Walau parti apa pun Melayu berada, hanya satu perkara yang Melayu perlu faham: survival Melayu dan pejuangannya mesti kekal selepas pasca PRU ke 13. Ini kerana walaupun Melayu majoriti namun dari segi kuasa kewangan mereka masih lemah.
Selama 50 tahun sejak merdeka, satu-satunya kuasa Melayu yang orang Melayu kenal hanya UMNO. Melayu belum pernah kenal ada kuasa politik lain yang memerintah mereka kecuali di Kelantan. Kedah dan mungkin Selangor - jika Selangor boleh dianggap kerajaan Melayu kerana MBnya.
Jika Melayu PAS dan Melayu PKR boleh ketepikan kepentingan Islam dan Melayu kerana DAP, jika kuasa Melayu benar-benar tergugat, harap mereka juga boleh ketepikan kepentingan politik demi Melayu/Islam.
Saya tahu sekarang bukan era orang mengenang 'budi UMNO'. UMNO di asak oleh PR sebagai zalim, corrupted dan elitis. Mungkin kerana sudah terlalu lama berkuasa, UMNO ada alpanya. Namun sesuatu yang Melayu perlu ingat, seburuk-buruk UMNO, ianya mengangkat martabat Melayu yang daif sejak merdeka hingga ramai yang berjaya menjadi kelas menengah.
Tun Razak antara pemimpin UMNO yang menyediakan tandas curah kepada orang Melayu selepas baru merdeka. Sebelum itu orang Melayu buang najis merata-rata, kemudian di ajar oleh Tun Razak untuk buang najis cara yang teratur.
Tun Razak memberi 10 ekar tanah kepada orang Melayu yang tidak bertanah dengan tapak rumah. Kemudian menjadi FELDA. Bukan niat saya untuk menghina orang Melayu hingga tandas pun perlu bimbingan seorang negarawan.
Namun generasi muda tidak tahu. Bapa mereka juga lupa untuk menceritakannya. Banyak Melayu muda yang kononnya liberal, sudah lahir senang, biasiswa MARA sudah ada, biasiswa JPA, pekerjaan sudah menanti namun lupa asal nenak moyang mereka daif.
Sekarang mereka tidak cakap pasal Melayu lagi. Mereka kata pejuangan Melayu out of date sebab itu mentaliti kelas ke tiga. Dan mereka bercakap ketika Melayu masih tidak mengawal ekonomi Malaysia, jangan kata ekonomi dunia.
Untuk berlaku adil, jika benar kita rasakan UMNO sudah gagal setelah diberi masa selama 50 tahun, kita tukar kerajaan. Ini negara demokrasi. Namun parti mana dalam PR yang benar-benar akan mempejuangkan kepentingan Melayu?
Untuk rekod, UMNO sudah buat banyak untuk orang Melayu selama 50 tahun. Mungkin bagi sesetengah ianya tidak cemerlang. Namun UMNO sudah meletakkan batu asas. Jika ingin cari pengantinya, carilah yang lebih cemerlang. Jika ada, saya sokong 100 peratus.
9 comments:
perjudian nasib melayu??..nasib melayu mane sri tribuana???nasib melayu mcm laki kak jat ke???nasib melayu macam tajudin ramli ke???khir toyo pn melayu gak??nasib die ke??
ye saya dgr nama2 yg disebutkan di atas, adakah mereka bukan Melayu?
Dengan bersama DAP, boleh kah kita mengangkat martabat Melayu, yang kononnya gagal ditangan UMNO. Kapada Melayu saya cadangkan kamu bertenang, kata orang jangan buat keputusan dalam keadaan yang marah. Orang lain perlukan kita untuk kuasa. Seterusnya masa akan menentukan.
tu lah contoh melayu yg meng jahanam kan melayu,
jangan kerana nyamuk, dibakar kelambu
ditelan mati mak, diluah mati pak
AKU HENSEM
Kepada sume anon
Nasb melayu yg mnjadi tjuk post tida k terhad kepada UMNO sahaja malah merentasi sempadan politik org melayu
Mana2 parti politik yg ada bole claim diorang memperjuangkan nasb melayu. tetapi apakah kita nampak apa yang dperjuangkn oleh mereka tntang melayu?
Sye prcaya PAS pun memperjuangkan nasib dan masa depan org melayu dalm konteks agama, tetapi apakah hasilnya sekarang?
Kite tidak perlu brdebat dgn menuduh UMNO maen rasuah kroni songlap duit anti hudud dan laen2 sebab parti korang pun dua kali lima je
Ini politik. Dan politik adalah sesuatu yg kotor. Penuh hipokrit.
salam abg hensem,
gembira kerana ada org yg faham maksud saya, ada sesetengah org kerana terlalu dilatih membenci UMNO hingga tidak dapat beza antara UMNO dan Melayu dah.
kpd bangsa melayu, jgn cepat melatah, buka minda, buka hati....
Post a Comment