Followers

Monday, April 30, 2012

Peserta BERSIH Menyalahkan Anwar dalam Sidang Akhbar PKR!








Video yang kedua adalah video Anwar mengarah orangnya membuka kawat berduri yang menjadi halangan antara pendemo dengan polis, lantas mencetuskan rusuhan.


Bukan semua yang sertai BERSIH setuju dengan ideologi PR.

BERSIH: Kronologi dari Aman ke Ganas.

Kami sudah menjangka sesuatu yang buruk akan berlaku juga akhirnya. 

Saya boleh komen begini dalam soal BERSIH 3.0 sebagai permerhati yang turut serta: ada tiga golongan dalam himpunan itu. Golongan pertama memang benar-benar ingin menunjukkan protes aman. Golongan kedua turun kerana menurut perintah parti-parti terutama selepas fatwa 'wajib' Nik Aziz. Golongan ke tiga adalah memang sejak dari awal merancang untuk melakukan huru hara.

Bukan senang untuk mengawal mob. Oleh kerana itu sejak dari awal kerajaan tidak membenarkan adanya perhimpunan - aman atau liar. Namun kita sangat menyakini rakyat kita matang berdemokrasi, lalu kita benarkan. Manusia seramai lebih 30 ribu itu bukan semua cukup matang atau cukup bertamadun.

Pada tinjau awal saya sejak pukul 2.30 petang, pendemo sedang bergembira. Sebenarnya tidak ada komunikasi dengan lokasi lain, jadi tiada siapa sebenarnya tahu apa berlaku di tempat lain. Dalam pukul 3.30, polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan LRT Masjid Jamek selepas minta pendemo bersurai.

Saya sendiri tidak puas hati mengapa polis melepaskan gas pemedih mata sedangkan saya perhatikan tiada pendemo yang bertindak liar. Selepas itu baru saya tahu, adanya incident beberapa pendemo di hadapan Dataran Merdeka sudah mula merempuh kawat besi. Tindakkan polis itu wajar.

Selepas polis bertindak, keadaan di kawasan saya menjadi huru hara. Kebanyakkan kaum Cina mengundurkan diri, hanya tinggal beberapa Melayu, saya percaya dari PAS yang masih ingin berjihad. Saya mendapat laporan beberapa pertempuran antara pendemo dengan polis berlaku.

Jika ada menuduh polis kejam, ini salah pendemo juga. Mengapa perlu rempuh kawad berduri yang menghalang Dataran Merdeka. Mahkamah sudah mengeluarkan perintah Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki hingga 1 April.

Sepanjang perjalanan peristiwa sebelum berlaku rempuhan, polis sangat professional dan gentleman. Mereka tidak melawan semula provokasi pendemo. Sejak dari tengahmalam sebelum itu lagi polis sudah di provoke. Di panggil 'anjing', 'barua' dan kereta mereka ditendang dan diganggu. Sejak dari awal BERSIH bukan himpunan aman sebenarnya.

Ia menjadi aman kerana polis tidak membalas provoksi mereka. Sejenak apabila mereka melanggar undang-undang, baru polis bertindak.

Saya tidak tahu apa yang berjaya dicapai oleh BERSIH. Mereka masih menuntut 8 perkara yang mana hanya satu tidak dituruti iaitu memanjangkan kempen selama 21 hari. Itupun SPR sudah tambah dari 7 ke 10 hari. Ada pihak menyalahkan polis mengapa mereka terlalu mengawal Dataran Merdeka.

Ini hujah yang paling saya tidak faham. Mahkamah mengeluarkan perintah. Polis adalah penguatkuasa undang-undang. Jika polis gagal menguatkuasa undang-undang, tiada siapa akan menghormati PDRM, PDRM adalah Polis Di Raja Malaysia. Ianya adalah lambang kekuasaan Sri Paduka Banginda YDP Agong. Jika polis tidak boleh menegakkan undang-undang, maka polis adalah institusi yang impotent.

Ini juga rasional himpunan aman tidak boleh diadakan di tempat awam, Berapa ramai peniaga yang mengeluh, terutama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India dan Jalan Sultan Ismail. Semua kawasan yang terlibat adalah kawasan peniaga Melayu. Berapa kerugian yang mereka alami. Berapa banyak kedai yang tutup.

Anggaran saya pendemo seramai 50 ribu orang adalah terlalu tinggi. Ianya sekitar 35 ribu saja. Seramai ini tidak boleh mengaku mewakili rakyat. Malah sesebuah parti politik mempunyai ahli lebih ramai dari itu. 

Ambiga meminta maaf atas kerosakan dan keganasan yang berlaku. Beliau mengaku tidak bertanggungjawap terhadap keganasan kerana itu bukan niatnya. Beliau juga yang sebelum ini memberi jaminan ianya akan berjalan dengan aman. Sekarang Ambiga bagaikan menyalahkan parti-parti politik - terutama Unit Amal PAS.

Saya boleh simpulkan, isu PTPTN dan BERSIH 3.0 gagal menarik simpati pengundi senyap terhadap PR. Mungkin ia menambahkan meluat rakyat. Masalah yang ingin dibawa oleh BERSIH bukan masalah rakyat. Ianya masalah penduduk urban, yang cuba membela kemiskinan dari sudut pandangan orang kaya yang tinggal di Bangsar dan langsung tidak memahami kemiskinan itu sendiri.

Suka saya petik dari blog Helen Ang:

Monkey King menulis:
“Yes, most (not all) of the activism and discussion of politics is being done by the Bangsar-types (is there a Subang Jaya-type?). My main grouse is they claim to be the voice of the people when they are obviously NOT. Being loud doesn’t make you right nor does it mean you represent the people. …
“10, 50, 1,000, or even 20,000 Bangsar-types … cannot represent the 28,000,000 million Malaysians. [I am not saying that I do. I also don’t]. Activism in Malaysia now is so closely linked with politics, especially with Pakatan politicians. …
“Why do activists who harp on the bias of the mainstream media choose to be silent on the lopsided reporting of alternative media (including the Malaysian Insider that you frequently write for)?
“The rich, by virtue of being better educated, having better access to media,being closer to the corridors of power, are able to articulate and champion causes that are dear to them. Just look at all the recent ’causes’ that has attracted serious activist and media attention – elections, Lynas, seksualiti merdeka, tertiary education, MRT. These are all urban and middle-class issues. …
“You see, when (most of) the Bangsar type activists talk,
(a) they are only seeing problems and issues that are of concern to them; and
(b) they see poor people’s problems from their rich people lenses.
“Both often, although unintentional, lead to misallocation of resources. Hence one of the main reasons why the rich get richer, the poor poorer.”

Blogger PR seperti Tukar Tiub suka mengutuk pak cik dan mak cik felda kerana menyokong UMNO. Mereka mungkin tidak sofistikated, tapi mereka mungkin majoriti pengundi, dan mereka deliver votes. UMNO mungkin cukup bijak apabila menjaga golongan ini. 
Mungkin disebalik segala tuduhan UMNO corrupted dan sebagainya, orang miskin, orang kampung dan orang Melayu yang tidak canggih pemikirannya, lebih mempercayai UMNO dari PR yang menjadikan kebebasan golongan gay, lesbian, biseksual dan tukar jantina sebagai agenda mereka.
Persetankan rakyat.





Saturday, April 28, 2012

Update Terkini Dataran

Saya mempunyai beberapa keping gambar dari Blackberry untuk pembaca blog ini. Mungkin kerana traffic terlalu sibuk, email yang dihantar melalui BB saya belum diterima oleh blogspot. Jadi saya hanya meminjam beberapa video dari rakan-rakan blogger dan gambar yang diambil mereka.

Sekitar pukul 2.30 petang saya mula bergerak dari Pudu ke Dataran Merdeka. Gambar-gambar akan meuyusul dalam posting lain, insyaAllah. Di Menara Maybank pemdemo berhimpun seramai lima ribu orang. Mereka sedang mendengar ceramah dari Haji Hadi. Ceramahnya biasalah, kerajaan zalim, minta SPR telus, suara rakyat dan macam-macam.

Kemudian kami tersekat di LRT Masjid Jamek. Memang manusia terlalu ramai. Langsung tiada ruang untuk bergerak. Mat Sabu memberi ceramahnya. Beliau menyanyikan lagu: "Tanggal 28, bulan April, merdeka, merdeka". Di ikuti oleh pendemo.

"Kuning, kuning, rakyat aman, Najib pening" menurut Mat Sabu lagi. Kumpulan Unit Anal  eh Amal PAS minta peserta duduk. Satu perkara penganjur tidak rancang adalah logistik. Menghimpun manusia sebegini dibiarkan mereka bertebaran sesuka hati menyebabkan tiada ruang untuk bernafas.

Apabila mereka minta peserta duduk di kawasan tumpat manusia, akhirnya akan menimbulkan kesesakan kerana apabila pendemo yang berdiri ingin duduk, mereka perlu ruang lebih. Kebanyakkan peserta tidak menghiraukan arahan Mat Sabu.

Saya cuba melapor dari sudut neutral. Walaupun kononnya BERSIH mempunyai matlamat yang baik memberi kesedaran kepada 'rakyat' tentang pilihanraya telus tapi acaran menghimpun orang seramai ini tanpa agenda yang pasti akhirnya menimbulkan sifat aggresif pendemo.

Saya dapati manusia hanya bergerak ke sana ke mari, menjerit-jerit tanpa hala tuju, dan semacam bersedia untuk bertempur walaupun tiada musuh. Mereka semakin menjadi 'mob' dan tidak dapat dikawal oleh sesiapa. 

Sekitar pukul 3.30, FRU melepaskan gas pemedih mata. Saya dan seoran rakan yang bukan peserta demo turut terkena gas itu. Pedihnya Allah saja yang tahu. Saya cuba menyiasat keadaan. Seorang pendemo yang berada di Dataran memberitahu saya, selepas Anwar dan Ambiga berucap, mereka minta mob bersurai. Namun mob semakin diluar kawalan dan ingin tetap merempuh polis untuk 'menakluk' Dataran.

Apabila saya tanya mengapa walaupun ketua mereka sudah minta bersurai, jawabnya: "Apa guna kita ke sini, takkan setakat duduk di bawah jambatan saja". Beliau merujuk kepada landasan LRT yang menjadi 'payung' kami dari kepanasan.

Makin jelas mob tidak dapat dikawal, walaupun oleh Ambiga. FRU tiada pilihan lain selain melepaskan gas. Saya rasa polis bertindak mengikut prosedur. Mereka membiarkan pendemo berhimpun selagi aman. Apabila pendemo mula bertindak aggresif untuk merempuh halangan dan menakluk Dataran, baru mereka menggunakan gas pemedih mata.

Di sini akan saya turunkan sebuah video oleh Malaysiakini perusuh menterbalikkan kereta polis di Jalan Tunku Abdul Rahman. 





Motor polis juga dimusnahkan


Saya jangkakan jumlah semua pendemo adalah sekitar 50 ribu. Dan ini kaum yang ingin BERSIHkan Malaysia. Dengan menterbalikkan kereta polis dan merosakkan motor polis.

Apa komen silent majority?

P/S: Semasa saya menuju ke bilik saya, dalam lif terserempak dengan dua pelancong German. Mereka memberitahu saya mereka juga terjebak dalam demo, tanpa kemahuan mereka. Mereka sangka Malaysia negara indah tanpa masalah sebegini. "Maybe we choose a wrong date to come here", katanya. Kita sudah berjaya mengimport budaya demo Indonesia. Syabas Akta Himpunan Aman.

Live dari Dataran Merdeka

Siapa akan kutip sampah-sampah ini? DBKL


Antara mereka ada barb wire

Pendemo tidak dapat masuk ke Dataran

Dataran Tak Merdeka menurut mereka

Lepas makan, tinggal.

Tengok sendiri BERSIH dari dekat


Saya melalui jalan Puduraya untuk ke Dataran. Di sepanjang jalan saya lihat berbagai gelagat pendemo. Mereka bersorak, bertempik dan melaungkan berbagai slogan. Antaranya: "Bersih! bersih!, tolak tolak, kezaliman, hidup hidup! hidup rakyat, tolak tolak, tolak UMNO, tolak tolak, tolak BN" dan berbagai lagi.

BERSIH sudah bukan gerakan rakyat. Sudah makin jelas ianya adalah protes pembangkang. Atau protes NGO pro pembangkang. Setakat pukul 12 tadi saya anggar berkumpul di Dataran seramai 5 ribu. Oleh kerana mereka tidak duduk setempat, mereka mengelilingi sekitar Dataran, sukar untuk menganggar dengan tepat.

Perhimpunan ini adalah ujian kepada Peace Assembly Act atau Akta Himpun Aman. Setakat ini polis melakukan kerja dengan baik. Mereka biarkan saja pendemo berbuat sesuka hati selagi tidak merempuh Dataran Merdeka. Mereka sangat professional.

Dalam perjalan pulang ke hotel melalui LTR STAR, saya berbual dengan beberapa orang yang tidak terlibat. Seorang dari mereka adalah Melayu dan menyatakan siapa yang turun berdemo itu adalah 'bodoh'. Menurutnya, negara Malaysia sudah aman dan tidak perlu semua ini.

Seorang lagi merupakan dari kaum India. Beliau hanya bercakap dengan rakannya dan saya terdengar. Katanya: "Kalau hujan turun lebat dan banjir, padan muka diaorang, pergi lari naik Menara Maybank". Ketika itu kami sedang melalui Menara Maybank.

Rakyat mana BERSIH wakili. LBGT? Anti-Lynas? Solidiriti Mahasiswa?

Erm......

Menjelang BERSIH 3.0

Pada pukul 12 tengah malam saya telah ke Dataran Merdeka untuk melihat manusia berdemo di sana. Saya telah mengambil beberapa keping gambar. Di bawah adalah gambar dua orang kanak-kanak dengan bapanya. Tidak pasti samada bapanya seorang pendemo atau hanya penonton. Pelik, terutama orang Melayu menganggap perkara sebegini sebagai termasyar



Kehadiran semalam sekitar 1500 ke 2000 orang. Ada juga yang turut memprovokasi polis apabila kereta polis lalu dan ada cubaan menghalang sebuah bas polis. Saya pernah mengatakan BERSIH kali ini tidak dapat sambutan. Seorang pembaca mengatakan saya silap kerana ternyata BERSIH mendapat sambutan.

Adakah mereka juga pengundi, atau warga Malaysia?

Sebenarnya maksud saya dari segi promosi. Ada beberapa orang langsung tidak mengetahui BERSIH akan diadakan pada 28hb April. Ini menunjukkan orang 'atas pagar' tidak mendalam mengetahui tentang BERSIH kali ini berbanding sebelum ini yang diberi liputan meluas oleh media perdana dan blog pro-BN.

Berbeza dengan BERSIH 2.0, BERSIH kali ini tidak jelas tuntutannya. 7 dari 8 tuntutan sudah diberi perhatian oleh SPR. Hanya tuntutan tempoh berkempen selama 21 hari saja masih tidak dipenuhi. Namun tutntutan BERSIH 3.0 masih lapan seperti BERSIH 3.0. Apa yang mereka inginkan sebenarnya?


Anggota polis yang berkawal, kali ini tiada FRU, hanya polis biasa dan DBKL.

Jadi BERSIH kali ini bukan cerita tentang ketelusan pilihanraya sangat. Kerana itu ianya disertai oleh penuntut seks bebas iaitu LGBT, pembantah Lynas, UBAH DAP dan berbagai lagi. RIngkas, mereka bukan rakyat, bukan juga NGO dan bantahan asli pembangkang.

Saya jangkakan akan ada seramai 30 ribu pendemo esok. Mereka mensasarkan 500 ribu. Namun bantahan ini bukan bantahan rakyat. Ini bantahan partisan, dibantu oleh NGO pro Pakatan. Itu saja. 

Sila teruskan ikutan laporan seterusnya kerana esok saya akan ke Dataran untuk melihat BERSIH secara live. InsyaAllah, saya akan sentiasa kemaskini blog ini khas untukmu, BERSIH.

Thursday, April 26, 2012

Menjelang BERSIH : Padang Kita dan Padang Mereka.


"It's our padang and we've the right to use it." Itu kata-kata para pendemo apabila menentang DBKL dalam usaha DBKL menguatkuasa undang-undang. Bagi DBKL, soal berhimpun aman soal lain, tapi tidak boleh adanya struktur.


Ambiga ingin meneruskan BERSIH di Dataran Merdeka walaupun DBKL telah menawarkan beberapa stadium. DBKL telah menolak permohonan BERSIH untuk mengadakan protes di Dataran Merdeka. Datuk Normah Malik, timbalan pengarah pengurusan DBKL memberi alasan hanya acara bertaraf dunia saja boleh diadakan di Dataran Merdeka.


Blogger SATD mengatakan, Datuk Normah terlupa satu perkara, di bawah Akta Himpunan Aman, tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan berhampiran dengan tempat ibadat. St Mary 's Cathedral hanya 50 meter dari Dataran Merdeka.




Namun tidak ada apa yang boleh menghalang Ambiga. Ambiga akan dapat apa yang dia inginkan. Dia tidak kira peraturan dan undang-undang. Bagi mereka, Dataran Merdeka padang rakyat kononnya, sesiapa boleh gunakan.


Ambiga dan PR hanyaa menegakkan 'hak' mereka tanpa mempedulikan hak silent majority. Bagi mereka hanya dunia mereka saja yang betul. Mari kita lihat youtube di bawah.







Lathefa Koya bertengkar dengan seorang guru yang sedang melatih kanak-kanak di sebuah padang. Mereka, seperti biasa, ingin mengadakan entah apa acara tunjuk perasaaan, kumpul dan demo mereka. Mereka enggan mengalah walaupun berhadapan dengan acara kanak-kanak.

Dan ini golongan ingin memBERSIHkan Malaysia?

Belum dapat kuasa sudah jadi diktator.

Wednesday, April 25, 2012

Pendidikan Percuma: Kisah Benar Seorang Pelajar Cina.

Pendidikan percuma memang bagus. Jika kita mampu. Namun kos belajar makin meningkat. Kerajaan memberi alternatif kepada pelajar, oleh kerana kerajaan mungkin tidak sekaya dulu, sesiapa yang berminat boleh meminjam. Bila pinjam, kena bayar. Jika tidak mahu bayar, jangan pinjam.

PTPTN bukan paksaan. Bukan semua orang perlu ambil. Untuk memberi motivasi kepada pelajar, sesiapa boleh score Degree Kelas Pertama akan di jadikan biasiswa. Jadi pinjaman itu bukan sebenarnya pinjaman kerana ada unsur galakan. 

Jika kita setuju siapa yang layak ke universiti adalah golongan intelligent, maka kita setuju semua mereka boleh dapat degree kelas pertama. Jika mereka gagal mendapat degree kelas pertama, bukan kerana mereka tidak intelligent tetapi kerana mereka tidak fokus, malas, berdemo dan sebagainya.

Semasa isteri saya belajar di Ireland, rakan serumahnya seorang pemudi Cina bernama Audrey Lim Soo Yen. Tidak seperti isteri saya yang mendapat biasiswa JPA, Audrey terpaksa meminjam untuk belajar medicine di Ireland. 

Yuran di National University Ireland Galway(NUI) adalah dalam 28 ribu Euro setahun. Cuba kali dengan RM ketika itu 1 Euro = 5 RM. Sepanjang coursenya, Audrey meminjam hampir 1 juta RM. Sekarang Audrey masih bekerja sebagai doktor di Ireland, untuk melunaskan hutangnya.

Kerajaan menaja pelajar atas kriteria-kriteria tertentu seperti isteri saya sebagai kuota bumiputera dan merit atau seorang berdua kaum Cina dan India atas kuota merit saja. Jika ada pelajar yang layak dan kerajaan tidak mampu menyara mereka kerana kehabisan kuota, maka kerajaan mewujudkan tabung pinjaman seperti PTPTN untuk memberi peluang kepada ramai pelajar selain tajaan boleh belajar.

Di Malaysia, niat baik ini sudah dipolitikkan. Kononnya desak kerajaan beri pendidikan percuma. Kerajaan boleh bagi, namun akan jadi terhad. Apa jadi kepada yang layak, berminat tetapi tidak layak menerima biasiswa? Kepada siapa mereka akan meminta bantuan. Kepada along? Ceti haram? Mak bapak gadai tanah?

Rafizi Ramli kata salah satu jawapan kepada hapusnya PTPTN ini adalah mereka akan hadkan kemasukan pelajar ke universiti kerana secara realiti kerajaan tidak boleh tanggung semua. Ini sebenarnya menuju ke belakang yang sepatutnya rakyat Malaysia mara ke hadapan.

Kita ambil contoh Audrey. Beliau tidak dapat tajaan kerajaan namun beliau layak untuk menjalani kursus medicine. Beliau meminjam dan menjadi doktor. Dan ramai seperti beliau. Jika kerajaan hanya mampu contohnya menaja 10 orang kerana kewangan terhad, rakyat Malaysia hanya mendapat 10 doktor. Dengan adanya kemudahan meminjam(tanpa cagaran) Malaysia akan mendapat lebih dari 10 doktor. 

Audrey tidak meminjam PTPTN. Saya tak tahu detail pinjamannya. Mungkin melibatkan cagaran. Saya tak tahu. Namun PTPTN memberi pinjaman tanpa cagaran, dengan interest(untuk pentadbiran) yang rendah. Ibubapa pelajar tidak perlu mengadai apa-apa.

Jika pelajar hendak demo sangat, lebih baik demo perkara yang lebih baik seperti hapuskan AP kereta, minta turunkan kadar interest rumah dan sebagainya. Setakat pinjaman PTPTN, bayar saja lah. Jika tak nak bayar jangan pinjam. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang perlukan dana itu.

Simple logic.

Tuesday, April 24, 2012

Boleh ke Kita Maafkan 'Tingkat 4'?

Pertama suka saya mengingatkan ungkapan terkenal Tun Dr. Mahathir: "Melayu mudah lupa."

Melayu jiwanya halus, lembut, pemaaf. Justeru itu mereka mudah lupa dan bukan pendendam. Sebenarnya sifat ini bagus. Melayu mudah melupakan kesalahan pemimpin mereka. Dan move on. Forgive and forget. Tapi kata President Kennedy: " Forgive your enemies, but never forget their names."

Prestasi terbaik Pak Lah pada tahun 2004 secara tiba-tiba merundum pada tahun 2008. Mengapa? Memang banyak faktor tetapi mengapa dalam masa 4 tahun saja 'rakyat' tiba-tiba membenci BN? Hanya dalam masa 4 tahun itu BN sebenarnya baru disedari sebagai 'perompak', 'perasuah' dan sebagainya seperti didakwa pembangkang?

Antara faktor 'meluat' yang membuatkan 'rakyat' menjauhi BN adalah 'Tingkat 4'. 'Tingkat 4' adalah faktor penyatu walaupun antara blogger pro BN dengan blogger pro PR ketika itu. Bila minyak dan air sudah bersatu,  maka berlakulah tusnami.

Tangan-tangan 'Tingkat 4' masih berleluasa walaupun dalam era Najib. Sekadar 'membunuh' career Pak Lah tidak menghentikan 'gerakan' itu. Dan Pak Lah bukanlah 'ring leader' Tingkat 4 yang sebenar. Kesilapannya adalah kerana terlalu 'banyak tidur' semasa menjadi PM. Itu saja.

Setelah 4 tahun Tingkat 4 melakukan kerosakan, rakyat sebenarnya sudah melupakan mereka. 'Paramount leader' mereka juga makin boleh diterima. 4 tahun sahaja sudah cukup untuk kita menganggap beliau mengalami 'rehabilitation'. Sekarang beliau sudah pulih dan dimaafkan. Kita kembali mencipta satu lagi 'Anwar Ibrahim'.

'Melayu mudah lupa'. Forgive and even forget their enemies. Forget their name also.

Mari kita baca blog APANAMA. Posting kali ini dinamakan Secret Mission. 



Target No 1 - Stop Firefly's operations.

MAS’s very own no-frills airline Firefly must be stopped from operating at all cost as Firefly was gaining momentum and eating into Air Asia’s market share.



status : Mission accomplished!


Target No 2 – Remove MAHB MD Tan Sri Bashir Ahmad.

Tan Sri Bashir is regarded by some well-connected businessman and his friends in Khazanah as the single biggest  stumbling block for their grand plans for the aviation industry. Some say Bashir has been standing in their way, preventing them fromhijacking the industry. 

Bashir's term as Managing Director would come to an end by June and the Khazanah boys, we understand, are preparing to plant another remnantof the infamous 4th floor outfit in MAHB. 

Is someone from Khazanah facilitating a complete take-over?



status : In progress. Could be accomplished soon.

Target No 3 - Remove DCA director general Datuk Azharuddin Abdul Rahman. 

Why would anybody in the right frame of mind want to drag the Director General of DCA into the kind of politics that has been going on in the aviation industry since Air Asia decided to go big?

Well, when you don't give in to the bare-knuckled capitalist they would want to teach you a lesson... and put someone friendly there. Wouldn't they?


status : In progress via Transport Ministry. 


Now the BIG question. 


Is it true that there was this unwritten agreement to the above Secret Mission following the inking of the scandalous Mas-AirAsia share swap and the Comprehensive Collaborative Agreements on 9-8-2011?


Is it true that AirAsia or rather Tony Fernandes was given some sort of an undertaking that the THREE TARGETS mentioned above would be removed to enable a smooth flow of plans for the aviation industry?  


Did anyone from Khazanah offer such an undertaking to Tony Fernandes?


I'm sure Khazanah's Azman Mokhtar would want to clear his name, wouldn't you Tan Sri Amok? 


p/s Dear Prime Minister, the scandalous Mas-AirAsia share swap and the mysterious CCF has created enough damage politically and I'm quite sure you, Sir, would agree that we could refrain from creating worse discontent and stirring unwanted resentment in DCA and MAHB.


This 'Secret Mission' would have a viral effect. TQ 

Sunday, April 22, 2012

Gurau Hari Ahad: Space Odyssey 2001.


Salah satu dari director kegemaran saya adalah Stanley Kubrick. Filem-filemnya kebanyakkan mencabar minda seperti Clockwork Orange, Dr. Strangelove, Paths of Glory, Full Metal Jacket dan Barry Lyndon. Di atas merupakan sedutan dari filem Space Odyssey 2001, sebuah filem kontroversi.

Seorang pengulas pernah mengulas tentang filem berkenaan sebagai filem yang :"either you like it, or totally hate it." Filem ini juga dianggap sebagai anti-religion. Kononnya 3 juta tahun sebelum lahirnya Al-Masih, manusia adalah keturunan monyet. 

Monyet adalah sosial animal. Mereka bergerak berkumpulan. Adengan monyet tidur dalam gua mengingatkan saya kumpulan berkhemah di Dataran Merdeka.Adengan mereka bertempik-tempik kadang-kadang mengingatkan saya tentang demo yang menuntut entah apa-apa. Mungkin menuntut pilihanraya bersih dikalangan Parti Apes SeMalaya.

Dan bukan juga kebetulan apabila di bawah ini menjadi icon BERSIH 3.0.




Monyet dan manusia yang tidak boleh menerima undang-undang yang telah digubal bersama dalam Parlimen setaraf dari segi tidak bertamadun. Undang-undang monyet adalah individu, bukan untuk masyarakat ramai. Memang sesuai. 

Kita lihat apa kata wakil mereka:




Mungkin hanya ungka yang mengenali monyet.

Friday, April 20, 2012

UMNO Bela Samseng?

UMNO sudah lama jadi parti pemerintah. Sejak UMNO mula memerintah, pembangkang bukan satu perkara baru. UMNO pernah berhadapan dengan DAP,PAS, Semangat 46 dan Gerakan sebelum parti itu menyertai Barisan Nasional.

Sudah berapa lama UMNO menjadi parti yang memerintah, tidak pernah kita dengar UMNO menggunakan samseng menakut-nakutkan pesaing mereka. Tak pernah kita dengar samseng UMNO menganggu ceramah PAS sebelum. Atau samseng UMNO menganggu ceramah DAP.

Sejak Anwar menjadi pembangkang, macam-macam cerita pelik tentang UMNO timbul. UMNO menyuntik racun arsenik, suntik HIV dan sebagainya. Sekarang Chegu Bard and the geng sering 'diserang' oleh 'samseng' UMNO. Pelik tiba-tiba UMNO ada bela 'samseng'. Yang selalu kena serang pula PKR saja.



Di atas adalah serangan terbaru 'samseng' UMNO ke atas mahasewel yang masih berkhemah di Dataran Merdeka. Selepas sahaja serangan, dua nama dikatakan dibelakang serangan: UMNO dan PERKASA. Anwar bin Ibrahim tidak seperti Lim Kit Siang atau Haji Hadi. Kedua ahli politik DAP dan PAS mempertahankan ideologi dan menentang UMNO dengan cara 'konvensional'.

Anwar membawa politik kebencian. Jika kebencian tidak ada, Anwar akan cipta kebencian dan mencipta 'mala petaka' untuk PKR, serta orang yang simpati dengan mereka. Mala petaka ini akan mewujudkan simpati. Mereka suka dilihat diperlakukan dengan tidak adil.

Dengan ringkas, Anwar memang ahli politik yang tidak mempunyai prinsip, Machivellian atau 'end justified the means.' Kuasa itu sendiri adalah virtue, walaupun terpaksa mewujudkan pertumpahan darah dan mengorbankan rakyat  yang tak berdosa.

Kita pernah lihat bagaimana mahasewel memprovokasi pihak berkuasa seperti polis dan DBKL dengan berbagai gelaran. 'Anjing UMNO', 'talibarut UMNO' dan 'Barua UMNO'. Mereka sebenarnya mewujudkan banyak musuh. 

Serangan 'samseng' UMNO baru-baru ini kononnya mendapat 'kerjasama polis' apabila polis tidak bertindak dengan cepat melindungi mereka. Mereka mungkin lupa, polis bukan machine yang tiada perasaaan apabila dinista dan dihina sekian rupa. Mereka juga manusia.

Lakonan PKR ini sungguh hebat dengan serangan 'samseng' UMNO. Bukan DAP, bukan PAS, hanya PKR yang mampu melakukan politik kotor sebegini. 



Di atas adalah keterangan salah seorang pendemo yang kononnya polis bersengkongkol dengan penyerang. Tipikal PKR suka menuduh tanpa bukti. 'Pelajar' di atas yang turut berdemo merupakan icon terbaru SMM.


Cukup mulia bukan, boleh jadi role model.


Jika kita benarkan PR menjadi kerajaan, saya tidak tahu apa akan jadi kepada Malaysia. 

Wednesday, April 18, 2012

PR mempejuangkan minoriti.







Selalunya, PR akan membawa suara minoriti, tapi akan mendakwa 'untuk rakyat'. Rakyat versi PR hanya golongan minoriti yang menyanggah kehendak majoriti. Contohnya dalam isu Flat Kampung Kerinchi, PR mendakwa mereka memperjuangkan nasib 'rakyat', sedang hanya 35 keluarga yang enggan berpindah. 467 keluarga lagi sudah setuju memberi kerjasama. Baca sini.

Begitu juga dengan isu Felda. Minoriti yang membantah. Kita boleh lihat pattern ini dalam isu PTPTN. Adam Adli and the geng lagi sekali kononnya 'mewakili' mahasiswa dengan bedemo di Dataran Merdeka. Malangnya kehadiran mereka hanya sedikit. Hanya sedikit yang menuntut dihapuskan PTPTN.

Namun, seperti katak, yang sedikit ini bersuara paling kuat dan memberi persepsi mereka ramai. Kesimpulannya, dengan demo dan mayhem, PR cuba menggambarkan kepada pengundi mereka berpengaruh. Lain dari itu, mereka tidak ada apa. Yelek. Nil. Kosong.

Cuba kita lihat youtube di atas. Kita lupakan fahaman politik. Anak-anak muda itu sudah mula menjadi professional demonstrator. Di Indonesia ramai seperti ini, dan digunakan oleh sesetengah parti untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

Mereka sering mendakwa hak asasi untuk berdemo dan ada dalam perlembagaan. Malah, undang-undang kerajaan tempatan juga sudah tidak ada makna bagi mereka. Segalanya perlembagaan.Kononnya. Mereka bersifat angkuh dan sombong terhadap penguatkuasa yang hanya menjalankan kerja. Mungkin mereka lupa, penguatkuasa juga rakyat dan akan mengundi dalam PRU. 

Lemparan 'barua UMNO' kepada penguatkuasa adalah keterlaluan. Keterlaluan dari golongan yang mengaku mereka wakil puak intelek dan mahasiswa(benarnya juga ada blogger memanggil mereka 'mahasewel'). Apa jadi jika penguatkuasa tidak menjalankan tugas dan membiarkan sesiapa saja bergelandangan di Kuala Lumpur. 

Apa jadi pada ibukota kita?

Peraturan pertama 'tamadun' adalah undang-undang. Empayar Rom menjadi empayar kerana rakyatnya mengikut undang-undang dan peraturan. China purba juga begitu, tidak ketinggalan Empayar British. Jika kononnya 'rakyat' boleh buat peraturan suka-suka, maka akan wujudlah masyarakat 'tidak bertamadun'. 

Mungkin itu yang PR inginkan? "Arab Spring' versi Malaysia. PR jelas memperjuangkan kepentingan minoriti. Dan minoriti akan tetap tumpas. Dalam perbezaan pendapat, komunis Rusia terbahagi kepada golongan Bolshevik dan Menshevik.

Bolshevik bererti majoriti. Menshevik minoriti. Lenin, Stalin dan Trotsky adalah Bolshevik, berjaya menggulingkan Czar dan komunis Menshevik sekaligus. Sebab itu Revolusi itu dinamakan Revolusi Bolshevik. Menjengkelkan Stalin, apabila ada puak yang sanggup mengaku Menshevik atau minoriti.

35 keluarga v 146 keluarga. PR minoriti. Beberapa kerat mahasiswa menentang majoriti yang mahu PTPTN. PR minoriti. Minoriti dalam felda menentang majoriti juga. PR memang Menshevik. Dalam pejuangan LBGT atau golongan seks songsang, majoriti rakyat Malaysia adalah straight. Lagi sekali PR minoriti.

Menshevik. Menshevik.






Sunday, April 15, 2012

Oracle of Bangsar Kata Sakmongkol Bertanding Di Seputeh.

Jangan disela Dato' Arif Sabri. Dia hanya cari makan. Maklumlah bertanding dalam UMNO hanya sepenggal. Dia kan bijak. Graduate obersea tu. Kita yang bunuh Hang Nadim ni. Keknya Hang Nadim ni boleh turun ke bawah bergelumang dengan orang kampung ke idak kita tak tau la. Gamaknya tu la sebab dia sepenggal jer.

Bahasa Inggeris dia lagi tinggi dari bahasa Melayu. Dia sendiri cakap dalam blog dia, kalau dia tulis bahasa omputeh, rating dia lagi naik. Abis kalau cakap omputeh dengan orang Pulau Manis, guana nak menang. Deme bukannya faham.

Koi suka juga baca blog dia. Memang kelas weh bahasa omputeh dia. Bangga koi anak Pahang boleh menulis setaraf Hemingway atau Steinbeck. Patut dapat Hadiah Nobel dia ni. Tapi akhir-akhir ini blogger tomoi ni suka sangat quote kata-kata 'Oracle of Syed Putra'.

Ish kalau dia ada oracle, koi ada oracle juga. Oracle koi dok dekat jer dengan oracle dia. Koi namakan oracle koi ni, 'Oracle of Bangsar'. Dekat dok oracles kita bedua Dato'? Don't be khuatir Dato', oracle kita bukan orang yang sama. Koi pasti sangat sebab oracle koi ni benci amat ke Daim.

Baru-baru ni koi ada berjumpa dengan 'Oracle of Bangsar'. Dengan koi ada bekas Ahli Parlimen, seorang CEO Public Listed dan seorang pegawai besar kerajaan yang koi baru dengar 'dipaksa resign'. Masa tu dia tak resign lagi, tapi dia bagi hint la yang dia akan kena.

Tapi tu tak penting. Kami ceritala pasal politik. Cerita pasal DAP. DAP nak ubah kulit sekarang. Tak nak nampak macam parti orang Cina sangat. Peliknya lama dah kita tau, Karpal Singh bukan Cina, Ramasamy bukan Cina tapi deme ni nak orang percaya deme boleh letak orang Melayu dan menang.

Oracle koi kata Lim Guan Eng akan pastikan Melayu-melayu yang masuk DAP macam Aspan Alias dan Sakmongkol tu akan diberi kerusi gerenti menang. Dato' Ariff Sabri akan bertanding di Seputeh tempat Teresa Kok. Memang comfirm menanglah. Jadi YB lagi sekalilah waris koi ni. Parlimen pulak tu.

Tapi Dato', nak jadi jaguh Melayu bertanding dikawasan Cina kat Seputeh kubu kuat DAP tak jantanlah. Ambillah tempat Nurul Izzah ke, Azmin Ali ke.

Dengan ramalan oracle koi tadi tu, tak hairanla mengapa Ak 47 makin kuat menembak ke UMNO. Ala Dato itu WZWH pun Dato nak layan ke, apa celup Dato', he's out of your league' la Dato.






Saturday, April 14, 2012

Konsep 'Bangsa' Bagi Orang Melayu Bahagian 3

Saya berhenti untuk menulis tentang ini beberapa lama kerana faktor masa. Saya sangat sibuk akhir-akhir ini. Namun saya sedar adanya bahagian yang belum selesai dalam bab ini. Ini posting terakhir konsep 'bangsa' bagi Melayu.

Dalam dua posting sebelum ini, sudah jelas bahawa konsep Melayu itu berkaitrapat dengan institusi raja-raja atau ke'raja'an. Ke'raja'an di sini bukan bermaksud pihak memerintah, tetapi 'the kingship', atau polity atau ke'datu'an.

Kedua, Melayu memahamkan bahawa mereka adalah Melayu sebagai subjek sesebuah ke'raja'an Melayu, kawula raja-raja Melayu selagi mereka berasal dari kepulauan Melayu walaupun mungkin berlatarkan sub etnik Minang, Bawean, Karimun, Banjarmasin dan sebagainya. 'Bangsa' bagi tamadun Melayu adalah merujuk tingkat susila dalam sistem kasta. Bangsa wan, bangsa hamba atau bangsa raja.

Ketiga, bagi saya kurang penting namun agak menganggu adalah persaingan budaya antara dua sub etnik bangsa yang serumpun iaitu persaingan antara kebudayaan Melayu dan kebudayaan Jawa. Selama berabad-abad ini merupakan tema persaingan merebut Selat Melaka.

Jawa agak lambat dalam persaingan ini. Sejarah membuktikan Melayu terlebih dahulu membentuk polity, beberapa kerajaan kecil yang muncul dan mengawal Selat Melaka seperti Funan, Sriwijaya dan Melaka. Di bawah kerajaan Sriwijaya, Jawa masih berantakan dan hanya disatukan oleh Airlangga beberapa tahun kemudian.

Sriwijaya menjadi musnah selepas diserang oleh Raja Chola dari India, dan memberi Jawa masa untuk bangun dibawah empayar Majapahit. Kemudiannya Majapahit membangunkan armada terkuat dan mula menguasai politik Selat Melaka. Adiyawarman, Putera Melayu dari Pagarruyung yang beribukan Jawa menjadi dalang dalam Gagasan Pa-Malayu(holy alliance) yang dirancang oleh Kertanegara dari Singosori.

Terbunuhnya Kertanegara atau 'Jaka Dolog' ini memberi ruang kepada Majapahit kemudiannya. Kemudian politik Melayu di Sumatera tertutama beberapa bekas kekuasaan Sriwijaya telah ditentukan oleh kuasa Majapahit hingga muncul Parameswara. Pameswara menafikan kekuasaan Majapahit yang kian lemah, cuba mendirikan kerajaan Melayu di Singapura.

Sejarah menentapkan bahawa Melaka akhirnya menjadi tapak kerajaan Melayu yang bangkit dari debu-debu kerajaan Sriwijaya. Selepas merdeka, Tanah Melayu mula membentuk kerajaan dan berlaku perselisihan pendapat antara golongan Melayu Muda dengan golongan establish seperti Onn Jaafar, Tunku dan Tun Razak.

Ahmad Bustamam dan Ibrahim Yaacob ingin mewujudkan Melayu Raya, merdeka bersama Indonesia. Sementara UMNO tidak bersetuju. Sukarno sendiri tidak bersetuju untuk menjadikan Melayu sebagai teras kepada Indonesia selepas merdekanya negara itu. Sukarno melancarkan bangsa Indonesia namun berbahasa Melayu dan berkebudayaan Jawa.

Polisi Sukarno ini lantas mengenepikan ahli-ahli politik Indonesia lain dari Sumatera dan sebagainya. Nasionalis Indonesia sepenting Sukarno seperti Muhamad Hatta dan Sutan Shahrir yang berasal dari Bukit Tinggi dan Padang tidak akan menjadi Presiden Indonesia.

Di Deli(Medan moden), kesultanan Deli digulingkan oleh kebangkitan rakyat lantas menghilangkan salah satu dari ciri-ciri keMelayuan mereka. Melayu yang konsepnya terbuka selama ini menjadi makin sempit dan makin sempit di Indonesia. Mereka bukan kawula kepada raja Melayu yang besar, namun hanya orang Jambi dari Sungai Melayu saja yang dikenali sebagai orang Melayu.

Minang, Koro dan lain-lain walaupun di Sumatera tidak mengaku mereka sebagai Melayu lagi.

Di Malaysia, konsep itu sudah di maktubkan dalam perlembagaan dan diberi makna yang longgar. Ini sebenarnya menghasilkan kekeliruan tentang kononnya asal orang Melayu dari Indonesia. Indonesia berteraskan kebudayaan Jawa, sementara Malaysia berteraskan kebudayaan Melayu. Tidak dapat tidak, kedua-dua sub etnik ini sebenarnya meminjam kebudayaan antara satu sama lain.

Ada teori mengatakan bahawa Melayu Kelantan mempunyai kaitan dengan Jawa selain Kemboja. Ini kerana tradisi wayang kulit dan kain batik. Sebelum wujudnya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dunia Melayu tidak mengenali sempadan 'Indonesia' atau 'Tanah Melayu'. Bagi mereka selagi ianya dalam kepulauan Melayu, mereka tidak berdagang di negeri asing. Cuma ketika itu sempadan ditentukan oleh kuasa Sultan atau raja-raja.

Bahasa Jawa pula gagal menjadi bahasa lingua franca. Berbeza dengan bahasa Melayu ketika Melaka, mereka mengenepikan bahasa sub etnik dan bertutur dalam Melayu. Boleh disimpulkan bahawa bangsa Indonesia sebenarnya meminjam bahasa Melayu.




Thursday, April 12, 2012

PRU ke 13: Perjudian Nasib Melayu.

Walau parti apa pun Melayu berada, hanya satu perkara yang Melayu perlu faham: survival Melayu dan pejuangannya mesti kekal selepas pasca PRU ke 13. Ini kerana walaupun Melayu majoriti namun dari segi kuasa kewangan mereka masih lemah.

Selama 50 tahun sejak merdeka, satu-satunya kuasa Melayu yang orang Melayu kenal hanya UMNO. Melayu belum pernah kenal ada kuasa politik lain yang memerintah mereka kecuali di Kelantan. Kedah dan mungkin Selangor - jika Selangor boleh dianggap kerajaan Melayu kerana MBnya.

Jika Melayu PAS dan Melayu PKR boleh ketepikan kepentingan Islam dan Melayu kerana DAP, jika kuasa Melayu benar-benar tergugat, harap mereka juga boleh ketepikan kepentingan politik demi Melayu/Islam. 

Saya tahu sekarang bukan era orang mengenang 'budi UMNO'. UMNO di asak oleh PR sebagai zalim, corrupted dan elitis. Mungkin kerana sudah terlalu lama berkuasa, UMNO ada alpanya. Namun sesuatu yang Melayu perlu ingat, seburuk-buruk UMNO, ianya mengangkat martabat Melayu yang daif sejak merdeka hingga ramai yang berjaya menjadi kelas menengah.

Tun Razak antara pemimpin UMNO yang menyediakan tandas curah kepada orang Melayu selepas baru merdeka. Sebelum itu orang Melayu buang najis merata-rata, kemudian di ajar oleh Tun Razak untuk buang najis cara yang teratur.

Tun Razak memberi 10 ekar tanah kepada orang Melayu yang tidak bertanah dengan tapak rumah. Kemudian menjadi FELDA. Bukan niat saya untuk menghina orang Melayu hingga tandas pun perlu bimbingan seorang negarawan.

Namun generasi muda tidak tahu. Bapa mereka juga lupa untuk menceritakannya. Banyak Melayu muda yang kononnya liberal, sudah lahir senang, biasiswa MARA sudah ada, biasiswa JPA, pekerjaan sudah menanti namun lupa asal nenak moyang mereka daif.

Sekarang mereka tidak cakap pasal Melayu lagi. Mereka kata pejuangan Melayu out of date sebab itu mentaliti kelas ke tiga. Dan mereka bercakap ketika Melayu masih tidak mengawal ekonomi Malaysia, jangan kata ekonomi dunia.

Untuk berlaku adil, jika benar kita rasakan UMNO sudah gagal setelah diberi masa selama 50 tahun, kita tukar kerajaan. Ini negara demokrasi. Namun parti mana dalam PR yang benar-benar akan mempejuangkan kepentingan Melayu?

Untuk rekod, UMNO sudah buat banyak untuk orang Melayu selama 50 tahun. Mungkin bagi sesetengah ianya tidak cemerlang. Namun UMNO sudah meletakkan batu asas. Jika ingin cari pengantinya, carilah yang lebih cemerlang. Jika ada, saya sokong 100 peratus.




Wednesday, April 11, 2012

BERSIH 3.O Sunyi Sepi.

BERSIH 3.0 dijadualkan berlangsung pada 28 April ini. Tidak nampak sangat riak-riak atau tanda-tanda sebarang 'kebangkitan'nya. Pak Samad dan Ambiga mensasarkan untuk menghimpunkan 500 ribu pendemo.

Tidak seperti BERSIH 2.0, himpunan kali ini bagaikan angin lalu saja. Rakan twitter saya, juga blogger Art_Harun memberi credit kepada PDRM kerana tidak memberi publisiti kepada BERSIH 3.0. Himpunan ini hanya di anggap seperti himpunan biasa-biasa saja. Tidak ada isitimewanya dari segi kawalan atau larangan.

Blogger pro BN dan pemain twitter juga tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyerang BERSIH 3.0. Hanya beberapa hari saja lagi, BERSIH 3.0 bagaikan layu dari segi promosinya.

Sekali lagi saya setuju dengan Art_Harun, selama ini PDRM, kerajaan dan pemain cyber pro BN yang mempopularkan BERSIH 2.0. Sekarang, mereka dibiarkan bersendirian. Mereka bagaikan hilang momentum.

Sama-sama kita saksikan BERSIH 3.0 nanti. Berapa ribua akan muncul. Minta polis hanya memantau dari kejauhan dan biarkan mereka dengan 'labu-labu'nya. 

Baca juga dari blogger JUST READ: Just Ignore BERSIH 3.0

Tidak perlu lawan api dengan api. PDRM memang cepat belajar. Kudos!


P/S: Saya demam teruk tiga hari lepas, tak dapat update blog.

Saturday, April 7, 2012

Leader is a reader.

Hari ini hari Sabtu. Tak nak cerita pasal politik. Tapi masih teringat statement Tun Dr. Mahathir, UMNO perlukan golongan cendikiawan. Jika tidak, UMNO makin menjadi tidak relevan.

Sebenarnya, ramai pemimpin mempunyai  nama besar dalam sejarah bukan datang dari golongan yang mempunyai pendidikan akademik yang tinggi. Winston Churchill antara kegemaran saya. Dan sebenarnya ramai  lagi.

Namun begitu, walaupun tidak mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, mereka banyak membaca. Churchill pernah menasihati anaknya, Randolph supaya mengikuti jejaknya yang menghabiskan masa selama enam ke lapan jam membaca dalam sehari.

Pembelajaran dari Decline And Fall of Roman Empire contohnya, banyak membantu Churchill dalam career dan masa Perang Dunia Kedua. Jadi, pemimpin yang hebat sebenarnya datangnya dari pembaca yang tekun(avid reader).

Tidak kira latar belakang pendidikan mereka, tapi ini merupakan golden rulenya. Malah musuh ketat Churchill, Hitler sendiri seorang avid reader. Malangnya bagi kita, kebanyakkan pemimpin kita terkena penyakit 'President Schwarzenegger'(bukan 'Susah-nak-eja') dalam Simpsons The Movie.

Kata-kata terkenalnya adalah: "I was elected to lead, not to read".



Friday, April 6, 2012

Dong Zong Bermain Api, Melayu Bermain Hujan


When the British brought in the Chinese to work in the mines in Perak, they have also brought in the culture of gangsterism and secret societies to Malaysia .   For over a decade, the Ghee Hin and Hai San societies had been fighting and avenging each other’s death over control of watercourse, gambling and personal matters.
As the stories were told, at one time, the Ghee Hin imported 4,000 professional fighting men from mainland China via Penang to attack the Hai Sans and for the first time, the Hai Sans were driven out of Larut.   About 10,000 Hai San men sought refuge in Penang.
And time passed, these two clans grew bigger and roamed all over the country.
These secret societies may have ‘faded’ away, but their mentality remains a threat to this multi-racial country.   Like a time-bomb, it keeps ticking, provoking our patience by displaying arrogance and intolerance.
Although they have come out from the mines, adopt the hygiene and manners from the locals, live in bungalows and own 80% of the country’s wealth, the new generations of the faded societies cling on to their forefathers’ ‘glory’ days of taikos and thugs and refuse to embrace the humble culture of Malaysia, which requires a high level of tolerance.

Baca seterusnya tulisan Azuardi Alias

Tak perlu saya ulangi tuntutan Dong Zong yang mendesak kerajaan mengeluarkan guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin dari sekolah Cina. Tidak perlu. Saya sudah letih dan penat dengan karenah mereka.

Hanya di Malaysia kerajaan boleh terima warganegaranya yang sudah 50 tahun lebih merdeka tapi tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Hanya di Malaysia membenarkan adanya sekolah vernacular. Hanya di Malaysia. Hanya di Malaysia.

DAP menyokong Dong Zong. Mengapa? 

Mereka kata mereka hanya mempejuangkan Malaysia untuk orang Malaysia. Maknanya tidak ada istimewa bumiputera dan bukan bumi. tapi budaya apa DAP nak pakai dalam melaksanakan Malaysia untuk orang Malaysia. Bahasa apa?

Sudah tentu bukan budaya Melayu. Sudah tentu Malaysia untuk orang Malaysia versi DAP bukan bahasa Melayu. Islam? Persetankan.

Mereka menyokong Dong Zong tetapi condemn Perkasa! Belanga kata jubur kuali hitam!

'Perkauman' yang dibawa oleh Perkasa hanya picisan dibanding dengan Dong Zong. Perkasa hanya mempertahankan hak istimewa orang Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan. Hanya mengingatkan mereka yang lupa pernah nenak moyang kita mempunyai 'understanding' dalam hal ini.

Kita tidak mahu hak orang, kita - Melayu - hanya ingin hak sendiri. Itu juga dikata racist oleh DAP. Di sokong oleh PKR dan PAS. WTF!

Saya harap ada pemimpin Melayu akan jadi seperti Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew tidak membenarkan sekolah vernacular di Singapura. Di Malaysia, ramai anak-anak muda Melayu memuja Singapura, DAP dan Lee Kuan Yew. 

Singapura sangat 'zalim' dalam mendidik warganegaranya. Jika kita sanggup, ayuh kita lakukan. Di Malaysia kerajaan sudah dituduh zalim dengan hanya pancutan air FRU. Mari tengok tahap tolenrasi Lee Kuan Yew.

“We have to lock up people, without trial, whether they are communists, whether they are language chauvinists, whether they are religious extremists. If you don’t do that, the country would be in ruins.”



Ini ucapan beliau pada tahun 1986. Pemimpin kita? Main air hujan. Orang Melayu semua main banjir. 

Melayu memang lemah.