Followers

PERJUANGAN KITA ADALAH:

What Our Founding Father Said:

I must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been"

- YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.

Kata-kata Tun Razak, juga pernah dituduh Racist

'Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira'.

Tun Abdul Razak

Anonymous voice who can feel the heartbeat of his race said somewhere:

Quote: "When Malays speak up about their rights, it must be racism. When non-Malays speak up about their rights, it must be human rights. I am no hardcore UMNO but I am a simple Malay who sees ingrates around me. Malaysia now is for us to ruin.Well done people!"
"In matters of state he who has the power often has the right, and he who is weak can only with difficulty keep from being wrong in the opinion of the majority of the world."

Cardinal Richelieu in his Political Testament.

Quran; Az Zumar Ayat 17

Who hear advice and follow the best thereof. Such are those whom Allah guideth, and such are men of understanding.

Setan Racist

Setan Racist
Katakan Tidak Kepada Setan Racist.

Tuesday, March 13, 2012

Dr. MAZA Membuktikan PAS Juga Seleweng Duit Rakyat.


Pakatan syok sendiri dengan memberi gambaran kepada umum bahawa mereka adalah sebuah 'Fuckatan' suci dan murni, seolah-olah mereka tidak terpalit sebarang dosa dan noda. Apalagi parti seperti PAS yang selalu mengamalkan sikap 'holier-than-thou'.

Ramai yang terpedaya, terutama golongan muda. Pakatan juga bertubi-tubi mengasak BN seolah-olah hanya BN parti penuh noda dan berdosa. Segala dosa, kepincangan, malapetaka dan penyelewengan, hanya monopoli UMNO dan BN. 

Jika perhalusi, ia tidak sentiasa benar. Cuma berbeza dengan BN, ahli mereka kebanyakkannya cuba menutup kelemahan pemimpin dan masalah parti. 

Walaupun kononnya UMNO dilabel sebagai penggemar 'feudalisme', namun parti itu mencipta sejarah mendesak Presiden berundur seperti Tunku Abd Rahman dan Tun Abdullah, mempunyai Presiden yang meletakkan jawatan dengan rela ketika dipuncak kuasa seperti Tun Mahathir, dan membenarkan ahli biasa seperti Sulaiman Palestine mencabar Presiden(Tun Hussein); juga kerabat Diraja seperti Ku Li mencabar Mahathir.

Sekarang riuh rendah Rafizi Ramli memainkan isu NFC hingga memaksa Shahrizat meletakkan jawatan. Rakyat perlu ingat, PR juga mempunyai kepincangannya. Tak payah ambil banyak, kita ambil contoh tweet dari Dr. Maza di atas ketika beliau mengerjakan umrah sekarang. Beliau mendengar keluhan seorang insan yang terkena dengan PAS.

Mengapa pemimpin PAS tidak letak jawatan? Mengapa ahli PAS tidak desak mereka bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Mengapa nasib mereka yang melabur dalam Kohilal tidak mendapat pembelaan. Saya percaya lebih dari seorang yang menerima nasib malang seperti hamba Allah di atas.

Mengadakan ceramah, menjual nama Allah dan agamaNya, memungut derma dengan tin Milo, nasib penyokong PAS sama nasib dengan pelabur Kohilal. PAS sebenarnya merompak wang rakyat. Ingin kita serahkan kuasa kepada mereka hanya kerana mereka berserban, berjubah dan berjanggut? 

Tweet di atas dari seorang yang neutral, jika tidak beliau akan dituduh sebagai perkakas BN seperti Zul Nordin, Hasan Ali, Asian Wall Street Journal, Raja Putra Kamarudin, Kickdefella, Economist dan sebagainya. Utusan dan TV3 jangan cakaplah.

Namun kerana taksub, pengikut PAS tetap tidak sedar. Ini masalahnya apabila Parti Sudah Serupa Ugama menurut blogger Teh Tarik Gelas Besar.

3 comments:

Anonymous said...

Lumrah Alam ....Orang yang buat banyak kerja akan melakukan banyak kesilapan ...lagi banyak kerja dibuat ...lagi banyak kesilapan akan berlaku... kalau tak nak buat silap tok sah dok buat apa-apa le...

Anonymous said...

AKU HENSEM

ini bukan kesilapn
ini corruption anon BODOH

Anonymous said...

Salam,

Cakaplah apa sekali pun saya tetap takkan percaya PAS selagi tidak dinyatakan ke mana perginya wang dan barang kemas pelajar Malaysia yang di kumpulm semasa kehadiran Ustaz Hadi di Peoria Illinois Disember 1986 hasil kutipan derma bagi mangsa Memali.

x MISG