Followers

Thursday, March 29, 2012

Anwar Hanya Perlu RM445 Juta Untuk Jadi PM.

Selepas menyingkirkan Tun Ghapar pada tahun 1993, Anwar bin Ibrahim hanya perlukan RM 455 juta untuk menyingkirkan pula Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad. 

Pemilihan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 merupakan pemilihan terkotor dan paling banyak menggunakan wang. Anwar telah membelanjakan sebanyak RM 200 juta untuk menumbangkan seorang tokoh veteran, Encik Ghapar bin Baba. Ghapar Baba merupakan seorang tokoh veteran UMNO yang paling setia, mempunyai rekod sebagai Naib Presiden UMNO paling lama.

Ghapar orang yang bertanggungjawap membawa UMNO ke Sabah setelah BN ditikam dari belakang disaat genting oleh Pairin Kitingan pada PRU tahun 1990.  Dan Sabah menjadi lubuk perwakilan UMNO terbesar, dengan bahagian terbanyak. 

Siapa yang menguasai UMNO Sabah mempunyai peluang yang cerah, selain Perak. 

Pada tahun 1993, Anwar bin Ibrahim setelah berkali-kali menegaskan "saya tidak akan melawan Encik Ghapar" membuat kejutan apabila mengumumkan beliau akan bertanding menentang tokoh veteran berkenaan. Sidang akhbar penobatan 'Prince of Charming' yang dikatakan Mahathir's 'blue eyes' boy itu dihadiri oleh kesemua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ketua Perhubungan Negeri.

Anwar memulakan siri kempennya dengan senjata ampuh yang digemarinya: 'Bluffing'. Anwar seolah-olah memberi gambaran beliau sudah mendapat restu PM. Beberapa kelebihan yang memihak kepada Ghapar Baba telah beralih arah dengan 'a single stroke of genius' dari Menteri Kewangan yang dikatakan Mahathir's designed successor.

Anwar berjaya menipu semua orang. Dan sudah tentu kelebihan yang teramat penting ketika itu adalah jawatan Menteri Kewangan. Dengan jawatan ini, beliau boleh mencipta magik seperti menghilangkan stadium rock pada malam hari dan membina yang baru sebelum subuh.

Tidak susah untuk UMNO Sabah melupakan jasa Ghapar Baba. Dengan duit sebanyak RM 200 juta, Ghapar hanya berjaya mendapat pencalonan hanya dari 7 Bahagian. Kesemua bahagian Sabah tidak langsung mencalonkan tokoh yang membawa masuk UMNO ke negeri berkenaan.

Setelah gugurnya seorang tokoh veteran yang selama ini terkenal dikalangan grassroot, Anwar memerlukan RM 455 juta untuk menumbangkan mentornya, Mahathir. Dan Mahathir bukan Ghapar Baba. Semua orang tahu itu.

Sebagai Menteri Kewangan, satu jawatan yang dianugerahkan oleh Mahathir kepada 'anak emas'nya itu, Anwar dikelilingi oleh tycoon-tycoon seperti Vincent Tan, Khoo Kay Peng dan Quek Leng Chan. Quek Leng Chan sebagai Chairman Hong Leong telah mengaturkan dana(war chest) sebanyak RM 455 juta melalui pembelian sebuah broker house.

Tujuan dana ini adalah untuk menumbangkan Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad yang masa berkuasa disinggahsana kerusi PM. Anwar memang sentiasa menganggap menjadi 'natural privilege'nya untuk menjadi PM Malaysia, someday, somehow.

Semuanya ini dibongkar oleh Raja Putra Kamarudin, Yahuda yang sudah menjual sekian banyak 'Jesus'nya. Ketika beliau sekutu rapat Anwar, terutama dalam hal Altantuya, RPK dipuja oleh juak-juak PR bagaikan Prometheus yang memberi 'knowlegde and wisdom to mankinds'. 

Sekarang Nik Nazmi memanggil beliau 'perkakas BN'. Ah, tipikal PKR.

Sila luaskan pencarian dan penggalian isu ini di sini, sini, dan sini.

Anwar, tokoh yang merosakkan UMNO dengan politik wang, kononnya ingin membersihkan Malaysia dari korupsi namun beliau sendiri bapa lanun Malaysia. Dan sidekicknya, Azmin Ali mempunyai Ferrari dan saham bernilai lapan juta.

Pakatan Rakyat konon!

4 comments:

Jeepers Creepers said...

anwar dah memang pengotor tetapi orang yang menerima suapannya sampai menolak pencalonan tun Ghappar itulah yang lebih kotor.

ahli umno no. 00124xxx said...

TUAN Sri Tri Buana, berbagai perkara buruk telah ditulis orang ramai mengenai ds Anwar ni, termasuklah tuan, sya harap tuan puas hati kerana berjaya menulis mengenai kaburukan ds anwar. Esok tulis lah lagi dan lagi dan lagi....sebenarnya rakyat dah muak dengan keburukan ds. anwar ni, sehingga menimbulkan simpati rakyat pula. Makin dituduh dan ditulis makin simpati...simpati...dan simpati... kalau tuan parcaya adanya Allah yang menciptakan bumi dan langit manusia ds.anwar inilah nanti yang akan menerajui negara malaysia ini kecuali umno menipu daalam pru 13 nanti. Berpada pada lah menuduh yang bukan bukan..... tuan adalah keturunan baik-baik, jadi menulisalah perkara yang baik-baik mudah mudahan mendapat berkat anak cucu tuan nanti. Tidak rugi menulis yang baik-baik dan tiada untungnya menuduh yang bukan-bukan. Salam

Anonymous said...

Apa kebende nya? apa anti tahukan perkara yang sebenar sebelum menuduh nuduh

sri tribuana said...

1. Bulan tuduhan, ianya court case.
2. Jika logik simpati digunapakai, DS Najib juga dituduh mcm2, jadi kedua2 mereka wajar mendapat simpati. Sapa paling banyak yg simpati akan menang.
3. Keturunan tidal menentukan kits baik atau kits jahat. Islam mengajar rosa ibubapa tidal dipikul oleh keturunannya, and vice versa. Begitu juga dgn kebaikan ibubapa tidal diwarisi oleh keturunannya. Kita adalah dirk sensitive.