Dalam satu kursus jabatan yang pernah saya hadiri, beberapa tahun lepas di Melaka, saya terpegun dengan kenyataan penceramah iaitu salah seorang dari panel pemikir JASA. Beliau menyatakan:
"Ketika saya menjadi Ahli Parlimen, Tun Ghapar memberi nasihat kepada saya: jika kamu pergi ke kampung-kampung, cakaplah bahasa yang mudah-mudah, jangan cakap bahasa tinggi-tinggi".
Kemudian dia meneruskan: "kami seolah-olah diberi nasihat untuk membodoh-bodohkan orang kampung".
Tun Musa pernah berkata: "politik UMNO adalah politik kampung". Ini bererti majoriti Melayu yang menyokong UMNO adalah orang-orang kampung. Orang-orang biasa yang masalahnya tidak complicated dengan 'rules of law', dengan 'ketirirsan dan ketelusan', 'human or even cat's right'.
Mereka hanya 'beautiful little peoples' yang mengharapkan kerajaan membawa pembangunan dan bantuan. Namun mereka adalah majoriti dan antara penentu undi.
Dilemanya adalah: dalam era Tun Mahathir bercakap tentang golongan professional semakin kurang ditonjolkan dalam UMNO diperingkat cawangan dan bahagian, UMNO masih menghadapi masalah antara memilih 'Stalin' atau 'Trosky'.
Sangat jelas grassroot UMNO dan kebanyakan undi memerlukan 'Stalin'. Intelektual seperti 'Trosky' hanya boleh bercakap soal-soal elit namun mungkin tidak sanggup 'ke dapur dan ke lumpur'(meminjam ungkapan A. Samad Said dalam 'Daerah Zeni')
Dan golongan 'beautiful little peoples' ini mungkin lebih mempercayai 'their own kind'.
Dilema kepada UMNO adalah bagaimana boleh mewujudkan golongan professional yang boleh diterima masyarakat luar bandar yang 'tidak terlalu elit, tidak terlalu tinggi bahasanya dan tidak terlalu idealist'. Dan dilema kepada golongan professional adalah bagaimana mereka boleh turun ke bawah tanpa hilang idealisme professionalisme mereka.
Parti perlukan ramai streetfighter atau gentleman? MCA sudah dinasihatkan supaya memperbanyakkan 'streetfighter' bagi menentang DAP. Ketika filem ninja popular dulu, ungkapan sering kita dengar: "hanya ninja boleh mengalahkan ninja."
Namun dalam hati saya, suka sangat berharap UMNO boleh melahirkan lebih ramai 'Leon Trosky' dari 'Joseph Stalin'.
6 comments:
"Ketika saya menjadi Ahli Parlimen, Tun Ghapar memberi nasihat kepada saya: jika kamu pergi ke kampung-kampung, cakaplah bahasa yang mudah-mudah, jangan cakap bahasa tinggi-tinggi". Kemudian dia meneruskan: "kami seolah-olah diberi nasihat untuk membodoh-bodohkan orang kampung".
maksud Tun Ghapar gunakan bahasa mudah bukan bererti memperbodohkan orang kampung tapi gunalah bahasa atau cara yang mudah untuk orang kampung nak faham sesuatu yang disampaikan.
hari inipun kalau pergi ke kampung kampung tak payahlah nak bersyarah panjang lebar gunakan bahasa bombastik. cukup gunakan bahasa mudah dan banyakkan buat kerja.
itu lebih baik daripada berbahasa bombastik tapi kerja habukpun tak ada.
salam tuan, boleh terangkan perbezaan ideologi trosky dan stalin?
Kedua-duanya mereka ideologi komunis, tapi Trotsky seorang intelektual, pencipta Red Army, sementara Stalin cuma agitator, org bawahan namun sangat pandai menyusun taktik untuk menguasai golongan proletariat. Apa yg ingin saya sampaikan, stalin merupakan streetfighter, trotsky seorang intelek namun gagal menguasai parti, terbuang dan dibunuh stalin.
Salam STB,
Saya setuju bahawa pengikut dan penyokong lebih cenderung kepada mereka yang 'street savvy' daripada inteleklual, sekalipun dalam bidang akademik.
Mungkin perlu ada gabungan keduanya untuk diterima ramai.
Wallahua'alam.
salam.
saya juga berpendapat yg sama.
kalau kita tgk PR punya ceramah style kampung2 je. bahasa pun kampung2 juga. bukan nak memperbodohkan, tp itulah ciri orator yg hebat. bercakap untuk memahamkan semua org.
content biar tinggi tapi bahasa biar mudah.
ni ETP lah, GTP lah, NKEA, NKRA. saintis pun pening!!
AKU HENSEM
Post paling psycho, perhaps the best among those I read.
I hope I can write like u one day.
Post a Comment