Followers

Wednesday, March 21, 2012

Antara Rafidah Aziz dan Kadir Sheikh Fadzir.

"Do not seeks to much fame, but do not seeks obscurity,

Be proud.

Do not reminds the world of your deeds,
excel when you must, but do not excel the world."



Bila saya terbaca kisahnya Kadir Sheikh Fadzir, atau lebih dikenali dengan nama 'Bow-tie Man', saya teringat dengan lagu tradisi Afrika Barat di atas.

Kadir Sheikh Fadzir telah menjadi duri dalam daging, a pain in the ass kepada UMNO dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Beliau merupakan salah seorang survival politik sejak era Tun Dr. Mahathir hingga ke zaman Tun Abdullah, dan tidak bertanding atas kehendak sendiri dalam PRU ke 12. Jawatan terakhir beliau pegang dalam kabinet adalah Menteri Penerangan.

Kadir Sheikh Fadzir setia dengan UMNO walaupun selepas UMNO diharamkan akibat pertembungan Mahathir-Ku Li 1987. Beliau menyertai UMNO Baru pimpinan Tun Dr. Mahathir dan tidak menyertai Semangat 46 Ku Li.

Menyedihkan juga apabila beliau yang setia itu membuat keputusan untuk keluar UMNO, walaupun saya tidak tahu punca beliau mula mengkritik UMNO dengan tajam. Ada suatu keresahan - mungkin juga kepentingan - yang tidak tertunai dibawah PM Najib yang menyebabkan beliau menjadi kritikan terhadap UMNO sekarang.

Dalam facebook, adiknya Abdul Aziz Sheikh Fadzir juga menyatakan keresahan selepas abangnya membuat keputusan meninggalkan UMNO:

Apa harus kita buat bila lihat pemimpin yg 50 thn berjasa di halau keluar rumah hanya kerana beberapa kenyataan yg kita tidak setuju. Apakah itu budaya baru yg kita hendak transfom

Sebenarnya, Kadir Sheikh Fadzir tidak dihalau. Setiausaha Agung UMNO ada berbunyi untuk membawa kes kritikan beliau ke Lembaga Disiplin UMNO, lantas beliau membuat keputusan untuk keluar UMNO. Dakwaan Abdul Aziz Sheikh Fadzir tentang jasa beliau selama 50 tahun itu boleh disangkal.

UMNO telah menyediakan wadah untuk orang Melayu mencapai sesuatu yang tidak mungkin sebelum merdeka. Sama ada suka atau tidak, UMNO lebih berjasa kepada Kadir Sheikh Fadzir kerana membenarkan orang Melayu yang dulunya daif hingga menjadi seorang menteri.

Saya percaya, ramai yang lebih bijak dari beliau untuk menjadi Menteri tetapi beliau lebih bernasib baik. Sudah tentu kehidupan dan nasib mereka berubah selepas menyertai 'Kelab Menteri.' Tempat jatuh lagi dikenang.

Dalam hal lain, Rafidah Aziz menawarkan dirinya untuk berundur dari bertanding di kawasan parlimen Kuala Kangsar. Jika beliau masih 'winnable candidate', Rafidah tetap tidak akan mempertahankan kawasannya demi memberi laluan kepada 'darah muda' untuk menerajui parti.

Kita masih ingat bagaimana Rafidah Aziz bagaikan Singa Betina mempertahankan Malaysia dari keangkuhan Madeline Albright yang cuba 'patronizing' Malaysia. Rafidah lebih berjaya dari Kadir Sheikh Fadzir dalam kementerian yang dipegangnya.

Malah beliau pernah mendapat julukan 'Mahathir Wanita'. Saya percaya, Rafidah banyak isu peribada dan rasa tidak puashati dengan UMNO sekarang. Ini bukan lagi era mereka. Namun Rafidah memilih jalan untuk keluar dengan cara terhormat dan bermaruah.

Kenyataan Kadir Sheikh Fadzir yang paling kontroversi adalah UMNO menggunakan wang untuk membeli undi. Kadir, tidak seperti Rafidah, tidak mempertahankan UMNO yang beliau sendiri terlibat dalam 'dosa' yang didedahkannya dulu.

Samada benar atau tidak dakwaan beliau bahawa UMNO menggunakan duit persoalan lain. Kadir telah menepuk air ke dulang, terpercik ke mukanya sendiri. Dan beliau akan dikenangi dalam sejarah seperti nasibnya Chua Jung Meng, Fauzi Abd Rahman dan Arif Sabri.

PR sememangnya mempunyai talent dalam merekruit 'bekas-bekas' UMNO, dan mempunyai reputasi sukar mempertahankan ahli-ahlinya yang masih memegang kerusi seperti Zul Kulim, Wee Choo Keong, Zahrain, Gobala Krishnan dan ramai lagi.


"Many heroes are not yet born, many has already died.

To be alive to hear this song, it is a victory!"


-Traditional West African Song.








3 comments:

ahli umno no. 00124xxx said...

tuan sri tri benua, apa yang tuan susah hati sangat hal org keluar parti dan masuk parti. keluar parti dan masuk parti bukanlah sama dengan keluar agama dan masuk agama lain, umpama keluar ugama islam masuk ugama budha, itu murtad nama nya. kalau dah parti umno itu makin tak senonoh maka adalah elok kita tinggalkan. maka haruslah kita masuk parti2 lain yang kita pikirkan senonoh. dan sekiranya parti lain tadi pun tak senonoh satu masa nanti, kita pun cau lah ke parti lain pula yang di pikirkan lebih-lebih senonoh. salam.

Rude ed said...

Tuan Sri Tri Buaya, Tunku Abdul Rahman pernah menjadi presiden umno dan juga perdana menteri, Mahathir pun pernah menjadi presiden umno dan juga perdana menteri. kedua duanya hebat2 belaka dan cukup bijak dalam memerintah. tetapi kedua-dua mamat ni pun pernah meninggalkan parti umno

Nur Marcella said...

jngan sesama mengata sesama kita, wslm.