Followers

Thursday, April 26, 2012

Menjelang BERSIH : Padang Kita dan Padang Mereka.


"It's our padang and we've the right to use it." Itu kata-kata para pendemo apabila menentang DBKL dalam usaha DBKL menguatkuasa undang-undang. Bagi DBKL, soal berhimpun aman soal lain, tapi tidak boleh adanya struktur.


Ambiga ingin meneruskan BERSIH di Dataran Merdeka walaupun DBKL telah menawarkan beberapa stadium. DBKL telah menolak permohonan BERSIH untuk mengadakan protes di Dataran Merdeka. Datuk Normah Malik, timbalan pengarah pengurusan DBKL memberi alasan hanya acara bertaraf dunia saja boleh diadakan di Dataran Merdeka.


Blogger SATD mengatakan, Datuk Normah terlupa satu perkara, di bawah Akta Himpunan Aman, tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan berhampiran dengan tempat ibadat. St Mary 's Cathedral hanya 50 meter dari Dataran Merdeka.




Namun tidak ada apa yang boleh menghalang Ambiga. Ambiga akan dapat apa yang dia inginkan. Dia tidak kira peraturan dan undang-undang. Bagi mereka, Dataran Merdeka padang rakyat kononnya, sesiapa boleh gunakan.


Ambiga dan PR hanyaa menegakkan 'hak' mereka tanpa mempedulikan hak silent majority. Bagi mereka hanya dunia mereka saja yang betul. Mari kita lihat youtube di bawah.







Lathefa Koya bertengkar dengan seorang guru yang sedang melatih kanak-kanak di sebuah padang. Mereka, seperti biasa, ingin mengadakan entah apa acara tunjuk perasaaan, kumpul dan demo mereka. Mereka enggan mengalah walaupun berhadapan dengan acara kanak-kanak.

Dan ini golongan ingin memBERSIHkan Malaysia?

Belum dapat kuasa sudah jadi diktator.

Wednesday, April 25, 2012

Pendidikan Percuma: Kisah Benar Seorang Pelajar Cina.

Pendidikan percuma memang bagus. Jika kita mampu. Namun kos belajar makin meningkat. Kerajaan memberi alternatif kepada pelajar, oleh kerana kerajaan mungkin tidak sekaya dulu, sesiapa yang berminat boleh meminjam. Bila pinjam, kena bayar. Jika tidak mahu bayar, jangan pinjam.

PTPTN bukan paksaan. Bukan semua orang perlu ambil. Untuk memberi motivasi kepada pelajar, sesiapa boleh score Degree Kelas Pertama akan di jadikan biasiswa. Jadi pinjaman itu bukan sebenarnya pinjaman kerana ada unsur galakan. 

Jika kita setuju siapa yang layak ke universiti adalah golongan intelligent, maka kita setuju semua mereka boleh dapat degree kelas pertama. Jika mereka gagal mendapat degree kelas pertama, bukan kerana mereka tidak intelligent tetapi kerana mereka tidak fokus, malas, berdemo dan sebagainya.

Semasa isteri saya belajar di Ireland, rakan serumahnya seorang pemudi Cina bernama Audrey Lim Soo Yen. Tidak seperti isteri saya yang mendapat biasiswa JPA, Audrey terpaksa meminjam untuk belajar medicine di Ireland. 

Yuran di National University Ireland Galway(NUI) adalah dalam 28 ribu Euro setahun. Cuba kali dengan RM ketika itu 1 Euro = 5 RM. Sepanjang coursenya, Audrey meminjam hampir 1 juta RM. Sekarang Audrey masih bekerja sebagai doktor di Ireland, untuk melunaskan hutangnya.

Kerajaan menaja pelajar atas kriteria-kriteria tertentu seperti isteri saya sebagai kuota bumiputera dan merit atau seorang berdua kaum Cina dan India atas kuota merit saja. Jika ada pelajar yang layak dan kerajaan tidak mampu menyara mereka kerana kehabisan kuota, maka kerajaan mewujudkan tabung pinjaman seperti PTPTN untuk memberi peluang kepada ramai pelajar selain tajaan boleh belajar.

Di Malaysia, niat baik ini sudah dipolitikkan. Kononnya desak kerajaan beri pendidikan percuma. Kerajaan boleh bagi, namun akan jadi terhad. Apa jadi kepada yang layak, berminat tetapi tidak layak menerima biasiswa? Kepada siapa mereka akan meminta bantuan. Kepada along? Ceti haram? Mak bapak gadai tanah?

Rafizi Ramli kata salah satu jawapan kepada hapusnya PTPTN ini adalah mereka akan hadkan kemasukan pelajar ke universiti kerana secara realiti kerajaan tidak boleh tanggung semua. Ini sebenarnya menuju ke belakang yang sepatutnya rakyat Malaysia mara ke hadapan.

Kita ambil contoh Audrey. Beliau tidak dapat tajaan kerajaan namun beliau layak untuk menjalani kursus medicine. Beliau meminjam dan menjadi doktor. Dan ramai seperti beliau. Jika kerajaan hanya mampu contohnya menaja 10 orang kerana kewangan terhad, rakyat Malaysia hanya mendapat 10 doktor. Dengan adanya kemudahan meminjam(tanpa cagaran) Malaysia akan mendapat lebih dari 10 doktor. 

Audrey tidak meminjam PTPTN. Saya tak tahu detail pinjamannya. Mungkin melibatkan cagaran. Saya tak tahu. Namun PTPTN memberi pinjaman tanpa cagaran, dengan interest(untuk pentadbiran) yang rendah. Ibubapa pelajar tidak perlu mengadai apa-apa.

Jika pelajar hendak demo sangat, lebih baik demo perkara yang lebih baik seperti hapuskan AP kereta, minta turunkan kadar interest rumah dan sebagainya. Setakat pinjaman PTPTN, bayar saja lah. Jika tak nak bayar jangan pinjam. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang perlukan dana itu.

Simple logic.

Tuesday, April 24, 2012

Boleh ke Kita Maafkan 'Tingkat 4'?

Pertama suka saya mengingatkan ungkapan terkenal Tun Dr. Mahathir: "Melayu mudah lupa."

Melayu jiwanya halus, lembut, pemaaf. Justeru itu mereka mudah lupa dan bukan pendendam. Sebenarnya sifat ini bagus. Melayu mudah melupakan kesalahan pemimpin mereka. Dan move on. Forgive and forget. Tapi kata President Kennedy: " Forgive your enemies, but never forget their names."

Prestasi terbaik Pak Lah pada tahun 2004 secara tiba-tiba merundum pada tahun 2008. Mengapa? Memang banyak faktor tetapi mengapa dalam masa 4 tahun saja 'rakyat' tiba-tiba membenci BN? Hanya dalam masa 4 tahun itu BN sebenarnya baru disedari sebagai 'perompak', 'perasuah' dan sebagainya seperti didakwa pembangkang?

Antara faktor 'meluat' yang membuatkan 'rakyat' menjauhi BN adalah 'Tingkat 4'. 'Tingkat 4' adalah faktor penyatu walaupun antara blogger pro BN dengan blogger pro PR ketika itu. Bila minyak dan air sudah bersatu,  maka berlakulah tusnami.

Tangan-tangan 'Tingkat 4' masih berleluasa walaupun dalam era Najib. Sekadar 'membunuh' career Pak Lah tidak menghentikan 'gerakan' itu. Dan Pak Lah bukanlah 'ring leader' Tingkat 4 yang sebenar. Kesilapannya adalah kerana terlalu 'banyak tidur' semasa menjadi PM. Itu saja.

Setelah 4 tahun Tingkat 4 melakukan kerosakan, rakyat sebenarnya sudah melupakan mereka. 'Paramount leader' mereka juga makin boleh diterima. 4 tahun sahaja sudah cukup untuk kita menganggap beliau mengalami 'rehabilitation'. Sekarang beliau sudah pulih dan dimaafkan. Kita kembali mencipta satu lagi 'Anwar Ibrahim'.

'Melayu mudah lupa'. Forgive and even forget their enemies. Forget their name also.

Mari kita baca blog APANAMA. Posting kali ini dinamakan Secret Mission. 



Target No 1 - Stop Firefly's operations.

MAS’s very own no-frills airline Firefly must be stopped from operating at all cost as Firefly was gaining momentum and eating into Air Asia’s market share.



status : Mission accomplished!


Target No 2 – Remove MAHB MD Tan Sri Bashir Ahmad.

Tan Sri Bashir is regarded by some well-connected businessman and his friends in Khazanah as the single biggest  stumbling block for their grand plans for the aviation industry. Some say Bashir has been standing in their way, preventing them fromhijacking the industry. 

Bashir's term as Managing Director would come to an end by June and the Khazanah boys, we understand, are preparing to plant another remnantof the infamous 4th floor outfit in MAHB. 

Is someone from Khazanah facilitating a complete take-over?



status : In progress. Could be accomplished soon.

Target No 3 - Remove DCA director general Datuk Azharuddin Abdul Rahman. 

Why would anybody in the right frame of mind want to drag the Director General of DCA into the kind of politics that has been going on in the aviation industry since Air Asia decided to go big?

Well, when you don't give in to the bare-knuckled capitalist they would want to teach you a lesson... and put someone friendly there. Wouldn't they?


status : In progress via Transport Ministry. 


Now the BIG question. 


Is it true that there was this unwritten agreement to the above Secret Mission following the inking of the scandalous Mas-AirAsia share swap and the Comprehensive Collaborative Agreements on 9-8-2011?


Is it true that AirAsia or rather Tony Fernandes was given some sort of an undertaking that the THREE TARGETS mentioned above would be removed to enable a smooth flow of plans for the aviation industry?  


Did anyone from Khazanah offer such an undertaking to Tony Fernandes?


I'm sure Khazanah's Azman Mokhtar would want to clear his name, wouldn't you Tan Sri Amok? 


p/s Dear Prime Minister, the scandalous Mas-AirAsia share swap and the mysterious CCF has created enough damage politically and I'm quite sure you, Sir, would agree that we could refrain from creating worse discontent and stirring unwanted resentment in DCA and MAHB.


This 'Secret Mission' would have a viral effect. TQ 

Sunday, April 22, 2012

Gurau Hari Ahad: Space Odyssey 2001.


Salah satu dari director kegemaran saya adalah Stanley Kubrick. Filem-filemnya kebanyakkan mencabar minda seperti Clockwork Orange, Dr. Strangelove, Paths of Glory, Full Metal Jacket dan Barry Lyndon. Di atas merupakan sedutan dari filem Space Odyssey 2001, sebuah filem kontroversi.

Seorang pengulas pernah mengulas tentang filem berkenaan sebagai filem yang :"either you like it, or totally hate it." Filem ini juga dianggap sebagai anti-religion. Kononnya 3 juta tahun sebelum lahirnya Al-Masih, manusia adalah keturunan monyet. 

Monyet adalah sosial animal. Mereka bergerak berkumpulan. Adengan monyet tidur dalam gua mengingatkan saya kumpulan berkhemah di Dataran Merdeka.Adengan mereka bertempik-tempik kadang-kadang mengingatkan saya tentang demo yang menuntut entah apa-apa. Mungkin menuntut pilihanraya bersih dikalangan Parti Apes SeMalaya.

Dan bukan juga kebetulan apabila di bawah ini menjadi icon BERSIH 3.0.




Monyet dan manusia yang tidak boleh menerima undang-undang yang telah digubal bersama dalam Parlimen setaraf dari segi tidak bertamadun. Undang-undang monyet adalah individu, bukan untuk masyarakat ramai. Memang sesuai. 

Kita lihat apa kata wakil mereka:




Mungkin hanya ungka yang mengenali monyet.

Friday, April 20, 2012

UMNO Bela Samseng?

UMNO sudah lama jadi parti pemerintah. Sejak UMNO mula memerintah, pembangkang bukan satu perkara baru. UMNO pernah berhadapan dengan DAP,PAS, Semangat 46 dan Gerakan sebelum parti itu menyertai Barisan Nasional.

Sudah berapa lama UMNO menjadi parti yang memerintah, tidak pernah kita dengar UMNO menggunakan samseng menakut-nakutkan pesaing mereka. Tak pernah kita dengar samseng UMNO menganggu ceramah PAS sebelum. Atau samseng UMNO menganggu ceramah DAP.

Sejak Anwar menjadi pembangkang, macam-macam cerita pelik tentang UMNO timbul. UMNO menyuntik racun arsenik, suntik HIV dan sebagainya. Sekarang Chegu Bard and the geng sering 'diserang' oleh 'samseng' UMNO. Pelik tiba-tiba UMNO ada bela 'samseng'. Yang selalu kena serang pula PKR saja.



Di atas adalah serangan terbaru 'samseng' UMNO ke atas mahasewel yang masih berkhemah di Dataran Merdeka. Selepas sahaja serangan, dua nama dikatakan dibelakang serangan: UMNO dan PERKASA. Anwar bin Ibrahim tidak seperti Lim Kit Siang atau Haji Hadi. Kedua ahli politik DAP dan PAS mempertahankan ideologi dan menentang UMNO dengan cara 'konvensional'.

Anwar membawa politik kebencian. Jika kebencian tidak ada, Anwar akan cipta kebencian dan mencipta 'mala petaka' untuk PKR, serta orang yang simpati dengan mereka. Mala petaka ini akan mewujudkan simpati. Mereka suka dilihat diperlakukan dengan tidak adil.

Dengan ringkas, Anwar memang ahli politik yang tidak mempunyai prinsip, Machivellian atau 'end justified the means.' Kuasa itu sendiri adalah virtue, walaupun terpaksa mewujudkan pertumpahan darah dan mengorbankan rakyat  yang tak berdosa.

Kita pernah lihat bagaimana mahasewel memprovokasi pihak berkuasa seperti polis dan DBKL dengan berbagai gelaran. 'Anjing UMNO', 'talibarut UMNO' dan 'Barua UMNO'. Mereka sebenarnya mewujudkan banyak musuh. 

Serangan 'samseng' UMNO baru-baru ini kononnya mendapat 'kerjasama polis' apabila polis tidak bertindak dengan cepat melindungi mereka. Mereka mungkin lupa, polis bukan machine yang tiada perasaaan apabila dinista dan dihina sekian rupa. Mereka juga manusia.

Lakonan PKR ini sungguh hebat dengan serangan 'samseng' UMNO. Bukan DAP, bukan PAS, hanya PKR yang mampu melakukan politik kotor sebegini. 



Di atas adalah keterangan salah seorang pendemo yang kononnya polis bersengkongkol dengan penyerang. Tipikal PKR suka menuduh tanpa bukti. 'Pelajar' di atas yang turut berdemo merupakan icon terbaru SMM.


Cukup mulia bukan, boleh jadi role model.


Jika kita benarkan PR menjadi kerajaan, saya tidak tahu apa akan jadi kepada Malaysia. 

Wednesday, April 18, 2012

PR mempejuangkan minoriti.







Selalunya, PR akan membawa suara minoriti, tapi akan mendakwa 'untuk rakyat'. Rakyat versi PR hanya golongan minoriti yang menyanggah kehendak majoriti. Contohnya dalam isu Flat Kampung Kerinchi, PR mendakwa mereka memperjuangkan nasib 'rakyat', sedang hanya 35 keluarga yang enggan berpindah. 467 keluarga lagi sudah setuju memberi kerjasama. Baca sini.

Begitu juga dengan isu Felda. Minoriti yang membantah. Kita boleh lihat pattern ini dalam isu PTPTN. Adam Adli and the geng lagi sekali kononnya 'mewakili' mahasiswa dengan bedemo di Dataran Merdeka. Malangnya kehadiran mereka hanya sedikit. Hanya sedikit yang menuntut dihapuskan PTPTN.

Namun, seperti katak, yang sedikit ini bersuara paling kuat dan memberi persepsi mereka ramai. Kesimpulannya, dengan demo dan mayhem, PR cuba menggambarkan kepada pengundi mereka berpengaruh. Lain dari itu, mereka tidak ada apa. Yelek. Nil. Kosong.

Cuba kita lihat youtube di atas. Kita lupakan fahaman politik. Anak-anak muda itu sudah mula menjadi professional demonstrator. Di Indonesia ramai seperti ini, dan digunakan oleh sesetengah parti untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

Mereka sering mendakwa hak asasi untuk berdemo dan ada dalam perlembagaan. Malah, undang-undang kerajaan tempatan juga sudah tidak ada makna bagi mereka. Segalanya perlembagaan.Kononnya. Mereka bersifat angkuh dan sombong terhadap penguatkuasa yang hanya menjalankan kerja. Mungkin mereka lupa, penguatkuasa juga rakyat dan akan mengundi dalam PRU. 

Lemparan 'barua UMNO' kepada penguatkuasa adalah keterlaluan. Keterlaluan dari golongan yang mengaku mereka wakil puak intelek dan mahasiswa(benarnya juga ada blogger memanggil mereka 'mahasewel'). Apa jadi jika penguatkuasa tidak menjalankan tugas dan membiarkan sesiapa saja bergelandangan di Kuala Lumpur. 

Apa jadi pada ibukota kita?

Peraturan pertama 'tamadun' adalah undang-undang. Empayar Rom menjadi empayar kerana rakyatnya mengikut undang-undang dan peraturan. China purba juga begitu, tidak ketinggalan Empayar British. Jika kononnya 'rakyat' boleh buat peraturan suka-suka, maka akan wujudlah masyarakat 'tidak bertamadun'. 

Mungkin itu yang PR inginkan? "Arab Spring' versi Malaysia. PR jelas memperjuangkan kepentingan minoriti. Dan minoriti akan tetap tumpas. Dalam perbezaan pendapat, komunis Rusia terbahagi kepada golongan Bolshevik dan Menshevik.

Bolshevik bererti majoriti. Menshevik minoriti. Lenin, Stalin dan Trotsky adalah Bolshevik, berjaya menggulingkan Czar dan komunis Menshevik sekaligus. Sebab itu Revolusi itu dinamakan Revolusi Bolshevik. Menjengkelkan Stalin, apabila ada puak yang sanggup mengaku Menshevik atau minoriti.

35 keluarga v 146 keluarga. PR minoriti. Beberapa kerat mahasiswa menentang majoriti yang mahu PTPTN. PR minoriti. Minoriti dalam felda menentang majoriti juga. PR memang Menshevik. Dalam pejuangan LBGT atau golongan seks songsang, majoriti rakyat Malaysia adalah straight. Lagi sekali PR minoriti.

Menshevik. Menshevik.






Sunday, April 15, 2012

Oracle of Bangsar Kata Sakmongkol Bertanding Di Seputeh.

Jangan disela Dato' Arif Sabri. Dia hanya cari makan. Maklumlah bertanding dalam UMNO hanya sepenggal. Dia kan bijak. Graduate obersea tu. Kita yang bunuh Hang Nadim ni. Keknya Hang Nadim ni boleh turun ke bawah bergelumang dengan orang kampung ke idak kita tak tau la. Gamaknya tu la sebab dia sepenggal jer.

Bahasa Inggeris dia lagi tinggi dari bahasa Melayu. Dia sendiri cakap dalam blog dia, kalau dia tulis bahasa omputeh, rating dia lagi naik. Abis kalau cakap omputeh dengan orang Pulau Manis, guana nak menang. Deme bukannya faham.

Koi suka juga baca blog dia. Memang kelas weh bahasa omputeh dia. Bangga koi anak Pahang boleh menulis setaraf Hemingway atau Steinbeck. Patut dapat Hadiah Nobel dia ni. Tapi akhir-akhir ini blogger tomoi ni suka sangat quote kata-kata 'Oracle of Syed Putra'.

Ish kalau dia ada oracle, koi ada oracle juga. Oracle koi dok dekat jer dengan oracle dia. Koi namakan oracle koi ni, 'Oracle of Bangsar'. Dekat dok oracles kita bedua Dato'? Don't be khuatir Dato', oracle kita bukan orang yang sama. Koi pasti sangat sebab oracle koi ni benci amat ke Daim.

Baru-baru ni koi ada berjumpa dengan 'Oracle of Bangsar'. Dengan koi ada bekas Ahli Parlimen, seorang CEO Public Listed dan seorang pegawai besar kerajaan yang koi baru dengar 'dipaksa resign'. Masa tu dia tak resign lagi, tapi dia bagi hint la yang dia akan kena.

Tapi tu tak penting. Kami ceritala pasal politik. Cerita pasal DAP. DAP nak ubah kulit sekarang. Tak nak nampak macam parti orang Cina sangat. Peliknya lama dah kita tau, Karpal Singh bukan Cina, Ramasamy bukan Cina tapi deme ni nak orang percaya deme boleh letak orang Melayu dan menang.

Oracle koi kata Lim Guan Eng akan pastikan Melayu-melayu yang masuk DAP macam Aspan Alias dan Sakmongkol tu akan diberi kerusi gerenti menang. Dato' Ariff Sabri akan bertanding di Seputeh tempat Teresa Kok. Memang comfirm menanglah. Jadi YB lagi sekalilah waris koi ni. Parlimen pulak tu.

Tapi Dato', nak jadi jaguh Melayu bertanding dikawasan Cina kat Seputeh kubu kuat DAP tak jantanlah. Ambillah tempat Nurul Izzah ke, Azmin Ali ke.

Dengan ramalan oracle koi tadi tu, tak hairanla mengapa Ak 47 makin kuat menembak ke UMNO. Ala Dato itu WZWH pun Dato nak layan ke, apa celup Dato', he's out of your league' la Dato.






Saturday, April 14, 2012

Konsep 'Bangsa' Bagi Orang Melayu Bahagian 3

Saya berhenti untuk menulis tentang ini beberapa lama kerana faktor masa. Saya sangat sibuk akhir-akhir ini. Namun saya sedar adanya bahagian yang belum selesai dalam bab ini. Ini posting terakhir konsep 'bangsa' bagi Melayu.

Dalam dua posting sebelum ini, sudah jelas bahawa konsep Melayu itu berkaitrapat dengan institusi raja-raja atau ke'raja'an. Ke'raja'an di sini bukan bermaksud pihak memerintah, tetapi 'the kingship', atau polity atau ke'datu'an.

Kedua, Melayu memahamkan bahawa mereka adalah Melayu sebagai subjek sesebuah ke'raja'an Melayu, kawula raja-raja Melayu selagi mereka berasal dari kepulauan Melayu walaupun mungkin berlatarkan sub etnik Minang, Bawean, Karimun, Banjarmasin dan sebagainya. 'Bangsa' bagi tamadun Melayu adalah merujuk tingkat susila dalam sistem kasta. Bangsa wan, bangsa hamba atau bangsa raja.

Ketiga, bagi saya kurang penting namun agak menganggu adalah persaingan budaya antara dua sub etnik bangsa yang serumpun iaitu persaingan antara kebudayaan Melayu dan kebudayaan Jawa. Selama berabad-abad ini merupakan tema persaingan merebut Selat Melaka.

Jawa agak lambat dalam persaingan ini. Sejarah membuktikan Melayu terlebih dahulu membentuk polity, beberapa kerajaan kecil yang muncul dan mengawal Selat Melaka seperti Funan, Sriwijaya dan Melaka. Di bawah kerajaan Sriwijaya, Jawa masih berantakan dan hanya disatukan oleh Airlangga beberapa tahun kemudian.

Sriwijaya menjadi musnah selepas diserang oleh Raja Chola dari India, dan memberi Jawa masa untuk bangun dibawah empayar Majapahit. Kemudiannya Majapahit membangunkan armada terkuat dan mula menguasai politik Selat Melaka. Adiyawarman, Putera Melayu dari Pagarruyung yang beribukan Jawa menjadi dalang dalam Gagasan Pa-Malayu(holy alliance) yang dirancang oleh Kertanegara dari Singosori.

Terbunuhnya Kertanegara atau 'Jaka Dolog' ini memberi ruang kepada Majapahit kemudiannya. Kemudian politik Melayu di Sumatera tertutama beberapa bekas kekuasaan Sriwijaya telah ditentukan oleh kuasa Majapahit hingga muncul Parameswara. Pameswara menafikan kekuasaan Majapahit yang kian lemah, cuba mendirikan kerajaan Melayu di Singapura.

Sejarah menentapkan bahawa Melaka akhirnya menjadi tapak kerajaan Melayu yang bangkit dari debu-debu kerajaan Sriwijaya. Selepas merdeka, Tanah Melayu mula membentuk kerajaan dan berlaku perselisihan pendapat antara golongan Melayu Muda dengan golongan establish seperti Onn Jaafar, Tunku dan Tun Razak.

Ahmad Bustamam dan Ibrahim Yaacob ingin mewujudkan Melayu Raya, merdeka bersama Indonesia. Sementara UMNO tidak bersetuju. Sukarno sendiri tidak bersetuju untuk menjadikan Melayu sebagai teras kepada Indonesia selepas merdekanya negara itu. Sukarno melancarkan bangsa Indonesia namun berbahasa Melayu dan berkebudayaan Jawa.

Polisi Sukarno ini lantas mengenepikan ahli-ahli politik Indonesia lain dari Sumatera dan sebagainya. Nasionalis Indonesia sepenting Sukarno seperti Muhamad Hatta dan Sutan Shahrir yang berasal dari Bukit Tinggi dan Padang tidak akan menjadi Presiden Indonesia.

Di Deli(Medan moden), kesultanan Deli digulingkan oleh kebangkitan rakyat lantas menghilangkan salah satu dari ciri-ciri keMelayuan mereka. Melayu yang konsepnya terbuka selama ini menjadi makin sempit dan makin sempit di Indonesia. Mereka bukan kawula kepada raja Melayu yang besar, namun hanya orang Jambi dari Sungai Melayu saja yang dikenali sebagai orang Melayu.

Minang, Koro dan lain-lain walaupun di Sumatera tidak mengaku mereka sebagai Melayu lagi.

Di Malaysia, konsep itu sudah di maktubkan dalam perlembagaan dan diberi makna yang longgar. Ini sebenarnya menghasilkan kekeliruan tentang kononnya asal orang Melayu dari Indonesia. Indonesia berteraskan kebudayaan Jawa, sementara Malaysia berteraskan kebudayaan Melayu. Tidak dapat tidak, kedua-dua sub etnik ini sebenarnya meminjam kebudayaan antara satu sama lain.

Ada teori mengatakan bahawa Melayu Kelantan mempunyai kaitan dengan Jawa selain Kemboja. Ini kerana tradisi wayang kulit dan kain batik. Sebelum wujudnya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dunia Melayu tidak mengenali sempadan 'Indonesia' atau 'Tanah Melayu'. Bagi mereka selagi ianya dalam kepulauan Melayu, mereka tidak berdagang di negeri asing. Cuma ketika itu sempadan ditentukan oleh kuasa Sultan atau raja-raja.

Bahasa Jawa pula gagal menjadi bahasa lingua franca. Berbeza dengan bahasa Melayu ketika Melaka, mereka mengenepikan bahasa sub etnik dan bertutur dalam Melayu. Boleh disimpulkan bahawa bangsa Indonesia sebenarnya meminjam bahasa Melayu.




Thursday, April 12, 2012

PRU ke 13: Perjudian Nasib Melayu.

Walau parti apa pun Melayu berada, hanya satu perkara yang Melayu perlu faham: survival Melayu dan pejuangannya mesti kekal selepas pasca PRU ke 13. Ini kerana walaupun Melayu majoriti namun dari segi kuasa kewangan mereka masih lemah.

Selama 50 tahun sejak merdeka, satu-satunya kuasa Melayu yang orang Melayu kenal hanya UMNO. Melayu belum pernah kenal ada kuasa politik lain yang memerintah mereka kecuali di Kelantan. Kedah dan mungkin Selangor - jika Selangor boleh dianggap kerajaan Melayu kerana MBnya.

Jika Melayu PAS dan Melayu PKR boleh ketepikan kepentingan Islam dan Melayu kerana DAP, jika kuasa Melayu benar-benar tergugat, harap mereka juga boleh ketepikan kepentingan politik demi Melayu/Islam. 

Saya tahu sekarang bukan era orang mengenang 'budi UMNO'. UMNO di asak oleh PR sebagai zalim, corrupted dan elitis. Mungkin kerana sudah terlalu lama berkuasa, UMNO ada alpanya. Namun sesuatu yang Melayu perlu ingat, seburuk-buruk UMNO, ianya mengangkat martabat Melayu yang daif sejak merdeka hingga ramai yang berjaya menjadi kelas menengah.

Tun Razak antara pemimpin UMNO yang menyediakan tandas curah kepada orang Melayu selepas baru merdeka. Sebelum itu orang Melayu buang najis merata-rata, kemudian di ajar oleh Tun Razak untuk buang najis cara yang teratur.

Tun Razak memberi 10 ekar tanah kepada orang Melayu yang tidak bertanah dengan tapak rumah. Kemudian menjadi FELDA. Bukan niat saya untuk menghina orang Melayu hingga tandas pun perlu bimbingan seorang negarawan.

Namun generasi muda tidak tahu. Bapa mereka juga lupa untuk menceritakannya. Banyak Melayu muda yang kononnya liberal, sudah lahir senang, biasiswa MARA sudah ada, biasiswa JPA, pekerjaan sudah menanti namun lupa asal nenak moyang mereka daif.

Sekarang mereka tidak cakap pasal Melayu lagi. Mereka kata pejuangan Melayu out of date sebab itu mentaliti kelas ke tiga. Dan mereka bercakap ketika Melayu masih tidak mengawal ekonomi Malaysia, jangan kata ekonomi dunia.

Untuk berlaku adil, jika benar kita rasakan UMNO sudah gagal setelah diberi masa selama 50 tahun, kita tukar kerajaan. Ini negara demokrasi. Namun parti mana dalam PR yang benar-benar akan mempejuangkan kepentingan Melayu?

Untuk rekod, UMNO sudah buat banyak untuk orang Melayu selama 50 tahun. Mungkin bagi sesetengah ianya tidak cemerlang. Namun UMNO sudah meletakkan batu asas. Jika ingin cari pengantinya, carilah yang lebih cemerlang. Jika ada, saya sokong 100 peratus.




Wednesday, April 11, 2012

BERSIH 3.O Sunyi Sepi.

BERSIH 3.0 dijadualkan berlangsung pada 28 April ini. Tidak nampak sangat riak-riak atau tanda-tanda sebarang 'kebangkitan'nya. Pak Samad dan Ambiga mensasarkan untuk menghimpunkan 500 ribu pendemo.

Tidak seperti BERSIH 2.0, himpunan kali ini bagaikan angin lalu saja. Rakan twitter saya, juga blogger Art_Harun memberi credit kepada PDRM kerana tidak memberi publisiti kepada BERSIH 3.0. Himpunan ini hanya di anggap seperti himpunan biasa-biasa saja. Tidak ada isitimewanya dari segi kawalan atau larangan.

Blogger pro BN dan pemain twitter juga tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyerang BERSIH 3.0. Hanya beberapa hari saja lagi, BERSIH 3.0 bagaikan layu dari segi promosinya.

Sekali lagi saya setuju dengan Art_Harun, selama ini PDRM, kerajaan dan pemain cyber pro BN yang mempopularkan BERSIH 2.0. Sekarang, mereka dibiarkan bersendirian. Mereka bagaikan hilang momentum.

Sama-sama kita saksikan BERSIH 3.0 nanti. Berapa ribua akan muncul. Minta polis hanya memantau dari kejauhan dan biarkan mereka dengan 'labu-labu'nya. 

Baca juga dari blogger JUST READ: Just Ignore BERSIH 3.0

Tidak perlu lawan api dengan api. PDRM memang cepat belajar. Kudos!


P/S: Saya demam teruk tiga hari lepas, tak dapat update blog.

Saturday, April 7, 2012

Leader is a reader.

Hari ini hari Sabtu. Tak nak cerita pasal politik. Tapi masih teringat statement Tun Dr. Mahathir, UMNO perlukan golongan cendikiawan. Jika tidak, UMNO makin menjadi tidak relevan.

Sebenarnya, ramai pemimpin mempunyai  nama besar dalam sejarah bukan datang dari golongan yang mempunyai pendidikan akademik yang tinggi. Winston Churchill antara kegemaran saya. Dan sebenarnya ramai  lagi.

Namun begitu, walaupun tidak mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, mereka banyak membaca. Churchill pernah menasihati anaknya, Randolph supaya mengikuti jejaknya yang menghabiskan masa selama enam ke lapan jam membaca dalam sehari.

Pembelajaran dari Decline And Fall of Roman Empire contohnya, banyak membantu Churchill dalam career dan masa Perang Dunia Kedua. Jadi, pemimpin yang hebat sebenarnya datangnya dari pembaca yang tekun(avid reader).

Tidak kira latar belakang pendidikan mereka, tapi ini merupakan golden rulenya. Malah musuh ketat Churchill, Hitler sendiri seorang avid reader. Malangnya bagi kita, kebanyakkan pemimpin kita terkena penyakit 'President Schwarzenegger'(bukan 'Susah-nak-eja') dalam Simpsons The Movie.

Kata-kata terkenalnya adalah: "I was elected to lead, not to read".



Friday, April 6, 2012

Dong Zong Bermain Api, Melayu Bermain Hujan


When the British brought in the Chinese to work in the mines in Perak, they have also brought in the culture of gangsterism and secret societies to Malaysia .   For over a decade, the Ghee Hin and Hai San societies had been fighting and avenging each other’s death over control of watercourse, gambling and personal matters.
As the stories were told, at one time, the Ghee Hin imported 4,000 professional fighting men from mainland China via Penang to attack the Hai Sans and for the first time, the Hai Sans were driven out of Larut.   About 10,000 Hai San men sought refuge in Penang.
And time passed, these two clans grew bigger and roamed all over the country.
These secret societies may have ‘faded’ away, but their mentality remains a threat to this multi-racial country.   Like a time-bomb, it keeps ticking, provoking our patience by displaying arrogance and intolerance.
Although they have come out from the mines, adopt the hygiene and manners from the locals, live in bungalows and own 80% of the country’s wealth, the new generations of the faded societies cling on to their forefathers’ ‘glory’ days of taikos and thugs and refuse to embrace the humble culture of Malaysia, which requires a high level of tolerance.

Baca seterusnya tulisan Azuardi Alias

Tak perlu saya ulangi tuntutan Dong Zong yang mendesak kerajaan mengeluarkan guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin dari sekolah Cina. Tidak perlu. Saya sudah letih dan penat dengan karenah mereka.

Hanya di Malaysia kerajaan boleh terima warganegaranya yang sudah 50 tahun lebih merdeka tapi tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Hanya di Malaysia membenarkan adanya sekolah vernacular. Hanya di Malaysia. Hanya di Malaysia.

DAP menyokong Dong Zong. Mengapa? 

Mereka kata mereka hanya mempejuangkan Malaysia untuk orang Malaysia. Maknanya tidak ada istimewa bumiputera dan bukan bumi. tapi budaya apa DAP nak pakai dalam melaksanakan Malaysia untuk orang Malaysia. Bahasa apa?

Sudah tentu bukan budaya Melayu. Sudah tentu Malaysia untuk orang Malaysia versi DAP bukan bahasa Melayu. Islam? Persetankan.

Mereka menyokong Dong Zong tetapi condemn Perkasa! Belanga kata jubur kuali hitam!

'Perkauman' yang dibawa oleh Perkasa hanya picisan dibanding dengan Dong Zong. Perkasa hanya mempertahankan hak istimewa orang Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan. Hanya mengingatkan mereka yang lupa pernah nenak moyang kita mempunyai 'understanding' dalam hal ini.

Kita tidak mahu hak orang, kita - Melayu - hanya ingin hak sendiri. Itu juga dikata racist oleh DAP. Di sokong oleh PKR dan PAS. WTF!

Saya harap ada pemimpin Melayu akan jadi seperti Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew tidak membenarkan sekolah vernacular di Singapura. Di Malaysia, ramai anak-anak muda Melayu memuja Singapura, DAP dan Lee Kuan Yew. 

Singapura sangat 'zalim' dalam mendidik warganegaranya. Jika kita sanggup, ayuh kita lakukan. Di Malaysia kerajaan sudah dituduh zalim dengan hanya pancutan air FRU. Mari tengok tahap tolenrasi Lee Kuan Yew.

“We have to lock up people, without trial, whether they are communists, whether they are language chauvinists, whether they are religious extremists. If you don’t do that, the country would be in ruins.”



Ini ucapan beliau pada tahun 1986. Pemimpin kita? Main air hujan. Orang Melayu semua main banjir. 

Melayu memang lemah.

Thursday, April 5, 2012

Dilema PAS.

PAS ingin dikenali sebagai parti Islam. Allahyarham Fadzil pernah berkata: "Jangan masuk PAS jika anda cari dunia. Jangan anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda.Anda jangan perasan macam anda ulama kalau pejuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kopiah. PAS bukan untuk orang yang buru dunia.PAS adalah untuk orang yang buru akhirat......"

Sejak kemasukan golongan yang bukan 'ulama', dikenali sebagai golongan professional atau Erdogan(read hooligan), keaslian amanat Ustaz Fadzil Nor ini sudah boleh dipersoalkan. Mereka - erdogan - sangat meyakini kuasa itu sendiri adalah 'virtue'. Justeru pejuangan 'Islam' perlu berubah, dan boleh dikompromi demi kuasa.

Tanpa kuasa, tidak ada apa yang boleh ditegakkan. PAS sudah bersalin kulit dari pejuangan 'Islam' kepada Machiavellian - yakni mempercayai kuasa itu sendiri merupakan 'virtue'.

Untuk berlaku adil, bukan semua orang PAS setuju. Golongan yang agak ortodoks makin bimbang PAS semakin hilang keaslian pejuangannya apabila parti dikuasai oleh orang seperti Husam Musa, Mat Syabu, Khalid Samad dan Nizar.

Golongan ini makin terpinggir kerana Mursyidul Am mereka sendiri telah dikuasai oleh Husam Musa, yang mana privy Anwar dalam PAS. Ini meresahkan pemimpin grassroot PAS yang bimbang kerjasama 'liberal' dengan parti seperti PKR dan DAP akan mengurangkan undi Melayu. DAP terutamanya, membuatkan PAS kelihatan mengalah dari seinci ke seinci untuk ke Putrajaya.

PAS sudah beberapa kali menganjakkan pintu golnya.

Ini menimbulkan keresahan dikalangan 'puritan' dalam PAS. Kenyataan Dr. Dzul bahawa PAS akan banyak kehilangan undi Melayu juga bukan tanpa dasar. 

Ironinya, parti Islam ini lebih mengharap undi dari kaum Cina dan PKR dari mungkin ahlinya sendiri yang tidak menyetujui pejuangan erdogan(hooligan). Apabila 'Islam' boleh dikompromi, makin PAS kehilangan keasliannya.

Seorang penceramah pernah berjenaka, bertanya: "udang galah itu udang atau galah?" Jawapannya: "Udang." Tanyanya lagi: "Parti PAS itu agama atau parti?" Jawapannya: "Parti".


Patutlah. 

Monday, April 2, 2012

Dilema UMNO

Dalam satu kursus jabatan yang pernah saya hadiri, beberapa tahun lepas di Melaka, saya terpegun dengan kenyataan penceramah iaitu salah seorang dari panel pemikir JASA. Beliau menyatakan:

"Ketika saya menjadi Ahli Parlimen, Tun Ghapar memberi nasihat kepada saya: jika kamu pergi ke kampung-kampung, cakaplah bahasa yang mudah-mudah, jangan cakap bahasa tinggi-tinggi".

Kemudian dia meneruskan: "kami seolah-olah diberi nasihat untuk membodoh-bodohkan orang kampung".

Tun Musa pernah berkata: "politik UMNO adalah politik kampung". Ini bererti majoriti Melayu yang menyokong UMNO adalah orang-orang kampung. Orang-orang biasa yang masalahnya tidak complicated dengan 'rules of law', dengan 'ketirirsan dan ketelusan', 'human or even cat's right'.

Mereka hanya 'beautiful little peoples' yang mengharapkan kerajaan membawa pembangunan dan bantuan. Namun mereka adalah majoriti dan antara penentu undi. 

Dilemanya adalah: dalam era Tun Mahathir bercakap tentang golongan professional semakin kurang ditonjolkan dalam UMNO diperingkat cawangan dan bahagian, UMNO masih menghadapi masalah antara memilih 'Stalin' atau 'Trosky'.

Sangat jelas grassroot UMNO dan kebanyakan undi memerlukan 'Stalin'. Intelektual seperti 'Trosky' hanya boleh bercakap soal-soal elit namun mungkin tidak sanggup 'ke dapur  dan ke lumpur'(meminjam ungkapan A. Samad Said dalam 'Daerah Zeni')

Dan golongan 'beautiful little peoples' ini mungkin lebih mempercayai 'their own kind'.

Dilema kepada UMNO adalah bagaimana boleh mewujudkan golongan professional yang boleh diterima masyarakat luar bandar yang 'tidak terlalu elit, tidak terlalu tinggi bahasanya dan tidak terlalu idealist'. Dan dilema kepada golongan professional adalah bagaimana mereka boleh turun ke bawah tanpa hilang idealisme professionalisme mereka.

Parti perlukan ramai streetfighter atau gentleman? MCA sudah dinasihatkan supaya memperbanyakkan 'streetfighter' bagi menentang DAP. Ketika filem ninja popular dulu, ungkapan sering kita dengar: "hanya ninja boleh mengalahkan ninja."

Namun dalam hati saya, suka sangat berharap UMNO boleh melahirkan lebih ramai 'Leon Trosky' dari 'Joseph Stalin'.

Thursday, March 29, 2012

Anwar Hanya Perlu RM445 Juta Untuk Jadi PM.

Selepas menyingkirkan Tun Ghapar pada tahun 1993, Anwar bin Ibrahim hanya perlukan RM 455 juta untuk menyingkirkan pula Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad. 

Pemilihan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 merupakan pemilihan terkotor dan paling banyak menggunakan wang. Anwar telah membelanjakan sebanyak RM 200 juta untuk menumbangkan seorang tokoh veteran, Encik Ghapar bin Baba. Ghapar Baba merupakan seorang tokoh veteran UMNO yang paling setia, mempunyai rekod sebagai Naib Presiden UMNO paling lama.

Ghapar orang yang bertanggungjawap membawa UMNO ke Sabah setelah BN ditikam dari belakang disaat genting oleh Pairin Kitingan pada PRU tahun 1990.  Dan Sabah menjadi lubuk perwakilan UMNO terbesar, dengan bahagian terbanyak. 

Siapa yang menguasai UMNO Sabah mempunyai peluang yang cerah, selain Perak. 

Pada tahun 1993, Anwar bin Ibrahim setelah berkali-kali menegaskan "saya tidak akan melawan Encik Ghapar" membuat kejutan apabila mengumumkan beliau akan bertanding menentang tokoh veteran berkenaan. Sidang akhbar penobatan 'Prince of Charming' yang dikatakan Mahathir's 'blue eyes' boy itu dihadiri oleh kesemua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ketua Perhubungan Negeri.

Anwar memulakan siri kempennya dengan senjata ampuh yang digemarinya: 'Bluffing'. Anwar seolah-olah memberi gambaran beliau sudah mendapat restu PM. Beberapa kelebihan yang memihak kepada Ghapar Baba telah beralih arah dengan 'a single stroke of genius' dari Menteri Kewangan yang dikatakan Mahathir's designed successor.

Anwar berjaya menipu semua orang. Dan sudah tentu kelebihan yang teramat penting ketika itu adalah jawatan Menteri Kewangan. Dengan jawatan ini, beliau boleh mencipta magik seperti menghilangkan stadium rock pada malam hari dan membina yang baru sebelum subuh.

Tidak susah untuk UMNO Sabah melupakan jasa Ghapar Baba. Dengan duit sebanyak RM 200 juta, Ghapar hanya berjaya mendapat pencalonan hanya dari 7 Bahagian. Kesemua bahagian Sabah tidak langsung mencalonkan tokoh yang membawa masuk UMNO ke negeri berkenaan.

Setelah gugurnya seorang tokoh veteran yang selama ini terkenal dikalangan grassroot, Anwar memerlukan RM 455 juta untuk menumbangkan mentornya, Mahathir. Dan Mahathir bukan Ghapar Baba. Semua orang tahu itu.

Sebagai Menteri Kewangan, satu jawatan yang dianugerahkan oleh Mahathir kepada 'anak emas'nya itu, Anwar dikelilingi oleh tycoon-tycoon seperti Vincent Tan, Khoo Kay Peng dan Quek Leng Chan. Quek Leng Chan sebagai Chairman Hong Leong telah mengaturkan dana(war chest) sebanyak RM 455 juta melalui pembelian sebuah broker house.

Tujuan dana ini adalah untuk menumbangkan Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad yang masa berkuasa disinggahsana kerusi PM. Anwar memang sentiasa menganggap menjadi 'natural privilege'nya untuk menjadi PM Malaysia, someday, somehow.

Semuanya ini dibongkar oleh Raja Putra Kamarudin, Yahuda yang sudah menjual sekian banyak 'Jesus'nya. Ketika beliau sekutu rapat Anwar, terutama dalam hal Altantuya, RPK dipuja oleh juak-juak PR bagaikan Prometheus yang memberi 'knowlegde and wisdom to mankinds'. 

Sekarang Nik Nazmi memanggil beliau 'perkakas BN'. Ah, tipikal PKR.

Sila luaskan pencarian dan penggalian isu ini di sini, sini, dan sini.

Anwar, tokoh yang merosakkan UMNO dengan politik wang, kononnya ingin membersihkan Malaysia dari korupsi namun beliau sendiri bapa lanun Malaysia. Dan sidekicknya, Azmin Ali mempunyai Ferrari dan saham bernilai lapan juta.

Pakatan Rakyat konon!

Monday, March 26, 2012

Apabila Cina Mengundi Mengikut Perasaan.

Secara umum boleh kita simpulkan undi kaum Cina kepada BN mungkin sekitar 20%. Ini bererti 80% undi kaum Cina adalah untuk DAP. MCA akan mengalami zaman gelapnya. Ini terbukti dalam PRU ke 12, dan hari demi hari kita boleh lihat DAP makin mendapat sambutan dari kaum Cina.

DAP sebenarnya parti sosialis, seperti PAP. Namun sejak mereka menjadi kerajaan di Pulau Pinang, DAP pula makin disayangi oleh kapitalis. Mungkin DAP juga makin menyayangi golongan kapitalis lantas mereka sedia mengorbankan beberapa prinsip sosialisme mereka.

Seperti PAS, DAP bagaikan Janus, Dewa Greek yang mempunyai dua wajah. Satu wajah memperlihatkan sosialisme mereka, kononnya berjuang menentang 'kezaliman' UMNO yang sudah 54 tahun menindas rakyat Malaysia. Dan sebagai parti sosialis, DAP juga kononnya istiqamah menentang corruption. 

Namun perlu ingat, DAP mempunyai dua wajah. Wajah yang mereka tidak perlihatkan sudah tentu DAP adalah totok memperjuangkan agenda kaum Cina. Berbeza dengan MCA, sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina melalui perundingan, DAP cenderung menghasut kaum Cina agar melawan memberontak kekuatan dan kekuasaan dominasi politik Melayu.

Wajah cantik yang ingin DAP perlihatkan kepada rakyat Malaysia adalah seperti Hannah Yeoh. Boleh bertudung, liberal dan wakil rakyat semua kaum. Hannah Yeoh juga menolak bangsa suaminya, India dan ingin Jabatan Pendaftaran Negara meletakkan keturunan bangsa Malaysia kepada anaknya.

Namun wajah buruk yang DAP tidak perlihatkan kepada umum, hanya kepada kaum Cina, mereka adalah parti yang memperjuangkan chauvanist kaum Cina. Contoh yang terbaru adalah dalam kes sokongan DAP kepada Dong Jiao Zong.

Bagaimana parti yang ingin meletakkan Malaysian First ini berganding bahu dengan Dong Jiao Zong yang masih ditakuk lama memperjuangkan sekolah aliran Cina sedangkan mereka Malaysian First? Dan perlu diingat, sudah berkali-kali DAP menghentam TPM, Tan Sri Mahyudin kerana kenyataan 'Malay first, Malaysian later' itu.

Namun sebagai rakyat Malaysia, DAP menolak untuk berbahasa Melayu, seperti Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Mereka ingin menjadi Malaysian, Mandarin and Chinese Fisrt. 

Apabila isu Dong Jiao Zong ingin Sekolah Cina menolak guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin dari sekolah Cina, mungkin termasuk guru BM dan BI, DAP memberi sokongan kepada NGO(K?) itu. 

Bayangkan jika Perkasa menuntut perkara yang sama, tidak membenarkan guru atau pensyarah India dan Cina di Sekolah Agama dan UiTM, Malaysia Kini akan melemparkan berbagai tuduhan rasis kepada NGO Melayu itu.

Dalam perjumpaan yang diadakan antara Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong, seramai 7000 kaum Cina yang hadir menge'boo' dan menunjukkan isyarat 'bagus' terbalik. Malah, Wee Ka Siong hampir ditumbuk oleh salah seorang yang hadir. Timbalan Menteri itu diselamatkan oleh polis yang berkawal.

Begitulah kebencian yang ditanam oleh DAP terhadap MCA. Salah MCA hanya kerana mereka sekutu kuat UMNO. Dan ini wajah buruk Dewa Janus yang tidak diperlihatkan kepada umum, terutama orang Melayu. Mungkin ini sebab Sakmongkol dan Aspan Alias menganggap DAP adalah parti suci yang wujud hanya untuk menentang penyelewengan. How naive!

Tun Daim memberi amaran kepada kaum Cina, mengundi mengikut perasaan seperti yang mereka amalkan sekarang ini akan memberi kesan. Mereka bermain dengan api, apabila menganggap dengan hanya kerusi yang boleh dimenangi mereka, mereka boleh menegakkan negara sosialis berpaksikan bahasa dan budaya Cina di bekas Tanah Melayu ini. PAS pula menganggap dengan hanya 60 kerusi yang mereka bertanding, mereka boleh menegakkan negara Islam!

Ops saya lupa, PAS sudah gugurkan negara Islam.

Kata Helen Ang:

"Andaikata sebuah kerajaan majoriti Melayu – diramalkan akan berlaku selepas PRU13 ditentukan – mahu berkeras untuk menutup semua SRJK (C), tidak ada apa-apa sebenarnya yang boleh dibuat oleh kaum Cina.

Dahlah sudah tiada lagi MCA dan Gerakan – yang bakal dilingkupkan oleh DAP – untuk memainkan peranan sebagai pengantara di dalam rundingan.
Segala birokrasi dikuasai Melayu (semua Pengarah Pelajaran negeri adalah Melayu) manakala gaji guru SRJK (C) pun dibayar kerajaan juga. Kalau ada orang Cina yang berfikir hendak memberontak, mereka mesti berani berdepan dengan polis (yang Melayu) dan kemungkinan tentera (juga Melayu)."
Mereka sungguh marah - Ehsan blog Helen Ang

Polis mengawal keselamatan Timbalan Menteri Pelajaran, ehsan Helen Ang.

DAP sebagai Janus - satu wajah Malaysian Malaysia, satu wajah untuk kaum Cina saja.



Sunday, March 25, 2012

Tan Kim Siong.

Racism semakin menjadi-jadi di Malaysia sekarang ini. Bagaikan ada pihak yang menyemarakkannya. Jika ditanya pembangkang, sudah tentu mereka akan menunding jari kepada UMNO. UMNO kononnya parti rasis. BN kononnya barisan rasis.

Saya tak nak berhujah perihal siapa yang memulakan racism ini. No politics on Sunday. Tapi saya teringat kepada seorang classmate saya bernama Tan Kim Siong. Beliau menjadi classmate saya ketika kami tingkatan lima(1989).

Sekolah kelas kami mempunyai pelajar Melayu sebagai majoriti, Cina minoriti dan hanya dua orang pelajar India. Dalam kepala kami tidak ada sebarang pemahaman pun tentang racism. Kami hanya pelajar. Itu saja.

Sememang pelajar cenderung bergaul dengan kaum masing-masing tetapi ini lebih dari kerana latarbelakang pendidikan sekolah rendah mereka. Pelajar Cina kurang menguasai bahasa Melayu dan Inggeris lebih minat berkawan dengan sesama pelajar Cina. Begitu juga pelajar Melayu.

Tan Kim Siong seorang pelajar Cina beragama Kristian. Tidak seperti bangsanya yang lain, beliau lebih Kristian dari Cina. Beliau juga menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan Cina(saya tak tahu Mandarin atau dialek sub-etnik). Ini menyebabkan beliau mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.

Saya seorang pelajar yang lemah Math. Tan Kim Siong banyak mengajar saya bagaimana membuat latihan matematik. Kami menjadi kawan baik. Kami juga sering berbincang hal-hal keagamaan. Beliau menyatakan pandangannya tentang agama Kristian dan persamaan dengan Islam. Saya tidak setuju dengan sesetengah pendapatnya namun kami masih kekal sahabat baik.

Beliau turut menceritakan selepas SPM, mungkin beliau akan menjadi paderi. 

Menjelang peperiksaan, saya kerap ke rumahnya di Melawati untuk membuat latihan Math. Pertama kali ke rumahnya, saya dapati sebenarnya beliau anak angkat(foster child) kepada sebuah keluarga Cina Kristian. Saya tidak bertanya samada beliau dipelihara dari sejak kecil atau setelah besar. Tapi saya tahu keluarga angkatnya memberi sokongan - kewangan dan emosi - sepenuhnya kepada Tan Kim Siong.

Beliau mempunyai biliknya sendiri, sangat selesa dan mempunyai privacy sendiri. Seringkali kami membuat latihan math dalam biliknya. Apabila sampai waktu solat, saya nyatakan kepada beliau saya perlu solat.

Sudah tentu pada peringkat awal Tan Kim Siong akan berasa janggal. Kejanggalan ini kerana beliau tidak tahu bagaimana muslim bersolat, apa lagi dalam rumahnya. Saya minta gunakan bilik air rumahnya, untuk ambil wuduk. Saya tak ingat saya bersolat beralaskan apa, tetapi saya berkiblatkan arah matahari terbenam.

Beliau biarkan saya bersolat dalam biliknya. Beliau hormati agama saya dan saya juga hormati agamanya. Kami mempunyai perbezaan pendapat tentang Allah, tentang Isa Al Masih S.A dan sebagainya namun ia tidak menghalang kami untuk menjadi kawan baik.

Kami tidak perlu berbunuh-bunuhan, tak perlu benci membenci kerana pegangan masing-masing. Malah saya boleh bersolat dalam rumahnya, dan beliau sebagai tuan rumah menghormati saya sebagai tetamu, membenarkan saya melakukan solat tanpa terasa menghina agamanya. Ini berlaku di zaman tidak ada konsep 1Malaysia lagi. UMNO masih kuat dan DAP tidak mendapat tempat.

Politik tidak mencengkam kami budak-budak sekolah. Tidak seperti hari ini, dalam Facebook dan twitter, Melayu, Cina dan India berbalas kutuk mengutuk dan menghina agama kaum lain. 

"We have enough religion to makes us hate each other, but not enough religion to makes us love each other."

Mengimbas kembali zaman yang telah hilang itu, saya tidak tahu samada kami terlalu advance untuk zaman kami, atau Malaysia sekarang terlalu kembali mundur. Apa-apa pun yang pasti, politik - seperti agama - lebih memecahbelahkan rakyat dari menyatukan.

Paradox.