Followers

Thursday, March 8, 2012

DAP dominan walaupun 'Melayu' memerintah di Selangor.

Seronok membaca politik Malaysia dari kacamata wartawan keturunan Cina bernama Helan Ang. Beliau merupakan wartawan The Star, tapi seringkali dalam blognya beliau menulis dalam Melayu. Walaupun sering diasak oleh fanatik DAP sebagai penderhaka kaum Cina, atau orang yang menjual jiwa untuk UMNO, kadang-kadang dalam penulisannya Helen ada juga menulis tidak memihak kepada UMNO/BN.

Contohnya Helen lantang membela kaum minoriti India semasa kejadian 'serangan penduduk Kampung Kebun' kepada program ABU dan Hindraf. Helen juga turut membidas pihak berkuasa dalam isu Kugan dan Teoh Beng Hock.

Apa yang paling menarik minat saya, apabila secara tepat Helen menganalisa politik Selangor. Umum mengetahui di Selangor mempunyai 56 DUN, 36 dimenangi oleh Pakatan, sementara 20 lagi dimenangi oleh BN. Dari 36 kerusi Pakatan, sepuluh darinya Pakatan memenangi dengan undi tipis.

Untuk membentuk kerajaan dengan simple majority, kedua-dua pihak hanya perlu mendapat 29 kerusi. Bayangkan apa yang berlaku jika BN boleh mengekalkan 20 kerusi yang sedia ada, dan mengambil 10 kerusi yang mana Pakatan menang tipis. BN akan membentuk kerajaan di Selangor.

Helen memberi contoh DUN Teluk Datuk yang dimenangi oleh Philip Tan dari DAP. MCA mendapat 6,886 undi sementara DAP mendapat 7,584 undi pada tahun 2008. Majoriti DAP hanya 698 undi, dan undi rosak sebanyak 493! PRU ke 12 akan dikenang dalam sejarah sebagai PRU protes terhadap kepimpinan Tun Abdullah.

Jika PRU ke 13 diadakan, dalam mood yang ada sekarang, kita boleh mengandaikan DAP dapat mengekalkan kerusi mereka sebanyak 15 kerusi, pertempuran sebenar untuk merebut Selangor terletak pada kerusi yang dipertandingkan antara PKR dengan UMNO, dan PAS dengan UMNO.

Seterusnya Helen memberi satu analisa yang menarik dari seorang yang berketurunan Cina. Pada tahun 2010,  komposisi penduduk Selangor adalah 5,462,141 penduduk. Dari jumlah itu, 57.1% adalah Bumiputera, Cina seramai 28.6%, India seramai 13.5% dan lain-lain sebanyak 0.8%.

Namun demikian, penguasaan kaum Cina melalui DAP dapat dilihat dalam akhbar mingguan Selangor iaitu Selangor Times. Anehnya, Selangor Times diletak dibawah pejabat Menteri Besar yang mana dijawat oleh seorang Melayu dari parti PKR.

Dalam posting 'Memang Melayu Hilang di Selangor Times' Helen membongkar siapa wartawan dari akhbar mingguan rasmi kerajaan negeri Selangor itu. Aneh bagi sebuah negeri Melayu dengan majoriti penduduk Bumiputera seramai 57.1%, tidak ada seorang pun wartawan Melayu, bahkan India dari Selangor Times!

Dengan kata lain, mitos PAS dan PKR tunggangan DAP bukan lagi mitos. Ianya sudah menjadi kenyataan di Selangor. DAP yang menyumbang hanya 15 kerusi dari 36 kerusi PR menentukan segala. Secara tidak disedari(atau disedari) Selangor Times menjalankan dakyah-dakyah Roket di Selangor.

Dalam posting 'Gara-gara DAP takbur, BN menang S'gor. Helen terus mendedahkan agenda Selangor Times. Liputan yang dibuat oleh Selangor Times hanya berkaitan dengan ADUN kaum Cina seperti Hanna Yeoh, Teresa Kok, Eli Wong dan Ronnie Liu. Mereka jarang memberi liputan ADUN Melayu kecuali mungkin MB sendiri.

Wakil rakyat dari BN memang jangan harap mendapat liputan lidah rasmi kerajaan negeri Selangor itu walaupun PR kononnya jaguh menuntut asses ke media perdana nasional, namun mereka menutup media yang dikawal mereka.

Adakah penguasaan DAP dalam salah satu mesin propaganda ampuh iaitu akhbar mingguan ini tidak menggugat dominan Melayu yang seramai 57.1% rakyat Selangor? Secara tidak kita sedari, Yahudi memulakan penjajahan minda melalui media massa.

Saya harap Melayu Selangor bangkitlah dari tidurmu.


12 comments:

Anonymous said...

orang melayu selangor yang bagi undi kepada Pakatan Rosak memang bodoh!

Moshe said...

Melayu selangor tu jenis macam MB sekarang dah lah buta tuli pulak tu.

Anonymous said...

lain kali klu orang tanya aku dari mana...aku tak jwb dari selangor...malu.

Anonymous said...

Semasa PRU12 ... janji PR memang bagus ... so ramai org Melayu undi PR sebab benci Pak Lah ... BN kalah di Selangor

Lepas hampir 4 tahun ... pekong PR dah nyata ... MB tu dibawah telunjuk DAP ... PAS pun tak leh jaga Ugama Islam !!!

Adakah org Melayu akan terus sokong PR ?

Saya tidak ... tanda2 utk tidak menyokong PR telah ade ... tapi BN mesti letak calon yg berwibawa ... bukan ketua caw yg mengharap bahagian beri bantuan 'kewangan' ... bukan ketua2 yg salah org lain bila org Indon dapat bantuan dari kerajaan ... anak yatim tempatan pun terpingggir.

Adakah UMNO/BN akan berubah ... nak berubah ?

Anonymous said...

Di pahang tu melayu umno yang perentah tapi habis segala tanah,balak,bijih cukong yang kontroi. Tak caya tanya y.b wan mizan. Kalau melayu minta tanah nak tanam ubi kayu satu atau dua ekar sepuloh tahun tak tentu lulus lagi tapi kalau cukong minta ratus2 atau ribu2 ekar cepat aje lulus,tak caya tanya y.b. wan mizan. Adalah lebih mulia cina DAP YANG AMANAH dari MELAYU UMNOOO yang khianat,curang dan korup... tak caya tanya y.b. y.b y.b. y.a.b.

Anonymous said...

en. wan shahril, tak usah lah berpura2, ingat elok ngat ke n.pahang kita ni yg diperentah olih melayu bn. Lopong sana lubang sini dan berecer ecer dimana2.

sri tribuana said...

oh ada penjilat DAP di sini, welcome, welcome

Anonymous said...

TUAN 1.41 Jangan lah gunakan perkataan 'BODOH' kat melayu selongor ni, bahasa biar manis,hati biar baik,kelakuan biar cantik. HEBAT SANGAT KE MELAYU PAHANG TU. Maaf sekiranya terkasar bahasa.

Anonymous said...

mana cerdik ye antara mb pahang dengan mb selangor

Anonymous said...

Agak2 awk lah tuan wan shahril, mana lebeh cerdik mb phg di banding dgn mb selangor. saya agak amatlah cerdiknya mb pahg he he he malu koi...

sri tribuana said...

anon 2:29

seperti kata Forest Gump: "Stupid is a stupid does".

Anonymous said...

AKU HENSEM

Posting Tuan paling banyak komen
TAHNIAH