah didiskriminasikan untuk menjadi pimpinan tertinggi mereka, bagaimana bukan Islam boleh harap mereka dapat hak yang lebih baik. Sudah saya katakan PAS parti yang rigid dan militant.

Saya simpati dengan pengerusi Kelab Penyokong PAS yang hanya menjadi melukut ditepi gantang. Hu juga berkata seperti orang bercinta, jika hari-hari mengucapkan cinta pun, ajak kahwin tidak mahu, lama-lama kekasih akan lari.

Iya saya setuju. Mungkin Hu tidak sedar, cinta mereka kepada PAS hanya satu hala dan bertepuk sebelah tangan. PAS sendiri mungkin banyak 'girlfriends'nya.

Larilah jangan tunggu.

Tuesday, May 12, 2009

Kemelut Perak

Semalam Mahkamah memutuskan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar dan secara teknikalnya beliau tidak pernah digugurkan jawatannya. Hanya ada dua cara secara teknikal seseorang Menteri Besar itu gugur jawatannya. Pertama ialah beliau sendiri meletakkan jawatan. Kedua, Dewan Undangan Negeri membuat usul tidak percaya.

Sultan menurut perlembagaan tidak boleh memecat Menteri Besar. Baginda boleh dalam budi bicara baginda memperkenan seseorang Menteri Besar tetapi tidak boleh menggugurkannya.

Semalam dalam Astro Awani ada membincangkan perkara ini, antara panel adalah penulis blog Nobisha dan Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR. Antara membincangkan isu ini adalah Professor Salleh Buang, seorang pakar dalam bidang undang-undang.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, pendapat Professor Salleh Buang sebagai pengamal undang-undang. Beliau berpendapat, penyelesaian berdasarkan undang-undang dalam soal apa sekalipun bukan jalan yang terbaik. Dikalangan peguam juga setuju, mahkamah merupakan last resort.

Dalam soal siapa Menteri Besar di Perak, dari segi teknikal memang sejak awal procedure undi tidak percaya tidak dilakukan oleh BN dalam Dewan Undangan Negeri. Ini membawa padah dalam pencaturan BN kerana perancangan mereka setengah masak.

Apabila parti Menteri Besar yang memerintah tidak majoriti lagi, dibawah konsep demokrasi Menteri Besar sepatutnya meletakkan jawatan. Apabila baginda Sultan Perak enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri yang mana dibawah bidang kuasa baginda, Nizar tetap enggan meletak jawatan walaupun parti beliau bukan majoriti.

Kekalutan bermula di sini apabila proses melucutkan jawatan beliau melalui undi tidak percaya tidak dilakukan apabila beliau berdegil. Lebih kalut lagi, secara pre-mature BN melantik Menteri Besarnya, dan Sultan memperkenankannya; walhal proses melucutkan Menteri Besar yang wujud belum dilakukan. Dalam perpatah Melayu mengatakan, belum duduk terus berlunjur.

Semalam mahkamah memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Saya banyak membaca blog-blog tentang ini. PR sering lebih tidak gentleman dalam soal yang tidak memihak kepada mereka. Seperti ketua mereka Datuk Seri Anwar, mereka selalu percaya kepada konspirasi teori termasuk tidak bebasnya mahkamah.

Berlainan dengan PR, BN selalu menerima kekalahan sebegini dengan lebih tenang. BN menerima keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka. Tidak ada penyokong BN yang buat kacau, berarak, protes, mengepung pejabat SUK dan sebagainya.

Apabila mahkamah membuat keputusan memihak kepada BN, PR akan mengatakan mahkamah berat sebelah. Seperti kata Professor Salleh Buang, jika kita menggunakan budi bicara, setelah tidak majoriti lagi, sepatutnya Nizar meletakkan jawatan dan tidak perlu kekalutan ini.

Jika beliau mempertahankan hak beliau yang sudah minoriti tetapi berbekalkan perlembagaan yang tidak dapat menggugurkan beliau kecuali dengan meletak jawatan dan undi tidak percaya, apa jadi jika sekarang ini Sultan Perak juga mempertahankan hak baginda tidak membubarkan dewan undangan negeri?

Bolehkan Nizar memerintah dengan majoriti kecil dan sentiasa menghadapi undi tidak percaya dari pembangkang?

Adakah kekalutan ini berterusan dengan mahkamah sebagai penyeleasaian. Banyak kes yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkan peruntukkan undang-undang. Undang-undang selalunya rigid, cold dan tidak mengambil kira unsur-unsur kemanusiaan. Ini kerana undang-undang ciptaan manusia dan tidak bebas dari kesilapan. Sementara hakim pula hanya berkuasa menterjemahkan rationale undang-undang berkenaan.

Semua yang terlibat dalam kemelut di Perak adalah golongan yang bijak. Datuk Seri Zambry merupakan seorang Doktor, Datuk Seri Nizar merupakan Ir dan Sultan dan Raja Mudanya bukan calang-calang pendidikan undang-undang.

Sebaliknya, kemelut di Perak merupaka episod paling memalukan rakyat Malaysia. Kita terlalu banyak menggunakan hati dan bukan rasioanal. Kuasa menjadi kiblat dan budi bicara tidak diguna pakai lagi.

PR tidak berpuashati kerana mereka rasa terkalah kerana 3 ADUN mereka belot menyokong BN dan oleh itu mereka mendakwa kekalahan mereka bukan kehendak rakyat tetapi kerana pencaturan politik. Anehnya, sebelum itu Anwar Ibrahim sendiri yang mengwara-warakan ada 30 Ahli Parlimen BN akan belot dan beliau akan jadi PM pada 16 September 2008.

Macam mana rules of law hendak mereka perjuangankan jika mereka juga begitu. Apabila menang, method itu halal buat mereka, jika kalah, method itu salah, tak demokratik, kotor dan bukan kehendak rakyat.

Betul lagu Rolling Stone, susah hendak menghadapi kenyataan bila hati kita memang hitam. Semalam ada kawan, saudara Riduwan Zanin dalam Facebook membuat komen tentang Perak yang menarik perhatian saya.

Katanya: "Perak is an international joke, but I am too sad to laugh."

Yeah Painted it black!

Monday, May 11, 2009

UMNO Dalam Era Globalisasi


Hari ini, 11 Mei 2009, genaplah 63 tahun kelahiran UMNO. Pada tahun 1987, UMNO pernah di haramkan dan saya percaya, sejarahwan akan berbalah menentukan hayat UMNO bermula pada tahun 1946 atau UMNO Baru tahun 1987. Bagi saya sama sahaja.

Ada sekejap gangguan dan disambung kembali talian hayatnya tetapi UMNO sudah wujud selama 63 tahun. Selama 63 tahun UMNO wujud, seperti manusia juga UMNO juga sudah mula menampakkan penyakitnya.

Jika dibandingkan dengan parti-parti seusianya seperti Liberal Demokratik Parti di Jepun, Congress di India dan Golkar di Indonesia, UMNO masih mampu bertahan dan diharap dapat merawat penyakitnya.

Penyakit yang pertama adalah jurang generasi. Generasi Melayu kini kurang meminati UMNO dan tidak menganggap perjuangan UMNO sebagai sinonim dengan perjuangan mereka. Mereka lebih merasakan UMNO parti elit yang mana siapa yang sudah establish dalam UMNO akan meraih kemewahan dan golongan 'rakyat' agak terbiar.

Penyakit yang kedua adalah politik wang. Ini membenarkan golongan yang tiada kelayakan lain selain mempunyai duit boleh menguasai cawangan-cawangan, bahagian-bahagian dan Majlis Tertinggi sendiri. Golongan yang intelektual, pendidik, tokoh agama dan yang lain agak terpinggir. Akibat dari terpinggirnya golongan ini, berlaku brain drain dan golongan berkenaan yang minat politik lebih cenderung menyertai pembangkang.

Cabaran UMNO yang lain adalah dalam era dunia tanpa sempadan ini, mampukah UMNO mengimbangi kepentingan Melayu dan meliberalisasikan beberapa sekatan untuk kemajuan Malaysia tanpa mengira kaum. Ini satu cabaran yang perlu ditangani secara halus kerana perjuangan Melayu adalah 'bread and butter' UMNO. Perjuangan Melayu itu sendiri merupakan asas kewujudan UMNO jika UMNO mahu terus relevan.

Dalam masa yang sama, sekutu UMNO dalam BN seperti MCA dan MIC meminta berbagai-bagai permintaan yang mungkin kurang menyenangkan orang Melayu samada mereka ahli UMNO, simpatizer atau silent majority.

Saya memandang masalah pengrekruitan kader-kader UMNO juga sudah makin lemah dan tidak berkesan. Pemuda UMNO contohnya tidak mendekati pelajar IPT. Di sesetengah bahagian UMNO, proses mencari bakat hampir tiada dan bergantung kepada kreativiti ketua pemuda masing-masing. Maksudnya, tidak ada hala tuju yang mantap dari sayap Pemuda pusat itu sendiri.

Ini menjadikan jurang generasi antara golongan muda dan UMNO semakin lebar bila kita kurang memahami aspirasi mereka. Dalam pilihanraya akan datang ada sekurang-kurangnya 2 juta golongan muda yang akan mengundi. Mereka ini kebanyakkannya celik IT, mempunyai kemahiran internet dan mencari maklumat yang canggih. Sebahagian besar mereka tidak difahami oleh UMNO.

Di beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini, kebanyakkan saluran golongan muda BN tidak mendapat undi yang banyak dari golongan muda. Tidak seperti bapa dan ibu mereka, golongan ini lebih kritikal, lebih idealis, lebih peka kepada hal-hal seperti rules of law, keterbukaan dan ketelusan.

Antara langkah untuk menarik minat golongan ini adalah proses mengliberal demokrasikan UMNO itu senditi. Golongan tua dalam UMNO tidak boleh bersikap patriach, patronizing dan terlalu mengongkong. Seperti dalam kabinet, era 'goverment know best' sudah berakhir. Begitu juga dalam UMNO, dalam era globalisasi ini, 'leader who think they know best' adalah ketinggalan.

Seperti yang pernah saya tulis, asalnya UMNO adalah UMO iaitu United Malay Organisation. Pendita zaman memberi semangat kebangsaan kepada UMNO dengan meletakkan National untuk menghapuskan semangat kenegerian. Oleh itu, saya akhiri posting saya hari ini dengan pantun beliau yang meminta kita ikhlas dalam melakukan apa saja.


"Berbuat baik wahai taulan,
ke dalam laut engkau campakkan,
jikalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu iakah bukan."
- Zaaba.

HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!

Thursday, May 7, 2009

Painted it black


"I see a red door and I want it painted black,
No colors anymore I want them to turn black.

....I look inside myself and see my heart is black
I see my red door and it has been painted black
Maybe then Ill fade away and not have to face the facts
Its not easy facin up when your whole world is black."

- Rolling Stones, Painted it Black.


Ahirudin Atan atau Rocky's Bru menceritakan bagaimana beliau tertipu dengan BERSIH yang hendak mengadakan Perarakan Kuning(Yellow March) 2007. Penganjur menjanjikan perarakan itu tidak akan melibatkan politik. Akhirnya, perarakan demikian di eksploit oleh orang politik.

Hari ini ada perarakkan Baju Hitam pula. Menurut Rocky's, beliau sudah serik atau "once bitten and twice shy."Tapi perarakan Baju Hitam ini bukan perarakan rakyat, perarakan orang politik untuk orang politik dalam pertelagahan di Perak.

Di Thailand, politik jalanan telah menumbangkan beberapa rejim. Dari baju kuning ke baju merah, ekonomi Thailand menjadi tidak stabil dan pelancong berkurangan. Lagipun, siapa nak melancong tempat yang huru hara.

Minta musibah sedemikian tidak melanda Malaysia. Demokrasi memang suara rakyat tetapi ada peraturan. Berarak, kekadang membawa rakyat tidak berdosa,kanak-kanak, wanita bukan penyelesaian.

Dari baju kuning ke baju hitam, lagu Rolling Stones juga boleh diubah. "I see a yellow shirt and i want it painted black."

Yang paling lucu, jika hati kita memang hitam, kita susah nak terima kenyataan dan menghadapi dunia.

Yeah, painted it black!

Wednesday, May 6, 2009

Golden Horde dan Electronic Herd

Dalam tahun 1206, di pertemuan Ketua-ketua Puak, Temujin sudah berjaya menyatukan bangsa Monggol, memakai gelaran Gengkhiz Khan. Khan merupakan gelaran ketua bangsa Monggol yang memang dipilih oleh Council of Monggol Chiefs atau dikenali juga dengan nama Kurultai.

Legenda mengatakan, ketika memilih namanya, lalu sekawanan burung yang berbunyi:"Chinghis, Chingkhis." Temujin memakai nama Gengkhiz kerana peristiwa itu dianggap bertuah.

Kemudiannya dibawah kepimpinan Gengkhiz Khan, dengan bersenjatakan kemahiran berkuda yang tiada tolok bandingnya, Monggol telah menjadi kuasa ketenteraan dan menakluk satu demi satu negara jiran. Akhirnya keturunan Gengkhiz, Batu telah meneruskan penaklukan hingga ke Russia. Dari keturunan Batu ini muncul empayar yang dikenali sebagai Golden Horde atau Gerombolan Emas.

Seperti nenek moyangnya, Golden Horde ini menyerang dan menakluk musuh-musuhnya seperti wabak. Mereka menjarah(sack), merampas, membunuh dan meninggalkan jajahan mereka seperti padang jarak padang terkukur. Tidak ada apa yang boleh menghalang mereka dengan berteknologikan kuda, busur dan panah.

Pada tahun 1997, muncul satu gerombolan lagi yang lebih merbahaya dari Gerombolan Emas keturunan Gengkhiz Khan. Mereka bergerak lebih laju dari kuda. Mereka tidak bersenjatakan busur dan panah. Mereka tidak bermatlamat menjarah secara fizikal sesebuah negara.

Thomas Friedman menamakan ini sebagai 'Electronic Herd.' Walaupun herd dan horde mempunyai makna berlainan tetapi ianya hampir sama dan saya menterjemahkannya dalam bahasa melayu sebagai Gerombolan Elektrik.

Gerombolan Elektrik ini sudah menyerang ekonomi rantau Asia pada tahun 1997 dan membawa kejatuhan rejim Suharto pada tahun 1998. Apa sebenarnya Gerombolan Electrik ini?

Mereka merupakan fund manager yang menguruskan berbagai dana dan boleh melabur dimana-mana mereka suka dinegara mana yang mereka suka. Antara playernya yang terkenal adalah George Soros. Dengan ringkas mereka merupakan global player dan berlegar di sekitar pusat kewangan seperti Wall Street, Hong Kong, London dan Frankfurt. Pusat kewangan ini pula dipanggil 'Supermarket.'

Gerombolan Elektrik ini tidak dapat dikawal oleh sesiapa, seperti beberapa orang mencipta hedge fund dari Greenwich, Connecticut, menamakannya 'Long Term Capital Management' tanpa pengetahuan kerajaan Amerika Syarikat sendiri membuat pelaburan spekulasi dan pertaruhan dimerata dunia.

Semua ini menjadi mungkin kerana dunia sekarang dihubungkaitkan oleh rangkaian komputer seperti internet. Boleh dikatakan kebanyakkan dunia dihubung dan plug in. Gerombolan Elektrik ini adalah fenomena yang mana mereka boleh melabur dan menarik pelaburan mereka dengan hanya menekan butang mouse sahaja. Mereka tidak perlu secara fizikal berada dimana-mana.

Pada tahun 1997, mereka memutuskan untuk menarik pelaburan mereka di rantau Asia dan dalam sekelip mata, 'Asian Miracle' telah menjadi 'Asian Disaster'. Korea, Thailand, Malaysia dan beberapa Harimau Asia menjadi kucing dalam sekelip mata sahaja apabila mereka menarik pelaburan dari spekulasi matawang dan pasaran saham negara berkenaan.

Alasan mengapa mereka tidak boleh melabur lagi di negara berkenaan antaranya tidak telus, korupsi, tidak liberal, kawalan terhadap pasaran dan bukan berdasarkan pasaran bebas, politik tidak stabil, kronisme sehingga boleh menjatuhkan pemimpin seperti Suharto dan berbagai lagi. Jika mereka tidak senang dengan mana-mana negara, mereka akan memindahkan pelaburan mereka.

Ini antaranya fenomena baru globalisasi. Di Malaysia sendiri kita menghadapi masalah hendak bersaing kerana beberapa larangan seperti duti import dan lain-lain bagi melindungi industri tempatan tidak digemari oleh Gerombolan Elektrik. Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru, pegangan bumiputera, dan berbagai lagi yang bertujuan untuk menegakkan jati diri sesuatu bangsa.

Baru-baru ini, Amerika sebagai negara yang menjadi jaguh globalisasi juga sudah terkena bahananya kerana mereka mengalami kemerosotan ekonomi. Gejala ini terjadi kerana perniagaan bukan lagi berdasarkan jual beli tetapi spekulasi. Institusi kewangan seperti bank membuat untung berdasarkan spekulasi dan terbukti sistem ini mempunyai kecacatan atau anamoli.

Tidak seperi Golden Horde keturunan Gengkiz Khan yang bergerak dengan kepantasan kuda, Gerombolan Elekrik bergerak sepantas elektrik. Bersenjatakan duit dan information, mereka menghukum sesetengah negara yang tidak mahu mengikut standard mereka dengan mengurangkan kuasa ekonominya.

Inilah realiti baharu.

Seperti dalam Gerombolan Emas, dalam Gerombolan Eletrik juga ramai orang-orang gasar yang melabur sesuka hati mereka. Mereka juga kadang-kadang dipanggil Super-Empowered Angry Men.

Betul kata-kata Y.B Mangunwijaya dalam bukunya: 'Di bawah Bayang-bayang Adikuasa', bahawa Tuhan menjadikan manusia sama, kemudian dijadikan pula ada yang menang dan ada yang kalah.

Sunday, May 3, 2009

Ulama

Utusan Malaysia melaporkan, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata hanya 'ulama' yang boleh menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Menurut beliau lagi, sekarang bukan masa untuk menukar kepimpinan ulama dengan golongan professional.

Siapa ulama ini? Saya juga hairan. Adakah ulama merupakan kasta baru dalam Islam sedangkan Islam bukan agama berkasta. Islam bukan agama seperti Kristian yang memerlukan gereja, Bishop dan Pope bagi menafsirkan Bible.

Ketika zaman Rasulullah, pegangan umat Islam merupakan Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T secara beransur-ansur. Jika ada apa-apa kekeliruan, Rasulullah sendiri akan memberi penerangan dan difahami oleh sahabat.

Ketika zaman Khalifah Al-Rasyidin, mereka merupakan sahabat Rasulullah dan memahami Quran dan tahu sunnah Rasulullah. Mereka adalah antara 10 sahabat yang dijamin syurga.

Apabila Muawiyah menjadi Khalifah, kemudian jawatan Khalifah ini diwarisi mengikut wangsa(dinasti) maka muncullah pemerintah yang bukan dari golongan sahabat yang memahami intipati ajaran Islam seperti sahabat Rasulullah dari golongan Muhajirin dan Ansar.

Ini menyebabkan para khalifah selepas Khalifah Rasyidin terpaksa mencari ulama pakar dalam feqah untuk membuat hukum. Percanggahan sering berlaku dari segi feqah kerana setiap ulama mempunyai pandangan berbeza tentang hukum dan persekitaran baru. Maka muncullah mazhab.

Ketika Muaz bin Jabbal dihantar oleh Rasulullah kesebuah perkampungan untuk berdakwah, beliau bertanya kepada Rasulullah bagaimana caranya jika ada kekeliruan tentang hukum. Baginda menjawab rujuk kepada Al-Quran. Jika tiada diterangkan, tanya Muaz lagi, rujuk kepada Sunnahku, jawab baginda dan jika tiada juga gunakan ijtihadmu.

Ijtihad merupakan mencari cara terbaik jika tiada penerangan dalam Quran dan sunnah. Tiada salah dan dosa jika tersilap.

Jadi adakah ulama ini hanya terdiri dari golongan orang yang mahir ilmu agama sahaja? Adakah kemahiran feqah dan usuludin melayakkan seeorang itu bergelar ulama, lantas membentuk satu kasta elit yang mana hanya mereka berhak membuat penafsiran hukum dan hakam?

Ketika Islam menjadi pusat ilmuwan, ulama silam seperti Ibnu Sinna, Ibnu Khaldun, Al-Khawzrim, Al-Jabar dan berbagai lagi bukan hanya menguasai ilmu feqah dan usuludin tetapi menguasai segala jenis ilmu. Ibnu Sinna mahir dalam perubatan hingga karyanya diterjemah dan digunakan hingga kini.

Ibnu Khaldun merupakan tokoh yang mula-mula memperkenalkan berbagai ilmu kepada umat manusia seperti geografi, siasah, sosiologi dan sejarah. Ada tokoh Barat menggambarkan beliau sebagai "right man in a wrong place and wrong time. He had no successor nor predessessor."

Bukankah kita umat Islam yang menolak sekularisme seperti apa yang berlaku di Barat ketika Zaman Gelap mereka. Bukankah Islam itu syumul iaitu tiada apa yang dikatakan 'hal dunia' dan hal akhirat. Segalanya lebur dalam Islamisasi.

Kita berpolitik, belajar, menulis, mencari nafkah, berniaga, berkahwin dan sebagainya yang dilakukan sehari-harian adalah ibadat jika mengikut ajaran Islam. Dan semua ini memerlukan ilmu.

Berniaga memerlukan ilmu perniagaan. Politik memerlukan ilmu politik. Begitulah seterusnya. Adakah semua ini hanya perlu ditilik dari kaca mata 'ulama' yang difahami oleh orang sekarang: mereka yang HANYA mahir ilmu agama terutama dari sudut feqah dan usuludin.

Jika ini berlaku dan memang sedang berlaku pun, jelaslah ini punca kemunduran umat Islam. Kerana sebahagian mereka yang didewa-dewakan sebagai ulama ini tidak mempunyai ilmu bantu yang lain. Mereka faham feqah tapi tidak faham kewangan, ekonomi, sains, matematik dan berbagai-bagai ilmu yang muncul untuk kemajuan tamadun.

Ini mengundang kita untuk meletakkan 'urusan dunia' di satu pihak, dan urusan agama dipihak lain. Jadilah kita apa yang berlaku kepada Barat dahulu: sekularisme.

Ingat Islam tidak seperti Christianity yang mana memerlukan orang tengah antara Allah dan manusia. Kita tidak memerlukan 'Pope' dalam Islam.

Seperti kata anak Nik Aziz iaitu Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh, bahawa muncul ulama-ulama mi celup dalam PAS yang tidak memahami sangat agama tetapi melalui hafalan-hafalan dan bukan ilmu faqahi. Tetapi ingat untuk maju, Islam perlu mempunyai lebih dari sekadar ulama feqah dan usuludin.

Lagipun dalam Islam, sesiapa saja layak menjadi ulama atau menguasai apa jenis ilmu pun termasuk feqah dan usuludin dan tidak memerlukan institusi sekolah pondok dan sebagainya asalkan mereka sanggup belajar.

Ingat, Islam tidak mempunyai kasta. Jauh sekali kasta ulama.

Friday, May 1, 2009

Semperna Hari Pekerja

'History of all hitherto of every existing society, is history of class struggles."

Karl Marx dan Frederich Engel menulis kata-kata berkenaan dalam 'Manifesto of Communism'. Masa kini, communism atau komunisme merupakan dinosour yang sudah pupus. Kepupusannya bermula apabila Tembok Berlin atau istilah Churchillian 'The Iron Curtain' telah roboh.

Lahir pada 1917 apabila Revolusi Bolshevik berjaya mengkomuniskan Rusia dan menyebarkan fahaman Marxis hingga terbentuk Kesatuan Soviet dan mana-mana negara yang menyokong fahaman komunis seperti China dan Cuba.

Komunisme tenat pada tahun 1987 bila Tembok Berlin diruntuhkan. Mati secara rasmi pada tahun 1991 apabila Kesatuan Soviet berpecah dan Mikhail Gorbachev meletak jawatan sebagai Presiden Soviet pada 25 December 1991.

Gorbachev sendiri yang menggali lubang kuburnya bila memperkenalkan dasar terbuka seperti 'Glasnot' dan 'Perestroika'.

Sebelum ini, dan selepas Perang Dunia Kedua, adalah era yang dipanggil Perang Dingin atau Cold War antara negara Kapitalisme dan Komunisme.

Sejak bermulanya Revolusi Industri pada tahun 1800 di England, bangkitlah golongan pemodal yang menguasai ekonomi. Sebelum ini, kekayaan ditentukan oleh golongan bangsawan atau feudal seperti Russian Tsar, Raja-raja Eropah, Padishah Turki Usmaniyah, baron-baron, duke-duke bahkan Papacy.

Peranan golongan pemodal seperti banker-banker menjadi penting selepas Revolusi Industri. Ini kerana tanah bukan lagi komoditi yang penting tetapi market atau pasaran. Penjajahan Eropah seperti Perancis, British dan Belanda bertitiktolak dari golongan pemodal yang mencari pasaran dan bahan mentah di Asia Jauh.

Bukan kerajaan British tetapi Company yang menjajah India. Syarikat Hindia Belanda yang mencari kawasan baru di Kepulauan Melayu, kemudian kepentingan mereka bertembung dengan Inggeris dan membelah dunia Melayu dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Kaum pemodal menguasai kilang-kilang, menguasai lalulintas ke Asia dan akhirnya menguasai wilayah-wilayah Asia demi kepentingan kaum pemodal. Kaum pemodal ini kebanyakkan pemilik-pemilik bank seperti keluarga Rothschild.

Jika zaman feudal, jurang kelas hanya antara bangsawan feudal dan golongan bukan bangsawan seperti petani, peniaga dan nelayan, tetapi jurang kelas antara pemodal dan pekerja sangat jauh. Kerana hendak memaksimumkan untung, golongan pekerja diperas tenaga mereka, kebajikan mereka tidak dijaga, kerja lebih masa, cuti tiada dan lain-lain.

Jadi, jurang antara 'have' dan 'have not' terlalu besar. Satu pihak dilihat sebagai penindas dan satu pihak lagi merupakan yang ditindas.

Ini kurang menyenangkan sesetengah intelektual zaman itu. Karl Max, seorang yahudi German telah memikirkan perkara itu dan menulis buku 'Das Kapital' atau The Capital. Beliau telah menunjukkan kebobrokan sistem kapitalis yang mana pemaksimuman untung merupakan matlamat kaum pemodal.

Das Kapital menjadi kitab suci golongan sosialis. Lenin merupakan orang yang bertanggungjawab menterjemahkan kitab suci ini , merealisasikan dan berjaya menumbangkan sebuah kerajaan feudal(Rusia) dan menubuhkan kerajaan komunis yang pertama.

Diakhir-akhir kehidupannya, apabila ajarannya disalah tafsir, Karl Max sendiri mengatakan : "I am not a Marxis." Paradoks.

Bila runtuhnya komunisme, dan China sendiri membuat dasar buka pintu dizaman Deng Xioapeng kapitalis adalah satu-satunya anutan ekonomi masyarakat dunia. Cuba sendiri terpaksa menjadi separa-kapitalis jika tidak keseluruhannya.

Tamatnya Cold War, Amerika menjadi satu-satunya Super Power. Amerika merupakan lambang kejayaan kapitalis walaupun kita lihat di Amerika sendiri mempunyai ramai orang-orang gelandangan(homeless) dan peminta sedekah.

Maksudnya, segala-galanya hanya untung dan untung semata-mata. Bila gagalnya sistem sosialis, kebajikan golongan pekerja atau golongan bukan kelas pemodal bukan masalah mereka.

Sekarang muncul pula liberalisasi. Apabila munculnya internet, dan pelabur dari berbagai-bagai pelusuk dunia boleh memindahkan pelaburan mereka di negara dan rantau mana yang mereka suka dengan hanya menekan mouse, maka jurang 'have' dan 'have not' menjadi lebih besar.

Ini dipanggil 'Eletronic Herd.'

Dengan ringkasnya, kita sudah tidak mengenal lagi negara sosialis. Komunisme memang sudah berkubur dan saya rasa sosialisme juga akan berkubur. Sudah tiada siapa lagi akan memperjuangkan orang-orang yang tidak berupaya, susah dan tidak mampu. Dengan teknologi baru, kekejaman ekonomi cara baru juga telah muncul dan tiada intelektual seperti Karl Max lagi yang boleh menyediakan alternatifnya.

Electronic Herd ini juga akan menyerang mana-mana negara tanpa belas kasihan. Ini berlaku pada tahun 1997 apabila ekonomi rantau Asia mengalami kejatuhan apabila matawang mereka diserang oleh Electronic Herd, termasuklah Malaysia.

Oleh kerana itu, Malaysia telah menunjukkan mereka bersedia menjadi global player dengan membuang kepentingan bumiputera, kebebasan beragama(agama menjadi pegangan individu dan tidak kena mengena dengan kerajaan lagi), dan hak asasi untuk memenangi hati pelabur-pelabur ini.

Perpatah Rusia berkata: When money talks, the truth silent.

Selamat Hari Pekerja.