Followers

Thursday, April 26, 2012

Menjelang BERSIH : Padang Kita dan Padang Mereka.


"It's our padang and we've the right to use it." Itu kata-kata para pendemo apabila menentang DBKL dalam usaha DBKL menguatkuasa undang-undang. Bagi DBKL, soal berhimpun aman soal lain, tapi tidak boleh adanya struktur.


Ambiga ingin meneruskan BERSIH di Dataran Merdeka walaupun DBKL telah menawarkan beberapa stadium. DBKL telah menolak permohonan BERSIH untuk mengadakan protes di Dataran Merdeka. Datuk Normah Malik, timbalan pengarah pengurusan DBKL memberi alasan hanya acara bertaraf dunia saja boleh diadakan di Dataran Merdeka.


Blogger SATD mengatakan, Datuk Normah terlupa satu perkara, di bawah Akta Himpunan Aman, tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan berhampiran dengan tempat ibadat. St Mary 's Cathedral hanya 50 meter dari Dataran Merdeka.




Namun tidak ada apa yang boleh menghalang Ambiga. Ambiga akan dapat apa yang dia inginkan. Dia tidak kira peraturan dan undang-undang. Bagi mereka, Dataran Merdeka padang rakyat kononnya, sesiapa boleh gunakan.


Ambiga dan PR hanyaa menegakkan 'hak' mereka tanpa mempedulikan hak silent majority. Bagi mereka hanya dunia mereka saja yang betul. Mari kita lihat youtube di bawah.







Lathefa Koya bertengkar dengan seorang guru yang sedang melatih kanak-kanak di sebuah padang. Mereka, seperti biasa, ingin mengadakan entah apa acara tunjuk perasaaan, kumpul dan demo mereka. Mereka enggan mengalah walaupun berhadapan dengan acara kanak-kanak.

Dan ini golongan ingin memBERSIHkan Malaysia?

Belum dapat kuasa sudah jadi diktator.

1 comment:

Tinta Maya said...

klu BERSIH 3.0 masih lg dijlnkan d Dataran Merdeka, diharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang2 kpd pihak penganjur yg degil n kepala batu tu....biar dia org tau bahawa negara ni ada undang2 yg patut dpatuhi oleh semua