Followers

Monday, March 12, 2012

Akhirnya, Shahrizat Berundur, Bagaimana Pemimpin PR?

Akhirnya Shahrizat membuat keputusan akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan. Sebenarnya, tempohnya sebagai senator akan berakhir April ini. Kemungkinan besar PM tidak akan menyambung semula 'senatorship' beliau. Beliau, bagaimanapun, mengekalkan kerusi Ketua Wanita UMNO.

Namun pujian patut diberikan kepada Shahrizat. 

Pembangkang masih spin, pengunduran Shahrizat tidak mengembalikan wang pinjaman RM 250 juta itu. Soalnya, Shahrizat sanggup meletak jawatan walaupun dari segi perundangan sukar mengaitkan beliau dengan pinjaman berkenaan. Lagipun, RM 250 juta itu adalah 'soft loan', bukan geran dan syarikat berkenaan perlu membayar semula mengikut penjadualan yang dipersetujui.

Cuma imej Shahrizat sudah rosak teruk. Lantas beliau mengundurkan diri. Bagaimana dengan pembangkang?

Mereka lupa mereka bukan lagi hanya pembangkang, di sesetengah negeri mereka sudah menjadi kerajaan. Namun kita boleh lihat mereka yang bercakap soal moral bagaikan malaikat namun tidak mementingkan moral langsung untuk kekal sebagai pemimpin parti.

Lokman Adam telah memberi beberapa point yang menarik tentang 'dewa-dewi' suci Pakatan Rakyat.

1) Imej Anwar sudah rosak teruk kerana skandal seksnya dari isu meliwat Azizan, hubungannya dengan Shamsidar, Saiful Bahari hingga keluar video China Doll. Beliau juga telah disabitkan kesalahan salahguna kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila mengarah polis melakukan Operasi 'Turn Over' terhadap Azizan dan Umi Hafilda. Jauh dari bersara dari politik, Anwar mengimpikan untuk menjadi PM Malaysia.

2) Mat Sabu telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di bilik 121, diangkat menjadi Timbalan Presiden PAS. 

3) Adun Selising, Saiful Bukhari telah ditangkap juga dengan isteri orang oleh orang kanan Nik Aziz dalam gerabak keretapi VVIP dalam keadaan mencurigakan. Saiful memakai seluar pendek dan pasangannya bertuala merah. Beliau masih kekal ADUN Selising dan tidak meletakkan jawatan.

4) Elizabeth Wong masih lagi exco kerajaan Negeri Selangor walaupun mempunyai hubungan dengan suami orang. Gambar tidak senonohnya juga turut bertebaran dalam blog-blog. Perletakkan jawatan beliau tidak diterima.

5) Terbaru Badrul Amin ditangkap pada pukul 3 pagi dalam sebuah bilik di Kuantan dengan juga isteri orang. Beliau masih kekal Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak meletakkan jawatan.

6. Nik Aziz tidak meletak jawatan apabila menantunya sebagai CEO PMBK mengalami kerugian jutaan ringgit. Nik Aziz juga mengakui beliau ke Mekah dibiayai dan tidak mengeluarkan duit sendiri. 


Sebagai manusia, kita semua tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Orang yang bertanggungjawap akan memikul beban dan diasak memberi contoh teladan yang baik. Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Menteri apabila CDnya didedahkan. Sekarang Shahrizat Jalil.

Jadi bagaimana 'dewa dewi' PR ingin menyelamatkan Malaysia apabila mereka sendiri tidak menunjuk moral politik yang tinggi. Masih inginkan kita memperjudikan masa depan Malaysia dengan politikus seperti mereka?

Tepuk dada, tanya selera.

3 comments:

Anonymous said...

Allah melihat apa yang kita lakukan, jika kita tidak dapat melepasi jangkauan kemapmpuan kita biarlah dia (allah) yang menentukannya.

Anonymous said...

AKU HENSEM

???
Motive komen anon?

Anonymous said...

Ustaz badrol al puki dan imam anwar al buntuti bila nak letak jawatan? apa cerita ni?