Followers

Wednesday, April 11, 2012

BERSIH 3.O Sunyi Sepi.

BERSIH 3.0 dijadualkan berlangsung pada 28 April ini. Tidak nampak sangat riak-riak atau tanda-tanda sebarang 'kebangkitan'nya. Pak Samad dan Ambiga mensasarkan untuk menghimpunkan 500 ribu pendemo.

Tidak seperti BERSIH 2.0, himpunan kali ini bagaikan angin lalu saja. Rakan twitter saya, juga blogger Art_Harun memberi credit kepada PDRM kerana tidak memberi publisiti kepada BERSIH 3.0. Himpunan ini hanya di anggap seperti himpunan biasa-biasa saja. Tidak ada isitimewanya dari segi kawalan atau larangan.

Blogger pro BN dan pemain twitter juga tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyerang BERSIH 3.0. Hanya beberapa hari saja lagi, BERSIH 3.0 bagaikan layu dari segi promosinya.

Sekali lagi saya setuju dengan Art_Harun, selama ini PDRM, kerajaan dan pemain cyber pro BN yang mempopularkan BERSIH 2.0. Sekarang, mereka dibiarkan bersendirian. Mereka bagaikan hilang momentum.

Sama-sama kita saksikan BERSIH 3.0 nanti. Berapa ribua akan muncul. Minta polis hanya memantau dari kejauhan dan biarkan mereka dengan 'labu-labu'nya. 

Baca juga dari blogger JUST READ: Just Ignore BERSIH 3.0

Tidak perlu lawan api dengan api. PDRM memang cepat belajar. Kudos!


P/S: Saya demam teruk tiga hari lepas, tak dapat update blog.

4 comments:

Jeepers Creepers said...

memang betulpun tak payah nak dijaja kisah dorang..buat tak tahu je..nanti dorang malu sendiri

Anonymous said...

AMBIGA DAN A SAMAD said akan buat demo hingga BERSIH VER 73 kerana mereka nih dah tak de kerja lain dan gila berdemo....ha...ha..ha

Anonymous said...

Molek sangatlah Ambiga dan Samad Gila. Sorang sewel lagi sorang gila.

Anonymous said...

AKU HENSEM

Berdasarkan kitab 48 Laws of POWER:

LAW 36:Disdain things you cannot have:ignoring them is the best revenge.

by acknowledging a petty problem u give it existence and credibility. It is sometimes best to leave things alone.