Followers

Saturday, April 28, 2012

Update Terkini Dataran

Saya mempunyai beberapa keping gambar dari Blackberry untuk pembaca blog ini. Mungkin kerana traffic terlalu sibuk, email yang dihantar melalui BB saya belum diterima oleh blogspot. Jadi saya hanya meminjam beberapa video dari rakan-rakan blogger dan gambar yang diambil mereka.

Sekitar pukul 2.30 petang saya mula bergerak dari Pudu ke Dataran Merdeka. Gambar-gambar akan meuyusul dalam posting lain, insyaAllah. Di Menara Maybank pemdemo berhimpun seramai lima ribu orang. Mereka sedang mendengar ceramah dari Haji Hadi. Ceramahnya biasalah, kerajaan zalim, minta SPR telus, suara rakyat dan macam-macam.

Kemudian kami tersekat di LRT Masjid Jamek. Memang manusia terlalu ramai. Langsung tiada ruang untuk bergerak. Mat Sabu memberi ceramahnya. Beliau menyanyikan lagu: "Tanggal 28, bulan April, merdeka, merdeka". Di ikuti oleh pendemo.

"Kuning, kuning, rakyat aman, Najib pening" menurut Mat Sabu lagi. Kumpulan Unit Anal  eh Amal PAS minta peserta duduk. Satu perkara penganjur tidak rancang adalah logistik. Menghimpun manusia sebegini dibiarkan mereka bertebaran sesuka hati menyebabkan tiada ruang untuk bernafas.

Apabila mereka minta peserta duduk di kawasan tumpat manusia, akhirnya akan menimbulkan kesesakan kerana apabila pendemo yang berdiri ingin duduk, mereka perlu ruang lebih. Kebanyakkan peserta tidak menghiraukan arahan Mat Sabu.

Saya cuba melapor dari sudut neutral. Walaupun kononnya BERSIH mempunyai matlamat yang baik memberi kesedaran kepada 'rakyat' tentang pilihanraya telus tapi acaran menghimpun orang seramai ini tanpa agenda yang pasti akhirnya menimbulkan sifat aggresif pendemo.

Saya dapati manusia hanya bergerak ke sana ke mari, menjerit-jerit tanpa hala tuju, dan semacam bersedia untuk bertempur walaupun tiada musuh. Mereka semakin menjadi 'mob' dan tidak dapat dikawal oleh sesiapa. 

Sekitar pukul 3.30, FRU melepaskan gas pemedih mata. Saya dan seoran rakan yang bukan peserta demo turut terkena gas itu. Pedihnya Allah saja yang tahu. Saya cuba menyiasat keadaan. Seorang pendemo yang berada di Dataran memberitahu saya, selepas Anwar dan Ambiga berucap, mereka minta mob bersurai. Namun mob semakin diluar kawalan dan ingin tetap merempuh polis untuk 'menakluk' Dataran.

Apabila saya tanya mengapa walaupun ketua mereka sudah minta bersurai, jawabnya: "Apa guna kita ke sini, takkan setakat duduk di bawah jambatan saja". Beliau merujuk kepada landasan LRT yang menjadi 'payung' kami dari kepanasan.

Makin jelas mob tidak dapat dikawal, walaupun oleh Ambiga. FRU tiada pilihan lain selain melepaskan gas. Saya rasa polis bertindak mengikut prosedur. Mereka membiarkan pendemo berhimpun selagi aman. Apabila pendemo mula bertindak aggresif untuk merempuh halangan dan menakluk Dataran, baru mereka menggunakan gas pemedih mata.

Di sini akan saya turunkan sebuah video oleh Malaysiakini perusuh menterbalikkan kereta polis di Jalan Tunku Abdul Rahman. 





Motor polis juga dimusnahkan


Saya jangkakan jumlah semua pendemo adalah sekitar 50 ribu. Dan ini kaum yang ingin BERSIHkan Malaysia. Dengan menterbalikkan kereta polis dan merosakkan motor polis.

Apa komen silent majority?

P/S: Semasa saya menuju ke bilik saya, dalam lif terserempak dengan dua pelancong German. Mereka memberitahu saya mereka juga terjebak dalam demo, tanpa kemahuan mereka. Mereka sangka Malaysia negara indah tanpa masalah sebegini. "Maybe we choose a wrong date to come here", katanya. Kita sudah berjaya mengimport budaya demo Indonesia. Syabas Akta Himpunan Aman.

3 comments:

Anonymous said...

Najib Silap besar bila bg muka byk Sgt.
Semua diberi..
BR1M.kuota biasiswa dihapuskan.bantuan pd kaum cina byk..Perhimpunan diberi..
Sekarang apa pun tak dapat..

Anonymous said...

najib silap.

bersih should not have happened at all....

najib biar negeri ini huru hara.

please wake up and do away with these people before they start at it again.

we must root out the lawless amongst us.

simple.

Unknown said...

inilah jadinya bila manusia dimomok dan dipergunakan. Segelintir manusia minoriti (50000 dari 28 juta) tidak menggunakan akal & fikiran dan berdegil hendakkan perubahan tetapi mereka sendiri tidak mahu berubah. mereka sudah lupa rukun negara yang berpaksikan pada Kedaulatan Undang2 dan bertindak liar. They could have send their message better by adhering to KDN/Police recommendation to sit and protest at Stadium Merdeka and get their message across. Perhaps they will also get sympathy from the true rakyat on the cause that they are fighting for. Yet they show that they are gullible, and not in control of their uncivilized members who now tarnish their cause. Sad for Malaysia