Followers

Wednesday, March 2, 2011

Wake Up Call - PAS Mendahului BN di Kerdau?

Sedang saya mencari maklumat, saya terbaca blog Minda Hijrah. Saya CnP keseluruhan postingnya:-


Tuesday, 01 March 2011 14:15
Alam Maya
1 Mac 2011

PAS sudah kedepan di Kerdau, masih tertinggal di Merlimau Dalam scenario politik negara sekarang, kalau rakan politik tidak membantu, peluang untuk menang adalah gelap. Kalau di lihat scenario PAS di Kerdau, ramai daripada orang kuat Pemimpin Pakatan datang setiap hari untuk bantu. Lihat sahaja kepada markas PAS yang berada di DEPAN Command Center Barisan Nasional. Lihat bagaimana mereka masuk dan keluar kampung kampung yang berada di tepi jalan di antara Temerloh dan bandar Jerantut. Lihat bagaimana orang kampung sambut kedatangan Pemimpin Pakatan daripada sambut pemimpin Barisan Nasional di Kerdau.

Di banding dengan ketidak hadiran pemimpin pemimpin kuat Pakatan di Merlimau. Yang di hantar membantu di Merlimau tidak kurang daripada Ketua AMK saudara Shamsul Iskandar, tetapi kontrovesy yang selindung disebalik masalah pemilihan PKR dulu masih tak selesai dan yang hadir hanya dari kem saudara Sham, bagaimana pulak dengan parti parti Pakatan yang lain seperti DAP, di mana Setiausaha Agungnya adalah orang Melaka. PAS mempunyai peluang untuk rampas kedua dua PRK ini kalau strategi diubah dengan cepat dan serious, dan konsep pentingkan kawan dari kemenangan mesti dipandang serious oleh Pemimpin pemimpin PAS dalam gelombang post 2008 tsunami.

Untuk berlaku adil, posting ini pula di CnP oleh Minda Hijrah dari blog Kritis Online.

Penulis artikel ini sangat yakin di Kerdau. Menurut beliau, di Kerdau PAS dibantu dengan bersungguh-sungguh oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain, tidak seperti di Merlimau. Di Merlimau, calon PAS dibiar terkontang-kanting hanya dibantu oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar.

Penulis juga mengkritik DAP, kerana Lim Kit Siang orang Melaka tetapi tidak turun ke Melaka membantu calon PAS. Saya hairan dari mana datangnya keyakinan penulis bahawa PAS boleh menawan kedua-dua DUN berkenaan. 

Sebagai orang Pahang yang terlibat juga dengan PRK Kerdau, saya nampak PAS sedang lemas di Kerdau. Kurang undi kaum Cina melemaskan mereka sementara undi Melayu sedang memihak kepada BN dalam trend sekarang.

Apa-apa ulasan dan analisa sekalipun, BN tidak boleh leka hingga 6hb Mac ini dan saya yakin BN akan memenangi kedua-dua DUN ini.


5 comments:

Anonymous said...

Salam.Adakah itu mimpi disiang hari PAS? hehe jangan haralah nak menang di kerdau :-)

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti Majlis Agama Islam, Mufti, Kadhi, JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Anonymous said...

Salam

Ape kata saudara Sri Tri Buana buat sikit ulasan mengenai Tun Mahathir mengenai Tuan Guru Nik Aziz dan kenyataan beliau mengenai Tengku Zafrul, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd dalam Utusan Malaysia Online pada 27 Febuari baru-baru ini.

Kenyataan beliau;

"Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru.

"Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya.

Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.

"Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya.

hamPAS said...

Salam kemenangan buat Barisan Nasional di Kerdau dan Merlimau.

Anonymous said...

salam buat umnoapco dikerdau dan merlimau,
kalau pun pas tidak menang dalam prk tapi pas tetap menang disisi ALLLAHSWT INSYAALLAH cuma orang yang dibutakan mata hatinya sahaja tidak nampak kemenangan itu.