Followers

Wednesday, March 7, 2012

Pemilihan Presiden v Pemilihan Perdana Menteri.

Semua orang mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang PM yang bekerja kuat. Dan sebagai PM, ahli politik yang masih aktif, PM lebih popular jika dibanding dengan Anwar dan mana-mana pemimpin pembangkang.

Fakta ini mungkin menyebabkan ramai pemimpin UMNO tidur lena. Populariti PM tidak boleh menyelamatkan UMNO. Ini antara pandangan Tun Daim dalam temuramah beliau baru-baru ini. Ramai yang mengambil remeh pandangan Tun Daim menjelang PRU ke 12. Setelah telahannya benar - terutama lima negeri yang diramalnya - benar-benar jatuh ke pembangkang, baru semua pemain politik mengambil berat apa saja kata-katanya.

Baru-baru ini Tun Daim berkata-kata lagi. Dan kali ini baik BN dan PR mengambil berat kata-katanya. Walaupun Tun Daim mengakui Najib seorang yang popular dan tranformasi ekonominya dilandasan yang betul, tetapi UMNO atau BN masih belum selamat.

Ini kerana BN perlu menang kerusi-kerusi parlimen sekurang-kurangnya boleh membentuk majoriti mudah. Tidak seperti pilihanraya Presiden, kemenangan Ketua Parti, atau popularitinya menentukan samada parti beliau memerintah atau sebaliknya.

Ringkasnya, semua MP dan ADUN BN perlu bekerja kuat sebagaimana PM mereka. Jika ini berlaku, dan rakyat kembali melihat BN seperti slogan zaman Tun Mahathir iaitu 'Tradisi Membela Rakyat', insyaAllah BN masih boleh menjadi kerajaan. Jika semua mengharapkan PM, susah untuk meramal nasib BN.

Dalam pemilihan Perdana Menteri, kerjasama semua pihak adalah sangat penting dalam menentukan kemenangan. Harap ahli politik BN tidak tidur terlalu lama.



1 comment:

Jeepers Creepers said...

BN bukan saja perlu mengekalkan ekonomi dilandasan yang betul tetapi mood rakyat juga perlu betul betul difahami.

Anwar pun tahu yang najib bekerja kuat sebab itulah dia sentiasa nak sabotaj apa yang najib buat.

harap haraplah pemimpin umno lain faham..jangan sampai BN kalah PRU nanti. nanti rakyat yang susah sebab semua kena bahagi 3 pula.