Secara umum boleh kita simpulkan undi kaum Cina kepada BN mungkin sekitar 20%. Ini bererti 80% undi kaum Cina adalah untuk DAP. MCA akan mengalami zaman gelapnya. Ini terbukti dalam PRU ke 12, dan hari demi hari kita boleh lihat DAP makin mendapat sambutan dari kaum Cina.
DAP sebenarnya parti sosialis, seperti PAP. Namun sejak mereka menjadi kerajaan di Pulau Pinang, DAP pula makin disayangi oleh kapitalis. Mungkin DAP juga makin menyayangi golongan kapitalis lantas mereka sedia mengorbankan beberapa prinsip sosialisme mereka.
Seperti PAS, DAP bagaikan Janus, Dewa Greek yang mempunyai dua wajah. Satu wajah memperlihatkan sosialisme mereka, kononnya berjuang menentang 'kezaliman' UMNO yang sudah 54 tahun menindas rakyat Malaysia. Dan sebagai parti sosialis, DAP juga kononnya istiqamah menentang corruption.
Namun perlu ingat, DAP mempunyai dua wajah. Wajah yang mereka tidak perlihatkan sudah tentu DAP adalah totok memperjuangkan agenda kaum Cina. Berbeza dengan MCA, sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina melalui perundingan, DAP cenderung menghasut kaum Cina agar melawan memberontak kekuatan dan kekuasaan dominasi politik Melayu.
Wajah cantik yang ingin DAP perlihatkan kepada rakyat Malaysia adalah seperti Hannah Yeoh. Boleh bertudung, liberal dan wakil rakyat semua kaum. Hannah Yeoh juga menolak bangsa suaminya, India dan ingin Jabatan Pendaftaran Negara meletakkan keturunan bangsa Malaysia kepada anaknya.
Namun wajah buruk yang DAP tidak perlihatkan kepada umum, hanya kepada kaum Cina, mereka adalah parti yang memperjuangkan chauvanist kaum Cina. Contoh yang terbaru adalah dalam kes sokongan DAP kepada Dong Jiao Zong.
Bagaimana parti yang ingin meletakkan Malaysian First ini berganding bahu dengan Dong Jiao Zong yang masih ditakuk lama memperjuangkan sekolah aliran Cina sedangkan mereka Malaysian First? Dan perlu diingat, sudah berkali-kali DAP menghentam TPM, Tan Sri Mahyudin kerana kenyataan 'Malay first, Malaysian later' itu.
Namun sebagai rakyat Malaysia, DAP menolak untuk berbahasa Melayu, seperti Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Mereka ingin menjadi Malaysian, Mandarin and Chinese Fisrt.
Apabila isu Dong Jiao Zong ingin Sekolah Cina menolak guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin dari sekolah Cina, mungkin termasuk guru BM dan BI, DAP memberi sokongan kepada NGO(K?) itu.
Bayangkan jika Perkasa menuntut perkara yang sama, tidak membenarkan guru atau pensyarah India dan Cina di Sekolah Agama dan UiTM, Malaysia Kini akan melemparkan berbagai tuduhan rasis kepada NGO Melayu itu.
Dalam perjumpaan yang diadakan antara Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong, seramai 7000 kaum Cina yang hadir menge'boo' dan menunjukkan isyarat 'bagus' terbalik. Malah, Wee Ka Siong hampir ditumbuk oleh salah seorang yang hadir. Timbalan Menteri itu diselamatkan oleh polis yang berkawal.
Begitulah kebencian yang ditanam oleh DAP terhadap MCA. Salah MCA hanya kerana mereka sekutu kuat UMNO. Dan ini wajah buruk Dewa Janus yang tidak diperlihatkan kepada umum, terutama orang Melayu. Mungkin ini sebab Sakmongkol dan Aspan Alias menganggap DAP adalah parti suci yang wujud hanya untuk menentang penyelewengan. How naive!
Tun Daim memberi amaran kepada kaum Cina, mengundi mengikut perasaan seperti yang mereka amalkan sekarang ini akan memberi kesan. Mereka bermain dengan api, apabila menganggap dengan hanya kerusi yang boleh dimenangi mereka, mereka boleh menegakkan negara sosialis berpaksikan bahasa dan budaya Cina di bekas Tanah Melayu ini. PAS pula menganggap dengan hanya 60 kerusi yang mereka bertanding, mereka boleh menegakkan negara Islam!
Ops saya lupa, PAS sudah gugurkan negara Islam.
Kata Helen Ang:
"Andaikata sebuah kerajaan majoriti Melayu – diramalkan akan berlaku selepas PRU13 ditentukan – mahu berkeras untuk menutup semua SRJK (C), tidak ada apa-apa sebenarnya yang boleh dibuat oleh kaum Cina.
Dahlah sudah tiada lagi MCA dan Gerakan – yang bakal dilingkupkan oleh DAP – untuk memainkan peranan sebagai pengantara di dalam rundingan.
Segala birokrasi dikuasai Melayu (semua Pengarah Pelajaran negeri adalah Melayu) manakala gaji guru SRJK (C) pun dibayar kerajaan juga. Kalau ada orang Cina yang berfikir hendak memberontak, mereka mesti berani berdepan dengan polis (yang Melayu) dan kemungkinan tentera (juga Melayu)."
Mereka sungguh marah - Ehsan blog Helen Ang
Polis mengawal keselamatan Timbalan Menteri Pelajaran, ehsan Helen Ang.
DAP sebagai Janus - satu wajah Malaysian Malaysia, satu wajah untuk kaum Cina saja.
No comments:
Post a Comment